Anda di halaman 1dari 2

1

Panduan Menulis Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Yang Baik

Bagi menulis hasil pembelajaran yang baik, guru harus mengetahui bahawa objektif
pengajaran dan pembelajaran atau hasil pembelajaran yang baik terdiri daripada lima
komponen, iaitu:
1. Frasa merujuk kepada kumpulan sasaran
2. Kata kerja aktif
3. Objek bagi kata kerja
4. Konteks/keadaan
5. Standard/kriteria

Berikut merupakan huraian setiap komponen hasil pembelajaran:

1. Frasa merujuk kumpulan sasaran menyatakan siapa yang sepatutnya mencapai hasil
pembelajaran yang diharapkan. Contohnya:
• Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:

2. Kata kerja aktif mestilah yang boleh diukur (measurable), boleh diperhatikan
(observable) dan spesifik. Kata kerja ‘memahami’, misalnya, tidak sesuai digunakan
kerana tidak boleh diperhatikan. Contoh kata kerja aktif adalah seperti berikut:
1. Mentakrifkan
2. Menghuraikan
3. Melabelkan
4. Memadankan
5. Menamakan
6. Menyatakan
7. Memberikan
8. Memberi contoh
9. Menyelesaikan
10. Mengirakan
11. Menunjukkan
12. Menggunakan
13. Menyediakan
14. Mengenal pasti
15. Membezakan
16. Membandingkan
17. Membentuk
18. Merancang
19. Menulis semula
20. Mengkritik
21. Menilai

3. Objek bagi kata kerja menunjukkan tindakan ke atas apa. Contohnya ditunjukkan
oleh frasa yang berikut:
• Menyenaraikan perbezaan antara halaju dan laju
• Mendefinisikan tamadun dengan tepat
• Memberi kerjasama dalam menyediakan peralatan amali
2

4. Konteks/keadaan pula menyatakan dalam konteks apa atau keadaan yang bagaimana
tindakan yang diinginkan itu perlu dilakukan. Contohnya ditunjukkan oleh frasa seperti
berikut:
• Mengukur panjang meja dengan menggunakan tali
• Mereka bentuk aktiviti bagi mencari hubungan antara kedalaman cecair dan tekanan dalam
cecair jika diberi satu botol air mineral yang kosong.

5. Standard/Kriteria menunjukkan tahap kualiti yang diingini atau yang patut dicapai,
termasuk julat jawapan yang boleh diterima. Contohnya adalah seperti berikut:
• Mengira halaju troli menuruni landasan terpampas geseran menggunakan pita detik sehingga
dua titik perpuluhan
• Mendefinisikan inersia menggunakan perkataan sendiri dengan tepat
• Menggunakan dengan betul
• Membaca kuat dengan bimbingan guru

Anda mungkin juga menyukai