Anda di halaman 1dari 2

BMMB 3023 : LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU

TUTORIAL INTERKASI 4

1) TEMA : Persekitaran Sekolah.


2) TAJUK : Kata Nama Am.
3) KEMAHIRAN BAHASA : Kemahiran menulis, membaca, mendengar dan bertutur.
4) FOKUS UTAMA :

i. Standard Kandungan (SK) :


Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
ii. Standard Pembelajaran (SP) :
- Strategi PdP Bahasa Melayu menekankan konsep 5P iaitu penggabungjalinan,
penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian.
- Murid dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu
pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.
- Mengelakkan murid daripada berasa bosan sepanjang proses PdP dijalankan.
- Unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan.
- Kemahiran berfikir, kemahiran menaakul dan kemahiran bahasa membolehkan
murid menguasai kemahiran secara bersepadu menerusi pengalaman pembelajaran
bahasa.
- Kemahiran bahasa dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa yang
terdapat dalam standard kandungan.

5) OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

i. Menguasai isi kandungan pelajaran.


- Membina kata nama am berdasarkan nama peralatan yang terdapat di sekolah.
- Memahami kata nama am dengan baik.
- Murid dapat menganalisis tajuk secara mendalam dan terperinci.
- Mengetahui penggunaan kata nama am dalam ayat.
ii. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
- Membina kata nama am berdasarkan nama peralatan yang terdapat di sekolah.
- Membezakan isi kandungan kata nama am secara spesifik dan kritikal.
iii. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
- Memberikan Kerjasama dan menjalankan aktiviti secara aktif.
- Menanamkan nilai murni pada diri seperti berani, yakin diri dan Kerjasama.
- Memberi nilai tambah dalam diri pelajar.
6) AKTIVITI :

1. Guru akan memberikan penerangan secara umum kepada murid berkenaan topik (kata
nama am) yang akan dipelajari dengan pelbagai cara. Contohnya, pembentangan video,
penerangan dan sebagainya.
2. Murid perlu mendengar dengan teliti input yang diberikan tentang subjek yang dipelajari.
3. Murid seterusnya akan di bawa berjalan di sekitar sekolah utnuk mengenal pasti peralatan-
peralatan yang mereka dapat lihat di sekolah mereka.
4. Murid diminta untuk memasuki semula ke kelas untuk aktiviti penilaian.
5. Kefahaman murid akan diuji dengan permainan “Murid Terakhir” atau “Dam Ular Bahasa”

- Pelaksanaan permainan “Murid Terakhir”


Setiap murid akan diberikan masa selama tiga saat untuk menyebut kata
nama am yang mereka jumpa di sekitar sekolah sebentar tadi.
Murid yang lambat memberi jawapan akan dikira tersingkir
Murid yang berjaya bertahan sehingga akhir adalah pemenang.

- Pelaksanaan permainan “Dam Ular Bahasa”


Murid akan bermain dam ular seperti dam ular kebiasaan.
Namun permainan dam ular bahasa, setiap kotak akan diberikan sebarang
persoalan berkaitan kata nama am.
Murid akan dibahagikan kepada kumpulan yang mempunyai empat orang
setiap kumpulan.
Setiap petak yang dibijak mempunyai soalan yang khusus.
Murid pertama akan melemparkan dadu
Murid kedua akan menjawab soalan.
Murid ketiga akan memberikan satu contoh kata nama am yang terdapat di
persekitaran sekolah.
Murid keempat akan menyemak jawapan ahli kumpulan. Jika ahli keempat
sudah menyemak dan jawapan itu masih salah, maka mereka akan
berundur tiga petak kebelakang.
Murid yang mencapai kawasan penamat akan dikira sebagai pemenang.

7) AJLI KUMPULAN :
- Shahrul Asyraf bin Suhaimi
- Foo Sze Chi
- Nur Alia Fatini

Anda mungkin juga menyukai