Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KURSUS
SIMPULAN DAN IKATAN
KOKURIKULUM
PERINGKAT
SEKOLAH 2020
1. PENGENALAN
Ikatan dan simpulan telah digunakan sejak zaman dahulu dan dianggarkan terdapat lebih kurang
3000 jenis ikatan. Terdapat 2 definisi yang perlu diketahui tentang ikatan dan simpulan:

a) Simpulan
Simpulan biasanya dibuat dengan tali yang kecil dan sederhana saiznya dan digunakan pada
benda benda yang kecil atau sederhana.

b) Ikatan
Ikatan pula digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan,
tiang bendara, menara dan sebagainya.

Simpulan dan ikatan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat untuk mencapai objektif
iaitu menyelamat mangsa. Kursus ini dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di luar kelas.

2. MATLAMAT
Kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan membantu murid-murid menguasai
kemahiran membuat simpulan dan ikatan. Kursus ini juga bertujuan untuk membina keyakinan
diri setiap peserta serta meningkatkan potensi diri mereka.

3. OBJEKTIF
3.1 Membentuk pelajar agar mampu berdikari dan menyesuaikan diri di dalam menghadapi
situasi yang lebih mencabar dalam kehidupan sebenar.
3.2 Memupuk dan membina sifat bekerjasama dan bertanggungjawab.

4. ANJURAN
Bahagian Kokurikulum SJK ( C ) Tsung Wah

5. TARIKH , MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 12/10/2020 dan 26/10/2020
Masa : 7:35am – 8:05am
Tempat : SJK ( C ) Tsung Wah
Tempoh : 2 hari
6. SASARAN
Ahli Pengakap dan Tunas Puteri Tahun 5
Jumlah Peserta : 100 orang

7. AHLI JAWATANKUASA
Sila Rujuk Lampiran 1

8. TENTATIF
Sila Rujuk Lampiran 2

9. ANGGARAN PERBENLAJAAN
Sila Rujuk Lampiran 3

10. SUMBER KEWANGAN


Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) Kokurikulum
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKKS)

11. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Kursus Simpulan dan Ikatan ini dapat dijalankan dengan sempurna
dan lancar. Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk
menjayakan kursus ini. Semoga kursus ini dapat memanfaatkan semua pihak yang terlibat.
Lampiran 1

Jawatankuasa Kursus Simpulan dan Ikatan Kokurikulum Peringkat Sekolah 2020

Pengerusi Pn. Yeoh Kim Choon

Timbalan Pengerusi Cik Yong Yu Ping

Naib Pengerusi Pn. Mok Mei Fang


Pn. Tan Guey Siew

Setiausaha Pn. Chang Siew Choo

Bendahari Cik Yong Yu Ping

Hadiah Cik Yong Yu Ping

Fasilitator Pn. Wong Siew Nee


Pn. Ong Sin Rui
Cik Liew Sheau Jing
Pn. Ng Chew Peng

Jurugambar Pn. Wong Siew Nee


Pn. Ong Sin Rui
Cik Liew Sheau Jing
Pn. Ng Chew Peng

Lampiran 2
Kursus Simpulan dan Ikatan Kokurikulum Peringkat Sekolah 2020

Hari Pertama (12/10/2020)


Masa Aktiviti

7:35 – 7:45 pg Pengenalan dan Taklimat tentang Simpulan dan Ikatan

7:45 – 8:05 pg Bengkel membuat Simpulan

8:05 pg Bersurai

Hari Kedua (26/10/2020)


Masa Aktiviti

7:35 – 7:55 pg Bengkel membuat Ikatan

7:55 – 8:05 pg Aktiviti membuat Simpulan dan Ikatan

8:05 pg Bersurai

Lampiran 3

Anggaran Perbelanjaan
Kursus Simpulan dan Ikatan Kokurikulum Peringkat Sekolah 2020

Sumber Kewangan Bil Perkara RM

BBTP 1. Peralatan Simpulan dan Ikatan 1200.00


(RM20 x 60 set)

2. Sijil Penyertaan 50.00


(RM0.50 x 100)

3. Handout dan Bahan Cetakan 58.70

BKKS 4. Panduan Pembelajaran Kemahiran 330.00


Simpulan dan Ikatan
(RM110 x 3 set)

Jumlah Besar 1638.70

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

………………………… ………………………….

Anda mungkin juga menyukai