Anda di halaman 1dari 3

ASEAN telah didahului oleh sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 31 Julai 1961

yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (ASA), sebuah kumpulan yang terdiri
daripada Filipina, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia), dan Thailand. ASEAN sendiri
telah diwujudkan pada 8 Ogos 1967, ketika menteri-menteri asing dari lima
negara: Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand menandatangani Deklarasi
ASEAN. Seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi, matlamat dan tujuan ASEAN ialah untuk
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya di rantau
ini, untuk mempromosikan keamanan serantau, kolaborasi dan bantuan bersama mengenai hal-
hal kepentingan bersama, untuk memberi bantuan kepada satu sama lain dalam bentuk
kemudahan latihan dan penyelidikan, untuk bekerjasama untuk pemanfaatan pertanian dan
industri yang lebih baik untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, untuk mempromosikan kajian
Asia Tenggara dan untuk mengekalkan kerjasama yang rapat dan berfaedah dengan organisasi
antarabangsa yang sedia ada dengan matlamat dan tujuan yang sama.

Sepanjang penubuhan, ASEAN telah memainkan peranan yang besar dipentas


antarabangsa antaranya ialah tertubuhnya konsep ZOPFAN. Konsep ini dijadikan inti dasar luar
bagi negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan dalam kalangan ahli. Tujuan
adalah untuk memelihara keamanan dan kestabilan politik.  Melalui ZOPFAN negara ASEAN
bebas mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira idealogi
politik. Hasil dari sumbangan idea Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang ideologi dan teori
Domino daripada merebak ke negara Asia Tenggara. Akhirnya Vietnam mengiktiraf ASEAN dan
konsep ZOPFAN. Selain itu, perjanjian SEANWFZ juga termeterai. Perjanjian SEANWFZ ini
adalah persetujuan menjadikan kawasan Asia Tenggara kawasan bebas nuklear. Malaysia
memandang berat hal ini. Menteri luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
telah menyeru negara kuasa nuklear agar memberi sokongan dan menyertai perjanjian
ini,dengan adanya perjanjian tersebut kawasan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan
akibat senjata nuklear.  ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti
pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan
rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Dari segi eknomi pula, Kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan
Bebas atau ASEAN Free Trade (AFTA) telah di kemukakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam
sidang kemuncak di Singapura. Dimana ini adalah untuk memperluaskan skop kerjasama
ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Walaupun ianya mendapat tentang
daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi idea Malaysia ini telah membawa
kerjasama secara tidak rasmi negara ASEAN dengan negara China, Jepun dan Korea.
Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti
dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian
seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan
Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun
1976 di Bali semasa mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.

Dalam bidang Sosial pula, ASEAN telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-Menteri


Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia bersetuju membina Pusat Serantau untuk Sains dan
Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. Selain itu, Malaysia telah memainkan peranan penting
dalam membanteras penyalahgunaan dadah. ASEAN telah mencadangkan Persidangan
Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di Vienna pada 1987. Persidangan
ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Seterusnya, Malaysia berkerjasama
dalam bidang sukan. Sukan SEA diadakan juga untuk merapatkan hubungan dengan negara
ASEAN dan Malaysia turut beberapa kali menjadi tuan rumah untu sukan SEA. Disamping itu,
Malaysia telah menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) padatahun 1972.
MBIB kemudian bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABIBM) pada tahun 1985 dengan tujuan mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan
persaudaraan dan meningkatkan peranan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan
dan sebutan.

Kesimpulannya, penubuhan ASEAN telah memberi banyak manfaat kepada negara-


negara yang menjadi ahlinya termasuklah Malaysia sendiri.
Rujukan
Bernama. (2019, Januari 2). Malaysia bersedia main peranan lebih aktif dalam hal ehwal global -
Saifuddin. Retrieved from ASTRO AWANI: https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/malaysia-bersedia-main-peranan-lebih-aktif-dalam-hal-ehwal-global-saifuddin-194913

Dollah, R. (2017). Latar Belakang ASEAN. Dasar tidak campur tangan ASEAN, 196-197.

Nikman, A. M. (2018, Februari 28). Menghayati peranan utama penubuhan ASEAN. Retrieved from
pelita Brunei: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?
ID=25610&ContentTypeId=0x0100A15AC32EE9717E478A995CCD9EFFA221

Mohamed Irwan Mansor (2017). Peranan ASEAN. CABARAN DAN PENCAPAIAN ASEAN SEBAGAI SEBUAH
PERTUBUHAN SERANTAU, 62.

Yau Duenn Wong, K. F.-C. (2018). Peranan ASEAN dalam Kesalinghubungan Pengangkutan Rel di Asia.
Evolusi, Faktor dan Prospek, 4-5.

Anda mungkin juga menyukai