Anda di halaman 1dari 2

ACARA 200 METER

Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam
keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah
dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan
kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi
teknik larian yang betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan
dilari pada bahagaian selekoh.

Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar
yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada
selekoh; iaitu 5 – 6 meter melepasi garisan.

Terdapat DUA teknik berlari 200 meter:

BERLARI ATAS SELEKOH

1. Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal


force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar.

2. Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan sedikit
tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.

3. Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkordinasi.

BERLARI DI LORONG LURUS

1. Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada bahagian
lorong lurus.

2. Lebih kurang antara 80 – 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara garisan
selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya.

3. Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu
kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi dapat berlari dengan
bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah dicapai

Anda mungkin juga menyukai