Anda di halaman 1dari 3

Muhammad Hanif Bin Zakaria Pai4

PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN (DT)

18.09.2019 (RABU) JAM 11.15- 1.15

HADIS DHA’IF

1. JELASKAN PENGERTIAN HADIS DHAIF

Maksud hadis dhaif dari segi bahasa ialah hadis yang lemah iaitu terdapat pelbagai unsur
keraguan oleh para ulama’. Mereka was-was sama ada hadis tersebut datangnya dari Rasulullah
ataupun tidak kerana mungkin perawinya tidak cukup syarat sebagai perawi hadis..Manakala dari
segi istilah pula bermaksud hadis yang tidak mencukupi syarat hadis Sahih dan hadis Hasan.

Rujukan : Samirah Mustafha. (n.d.). Hadis Dhaif sebagai rujukan hukum dan amalan.
Universiti Sains Malaysia.
https://www.academia.edu/5685074/Hadis_Dhaif_sebagai_Rujukan_Hukum_dan_Amalan

2. TULIS SATU HADIS DHA’IF DAN JELASKAN PANDANGAN ULAMA’ MUHADDITHIN


MENGAPA IANYA DIKATAKAN DHA’IF

‫ من اكل ما يسقط من المائدة خرج ولده صباح الوجوه ونفى‬: ‫عن ابن عباس قال‬
.‫عنه الفقر‬
Ertinya : Dari Ibni Abbas dia berkata : Barang sesiapa yang makan sesuatu yang jatuh dari
hidangannya, maka anaknya akan lahir dalam keadaan wajah yang bersih serta terhindar
daripada kefakiran.

Penjelasan : Hadis ini dho’if . Dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yusuf bin Abi Yusof Al :
Qaadly. Dia adalah seorang rawi yang Majhul.

Rujukan : A.Yazid, Qasim Koho. (n.d.) Himpunan Hadits- hadits lemah dan palsu.

3. HURAIKAN PANDANGAN ULAMA’ TENTANG HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DHA’IF.

Terdapat tiga pandangan ulama’ berkenaan penggunaan hadis dhaif iaitu yang pertama,
larangan penggunaan hadis dhoif. Sesetengah ulama’ melarang menggunakan hadis dhaif untuk
perbahasan ataupun amalan malah penggunaan hadis dhoif yang maudu’ disepakat ulama’ bahawa
dilarang digunakan tanpa menyebut kemaudhu’annya. Seterusnya, berdasarkan pendapat Imam Al-
Bukhari, Imam Muslim, juga guru Imam Al-Bukhari – Ali Ibn Al- Madini mengatakan bahawa haram
beramal secara mutlak dan pendapat ini disokong oleh Abu Bakar Ibn Al- Arabid an Imam Al-
Syaukani.

Selain itu, yang kedua adalah sesetengah ulama’ membenarkan menggunakan hadis dhoif
dan pendapat ini berdasarkan Imam Abu Hanifah, Imam As-syafi’I dan jugaImam Ahmad bin Hanbal.
Hal ini kerana mereka akan mengutamakan hadis dho’if berbanding dengan logik akal namun jika
mereka mendapati bahawa terdapat hadis sahih, maka hadis sahih akan diutamakan lagi.

Di samping itu, yang ketiga adalah dibenarkan beramal dengan hadis dho’if berkaitan
kelebihan awal tetapi perlu kepadasyaratyang telah dinyatakan. Ini pendapat yang masyhur dari Al-
Imam An-Nawawi dan diulas oleh Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-Atsqalani.

I. Hendaklah da’if itu bukan da’if yang bersangatan.

II. Hendaklah hadis da’if itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan
dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis da’if itu membentuk satu
hukum, ia tertolak.

III. Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

IV. Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya menyebarkan
hadis da’if dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya.

V. Hendaklah hadis da’if itu terhasil dari hukum yang asal yang telah sedia ada. Contohnya,
hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari AlQuran dan hadis sahih.
Maka kelebihan mentaati ibu bapa termasuk dalam kelebihan beramal, at-targhib wat
tarhib. Ia mestilah terhasil dari hukum asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih.
Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh
diterima. Untuk membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan,
sebab itulah Imam AlNawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab
kerana tiada hadis Nabi SAW tentang solat Raghaib.

Rujukan : Mohd Norzi bin Nasir, Badrul Hisham bin Mahadzir, Siti Mursyidah binti Mohd
Zin. (n.d.). Kefahaman terhadap hadis daif yang masyhur di kalangan
mahasiswa Jabatan Al-quran dan Al-sunnah. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).
http://conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2016-imam-
2017.pdf

Anda mungkin juga menyukai