Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Resensi ialah suatu penulisan atau ulasan mengenai nilai sesebuah karya. Resensi
bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada para pembaca jika sebuah buku atau
hasil karya boleh menjadi bahan bacaan untuk mereka atau tidak. Dengan penulisan resensi
jugak dapat menarik minat dapat pembaca untuk membaca buku atau karya yang
dipromosikan atau dibincangkan.

2.0 Resensi
2.1 Hasil Karya

Novel berjudul “Sultan Abdul Hamid II : Sultan Terakhir Empayar Uthmaniyyah” ini
merupakan karya penulis novel sejarah terkenal tanah air, Abdul Latiff Talib. Novel
ini diterbitkan pada 2016 oleh Publishing House Sendirian Berhad. Novel ini ditulis
berdasarkan buku-buku tentang Sultan Abdul Hamid II. Sesuai dengan sifatnya
sebagai sebuah novel, penulisannya diselitkan imaginasi penulis yang bersifat
fiksyen.

Tempat penerbitan novel ini di Kuala Lumpur. Selain daripada itu, novel ini
juga mempunyai 331 halaman bacaan. Tujuan penerbitan selain melancarkan
pembacaan dan memberi mandaat kepada pembaca, ia juga bagi menanamkan
minat pembaca kepada sejarah.

2.2 Sipnopsis

Novel ini mengisahkan tentang kehidupan rakyat dan pemimpin ketika zaman
kegemilangan pemerintahan empayar Uthmaniyyah. Masyarakat Islam yang pada
zaman ini sudah semakin mula berpecah dengan sikap pemerintah yakni khalifah
yang bersifat ingin mencontohi Barat dan tidak lagi membanggakan kesenian Islam
seperti yang dilakukan khalifah-khalifah terdahulu. Sultan Abdul Hamid II masih kecil
ketika permulaan novel dan merupakan anak kepada pemerintah pada ketika itu.

Antara kemegahan pemerintahan ayahnya itu adalah istana Dolmabahce


yang sangat indah dan besar. Istana tersebut telah memakan belanja yang sangat
besar dan sudah menjadi penyumbang kepada kejatuhan empayar Uthmaniyyah
pada ketika itu.

Sultan Abdul Hamid II diangkat menjadi sultan ketika empayar sudah goyah
dan tidak kuat untuk membawa keagungan Islam. Baginda mewarisi sebuah
empayar yang sudah lemah. Empayar yang sudah mula diintai oleh para kuasa
besar Eropah untuk diratah-ratah.

1
Baginda berusaha menyelamatkan empayar Uthmaniyyah dengan sedaya
upaya. Dalam masa ratusan tahun, baginda menjadi antara khalifah Turki yang
sangat berbakat. Namun, buhan sahaja tentangan luar yang perlu dihadapi, malah
kelicikan musuh dari dalam yang membuatkan dia terpaksa menjadi Sultan Terakhir
Empayar Uthmaniyyah.

2.3 Gaya bahasa


2.3.1 Simile

Penulis menggunakan kaedah menyamakan dalam novelnya seperti:

“Musim bunga tiba seperti tahun-tahun sebelumnya. Orang ramai


menyambutnya dengan gembira.”

2.3.2 Hiperbola

Penulis juga menggunakan gaya bahasa yang bertujuan untuk memperbesar-


besarkan.

“Laungan gemuruh bergema. Semangat jihad yang sudah ditelan


mimpi ngeri sudah kembali. Baginda berucap kepada seluruh rakyat
jelata untuk bangkit….”

2.3.3 Peribahasa

Selain itu penulis menggunakan gaya bahasa untuk menyatakan unsur yang
terdiri daripada simpulan bahasa , pepatah , perumpamaan, bidalan dan
sebagainya.

“Sudah jatuh ditimpa tangga, kini dia pula ditinggalkan oleh isterinya.
Takdir tidak menyebelahinya…..”

Selain daripada ini, terdapat pelbagai jenis peribahasa lain yang digunakan
oleh penulis bagi menarik minat pembaca dan ada juga menggunakan bahasa-
bahasa yang indah untuk dibaca oleh masyarakat umum.

Gaya bahasa yang menarik bertujuan menjadikan pembacaan novel tidaklah


bosan dan pembaca juga dapat menjiwai atau membayangi sendiri pembacaan
mereka. [ CITATION Gor00 \l 1033 ].

2
2.4 Kekurangan
2.4.1 Grafik

Kekurangan yang terdapat pada buku ini ialah kekurangan dari segi grafik
dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. Oleh itu, pembaca harus
membayang sendiri apa yang dibaca dengan penulisan kreatif penulis yang
hebat.

Jika grafik diletakkan seperti gambar istana yang hebat pada zaman
pemerintahan Sultan Abdul Hamid pasti akan lebih menarik. Tetapi pembaca
perlu membuat pengkajian sendiri tentang reka bentuk istana pada zaman
pemerintahan beliau yang indah itu.

2.5 Kelebihan
2.5.1 Menggunakan nama watak sebenar

Novel karya Abdul Latiff Talib ini sangat menitik beratkan nama setiap
seorang ahli dalam penceritaannya. Novel sejarah yang menghargai setiap
seorang yang terlibat dalam peristiwa tersebut.

Dalam novel ini juga diceritakan untuk menarik minat pembaca


dengan tidak hanya menggunakan gelaran semata-mata. Sebagai seorang
penulis yang hebat dan mahsyur juga, beliau telah membuat pelbagai kajian
mengenai sesuatu sejarah dengan begitu teliti.

Penulis tidak hanya menggunakan ayat seperti “Seorang lelaki yang


berbadan sasa…..” dan lain-lain. Sebaliknya penulis menyatakan nama lelaki
yang dimaksudkan dalam penceritaannya

2.5.2 Imbas semula

Gaya penulisan novel yang menggunakan kaedah mengimbas semula


kehidupan sebelum kelahiran watak utama novel merupakan gaya yang
digunakan oleh penulis. Penulis banyak mencerikan dahulu perihal umat
islam pada ketika itu yang diperintah dibawah sistem khilafah yang hebat di
muka bumi ini.

Selepas penceritaan yang sangat mendalam sebelum kelahiran watak


utama novel ini, barulah diceritakan tentang kehidupan baginda sejak kecil
sehingga meningkat dewasa dan semasa masih berada dibawah
pemerintahan bapanya.

3
2.5.3 Penyuntik semangat

Novel ini mampu menyuntik semangat juang atau semangat ingin menaikkan
nama Islam kepada pembaca dan juga pelbagai semangat. Semangat utama
yang perlu ditekankan disini ialah semangat menuntut ilmu dikalangan
penuntut ilmu supaya tidak mengalah dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana
dalam novel ini menceritakan bagaimana perihal sultan yang tidak dibenarkan
untuk belajar pelbagai ilmu tetapi masih berusaha sedaya upaya untuk
memahi dan mempelajari ilmu dari luar istana.

Selain itu, semangat untuk menaikkan Islam ketika mana Islam di


ambang kejatuhan seperti telur dihujung tanduk. Dimana sesuai untuk umat
islam pada masa sekarang untuk jadikan sebagai teladan dimana harus
berani menentang dan tidak hanya mengikut telunjuk Barat.

2.5.4 Pengajaran

Terdapat banyak pengajaran yang boleh dipelajari oleh semua lapisan


masyarakat melalui novel ini. Dengan penilitian yang cekap, pengajaran yang
sangat banyak dan berguna untuk umat Islam khusunya terdapat dalam novel
ini.

Antara pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah sikap tamak
tidak boleh ada dalam diri seorang pemimpin. Ini dapat dilihat apabila ayah
kepada Sultan Abdul Hamid yang masih ingin meneruskan pembinaan istana
baharu yang gah dan mewah serta mengikut gaya eropah. Pembinaan ini
diteruskan atas dasar tidak mahu digelar sebagai ‘orang sakit Eropah’ oleh
barat dan pihak Rusia.

Pengajaran lain juga seperti kasih sayang seorang ayah kepada anak
yang begitu tinggi. Ketika baginda diusir bersama keluarga keluar negeri
baginda memohon agar anak-anak dan isteri-isteri baginda dibebaskan. Ini
menunjukkan betapa kasihnya baginda kepada keluarga baginda dan tidak
mahu mereka menderita dengan kehidupan baginda lagi.

Sebagai seorang sultan juga baginda sangat tegas kepada pihak


Yahudi yang cuba untuk mencerobohi kesucian bumi Palestin. Sebagai umat
islam sikap ini patut dijadikan contoh kerana keberanian inilah yang menjadi
bumi Palestin dari diduduki oleh bangsa Yahudi yang rakus dan kejam.

4
3.0 Kesimpulan

Novel ini wajar dijadikan bahan bacaan kepada seluruh umat Islam agar dapat memupuk
nilai-nilai dan pengajaran yang sangat banyak dan berguna. Umat Islam yang sekarang
berada di ambang kejatuhan sewajarnya berani dan tidak terpengaruh dengan budaya-
budaya yang dibawa oleh Barat dan musuh Islam sendiri. Sewajarnya novel seperti ini
diteruskan penerbitannya dan dibaca oleh setiap masyarakt Islam agar dapat
memperkukuhkan Islam yang semakin rapuh pada ketika ini.

5
Rujukan
Abdul Latip Talib. (2016). Sultan Abdul Hamid II : Sultan Terakhir Empayar Uthmaniyyah.
Kuala Lumpur: Publishing House Sendirian Berhad.

Gorys Keraf. (2000). Diksi dan Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Gramedia Pustaka Utama.

Anda mungkin juga menyukai