Anda di halaman 1dari 7

Apakah antara perubahan yang perlu dilakukan?

Pandemik Covid-19 memang membawa parah namun ia tetap merupakan satu peluang untuk
melihat semula dan mengubah sistem pendidikan yang ada untuk mendidik anak-anak dengan
lebih baik pada masa hadapan. Pertama, jadual pembelajaran atas talian yang lebih
komprehensif dan spesifik perlu dibincangkan dan dirangka sebagai panduan kepada pihak
sekolah untuk melaksanakan pembelajaran atas talian dengan lebih efektif. Walaupun terdapat
panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada awal bulan April
2020, namun pelaksanaan Google Classroom bagi setiap subjek masih kurang sistematik. Ini
boleh dilihatkan dengan adanya di kalangan guru yang membuat kelas pdp sehingga waktu
malam padahal jadual pembelajaran atas talian adalah bersifat fleksibel. Pelbagai
pengubahsuaian dan adaptasi perlu dicuba dalam tempoh PKP ini demi memastikan langkah
terbaik untuk pelajar sekalian. Dalam pada itu, jadual anjal khas mengikut subjek dalam seminggu
perlulah dirangka agar kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar dapat melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih efisien. Sebagai contohnya, satu hari satu subjek dan bukannya
mengikut kembali jadual pdp di sekolah yang sedia ada. Sekiranya jadual pdp pembelajaran atas
talian mengikut kembali jadual pdp sekolah sedia ada, ini akan menimbulkan masalah kepada
para pelajar, iaitu bertambahnya waktu skrin serta waktu duduk dan menjadi kurang aktif.
Seterusnya sukatan pelajaran juga perlu disesuaikan dengan sesi PKP. Jika kita kekal
mengamalkan cara pembelajaran yang lama dan hanya memindahkan pembelajaran ke platform
dalam talian, usaha ini adalah tidak bermakna. Oleh itu, kandungan pembelajaran atas talian
haruslah bersifat ringkas, padat dan efektif. Dalam sesi pembelajaran atas talian, pelbagaikan
aktiviti pelajar melalui perkongsian serta latihan kolaborasi di antara pelajar adalah lebih efektif
daripada pengajaran lama yang berpusatkan guru pada tahap PKP ini. Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah telah melaksanakan pembelajaran Project Based Learning (PBL) seiringan dalam
pembelajaran atas talian dalam tempoh PKP tersebut. Pelajar diberikan panduan dan tempoh
masa yang cukup dalam PKP untuk menyiapkan satu projek bagi setiap subjek yang dipelajari.
Sepanjang sesi pembelajaran atas talian, selain pengajaran sukatan subjek yang disesuaikan
dengan PKP mengikut jadual yang ditetapkan sekolah, guru dan pelajar akan membincangkan
perkembangan serta persoalan projek mereka. Pelajar akan membentangkan proses projek
individu atau kumpulan mereka sesama guru dan rakan mereka sambil mendengar komen dan
nasihat untuk memperbaiki dan menyempurnakan projek mereka. Guru pula akan menilai projek
PBL pelajar dan sentiasa membimbing dan memberikan motivasi sewajarnya. Langkah berikut
merupakan satu percubaan yang sangat sesuai dalam tempoh PKP kerana pembelajaran atas
talian bukan sekadar media perantara malahan pentas persembahan para pelajar. Satu lagi cara
untuk meluaskan capaian pembelajaran digital ialah melalui televisyen. Meskipun Malaysia
semakin bertambah baik dalam kadar penembusan internet secara keseluruhan, perbezaan
jurang digital masih ketara antara kawasan bandar dan luar bandar. Statistik suku ketiga 2019
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencatatkan
perbezaan kadar penembusan jalur lebar antara negeri. Negeri Sabah mempunyai kadar
penembusan jalur lebar yang paling rendah iaitu 82.0 peratus, diikuti oleh Kelantan 93.1 peratus,
Wilayah Persekutuan Labuan 95.9 peratus, dan Terengganu 97.4 peratus manakala kadar
penembusan jalur lebar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai 265.0 peratus, jauh
lebih tinggi daripada kadar penembusan jalur lebar national. Dan menurut statistik yang baru
dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah baru-baru ini, hampir 52 peratus pelajar
negeri Sabah tidak mempunyai peranti digital yang lengkap untuk melaksanakan pembelajaran
atas talian. Dengan itu, memandangkan bukan semua tempat dapat menikmati pelaksanaan
pembelajaran atas talian yang sama rata, maka penggunaan televisyen untuk menyiarkan
pembelajaran perlu diperluaskan lagi. Berdasarkan Kaji Selidik Penggunaan ICT dan Akses Oleh
Individu dan Isi rumah 2018 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, isi rumah yang
mempunyai akses kepada televisyen ialah sebanyak 98.6% dan merupakan yang tertinggi antara
peranti lain. Oleh itu, liputan kepada para pelajar melalui televisyen adalah lebih luas berbanding
platform atas talian. Pada waktu ini, Kelas@Rumah disiarkan dalam dua slot berdurasi satu jam
setiap hari di Okey TV. Selain itu, ASTRO turut melibatkan lebih rancangan pendidikan
berasaskan mata pelajaran sekolah. Penyiaran ini telah diperluaskan lagi mengikut jadual masa
yang sesuai malahan mempunyai fungsi “rakam” dan “tonton semula” untuk kesenangan pelajar.
Bukan itu sahaja, televisyen turut berperanan mustahak dalam menyampaikan pesanan norma
baharu iaitu rajin mencuci tangan serta amalan penjarakan sosial agar menjadi budaya tabiat dan
disemai dalam ingatan pelajar bagi persiapan pembukaan semula sekolah pada pasca pandemik
nanti. Seperkara lagi, senarai rangkaian sosial yang boleh dipercayai perlulah dikeluarkan oleh
SKMM dan PDRM sebagai panduan kepada pelajar demi memastikan jaringan keselamatan yang
terkawal agar tiada isu kebocoran maklumat yang tidak wajar ataupun risiko keselamatan siber
yang tidak diingini. Sebagaimana yang telah ditekankan oleh Rebecca Winthrop dalam artikelnya,
terdapat keperluan untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak dalam memastikan
kesejahteraan mereka dan mengurangkan kebimbangan ketika waktu kecemasan seperti PKP
ini. Kerajaan China telah melaksanakan pembelajaran fleksibel semasa pandemik Covid-19
melanda negara. Menurut Handbook on Facilitating Flexible Learning During Educational
Disruption: The Chinese Experience in Maintaining Undisrupted Learning in COVID-19 Outbreak
yang diterbitkan 15 Mac 2020, Kerajaan China telah melancarkan pembelajaran atas talian
berdasarkan enam strategi penting yang melibatkan kerjasama pintar, jaringan dan jalingan di
antara kerajaan, perusahaan dan sekolah. Kementerian Pelajaran China telah menyediakan
platform pendidikan nasional untuk kegunaan seluruh warga pendidik serta pelajar di negara
China. Pelbagai media seperti Wechat, QQ, DingTalk, Tencent Class menjadi pelantar
komunikasi jarak jauh di antara guru serta pelajar. E-Portfolio menjadi antara agen penilaian serta
pentaksiran perkembangan pembelajaran pelajar yang popular. Televisyen pula berperanan
penting dalam menyampaikan pesanan norma baharu seperti penjarakan sosial serta kebersihan
diri sama ada dalam tempoh PKP atau pasca PKP dalam pandemik Covid-19. Selain itu,
sokongan dan perkhidmatan turut dibekalkan kepada para guru dan pelajar sekali. Dalam pada
itu, Malaysia telah pun melancarkan perkhidmatan pembelajaran atas talian dengan kerjasama
RUMAHKOD dan GEG melalui pelantar seperti Google Classroom, Digital Classroom Malaysia,
Microsoft Teams Malaysia, portal e-Guru semenjak PKP dilaksana. Namun sasaran yang menjadi
penerima hanyalah kepada para guru sahaja. Oleh itu, adalah baiknya sekiranya perkhidmatan
berkenaan dapat dipanjangkan kepada pihak ibu bapa juga. Sementara itu, para pelajar sekolah
rendah dan menengah beserta dengan ibu bapa pula boleh mengakses pembelajaran atas talian
di eduwebtv dan cikgootube selain menonton siaran pendidikan di TV. Sepanjang PKP dilaksana,
ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembelajaran atas talian pelajar. Ibu bapa perlu
bertindak sebagai pembimbing, guru sementara, serta agen motivasi kepada pelajar. Ibu bapa
jugalah yang berperanan besar dalam memastikan perkara seperti waktu skrin serta waktu duduk
lama tidak berlaku pada anak anak mereka. Tambahan pula, amalan hidup sihat bermula dari
rumah dan ibu bapa atau penjaga wajib membantu pelajar menanamkan tabiat senaman serta
kehidupan yang sihat memandangkan kebanyakan mereka berada di rumah bersama anak
mereka pada masa PKP ini.

Hala Tuju Masa Depan

Pembelajaran atas talian ini sebenarnya mampu menghasilkan seseorang yang mempunyai
kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang
berteraskan teori konstruktivisme ini adalah salah satu kemahiran utama dalam kemahiran abad
ke-21 yang perlu dikuasai oleh seseorang individu untuk berjaya dalam abad yang mencabar ini.
Apabila dilakukan pembelajaran secara atas talian, pelajar tidak lagi boleh bergantung kepada
pensyarah atau guru semata-mata sebagai sumber ilmu sebaliknya mereka perlu giat membuat
pencarian sendiri dan menentukan isi kandungan yang hendak dipelajari. Sememangnya bukan
senang untuk membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat ini. Justeru, pendidik perlu
bijak menangani isu tersebut secara berhemah. Setiap pendidik perlu mengambil langkah proaktif
bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan di sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara holistik dan inklusif tercapai. Kita
harus sedar bahawa suatu hari nanti pelajar dan guru akan kembali ke sekolah untuk menjalani
pembelajaran seperti biasa dan pembelajaran atas talian juga akan menjadi norma baharu yang
telah diterapkan ke dalam pdp mereka. Namun, adakah pelajar sudah bersedia kembali ke
sekolah sekiranya masa itu telah pun tiba? Carmen Burbano de Lara, Pengarah School Feeding
Division, UNESCO menyatakan kerisauan beliau semasa World Food Programme, bahawa
semakin lama pelajar terhindar daripada sekolah, semakin kuranglah niat mereka untuk kembali
ke sekolah. Dengan itu, beliau berpendapat bahawa pihak sekolah berperanan besar dalam
menanamkan minda bahawa pembelajaran atas talian hanyalah langkah sementara dan
merupakan bahan bantu belajar dalam pandemik Covid-19. Para pelajar tetap perlu menjalani
hidup bersekolah selepas pasca Covid-19 nanti. Oleh yang demikian, peranan pengajar pada
abad ke-21 tidak lagi hanya menyalurkan ilmu pengetahuan tetapi ke arah mendidik dan
membimbing anak-anak menjadi seseorang yang berdaya tahan, fleksibiliti, pembelajaran
sepanjang hayat, pemikiran kritikal dan kreativiti. Untuk mencapai usaha jangka panjang ini,
kolaborasi erat di antara kerajaan, perusahaan dan sekolah tiga pihak berkenaan amatlah
diperlukan dan sebaiknya bermula dari awal persekolahan sehinggalah ke institusi pengajian
tinggi.
Rujukan :

Ayu, P. N., Chandra, D. K. R., & Lai Eng Meng. (2017, March). are your gadgets making you
sick. ColumbiaAsia, 108–109. Retrieved from
https://www.columbiaasia.com/malaysia/sites/default/files/downloads/health-articles-
are-your-gadgets-making-you-sick.pdf

Balram, A. (2020). How online learning can affect student health. Retrieved May 18, 2020,
from https://www.jhunewsletter.com/article/2020/04/how-online-learning-can-affect-
student-health

Broom, D. (2020). Homeschooling during the coronavirus pandemic could change education
forever, says the OECD 03 April 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/04/coronavirus-homeschooling-technology-
oecd/

Chandra, D. K. R. (2016). Preventing Digital Eye Strain. Infomed Malaysia (Jul-Sept 2016),
ColumbiaAsia, 52–56. Retrieved from https://www.columbiaasia.com/malaysia/health-
articles/preventing-digital-eye-strain

Daniel, S. J. (2020). Education and the COVID-19 pandemic. Springer, (20 April 2020).
https://doi.org/10.1007/s11125-020-09464-3

Hand, B. (2018). 3 Common eLearning Health Issues And How To Overcome Them.
Retrieved May 18, 2020, from https://elearningindustry.com/elearning-health-issues-
overcome-3-common

Huang, R., Yang, J., & Chang, T.-W. (2020). Handbook on Facilitating Flexible Learning
During Educational Disruption: The Chinese Experience in Maintaining Undisrupted
Learning in COVID-19 Outbreak 15 Mac 2020. International Research and Training
Center for Rural Education (1.2). Beijing: Smart Learning Institute of Beijing Normal
University. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/339939064

Hughes, C. (2020). What lessons from the coronavirus pandemic will shape the future of
education? 06 May 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/covid19-lockdown-future-education/

Lehmann, J. (2020). Commentary: Responding To Covid19: What Is Happening for Our


Vulnerable Children and Young People. Children Australia, (May), 1–6.
https://doi.org/10.1017/cha.2020.18

Li, C., & Lalani, F. (2020). The COVID-19 pandemic has changed education forever. This is
how 29 April 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/04/coronavirus-education-global-covid19-
online-digital-learning/
Luthra, P., & Mackenzie, S. (2020). 4 ways COVID-19 could change how we educate future
generations 30 Mac 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/4-ways-covid-19-education-future-
generations/

Mangis, J. (2016). Online learning and the effects on functional health : a pilot study. Eastern
Washington University, Cheney, Washington. Retrieved from
http://dc.ewu.edu/theses/386

McCarthy, N. (2020). COVID-19’s staggering impact on global education 26 Mac 2020.


Retrieved May 18, 2020, from https://www.weforum.org/agenda/2020/03/infographic-
covid19-coronavirus-impact-global-education-health-schools/

Nafolion Nur Rahmat, Munawir, A., & Bukhori, S. (2017). Duration of Gadget Usage Affects
Eye Fatigue in Students Aged 16-18 Years. Health Notions, 1(4), 335–340. Retrieved
from http://heanoti.com/index.php/hn/article/view/hn1409

Owen, N., Healy, G. N., Matthews, C. E., & Dunstan, D. W. (2010). Too much sitting: The
population health science of sedentary behavior. Exercise and Sport Sciences Reviews,
38(3), 105–113. https://doi.org/10.1097/JES.0b013e3181e373a2

Polcari, K. (2019). How the Internet Affects Students’ Mental Health. Retrieved May 18,
2020, from https://learnsafe.com/how-the-internet-affects-students-mental-health/

ResearchGate. (2020). COVID-19 Impact on Global Scientific Community. Retrieved from


https://solutions.researchgate.net/

Schaefer, A. (2015). 10 Perkara Yang Berlaku Semasa Anda Duduk Sepanjang Hari 21 May
2015. Retrieved May 18, 2020, from https://www.healthline.com/health/workplace-
health/things-that-happen-when-you-sit-down-all-day#1

Shaker, G., & Plater, W. (2020). 5 ways universities are helping tackle COVID-19 29 April
2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/04/universities-colleges-higher-education-
coronavirus-covid19-research/

Simon, S. (2018). Sitting Time Linked to Higher Risk of Death from All Causes 29 June 2018.
Retrieved May 18, 2020, from https://www.cancer.org/latest-news/sitting-time-linked-to-
higher-risk-of-death-from-all-causes.html

Tam, G., & El-Azar, D. (2020). 3 ways the coronavirus pandemic could reshape education
13 Mac 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/3-ways-coronavirus-is-reshaping-
education-and-what-changes-might-be-here-to-stay/
Thackeray, D. (2020a). Coronavirus: 4 tips for parents who are homeschooling 28 April 2020.
Retrieved May 18, 2020, from weforum.org/agenda/2020/04/homeschooling-tips-
coronavirus-lockdown/

Thackeray, D. (2020b). Coronavirus: Can online courses teach us how to be happy during
lockdown? 16 April 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/04/coronavirus-virtual-learning-lockdown-
covid19-education-loneliness/

Thomson Reuters Foundation. (2020). COVID-19: These countries show us what education
looks like after lockdown 14 May 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/schools-education-lockdowns-coronavirus-
covid19/

Tiara Alfitriana. (2019). HUBUNGAN ANTARA LAMA KERJA DAN JARAK MONITOR
DENGAN KEJADIAN COMPUTER VISION SYNDROME PADA ANGGOTA
KEPOLISIAN RESOR KOTA SURAKARTA. UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH
SURAKARTA. UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SURAKARTA.
https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

UNESCO. (2020). Schools are more than just a platform for knowledge, UNESCO webinar
highlights 05 May 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://en.unesco.org/news/schools-are-more-just-platform-knowledge-unesco-
webinar-highlights

Wiley, M. (2020). COVID-19: Countries around the world are reopening their schools. This
is what it looks like 02 May 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/coronavirus-countries-schools-education-
covid19-reopen-classroom/

Zaitie Satibi. (2017). Tekanan digital mata 06 Ogos 2017. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.hmetro.com.my/sihat/2017/08/250763/tekanan-digital-mata

Zhaohui, W. (2020). How a top Chinese university is responding to coronavirus 16 March


2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/coronavirus-china-the-challenges-of-online-
learning-for-universities/

Anda mungkin juga menyukai