Anda di halaman 1dari 3

e) PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah anda ingin menyambung pelajaran ?

Sebab saya ingin menyambung pelajaran adalah untuk mengembangkan kerjaya saya
di dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada masa akan datang di
samping minat saya terhadap bidang ini sejak dahulu lagi. Berdasarkan pengalaman
pembelajaran saya sejak sekolah lagi, saya mendapati bidang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan ini bukan hanya tertumpu dalam sesuatu bidang pekerjaan
tertentu sahaja, ia sangat meluas seperti yang telah diperuntukan dalam AKKP 1994
yang mana ia meliputi hampir 90 % bidang pekerjaan. Oleh itu, walaupun saya
bekerja dalam bidang kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, saya
merasakan bidang Pengajian Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
adalah releven untuk saya menyambung pelajaran. Di sampung itu juga, saya juga
dapat meningkatkan tahap pengetahuan saya dan mengukuhkannya lagi dalam bidang
ini apabila saya menyambung pengajian. Melalui pengajian ini juga, pada masa
hadapan, saya mungkin boleh bertukar bidang yang lebih mencabar dalam
peningkatan kerjaya saya.

142 patah perkataan


2. Terangkan tentang pengalaman pembelajaran anda dan bagaimana ianya relevan
kepada program pengajian.

Saya bermula didedahkan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini
adalah semasa saya belajar di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 dalam
kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan kemudian menyambung di Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis dalam bidang yang sama juga. Semasa dalam
pengajian itu, saya telah belajar dan didedahkan dengan bidang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan kerana bidang tersebut banyak melibatkan kerja-kerja yang
berisiko dan memerlukan perhatian semasa mengendalikan alatan, mesin dan
komponen lain. Dalam tempoh pengajian di Politeknik juga, saya telah mengikuti
Latihan Industri (LI) di Petronas Fertilizer, Gurun Kedah sebagai sub kontraktor yang
menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaran di dalam loji tersebut.
Sebelum itu, saya perlu mengikuti Kursus “Oil and Gas Safety Passport” di NIOSH
sebelum boleh masuk menjalankan latihan industri di Petronas Fertilizer. Dalam
kursus tersebut telah diterangkan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan
pekerjaan semasa di dalam loji. Dari situ saya telah belajar serba sedikit berkenaan
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Saya juga telah bekerja di sebuah
kilang sebagai Quality Assurance Technician selama setahun sebelum sambung
belajar dalam bidang Diploma Kesihatan Persekitaran. Kemudian saya telah bekerja
sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan Daerah
Langkawi yang mana saya telah ditugaskan menjaga Unit Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan. Saya juga bertindak sebagai setiausaha bagi Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di pejabat saya. Bidang tugas saya pada ketika itu
adalah menjaga kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja dari penyakit
berjangkit, tusukan jarum, saringan audiometri dan cholenestrease serta pelbagai lagi.
Berdasarkan pengalaman pembelajaran sepanjang tempoh tersebut, ianya releven
dengan program pengajian ini. Hal ini kerana, sebelum ini saya telah didedahkan
berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini contohnya, JKKP, AKKP
1994, penggunaan PPE, tanggungjawab majikan dan pekerja, HIRARC, penilaian
risiko dan banyak lagi. Dengan ini ia dapat membantu dalam menyediakan saya bagi
melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.
296 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai