Anda di halaman 1dari 1

Teori Interaksionalis

Teori ini dipelopori oleh Halliday. Teori ini menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak
melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka
mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Ketika kanak-kanak
berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih memberi penekanan
dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. Melalui pendekatan komunikatif, murid
mudah untuk berkomunikasi dalam masyarakat tanpa sebarang masalah.
             Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah
penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu, makna dan
tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik untuk
membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru perlulah
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya dapat memberi
makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu membaiki
kesilapan bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada bentuk atau struktur yang
mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan sendiri. Guru juga
boleh menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur ayat.

Anda mungkin juga menyukai