Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN INTERAKSI

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=interaksi&d=175768&

Interaksi boleh didefinikan sebaga satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Menurut
kamus “A English Dictionary”, interaksi bererti proces saling bertindak serta saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi terdiri dari kata inter (antar), dan aksi (kegiatan).
Jadi interaksi adalah kegiatan timbal balik. Interaksi selalu dikaitkan dengan istillah komunikasi
atau hubungan. Sedang “komunikasi” berpangkat pada perkataan “communicare” yang bererti
memberitahukan atau menjadi milik bersama. Roestilah (1994 : 35) mengemukakan bahawa
“interaksi iaitu proses dua arah yang mengandungi tindakan atau perbuatan”. Zahra (1996 : 91)
mengemukan bahawa “interaksi merupakan kegiatan timbal balik. interaksi belajar dan mengajar
adalah suatu kegiatan sosial anatara pelajar dan guru”. Menurut Homas (Ali, 2004: 87)
mendefisikan interaksi sebagai suatu kejadian ketika suat aktivitas yang dilakukan oleh
seseorang terhadap individu lain diberi ganjaran atau hukuman dengan menggunakan suatu
tindakan oleh individu yang menjadi pasangannya.

Maksud interaksi adalah satu process saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-
kurangmya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan
ataupun sekumpulan manusia.

Jenis – jenis interaksi adalah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan
murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan
murid dan murid dengan murid dan interaksi berkomputer. Interaksi sehala atau interaksi
traditional terjadi apabila guru yang mengawal segala aktiviti PdPc yang berlaku di dalam kelas.
Ciri-ciri interaksi ini adalah corak interaksi bilik darjah yang ditentukan oleh guru kelas, tiada
interaksi yang berlaku antara murid dengan murid dan murid tidka terlibat dalam PdPc secara
aktif.

Seterusnya ialah interaksi dua hala antara guru dan murid pula apabila guru menggunakan
pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di
dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala. Ciri-ciri interaksi ini adalah aktiviti
bercorak aktif, perhubungan guru dan pelajar menjadi semakin rapat dan menggalakkan pelajar
untuk melibatkan diri dalam process PdPc dengan menyoal dan meminta pendapat.

Di samping itu, interaksi dua hala antara murid dengan murid digunakan semasa pendekatan
kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain, dan lakonan. Ciri-ciri interaksi ini pula adalah aktiviti
pembelajaran aktif dan dinamik, perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan
interaksi antara guru dan murid fihadkan mengikut arahan guru sahaja dan pembelajaran
koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.
Guru menggunakan kaedah interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan
murid apabila pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan,
uji kaji dan kaedah penyelesaian masalah. Ciri-ciri interaksi adalah komunikasi berkesan
berlaku, penyertaan aktif murid dalam PdPc dan susunan yang kondusif untuk mengendalika
PdPc.

KEPENTINGAN INTERAKSI

Kepentingan interaksi dalam pembelajaran ialah membolehkan guru memotivasikan pelajar


supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, meningkatkan percapaian akademik pelajar di sekolah iaitu dalam meningkatkn
kefahaman murid dalam sesuatu perkara. Malahan dalam interaksi dapat meningkat sahsiah dan
disiplin pelajar. Perkara ini dapat mengatasi tingkah laku pelajar dan mengelakkan jenayah
berlaku jika saling berinteraksi antara pelajar dan guru. Menurut George Herbert Mead (1863 -
1931) dalam proses interaks, seorang individu beriaksi dan berinteraksi dengan individu-individu
yang lain atau objek-objek di persekitaran dengan tujuan untuk mempengaruhi satu sama lain.

Selain itu, kepentingan dalam interaksi dapat membantu menjayakan program sekolah, pelajar
dan guru dapat berkerjasama dengan baik dengan adanya komunikasi. Ilmu pengetahuan dapat
disampaikan mengikut kaedah yang baik dan teratur, jadi pelajar mudah faham setiap topik yang
diajar oleh cikgu. Hubunga persahabatan antara guru dan pelajar sangat penting kerana sangat
mempengaruhi proses belajar mengajar. Guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan
dan pelajar boleh memberikan maklum balas setiap pertayaan atau perbahasaan dari guru.

Interaksi belajar mengajar yang efektif merupakan aspek penting yang perlu ditekankan, kerana
interaksi adalah proses utama dimana guru menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Dengan
itu guru dapat melaksanakan rancangan mengajar dengan teratur. Guru juga dapat merancang
sesuai dengan tujuan pelajar yang telah ditentukan sebelumnya. Malahan pertukaran maklumat
dan idea berlaku, ini akan menggalakkan pelajar berfikir. Selain itu, dapat mengeratkan
hubungan antara warga sekolah.

Interaksi yang baik antara guru dengan pelajar boleh mewujudkan hubungan yang positif dalam
kelas. Kepekaan guru terhadap suasana kelas akan memberi impak yang besar kepada guru
dengan pelajar itu sendiri. Persekitaran kelas yang kondusif terhasil apabila terdapat interaksi
berkesan antara guru dengan pelajar.

Interaksi di antara individu


- Masalah dalam interaksi – interaksi bolik darjah yang sempurna dan berbentuk dua hala
kurang dpraktikkan
- Mengikut analisis Ned A. Flanders, interaksi di antara guru dengan murid dalam bilik
darjah boleh digolongan dalam tiga kkategori utama, iaitu;
a. Percakapan guru ( CTH Menerang, Memberi arahan/, mengkritik,Menyoal, menerima
pendapat )
b. Percakapan murid (Tindak balas murid, inisiatif murid sendiri)
c. Kesenyapan (berhenti sekejap kerana keliru inisiatif satu pihak)

SIMBOL –SIMBOL DALAM INTERAKSI

Simbol merupakan sesuatu yang wujud sebagai wakil kepada sesuatu perkara lain sama ada yang
diwakili itu wujud dalam bentuk nyata atau abstrak. Simbol juga sesuatu yang nilai dan
maknanya diberikan kepadanya oleh mereka yang mempergunakannya. Individu – individu
berinteraksi dengan menggunakan simbol-simbol yang di dalamnya berisi tanda-tanda, isyarat
dan kata-kata, dan bahasa tubuh.Individu akan meperlihatkan emos samada suka atau duka,
gelisah atau tenang dan sebagainya, perlakuan fizikal, mimik muka, kata-kata dan sebaginya.

Teori interaksi Simbol adalah salah satu dari 10 teori yang terdapat dalam Komunikasi
Interpersonal atau komunikasi antara perseorangan. Pendekatan teori ini adalah banyak berkaitan
dengan individu dan emosi individu. Para pengkaji yang menjalankan penyelidikan mengenai
perspektif ini mengatakan bahawa manusia dan emosi manusia paling penting dalam konsep
sosiologi.

Interaksi simbolik memiliki perspektif teortik dan orientasi metodologi tertentu. Pada awal
perkembangannya interaksi simbolik lebih menekankan studinya tentang perilaku manusia pada
hubungan interpersonal, bukan pada kesuluruhan masyarakat atau kelompok.

Tiga (3) huraian penting konsep makna Blumer (1969) iaitu;

a. Kepentingan memahami makna-makna simbolik mengikut konteks penggunaannya


b. Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan
menyebabkan hubungan bertambah mesra.
c. Makna ialah sesuatu yang boleh di rundingkan.
MAKNA-MAKNA BENTUK SIMBOL

1. Merujuk kepada penggunaan simbolsimbol dalam interaks


2. Keseluruhan proses interaksi tersebut bersifat simbolik, di mana makna-makna dibentuk oleh
akal budi manusia
3. Simbol merupakan sesuatu yang nilai atau maknanya diberikan kepadanya oleh seseorang
(mereka) yang mempergunakannya.
BAHASA PERKATAAN

Bentuk Simbol

PERLA
OBJEK KUAN

PERKATAAN (KATA-KATA)

Mewakili objek-objek fizikal, perasaan, nilai dan idea

Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana
interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proses komunikasi. Interaksi lisan ialah
proses yang melibatkan penyaluran dan pertukaran maklumat melalui pertuturan antara penutur
dan pendengar. Maklumat yang disalurkan itu terdiri daripada gagasan, perasaan, berita, dan
amanat, disampaikan melalui satu sistem simbol yang dikenali sebagai bahasa. Sebagai satu
perkara yang melibatkan bahasa, interaksi tidak terbentuk daripada sepatah perkataan atau satu
siri perkataan semata-mata, tetapi juga melibatkan beberapa unsur seperti kelancaran pertuturan,
kejelasan makna, situasi perbualan, nada suara, dan jarak sosial peserta perbualan. Dalam kata
lain, aspek interaksi lisan mementingkan bukan sekadar aspek linguistik bahasa, malahan juga
aspek-aspek interaksi lisan mementingkan bukan sekadar aspek linguistik bahasa, malahan juga
aspek-aspek yang melibatkan pragmatik bahasa. Contoh perkataan melalui lisan memuji tanda
berpuas hati atau suka, memaki hamun tanda marah)

Raminah (2005) menyatakan bahawa bahasa dan Interaksi merupakan dua patah perkataan yang
tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang amat rapat. Apabila
mendefinisikan bahasa, kita dapat mengetepikan perkataan bahasa. Apabila tujuan interaksi
seseorang pengguna bahasa berubah, bentuk bahasa yang digunakan juga akan turut
berubah.bentuk bahasa untuk meminta pertolongan berbeza daripada bentuk bahasa yang
digunakan untuk memberikan arahan. Oleh itu jelaslah bahawa lakuan bahasa merupakan sejenis
lakuan yang melibatkan pemilihan unsur. Pengguna bahsa perlu memilih unsur-unsur bahasa
yang sesuai dengan pelbagai pilihan yang ada.

PERLAKUAN

Meliputi perbuatan termasuklah pemikiran dan niat seseorang menghasil.kan perasaan, fikiran
dan maksud

Meliputi perbuatan termasuklah berdasarakan pemikiran dan niat seseorang. Ini juga
merangkumi sosial. Aksi (perlakuan fizikal) seperti berlakuan sopan, berkelakuan tidak
sopan, manja, melompat kegembiraan, menendang meja dll. Ini juga diketegorikan
sebagai interaksi sosial yang didasari oleh teori Interaksionisme simbolik oleh
Mead(1934) yang menjelaskan bahawa interaksi sosial terbentuk simbol-simbol dan
bahasa signifikan dan bermakna melalui aksi sosial seperti perlakuan.

Pengertian interaksi sosial adalah didasari oleh teori Interaksionisme simbolik oleh Mead (1934) yang
menjelaskan bahawa interaksi sosial terbentuk daripada simbol-simbol dan bahasa yang signifikan dan
bermakna melalui aksi sosial, menurut teori ini individu berubah dengan adanya interaksi mereka
dengan objek, peristiwa, idea dan orang lain. Mead (1934) juga menjelaskan, bentuk-bentuk simbol
terdiri daripada perkataan, perlakuan, objek dan bahasa. Proses sosial akan berlaku dengan adanya aksi
yang terdiri daripada aksi individu dan aksi sosial. Interaksi sosial akan berlaku apabila terdapat lebih
daripada satu pelaku, iaitu interaksi sosial tidak akan wujud jika terdapat seorang saja pelaku (Klarin,
2015). Proses interaksi sosial melibatkan komunikasi individu atau kelompok yang berlaku secara lisan,
atau tidak lisan seperti simbol-simbol yang ditunjukkan melalui bahasa isyarat badan (Carter & Fuller,
2015) yang juga dikenali sebagai interaksi verbal dan bukan verbal (Tischler, 2011; Amir Hasan Dawi,
2006).

OBJEK

Perkara nyata yang dapat dilihat seperti menonton di television dan iklan. Mengikut dewan
bahasa dan pustaka (2008) Jarak terjauh sesuatu objek yang mempunyai ciri tertentu yang dapat
dilihat dan dikenali dengan mata kasar dalam sebarang keadaan, atau, pada waktu malam sesuatu
objek dapat dilihat dan dikenali sekiranya aras pencahayaan umum disamakan dengan aras
pencayaan hari siang. Ketampakan rendah dinyatakan dalam meter, dan ketampakan tinggi
dalam kilometer. Laporan ketampakan umumnya merujuk kepada ketampakan pada semua arah.
Sekiranya terdpat sisihan yang nyata, ketampaan terendah direkod untuk tujuan kepada
ketampakan pada semua arah.

Kamus dewan bahasa (2008) objek sesuatu yang dapat disentuh, benda, barang; serta perkara
yang menjadi tajuk atau pokok perbicaraan (tulisan, lukisan, dll). Mead (1934) juga menjelaskan,
bentuk-bentuk simbol terdiri daripada perkataan, perlakuan, objek dan bahasa.

Proses

BAHASA

Bahasa adalah simbol dalam komunikasi simbol lisan untuk berhubung dan bahasa ialah aktiviti
yang memerlukan kafahaman tentang sesuatu cara untuk menggunakan bahasa. Bagaimana
bahasa bermula? Tidak pasti, tetapi manusia sentiasa berupaya untuk mengubah, membentuk dan
berkongsi apa sahaja melalui bahasa-bahasa adalah elemen penting daam kehidupan manusia –
manusia memiliki Semiotic Potential.

Semiotic Potential – kajian mengenai penggunaan tanda dan simbol yang digunakan oleh
manusia dalam proses konstruk, rekonstruk dan dekonstruk tentang apa sahaja di sekeliling
mereka. Melalui simbol, manusia berkongsi realiti dan berunding tentang maksud di sebalik
simbol bersama orang lain. Simbol ialah sesuatu yang menunjukkan secara rambang terhadap
sesuatu perkara. Contoh, warna merah adalah simbol keberanian. Simbol digunakan secara
rambang, tetapi bahasa ada peraturannya. Peraturan bahasa adalah seperti huruf boleh
dicantumkan, perkataan boleh dicantum bagi membentuk ayat. Daripada ini, maka wujudlah
peraturan sintaks (susunan kata dalam ayat) dan tatabahasa. Manusia mempelajari bahasa bukan
melalui peniruan daripada orang lain, tetapi dengan cara memainkan peranan aktif untuk
mengembangkan potensi bahasa. Seperti bayi mendengar dan bermain dengan bahasa, belajar
mengenai simbol dan peraturan bahasa, berkembang kepada sintaks, tatabahasa dan juga
oeraturan interpersonnal komunikasi. Basil Bernstein (1967) mengenal pasti konteks sosialisasi
yang kritikal iaitu, bahasa dalam komunikasi interpersonal memainkan peranan utama dalam
peralihan budaya kepada kanak-kanak. Bahasa membentuk identiti diri – jika seseorang
mengkritik bahasa anda seperti tatabahasa, dialek, dan loghat, sedikit sebanyak anda akan rasa
tercabar, ini kerana ia melibatkan identiti diri anda.

IS

SIMBOL – SIMBOL INTERAKSI DALAM PENDIDIKAN

BAHASA ISYARAT
EMOSI
AKSI (PERLAKUAN
MIMIK MUKA
FIZIKAL)

KATA - KATA NADA SUARA

SIMBOL SIMBOL
INTERAKSI DALAM
PENDIDIKAN
1. Bahasa Isyarat
(bahasa isyarat yang digunakan oleh orang bisu atau bahasa isyarat dengan menggunakan
simbol. Contoh jari telunjuk di mulut bermaksud diam. Mengikut wikepedia (2021)
bahasa isyarat merupakan bahasa yang bergantung kepada kaedah komunikasi yang tidak
menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan
maklumat bermaksud apa yag difikirkan seorang “penutur” sepertimana bahasa yang
dituturkan melalui percakapan. Bahasa ini dikembangkan dan dimanfaatkan dalam
kalangan masyarakat yang pekak tuli, saudara mara terdekat serta jurubahasa isyarat.
Bahasa isyarat digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang pekak di Malaysia.
Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tmepat dan
lokasi. Bagi orang biasa, ia boleh dikatakan sebagai loghat atau dialek tempatan.
Di Malaysia terdapat dua jenis bahasa isyarat yang utama digunakan secara
meluas iaitu Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan kod tangan Bahasa Melayu (KTBM).
Untuk membezakan dua jenis bahasa isyarat ini bolehlah dikatakan bahawa BIM lebih
kepada percakapan harian biasa manakala KTBM lebih kepada bahasa yang digunakan
dalam penulisan dan rasmi. Contoh cikgu berkomunikasi dengan pelajar bisu
menggunakan bahasa isyarat.
2. Emosi
( perubahan wajah, menangis, tersenyum, marah, sedih, kecewa) Pada umumnya
emosional interaksi adalah bagaimana gambaran emosi yang dapat mempengaruhi satu
sama lain. Emosi dapat menambah besar atau meredakan emosi yang berlebihan. Ketika
emosi berapi-api maka dapat mempengaruhi emosi rakan lainnya dan hal seperti ini
disebut interaksi emosional.
Interaksi emosional terletak pada interaksi interpersonal, interpersonal ataupun interkasi
antara manusia dan komputer yang diperlukan untuk pembelajaran yang efisien, efektif
dan afektif. Hal ini merujuk pada process komponen penilain emosional dan pemilain
ulang interaksi untuk mejaga hubungan yang erat dalam pembelajaran. Contoh murid
berubah wajah selepas guru memuji perilaku anak muridnya yang rajin membuat tugasan
yang diberikan.
3. Aksi (Perlakuan Fizikal)
Interaksi melalui fizikal yang melakukan pergerakan anggota badan. Ia juga merujuk
kepada halangan teradap proses komunikasi yang terbentuk fizikal (gangguan secara
nyata dan langsng). Contoh bunyi bising seperti radio, televisyen dan mesin-mesin. Bunyi
bising akan menyebabkan maklumat yang disampaikan terganggu dan menjadi tidak
jelas. Kesannya mesej yang disampaikan sukar difahami. Contoh murid yang sedang
membuli rakannya, guru terlihat perilaku ini dan beranggapan murid mempunyai masalah
disiplin.

4. Nada suara
Nada suara memainkan peranan yang penting dalam berbicara. Justeru, seseorang guru
perlulah mengelakkan nada suara bersifat mengarah, malah digalakkan pendekatan secara
membimbing. Nada suara seperti meninggikan suara, nada suara memujuk, lemah
lembut, nada suara perlahan mempunyai maksud yang berbeza. Contohnya seorang guru
kelas meninggikan suara dengan murid kerana membuat kesalahan tidak buat kerja
sekolah.

5. Kata – kata
Melalui interaksi kata antara guru dengan murid membolehkan maksud dapat
disampaikan dan dapat dijelaskan bahawa sama ada perkataan itu baik atau sebaliknya.
Interaksi melalui kata-kata biasanya melibatkan lisan. Contohnya memaki hamun, tanda
marah, memuji tanda berpuas hati atau suka.

6. Mimik muka
Mimik muka ialah kerut seseorang kerana sesuatu perasaan sama ada hendak menangis,
risau, geli hati, marah, kecewa, suka, menjengkelkan dan sebagainya. Contohnya seorang
guru wanita menunjukkan mimik muka kerisauan kerana ingin menyebat muridnya yang
menunjukkan expresi yang pelik.

- buat 2 soalan objektif + jawapan

https://www.scribd.com/document/406943172/Makalah-Interaksi-Berbasis-Karakter

https://sosiopembelajaran.blogspot.com/2019/04/interaksi-dan-pembelajaran-maksud.html

http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/interaksi-dan-pembelajaran.html

https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/
K01947_20201012112723_Topik%202_%20Interaksi%20dan%20Pembelajaran.pdf

https://pt.slideshare.net/nursyafiqahy/bab-5-interaksi-dalam-pendidikan-142941826

George Herbert Mead (1863 -1931)

Dewan bahasa dan pustaka (2008) http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?


k=objek+dapat+dilihat

Amin (24.02.2015) https://www.slideshare.net/alfaupsi/komunikasi-dan-interaksi-sosial-bahasa-


sebagai-alat-perundingan
Wikepedia ( 23.Sept.2021) https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_isyarat

Dewan bahasa & pustaka (19.01.2009) https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?


keyword=memek&d=175768&

Anda mungkin juga menyukai