Anda di halaman 1dari 3

Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi

menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat jugamempunyai keupayaan dan kekuatan bagi
membasmi kemiskinan dan menjaminkeseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui
mekanisma agihansemula kekayaan dalam masyarakat. Contoh: sebanyak hampir RM200 juta
bantuan zakat sudah disalurkan kepada asnaf dan golongan yang terkesan dengan wabak Covid-19
oleh institusi-institusi zakat negeri di seluruh negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Politik sesebuah negara umumnya merangkumi aspek ekonomi dan sosial. Justeru, keseimbangan
antara kedua-duanya adalah sangat penting dalam memastikan politik negara tidak terjejas dan
melancarkan lagi pentadbiran dan pembangunan negara. Di sinilah pengurusan zakat memainkan
peranan untuk turut membantu menyeimbangkan kedua-dua aspek tersebut dengan menyumbang
kepada sumber kewangan negara. Negara yang tidak mempunyai pengurusan zakat yang teratur dan
sistematik boleh dianggap rugi kerana mereka kekurangan salah satu sumber kewangan bagi
menyeimbangkan pentadbiran negara sedangkan Allah SWT telah memberi jalan dan
mempermudahkan manusia asalkan mereka mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan-
Nya seperti yang termaktub dalam AlQuran dan As-Sunnah. Contoh: Sebanyak RM3 juta telah
diperuntukkan melalui agihan dana zakat kepada golongan sasar seperti pekerja yang bergaji harian
terutama dalam bidang industri (tidak bekerja sepanjang PKP), pemandu e-hailing, pemandu teksi
dan guru-guru agama dan tahfiz yang terjejas pendapatan isi rumah.

Zakat merupakan salah satu sumber kewangan dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan

iaitu dengan cara memperuntukkan sebahagian besar dana yang diperolehi kepada golongan

fakir miskin terutamanya yang cacat anggota bagi membantu mereka menyara hidup selain

dapat dimanfaatkan sebagai modal untuk mereka menjalankan pekerjaan. Saraan hidup yang

diberi dengan kadar mencukupi sesuai mengikut keadaan ekonomi, masa, tempat dan

keperluan mereka agar dapat dibelanjakan bagi mencukupkan keperluan makan minum,

pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan. Contoh : Bantuan mensasarkan golongan peniaga
kecil dan penjaja gerai tepi jalan iaitu setiap ketua keluarga diberi bantuan sebanyak RM500.
Membantu pihak yang memerlukan. Pemberian zakat kepada golongan yang memerlukan ini akan
dapat menampung keperluan hidup mereka dan mereka tidak akan merasa tersisih daripada
masyarakat serta tidak menyimpan perasaan dengki kepada pemilik harta. Contoh: Di samping itu
juga, ZPP turut menyediakan keperluan pasukan barisan hadapan di Pulau Pinang.

Sumbangan diberikan dalam bentuk Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang terdiri daripada sut
perlindungan, gaun plastik, pelindung kepala dan kasut pelindung yang berjumlah RM20,000 kepada
pasukan petugas kesihatan.

Bagi menangani masalah pengangguran

masyarakat Islam, hasil zakat sebahagiannya diambil untuk disediakan keperluaan yang

diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat

latihan para pekerja. Ungkapan yang biasa digunakan untuk perlindungan ekonomi yang

minimum ini ialah perlindungan sosial. Biasanya tidak wujud perbezaan yang jelas antara

langkah-langkah perlindungan sosial dan lain-lainlangkah yang mengurangkan ketidakadilan

seperti perkhidmatan hospital, nasihat perubatan dan ubat percuma, pendidikan percuma dan

subsidi ke atas makanan dan rumah kediaman golongan pekerja.

Begitu juga dengan bantuan wang kepada golongan yang mengalami penderitaan dari segi

ekonomi dan sebagainya. Hal ini adalah sama dengan sistem asnaf di dalam perlasanaan

zakat kepada umat Islam. Ia dapat mewujudkan perasaan persamaan dan persaudaraan di

kalangan golongan yang kaya dan golongan yang miskin iaitu dengan meletakkan rasa

tanggungjawab ke atas golongan kaya dan berharta untuk memelihara golongan fakir dan

miskin. Contoh : ehingga kini LZS telah berjaya memberi peluang pekerjaan kepada asnaf melalui
projek:-

1. Usahawan kelompok.

Usahawan kelompok ialah satu usaha yang dihimpunkan untuk membuat satu perniagaan yang sama
contohnya Usahawan Bergerak, Usahawan Pasar Rakyat Asnaf dan Usahawan Bazar Ramadan.

2. Projek Berkelompok
Bagi projek berkelompok pula ialah satu projek berkelompok yang melibatkan asnaf fakir miskin
yang berkemahiran dan mereka diberikan gaji berdasarkan kerja yang berjaya mereka hasilkan.
Contohnya Bengkel Jahitan (D’Asnaf Anggun) dan Bengkel Kraf (D’Asnaf Kraf). Ramai juga dikalangan
asnaf fakir dan miskin yang menjadi usahawan seperti Usahawan Dobi & Sabun, Katering, Pertanian,
Penternakan, Perikanan, Jahitan Pakaian, Tadika & Taska dan lain-lain.

Dari aspek sosial, pengurusan zakat jelas membantu dalam memenuhi keperluan hidup fakir

miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia. Zakat juga

memainkan peranan penting dalam meningkatkan kebajikan masyarakat yang terdapat jurang

perbezaan di antara golongan kaya dan golongan miskin. Di antara hikmat disyariatkan zakat

ialah, pengurusannya mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari sudut moral dan

material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah

sebatang tubuh. Selain dari itu, ia juga dapat membersihkan jiwa dari sifat kedekut dan

bakhil. Ia juga merupakan benteng keamanan didalam sistem ekonomi Islam dan penjamin ke

arah kestabilan dan kesinambungannya.

Anda mungkin juga menyukai