Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 1: Kemahiran Memadang

“Cekap Memadang” (Disediakan dalam bentuk kad untuk setiap kumpulan kecil)

8
7 9
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 1: Kemahiran Memadang

“Cekap Memadang” (Disediakan dalam bentuk kad untuk setiap kumpulan kecil)

Cara Bermain:
1. Persediaan:
a. Kawasan permainan dengan jarak antara tapak 30 kaki, bola, bet dan batting tee.
b. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil,satu pasukan sebagai pemadang
dan satu pasukan sebagai pemukul.

2. Peranan pasukan pemadang:


a. Berdiri di sekitar kawasan permainan untuk memadang.
b. Pasukan memadang akan mengumpul satu (1) mata jika berjaya menangkap bola
dengan kemas pada setiap bola yang telah dipukul.
c. Dua (2) mata bonus akan diberi jika pasukan pemadang berjaya mengeluarkan
pemukul-pelari atau pelari tapak dengan cara menangkap bola yang dipukul
sebelum menyentuh tanah.
d. Mencecah pemukul pelari atau pelari tapak dengan bola sebelum tiba di tapak.
e. Memijak tapak dengan memegang bola sebelum pemukul pelari tiba.

3. Peranan pasukan pemukul:


a. Berada di batting tee untuk memukul bola mengikut giliran.
b. Memukul bola ke mana-mana aras dan arah.
c. Berlari ke tapak untuk memperoleh larian.

4. Pertukaran peranan pasukan akan berlaku apabila semua pemukul selesai membuat
pukulan.

5. Penentuan Pemenang
a. Pasukan memadang akan mengira jumlah mata yang dikumpul.
b. Pasukan yang memperolehi jumlah mata yang lebih banyak adalah pemenang.

6. Peranan guru:
Mengemukakan beberapa soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan
untuk murid berfikir dan memberi respons lakuan, mengikut situasi permainan.
Aktiviti 3: Kemahiran Larian Tapak

“Tangkas Berlari Tapak” (Disediakan dalam bentuk kad untuk setiap kumpulan kecil)

8
7 9
Aktiviti 3: Kemahiran Larian Tapak

“Tangkas Berlari Tapak” (Disediakan dalam bentuk kad untuk setiap kumpulan kecil)

Cara Bermain
1. Persediaan:
a. Kawasan permainan dengan jarak antara tapak 30 kaki, bola, bet dan batting tee.
b. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil, satu pasukan sebagai pemadang
dan satu pasukan sebagai pemukul.

2. Peranan pasukan pemadang:


a. Berdiri di sekitar kawasan permainan untuk memadang.
b. Mengeluarkan pemukul-pelari atau pelari tapak dengan cara:
i. Menangkap bola yang dipukul sebelum menyentuh tanah.
ii. Mencecah pelari tapak dengan bola sebelum tiba di tapak.
iii. Memijak tapak dengan memegang bola sebelum pelari tiba.

3. Peranan pasukan pemukul:


a. Berada di batting tee untuk memukul bola mengikut giliran.
b. Memukul bola melayang, bola leret atau bola lurus (line-drive).
c. Pemukul pelari cuba untuk memperoleh mata dengan cara berlari ke tapak
pertama dan selamat memijak tapak akan mendapat satu (1) mata.
d. Pelari yang bersedia di tapak pertama/ kedua/ ketiga dan berlari ke tapak
seterusnya akan mendapat satu (1) mata.
e. Pemukul pelari atau pelari tapak akan mendapat dua (2) mata bonus jika berjaya
mara lebih daripada satu tapak.

4. Pertukaran peranan pasukan akan berlaku apabila tiga (3) pemukul pelari atau pelari
tapak dikeluarkan.

5. Penentuan Pemenang
a. Pasukan pemukul akan mengira jumlah mata yang diperolehi.
b. Pasukan yang memperolehi jumlah mata lebih banyak adalah pemenang.

6. Peranan guru:
Mengemukakan beberapa soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan
untuk murid berfikir dan memberi maklum balas lakuan mengikut situasi permainan.

Anda mungkin juga menyukai