Anda di halaman 1dari 5

Falsafah Ilmu - HNH 3012

Kumpulan B

Assignment 2 : Ulasan Jurnal Individu

Pensyarah: Puan Wan Noor Zeiti Binti Wan Abdul Rashid

Nama: Muhammad Zahreen Asyraf Bin Khairuddin

No. Matrik: D20191087091


EPISTEMOLOGI DALAM PASCA MODENISME

Pendahuluan

Jurnal ini ditulis oleh Faizal Sidik, beliau merupakan seorang pengarang yang bebas

dan sering mengulas pelbagai fakta dalam bidang kesenian.Tajuk yang beliau

menulis Jurnal ini adalah Teori Pasca Modenisme - Bab 3. Beliau telah mendapat

pelbagai sumber untuk membahaskan topik ini seperti tokoh Mana Sikana, Teori dan

Kritikan Sastera Pascamodenisme, dan lain-lain.

1.0 Pengenalan

Pada ketika ini dunia berada dalam kemajuan perkembangan teknologi informasi

dan komunikasi, selain itu perkembangan dalam bidang sains dan teknologi juga

telah lama bersama dengan kita dan ianya mengebangkan kehidupan manusia.

Disebabkan pesatnya perkembangan aliran teknologi ini, ianya akan menghasilkan

berbagai aliran pemikiran khususnya pascamodenisme di seluruh dunia. Hampir

semua masyarakat di dunia hari ini masih kurang tahu akan kehadiran

pascamodenisme ini dalam kehidupan mereka. Akan tetapi tanpa mereka sedari

sebenarnya mereka telah dilingkungi oleh pola pemikiran tersebut dan

mengamalkanya.

Justeru itu, pascamoden mempunyai ciri-cirinya yang tertentu, ianya adalah tiga

asas khusus yang mempengaruhi pemikiran pascamoden ini iaitu

Deconstructionism, Relativism dan Pluralism. Selain itu, terdapat beberapa karya

yang bernama “Steven Seidmen” telah menambah beberapa ciri tambahan untuk

mencerminkan pemikiran pascamodernisme dengan lebih terperinci seperti anti-realis

dan permainan bahasa.


2.0 Tiga Asas Khusus Pemikiran Pascamoden

2.0.1 Dekonstruksionisme

Maksud Deconstructionism ini telah dihasilkan oleh penulis yang bernama

Jacques Derrida dalam buku yang bertajuk “The Truth in Painting of 1978. Makna ini

telah digunakan oleh Derrida untuk mencapai sesuatu perkara yang dikatakan benar

samada yang terkandung dalam ucapan, tulisan dan teks. Derrida berkata, tulisan

adalah alternatif kepada ucapan yang dapat menjadikan sebuah permainan bebas,

adanya unsur-unsur tertentu dalam bahasa dan komunikasi yang dapat menjadikan

pihak lain untuk memahami apa yang bakal disampaikan oleh ucapan tersebut.

Sebelum kedatangan teori dekonstruksi ini, terdapat teori yang lebih besar atau

“Grand Theory” seperti teori positivism August Comte dalam memahami ilmu dan

kemasyarakatan. Akan tetapi teori-teori ini telah dikatakan bersifat kaku, beku

sederhana, seragam dan tidak dapat diganggu oleh mana-mana metodologi lain

untuk memahami setiap permasalahan dan ianya telah ditolak oleh tokoh Paul

Feyeraband.

2.0.2 Relativisme

Istilah Relativisme ini sering digunakan untuk mencerminkan sesuatu perkara

yang bersifat tidak tetap dan mutlak. Sifat ini boleh berubah mengikut suasana

persekitaranya. Gellner adalah seorang pakar antropologi social daripada

University Cambridge telah berkata, relativisme ini bersifat anti terhadap pandangan

kebenaran yang tunggal dan aliran ini telah dijadikan sebagai subjektivisme untuk

alternatif yang mengimbangi kesilapan-kesilapan dan kurang difahami oleh persoalan

yang lahir dalam relativisme.


Relativisme ini diperkatakan berpandangan jauh daripada pluralisme dari sudut

kebaikan dan sekiranya ianya baik maka ianya adalah baik dan tidak perlu untuk

dipertikaikan lagi. Sikap dan pandangan relativisme ini kadang kalanya tidak tepat

dan kurang pasti, malah ianya seringkali berubah-ubah mengikut kesesuaian

daripada diri individu tersebut.

2.0.3 Pluralism

Pluralism ini terjadi daripada hasil pergabungan dan hubung jalin antara satu

bentuk pemikiran dengan pemikiran yang lain dan ianya lahir daripada pelbagai

bangsa dan budaya lalu wujudlah satu pemikiran yang dikatakan sebagai pluralism.

Pluralism juga adalah satu bentuk pembikiran yang menganjurkan pelbagai konsep

berkaitan kebaikan seperti kebebasan individu dalam memilih cara hidupnya di dalam

komuniti sesuatu masyarakat.

Selain itu, pluralism juga dikatakan seringkali mengambil segala bentuk

kebarangkalian atau kemungkinan yang akan menyusunya bagi membentuk pelbagai

konsep kebaikan.

2.3 Saranan

Antara saranan yang dapat saya kemukakan adalah seperti berikut, setiap

persoalan perlulah kita berfikir daripada pelbagai sudut bukan hanya sekandar satu

sudut yang berlainan kerana ianya mempunyai perbezaan jawapan. Oleh itu, kita

seharusnya mengumpul kesemua maklumat sebelum menyatakan bahawa persoalan

itu dapat diselesaikan oleh pembikiran kita kerana kadang kala kita mempunyai

kesilapan teknikal semasa berfikir.


2.4 Kesimpulan

Setiap tiga asas khusus seperti Deconstructionism, Relativism dan Pluralism

ini mempunyai pelbagai kelebihan dari pelbagai sudut serta tidak kurang juga dari

sudut yang negatif. Oleh demikian, kita perlulah berfikir mengikut ke arah kebaikan

atau lebih ke positif supaya mendapat jawapan yang terbaik untuk kita menilai

sesuatu persoalan tersebut.

2.5 Rujukan

I.http://faizalsidik.blogspot.com/2012/12/teori-pasca-modenisme.html (Article)

II. - - Sharifah Sofiah ‘Atiqah bt. Syed Ibrahim

Ismail Yusof (Buku)

III. Mainan Pascamoden di Malaysia - Kamaruddin M. Said (Buku)

IV. Mana Sikana, Teori dan kritikan Sastera Pascamodenisme, Fajar Bakti Sdn Bhd,

1998

V. https://www.slideshare.net/wanhishamudin/modenisme-43622387 (Article)

2.6 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai