Anda di halaman 1dari 3

Nama : Mohd.

Zulkarnain Bin Haruddin

No. Matriks : BA20160919

Tugasan (a) Apakah yang dimaksudkan dengan teater?

Teater merupakan sebuah tempat untuk mempersembahkan kesenian yang


dilakonkan oleh beberapa pelakon dihadapan penonton atau audiens. Dalam Bahasa Yunani
teater dipanggil thearon untuk Bahasa Perancis pula dipanggil théâtre. Namun dari segi
istilah teater didefnisikan sebagai segala hal yang dipertunjukkan di atas pentas. Teater juga
merupakan salah satu cabang daripada seni persembahan yang menggunakan kombinasi
beberapa elemen. Di dalam teater ini para pelakon akan menggunakan tarian, muzik, bunyi,
kombinasi pertuturan, gerak isyarat dan sebagainya yang melibatkan lakonan dalam teater.
Terdapat beberapa jenis persembahan yang dilakukan dalaam teater antaranya Opera,
Balet, Pantonim dan salah satu seni di Malaysia iaitu Wayang Kulit.

Di jelaskan bahawa, kelahiran seni teater dicatatkan sejak ribuan tahun lalu dan
terdapat empat jenis teater iaitu puisi, dramatik, gerak, muzikal. Difahamkan, mengikut
sejarah Mesir Yunani dan India dipercayai telah menjadi negara yang paling awal
memulakan sejarah teater ini. Kemunculannya dikedua negara ini berkait rapat dengan
struktur kehidupan masyarakat setempat di negara tersebut. Teater juga merupakan salah
satu proses pembelajaran. Ianya dapat mengenal diri dan masyarakat melalui drama yang
mencerminkan kehidupan diri dan masyarakat. Teater juga berperanan penting dalam
membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani.

Teater dilakukan bagi meingkatkan interaksi dan kemahiran komunikasi secara


berkesan dan jelas. Ini membolehkan para pelakon dan audien dapat berfikir secara kritis
dan kreatif. Secara tidak langsung, hasil daripada teater ini dapat menerapkan nilai-nilai
murni dan pengajaran kepada penonton ataupun audiens. Teater moden merangkumi
persembahan pementasan dan teater muzikal. Bentuk seni balet dan opera juga merupakan
teater dan menggunakan banyak konvensyen seperti lakonan, kostum dan pementasan.
Mereka berpengaruh terhadap pengembangan teater muzikal. Terdapat beberapa jenis
Teater mengikut Barat iaitu Drama, Musikal Teater, Komedi, Trajedi dan lain-lain. Teater
juga banyak mencipta penulis-penulis yang hebat dalam sejarah. Jika tiada penulis maka
semua lakonan akan terasa kosong kerana tidak sampai ke audiens.
Tugasan (b) Jelaskan secara ringkas dan terperinci sejarah perkembangan teater Greek.

Sejarah permulaan Teater Greek ataupun Teater Yunani Kuno merupakan


kebudayaan teater yang wujud pada masa Yunani Klasik diantara 550 sebelum masihi dan
220 sebelum masihi. Kota Athena merupakan negara yang mempunyai kekuatan tentera,
politik dan budaya yang penting di Yunani dan iainya adalah salah satu pusat kebudayaan
teater. Festival Dionysia telah merasmikan kebudayan teater daripda sebahagian festival
bertujuan untuk memuja Dewa Dionysia. Terdapat 3 jenis ragam drama yang timbul iaitu
Dram Trajedi pada akhir abad ke-6, komedi tahun 486 sebelum masihi dan Sandiwara Satir.
Kota Athena telah menyebarkan teater ini melalui festival tersebut ke pelbagai koloni dan
sekutunya bertujuan mempromisikan identitas kultral. Kebudayaan Teater Dunia Barat
banyak terpengaruh dengan Teater Athena.

Asal-usul Drama Yunani dimulakan oleh Orang Yunani Kuno padad abad ke-5
sebelum masihi dan seterusnya terpesona dengan persoalan tentang asal-usul tragedi dan
komedi. Orang Yunani Kuno ini tidak mengetahui asal-usulnya, tetapi seorang tokoh iaitu
Aristotle dan beberapa orang penulis lain mengemukakan teori bagaimana tragedi dan
komedi berkembang, dan bercerita orang yang dianggap bertanggungjawab terhadap
perkembangan mereka. Toko Aristotle telah mengemukakan beberapa petikan apa yang
difikirkan oleh Orang Yunani Kuno terhadap asal-usul tragedi dan komedi. Aristotle
mengatakan Tragedi berasal daripada orang Dorian tertentu di Peloponnese dan bagi
Komedi berasal daripada Orang Megari dari Yunani. Asal Komedi asalnya dari perkataan
Komoidia dan ianya berasal dari Yunani. Tetapi asal-usul komedi ini masih tidak diketahui
dengan tepat dan pasti. Asal trajedi pula iainya berkait dengan para pelajar teater Yunani
yang memperbaiki permulaan mereka dengan penyair Greek Tespis. Maklumat dari tradisi
kuno, Thepis adalah pelakon pertama dalam drama Yunani.

Teater Yunani Kuno mempunyai seni bina yang indah dan menarik seperti struktur
fizikal untuk mempamerkan persembahan itu adalah penciptaan Yunani. Ciri-ciri yang
terdapat dalam teater Yunani adalah Thearon, Orchestra, Thymele, Parodos, Skene dan
Proscenium. Untuk Thearon adalah Kawasan dimana penonton duduk untuk menikmati
persembahan. Tempat duduk penonton berbentuk separa bulat dan menaik. Bagi barisan
pertama ialah untuk kerusi khas untuk pegawai bandaraya. Bagi Orchestra adalah Kawasan
pegeliling yang berada di aras tanah dimana adanya paduan suara menari. Untuk Thymele
iainya adalah Altar untuk Dionysus di mana pengorbanan dibuat dan ianya berfungsi sebagai
sokongan panggung. Parodos adalah jalan laluan masuk untuk paduan suara kiri atau
kanan orchestra. Skene terletak didepan orchestra dan salah satu bahagian terbuka
struktur. Iainya dibina menyerupai istana ataupun kuil dan digunakan untuk bilik persalinan.
Dan yang terakhir Proscenium adalah tempat dihadapan skene di mana pelakon
membangunkan kerja. Ianya terletak pada tahap yang lebih tinggi daripada orchestra.

Ini merupakan asal-usul dan perkembangan teater Greek yang diterangkan secara
ringkas. Terdapat banyak lagi perkembangan pada Teater Greek dengan lebih mendalam.

Anda mungkin juga menyukai