Anda di halaman 1dari 16

Bil 09 / 2009 Edisi SEPTEMBER

* Projek Rumpai Laut PPK Semporna


* Kecemerlangan Projek Integrasi Ternakan Udang Marin
Lahirkan Usahawan Di PPK Mersing Selatan
* Manfaat Daripada Buah Terung
* Ternakan Ayam Kampung Menguntungkan Para
Penternak
* Hobi Jadi Kerjaya – Penternakan Arnab

Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
B er i t a Tra n sfo rmasi Pertanian

Projek Rumpai Laut PPK Semporna


Oleh : Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

M ALAYSIA terkenal dengan perairan lautnya, terdapat


air yang jernih serta keputihan pasirnya yang menarik.
Pada setiap tahun ribuan pelancong yang datang untuk
dan Universiti Malaysia Sabah, projek ini terus mendapat
sambutan yang menggalakkan khasnya kepada peserta dan
usahawan yang benar-benar berminat.
melawat Malaysia. Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau
Perhentian dan Pulau Kapas adalah antara beberapa buah PPK ini diterajui oleh En Sumarang Bin Chubung
pulau yang menjadi tumpuan kewujudan terumbu karang sebagai Pengurus Besar telah menjalankan projek tanaman
yang mempesonakan dan menarik minat pencinta alam. rumpai laut ini secara berkelompok dengan penglibatan
ahli Pertubuhan Peladang. Objektif yang sebenarnya adalah
Rumpai laut sebenarnya mempunyai peranan ekologi yang menjalankan usaha R&D untuk mengenal pasti spesis yang
sama seperti yang dimainkan oleh tumbuhan darat. Melalui lebih bernilai komersil, menarik minat nelayan dan ahli
proses fotosintesis, tumbuhan ini dapat menukarkan bahan untuk mengusahakan projek pengkulturan rumpai laut
bukan organik kepada bahan organik yang kemudiannya secara family farming serta meningkatkan sumber hasil
dapat digunakan oleh hidupan samudera yang lain. Oksigen perikanan/ akuakultur yang penting di peringkat nasional. Ia
yang dihasilkan boleh digunakan bukan sahaja oleh telah menjadi titik panduan kepada pengurus besar didalam
organisma samudera itu sendiri, malah juga oleh organisma menjayakan projek rumpai laut. Kini terdapat dua lokasi
yang hidup jauh di daratan. pengkulturan rumpai laut iaitu fasa 1 di Pulau Matapahi
berkeluasan 200 ekar. Fasa 2 terletak Pulau Ligitan yang
Sebagai panduan didalam memelihara kesejahteraan mempunyai keluasan 500 ekar.
alam, Pertubuhan Peladang Kawasan Semporna telah
terpanggil untuk menjadi salah satu rangkaian pengkulturan Rumpai laut (seaweed) atau nama saintifiknya Euchema
rumpai laut khasnya didaerah Semporna. PPK membantu Cottonii (berwarna hijau, coklat dan putih) atau nama
usahawan dan ahli yang berminat didalam projek ini tempatan Agar-Agar. Ia tumbuhan akuatik yang hidup
agar dapat menikmati kehidupan lebih baik dengan terapung di atas permukaan air laut. Pengkulturan
pendapatan tetap RM600 hingga RM1,500 sebulan. Atas rumpai laut dimulakan di Sabah pada tahun 1978 oleh
nasihat Lembaga Pertubuhan Peladang, Pejabat Daerah, Aquatic Resource Limited, Hawaii dari Amerika Syarikat
Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sehinggalah pada tahun 1980 diserahkan kepada Jabatan

 L ahir Peladang Pro g re s i f


http: //www.lpp.gov.my

Perikanan Sabah. Di atas tanggungjawab pemeliharaan


Agar-Agar memulakan kerja-kerja penyelidikan dan
mengenal pasti tapak pengkulturan dan spesies rumpai laut
yang bernilai komersial serta kaedah pengkulturan yang
mudah, murah serta proses pengeringan.

Projek ini sesuai dilaksanakan di perairan Semporna yang


mempunyai kriteria seperti :

a. Perairan laut terlindung


b. Ketinggian ombak 1-2 kaki
c. Saliniti 30-35 ppm
d. Kualiti air laut yang baik
e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang
3. Rawai (tangsi dan pelampung) 300’/unit (paling popular
KAEDAH PENGKULTURAN digunakan) pada kedalaman 2-5 m. Jumlah tanaman 6,500-
Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu : 9,500 pokok/ekar.

PRODUKTIVITI
Purata produktiviti ladang rumpai laut di Semporna
sebanyak 14,500 kg/ekar (rumpai laut basah).

HARGA
Berfluktuasi, pada mulanya RM0.80, RM1.00, RM1.20,
sehingga kini mulai RM2.20, RM1.80, RM2.20 dan
RM2.50/kg rumpai laut kering.

SUMBANGAN RUMPAI LAUT TERHADAP


EKSPORT
Sub-sektor akuakultur menyumbang 10,705 tan metrik
bernilai RM114 juta. Dianggarkan 60% dari nilai eksport
1. Pancang (kayu belian dan tali nilon) ukuran 35’x35’/ tersebut dari akuakultur laut (ternakan udang : 48%, rumpai
unit pada kedalaman antara 0.3-1.5m. Jumlah tanaman laut : 33%, ternakan ikan hidup : 14% dan moluska : 4%).
14,500 pokok/ekar.
KEGUNAAN EKSTRAK RUMPAI LAUT
Rumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan.
Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam:-

1. Industri pembuatan cat.


2. Pembuatan shampoo, dakwat, tekstail, penyembur
serangga.
3. Agen pembersih.
4. Sebagai bahan pengikat dalam industri pembuatan
bahan letupan.
5. Sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan.
6. Industri farmasi (pengikat ubat-ubatan).
7. Bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan.

MASALAH INDUSTRI RUMPAI LAUT


Keselamatan
2. Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : Gangguan lanun/perompak mengakibatkan pengkultur
150-200 ibs) 15’x85’/unit pada kedalaman 3-10 m. Jumlah rumpai laut menghentikan usaha mereka kerana sering
tanaman 7,700-11,500 pokok/ekar. terjadi rompakan harta benda. Keselamatan yang tidak

L a h i r P e l a d a ng Prog resi f 
B er i t a Tra n sfo rmasi Pertanian

terjamin akan mempengaruhi bakal pengkultur yang ingin KEPENTINGAN EKONOMI


menceburi industri ini. a) Makanan pencuci mulut
Rumpai laut mempunyai beberapa kegunaan kepada
Sikap manusia sehari-hari. Manusia telah menggunakan rumpai
Ada beberapa nelayan yang mempunyai sikap negatif laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun. Manusia
terhadap usaha yang dijalankan, di antaranya; tunggu telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama
dan lihat, tidak berkeyakinan, dengki/iri hati (tidak ingin Alga Merah dan Alga Perang boleh dijadikan sebahagian
melihat orang lain maju), sikap terlalu bergantung kepada daripada diet. Cara memakannya berbeza-beza bergantung
bantuan/subsidi, tidak rajin dan komited terhadap kerja. pada kebudayaan masing-masing.

Tenaga Kerja Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak


Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh para pengkultur atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang
rumpai laut menyebabkan kemajuan perusahaan menjadi baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai
lambat. Masalah ini diatasi dengan menggunakan tenaga kandungan protein yang tinggi. Walaupun ia mempunyai
kerja dari kalangan anggota keluarga. karbohidrat yang tinggi, tetapi karbohidrat ini sukar
dihadamkan. Sebagai contoh di Hawaii, rumpai laut yang
PENYAKIT RUMPAI LAUT dikenali sebagai ‘limu’ telah menjadi makanan kegemaran
Ais-Ais (reput batang) sejak turun-temurun. Dua spesies yang digemari ialah
Penyakit ini terjadi apabila tapak pengkulturan tidak Entermorha Prolifera (Alga Hijau) dan Gracilaria
mempunyai aliran arus air yang kuat dan pengawasan oleh Coronopifolia (Alga Merah). Di beberapa tempat di
pengkultur yang kurang memberikan perhatian kepada Kepulauan Britain, Porphyra (Alga Merah) yang dikenali
tanamannya. sebagai ‘Purple Laver’ dimakan dengan beberapa cara. Alga
Merah dibasuh dan direbus untuk dijadikan kek leper yang
Epiphytes (nama tempatan ‘sereng’) dikeringkan dan digunakan untuk membuat ‘blancmange’
Menurut sumber warna putih pada batang rumpai laut dan makanan pencuci mulut yang lain. Di negara-negara
disebabkan kandungan nutrien yang terlalu tinggi. ini, Palmaria (Alga Merah) atau lebih dikenali sebagai
Bagaimanapun kajian lanjut adalah perlu dijalankan ‘dulse’ masih digunakan untuk membuat roti dan makanan
penyebab penyakit ini. pencuci mulut.

Penyu b) Membuat teh dan kandi


Gangguan penyu yang memakan tanaman rumpai laut akan Di Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut
menyebabkan ladang pengkultur rosak. Bagaimanapun jika merupakan satu seni. Beberapa spesies telah ditanam dan
ladang diusahakan secara berkelompok dalam jumlah yang aktiviti ini merupakan tradisi yang telah lama diamalkan.
luas gangguan ini tidak memberikan masalah besar kepada Spesies Laminaria dan Alaria (atau ‘kombu’) dikeringkan
pengkultur. dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut
digunakan untuk membuat teh dan kandi. Undaria atau
Harga rumpai laut ‘wakame’ ialah satu lagi kelpa yang sedap dimakan secara
Harga benih berfluktuasi antara RM0.35-RM1.20 sepokok, mentah. Porphyra digunakan untuk membuat ‘nori’ (kulit
demikian juga harga rumpai laut kering di antara RM0.80- nipis) yang digunakan secara meluas dalam sup dan sebagai
RM2.20. pembungkus ‘sushi’ (nasi rebus yang disertakan dengan
ikan mentah dan landak laut).

 L ahir Peladang Pro g re s i f


http: //www.lpp.gov.my

Di Malaysia, beberapa spesies Caulerpa dan Gracilaria e) Menghasilkan bahan kimia


dimakan mentah oleh masyarakat Melayu tempatan Rumpai laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia
terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bak kanji yang dikenali sebagai fikokoloid. Fikokoloid
Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan
digemari oleh masyarakat tempatan. makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun
pada suhu rendah menjadikan fikokoloid begitu berharga.
c) Makanan haiwan dan baja Bahan-bahan komersil ini banyak mempunyai kegunaan
Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dalam industri terutama sebagai bahan penebal, pengampai,
dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga seperti penstabil dan pembentuk gel. Salah satu fikokoloid yang
Ascophyllum, Laminaria dan Fucus boleh diberikan kepada terpenting ialah algin (yang terdiri daripada asid alginik dan
kambing, lembu, kuda, ayam dan babi. Pertumbuhan haiwan garamnya alginat). Algin digunakan sebagai bahan penstabil
ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan dan pengemulsi dalam pembuatan hasil tenusu seperti
rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang aiskrim dan keju. Selain daripada itu, ia juga digunakan
diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu sebagai agen pengampai dalam pembuatan bahan pengilat,
yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya farmasi, dadah dan antibiotik.
ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan
didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Fikokoloid kedua yang boleh diperoleh daripada rumpai
Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut laut ialah karagenan. Bahan ini diperoleh daripada Alga
sebagai baja. Rumpai laut yang biasa digunakan untuk Merah seperti Chondrus (‘irish moss’) di Atlantik Utara
tujuan ini termasuklah Fucus. Alga Perang ini kaya dengan dan Eucheuma di kawasan tropika. Karagenan menyerupai
kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. Agar-Agar tetapi mengandungi kandungan abu yang tinggi
Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
dengan bahan organik yang lain. Baja yang terhasil bukan Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam aiskrim,
sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu
membantu dalam membaiki struktur tanah. di samping membaiki tekstur roti dan sup.

d) Bidang perubatan KEPENTINGAN EKOLOGI


Rumpai laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Ekologi samudera
Sargassum, Turbinaria, Hormophysa dan Hydroclathrus Rumpai laut memainkan peranan penting dalam ekologi
telah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati samudera. Kewujudan rumpai laut terutama Alga Perang
beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan mempunyai kesan penenang terhadap laut. Tumbuhan
masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai ini kadangkala boleh hidup dengan begitu banyak hingga
laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, membentuk hutan di dasar laut dan bertindak sebagai
antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah benteng yang mampu membendung dan mengurangkan
spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah daya ombak.
dan aras kolestrol plasma.

L a h i r P e l a d a ng Prog resi f 
B er i t a Tra n sfo rmasi Pertanian

Kecemerlangan Projek Integrasi


Ternakan Udang Marin Lahirkan
Usahawan Di PPK Mersing Selatan
Oleh : Ridzaludin Bin Abd.Wahid.(PPK Mersing Selatan)

M EMPELBAGAIKAN kegiatan ekonomi


Pertubuhan Peladang dalam perkongsian pintar
dengan melibatkan ahli mengusahakan projek yang
Manakala fasa ketiga, LPP memberi bantuan dalam
bentuk grant bernilai RM 470,000 bagi membesarkan
projek sementara fasa ke-empat sebanyak RM 520,000
berdaya maju dapat memberi faedah kedua-dua pihak telah diperuntukan oleh LPP pada tahun 2009.
terutama pihak PPK dan usahawan peladang.
Bagi memastikan projek yang diusahakan berjalan
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mersing lancar dan memberi pulangan yang menguntungkan
Selatan dalam usaha membangunkan ekonomi dan taraf PPK mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan
hidup ahli telah mengadakan perkongsian pintar dengan perikanan Daerah Mersing, Jabatan Perikanan Negeri
usahawan secara komersial di Tenglu Laut, Mersing Johor .
yang di usahakan sejak tahun 1998 telah berjaya
memberi pulangan yang menguntungkan kepada kedua- PPK juga menggunakan pelbagai teknologi terkini
dua pihak. berdasarkan kesesuaian tempat. Beberapa teknik telah
dicuba mengikut kesesuaian tanah dan air. Antara
Pada peringkat permulaan atas persetujuan kedua- beberapa teknologi yang telah digunakan dalam
dua pihak, PPK telah menyewa tanah ahli untuk memastikan projek berjaya ialah :
membangunkan dengan projek ternakan udang terbahagi
kepada empat fasa di mana setiap kolam berukuran
0.4-0.5 hektar, manakala fasa kedua sebanyak empat i. Mengamalkan sistem ternakan tertutup di mana
kolam yang melibatkan keluasan 2.8 hektar. Fasa ketiga sekeliling kawasan kolam dipagar bagi mengelakkan
melibatkan 5 kolam dengan keluasan empat hektar telah musuh perosak.
di bangungkan, manakala fasa ke-empat seluas 20 hektar ii. Penggunaa pro biotik dalam ternakan
akan dibangunkan dengan 27 kolam ternakan. iii. Penggunaan supercharger untuk menambahkan
oksigen dalam air.
Dalam pembangunan fasa 1 dan 2, Lembaga iv. Penggunaan sistem central drain di tengah kawasan
Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntukan sebanyak projek untuk kemudahan menyalir dan membuang
RM 250,000 berbentuk grant untuk pembiayaan awal air dari kolam.
dan sebanyak RM 160,000 adalah modal PPK sendiri. v. Penggunaan air tilapia ke kolam ternakan bagi

 L ahir Peladang Pr o g re s i f
http: //www.lpp.gov.my

menggalakkan pertumbuhan plankton. Beberapa usahawan yang telah berjaya seperti Encik
vi. Penyediaan stoking benih antara 15-20 ekor/ Zaki Bin Dakob merupakan siswazah IPTA sewaktu
meter. ditemui berkata, menternak udang harimau boleh
mendatangkan pulangan yang lumayan jika diusahakan
Kejayaan dan keuntungan yang PPK perolehi daripada bersungguh-sungguh. Kerja tersebut menjadi lebih
projek ternakan udang harimau yang dijalankan telah mudah dengan bantuan yang diberi oleh PPK. Kita
menarik minat ahli untuk mengusahakan sendiri projek tidak perlu mengeluarkan kos untuk menternak kerana
tersebut. Atas bimbingan dan tunjuk ajar daripada semuanya dikeluarkan oleh PPK dan dikredit setelah
PPK, seramai lapan orang usahawan telah berjaya pasaran dibuat. Pendapatan bersih semusim yang
mengusahakan kolam yang dilaksanakan secara mengambil masa tiga hingga empat bulan mencecah
usahasama dengan PPK. Usahawan individu juga RM10,000.00/kolam. Pungutan hasil dilakukan
berminat untuk mengusahakan projek tersebut di atas berperingkat-peringkat bagi memastikan udang
tanah sendiri. PPK bertanggungjawab menyediakan menepati saiz sahaja dipasarkan. Sementara En. Mohd.
benih dan ubat-ubatan, selain memasarkan hasil Bin Mesan, merupakan pesara bekas tentera yang telah
keluaran udang harimau di kawasan berkenaan. mengusahakan selama 15 tahun dalam ternakan udang
marin dan ianya merupakan usahawan PPK yang
‘’Sehingga kini PPK telah berjaya mengusahakan berjaya .
11 kolam ternakan, manakala usahawan sebanyak 12
kolam. Semua kolam PPK dikendalikan oleh seorang Sebagai agen pemasaran udang harimau, PPK
pengurus projek dan seorang penyelia dengan dibantu mengambil langkah proaktif dengan memasarkan 60%
oleh tiga orang pekerja. Usahawan pula mengusahakan jualan hidup dan 40% jualan mati. Jualan udang hidup
kolam mereka sendiri dengan bimbingan PPK. Pekerja dihantar terus ke Singapura kerana permintaan yang
akan ditentukan kolam masing-masing untuk diuruskan. tinggi dengan harga mencecah RM25.00 - RM 30.00/kg
Bayaran insentif diberi berdasarkan kutipan hasil yang dan jualan udang mati dipasarkan sekitar Johor Bahru
diperolehi. Setiap pekerja akan dibayar RM0.15/kg dengan harga sekitar RM18.00/kg.
berdasarkan kutipan hasil kolam masing-masing selain
bayaran gaji bulanan sebanyak RM600.00 dengan Pada tahun 2008 PPK telah berjaya memasarkan
purata setiap kolam mampu mengeluarkan hasil antara hasil udang yang diusahakan sendiri sebanyak 13
2-3 tan,” katanya.

L a h i r P e l a d a ng Prog resi f 
B er i t a Tra n sfo rmasi Pertanian

metrik tan dan milik usahawan sebanyak 15 metrik PPK telah merangka rancangan jangka panjang
tan dengan pendapatan kasar RM513,000. Daripada bagi meningkatkan keberkesanan dan keupayaan
jumlah tersebut PPK memperoleh keuntungan bersih projek. Antara perancangan yang diatur ialah:
berjumlah RM43,000 berbanding dengan usahawan
yang memperolehi RM75,000. Perbezaaan keuntungan i. Menjadikan projek ternakan udang marin sebagai
tersebut adalah disebabkan kos buruh yang terpaksa teras kepada ekonomi PPK.
ditanggung oleh PPK. Mewujudkan lebih ramai usahawan ternak air di
ii. kawasan baru.
Walaupun projek yang diusahakan menampakkan iii. Membangunkan pusat penetasan anak benih udang
kejayaan, PPK juga tidak terlepas daripada menghadapi harimau di Tanjung Arang di bawah Ncer.
masalah. Pada tahun 2006 kawasan tapak projek telah iv. Membangunkan sebuah makmal udang harimau
dilanda banjir besar selama seminggu menyebabkan bagi rangkaian pantai timur yang merangkumi
PPK mengalami kerugian. Kesukaran mendapatkan Kuantan dan Rompin.
benih udang yang berkualiti pada masa-masa tertentu. v. Sebagai pusat latihan kepada penternak udang
Pemilihan benih udang perlu dilakukan dengan teliti harimau sekitar Johor.
bagi memastikannya terhindar daripada penyakit. Buat
masa ini benih udang diperolehi dari Pusat Penetasan Buat masa ini PPK juga merancang untuk membuka
Pulau sayak Sg. Petani dan Hatcheri swasta di Johor. sebanyak 30 kolam ternakan udang marin dan ikan
siakap dalam kolam tanah. Dengan adanya projek ini
dapat membantu peladang dari luar Johor yang ingin
menceburi dalam bidang ternakan udang marin di
PPK. Dengan langkah masa hadapan yang dirancang,
PPK berharap projek ternakan udang harimau ini
akan berkembang dan mewujudkan ramai usahawan.
Projek yang diiktiraf sebagai projek contoh jabatan di
Daerah Mersing ini akan terus dimajukan dan mendapat
sokongan Kerajaan Negeri Johor.

 L ahir Peladang Pro g re s i f


http: //www.lpp.gov.my

Manfaat Daripada Buah Terung


Oleh: Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

Nama botaninya ialah Solanum Melongena L


K EMPEN bumi hijau kini sudah dikenali ramai
masyarakat Malaysia. Mereka kini peka tentang
pentingnya kempen yang telah dijalankan oleh
dan ia termasuk dalam keluarga Solanaceae ini
adalah tumbuhan yang tumbuh menegak. Semua
kerajaan di dalam mengurang kos perbelanjaan bahagian pokoknya diselaputi lapisan kelabu dan
isi rumah. Matlamat utama program ini ialah sesetengahnya adalah berduri. Tinggi pokok terung
untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi ini boleh mencecah sehingga 1 meter. Daunnya pula
mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti ringkas dan bersusun berselang–seli dan tangkai
sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. daunnya berukuran 10 sm panjang. Asal terung
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan adalah dari sekitar kawasan antara negara India
minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan dan Myanmar. Tumbuhan ini banyak ditanam dan
penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. mempunyai variasi yang sangat luas. Ia memerlukan
Kempen ini adalah dapat mewujudkan kesedaran cuaca yang panas dan kini banyak ditanam di timur
terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dan barat Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
dimakan disamping persekitaran perumahan yang
cantik dan menarik. Terung mempunyai pelbagai bentuk dan jenis.
Antaranya bulat, bujur dan berbentuk buah pir.
Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk Terung juga mempunyai warna yang pelbagai iaitu
tanam tanaman makanan berkonsepkan laman dapur putih, hijau, kuning, ungu, hitam dan campuran
atau ‘edible landscape’, secara menanam tanaman warna. Buah Terung mengandungi vitamin A, B dan
bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi C, potassium, karotena, protein dan lemak. Selain
keperluan keluarga serta dapat menekankan konsep itu ia juga mengandungi mineral besi, serabut niasin
pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri. dan karbohidrat serta kaya dengan kalium untuk
Justeru itu, kita akan melihat manfaat buah terung memulihkan paras natrium dalam badan.
kepada mereka yang menanam terung khasnya di
dalam menyahut seruan kerajaan ini.

L a h i r P e l a d a ng Prog resi f 
B er i t a Tra n sfo rmasi Pertanian

Semua bahagian terung digunakan dalam Selain buahnya, daunnya juga boleh dijadikan
perubatan herba. Sesuai dengan sifatnya yang ubat untuk kegunaan sendiri. Air rebusan daunnya
menyejukkan, buah terung menghasilkan beberapa boleh diminum untuk menyembuhkan luka dan
kesan antiseptik yang dikatakan boleh mengurangkan juga pendarahan dalaman juga penyejuk kepada
demam, merendahkan tahap kolestrol darah dan sesuai luka akibat terbakar. Bagi mereka yang menghidap
sebagai diet untuk menolong mengawal tekanan darah penyakit diabetes, asma, kolera, bronkitis, dan sakit
tinggi. Ia juga dapat mengaktifkan peredaran darah, atau susah buang air kecil boleh juga meminum air
menyejukkan darah serta menyahkan toksin. rebusan daun ini.

Ianya boleh dikisar dan kemudian diminum Sememangnya banyak kegunaan buah terung
bagi mereka yang tidak lawas kencing. Ia juga ini. Disamping khasiat yang banyak berguna untuk
dapat menghindarkan kesan-kesan hormon yang kesihatan kita, terung dapat dijadikan menu dalam
mengakibatkan beberapa jenis barah. Selain itu jika masakan kita seharian yang serba ringkas dan
anda termakan cendawan beracun, terung adalah menjimatkan.
penawarnya. Terung juga baik diamalkan oleh wanita
mengandung. Ia membekalkan folate sejenis vitamin
yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan.

10 L ahir Peladang Pro g re s i f


http: //www.lpp.gov.my

TERNAKAN AYAM KAMPUNG


MENGUNTUNGKAN PARA PENTERNAK
Oleh: Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

P ENTERNAKAN ayam kampung telah menjadi


suatu kelaziman dikalangan peladang kita pada
masa kini. Penternakan ini dilakukan sejak zaman-
sendiri bagaimana permintaan ayam kampung yang
menggalakkan. Bermula pada tahun 1992 beliau mula
menceburi bidang ternakan ayam kampung. Pada
berzaman lagi. Pada peringkat awal, tujuan ternakan tahun 2007 ini lah dimana Tuan Haji mula projek
adalah bagi mendapatkan sumber lauk-pauk untuk ternakan ayam kampung secara aktif lagi.
dijadikan makanan yang tinggi proteinnya untuk
sesebuah keluarga. Berbekalkan modal sebanyak RM 15,000 yang
di peruntukan pinjaman di bawah Program Usahawan
Budaya Melayu juga dikaitkan dengan Peladang (PUP) dan dari sumber kewangan sendiri,
menyabung ayam (ayam laga) juga mempengaruhi Tuan Haji Zanhuri Bin Mohd Ali memulakan
sebilangan besar penduduk kerana pada zaman dahulu projek ini bersama-sama keluarganya. Beliau juga
lagi ianya merupakan sejenis permainan tradisi yang mempunyai 2 orang pekerja untuk membantu beliau
melibatkan semua peringkat serta kedudukan atau didalam menguruskan kerja-kerja harian.
pangkat. Pada masa kini, permainan sabung ayam
telah diharamkan sejajar dengan perkembangan Diatas bantuan Lembaga Pertubuhan
pengetahuan agama yang semakin berkembang Peladang dan bimbingan Pertubuhan Peladang
dan adalah wajar permainan yang berunsur judi ini Kawasan Hulu Selangor projek ini masih utuh dan
dihapuskan. Pepatah Melayu juga ada menyebut berdaya maju. Berkat kesungguhan dan usaha beliau,
“Menang Sorak, Kampung Tergadai” yang terjadi kini telah lahirlah syarikat Proses Ayam Ahzan yang
kepada Pak Kadok. Mungkin kita kurang menyedari beralamatkan Lot 445 Kampung Melayu Tambahan
bahawa penternakan ayam kampung menpunyai 44200 Rasa, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.
potensi yang baik. Kita perlu mengkomersialkan
bidang ternakan ini. Daging ayam kampung mempunyai tarikannya
yang tersendiri iaitu dagingnya lebih pejal dan tidak
Justeru itu, Tuan Haji Zanhuri Bin Mohd mudah hancur. Aktiviti hariannya yang suka bergerak
Ali telah mula terpanggil untuk menceburi bidang hampir sepanjang masa membuatkan struktur
ternakan ayam kampung untuk di jadikan salah satu dagingnya bermutu tinggi dan sedap dimakan tetapi
sumber rezeki beliau di masa hadapan dengan melihat menyebabkan tumbesarannya menjadi agak perlahan.

L a h i r P e l a d a ng Prog resi f 11
B er i t a Tra n sfo rmasi Pertanian

Oleh itu beliau menggunakan sistem pengurusan reban menjelang senja. Masalah yang seringkali dihadapi
dan lepas didalam mencapai hasrat diatas. Pengguna dalam sistem ternakan secara lepas bebas ialah musuh
dari kaum Cina adalah penggemar yang paling tinggi seperti musang, ular, anjing liar dan ayam bertelur
bagi daging ayam kampung. dimerata tempat. Oleh itu pemantauan dilakukan dari
masa ke semasa oleh beliau dan pembantunya.
Menurut beliau lagi, kacukan ayam kampung
dengan baka ayam Perancis telah dilakukan bagi Didalam mengatasi masalah ayam bertelur
memberikan pengeluaran hasil yang tinggi. Ayam merata tempat, telur tersebut perlulah dipindahkan.
jenis ini dipanggil “Ayam Sasso” dan tidak memberi Sekiranya induk ayam merajuk kerana pemindahan
kesan kepada sifat-sifat semulajadi ayam kampung telurnya, penetasan tiruan hendaklah dilakukan
biasa kecuali saiznya yang lebih besar dari ayam dengan bantuan mentol lampu elektrik yang mengawal
kampung sebelumnya. suhu secara automatik. Sememangnya sarang tempat
induk ayam bertelur dan mengeram perlu disediakan
Penternakan ayam kampung dibuat berbagai dan dibiarkan ayam betina menentukan sendiri tempat
cara tetapi yang paling penting ialah pada waktu yang disukainya. Pada peringkat awal penetasan,
malam ayam perlu dikurung didalam reban yang penterrnak hendaklah membuat pemantauan yang
selamat daripada serangan musuh. Kebiasaannya lebih rapi dan membuat pengasingan sementara
ayam kampung dilepas bebas pada waktu siang hari dengan ayam yang lebih besar. Penjualan telur ayam
disekitar kawasan rumah yang lapang atau secara kampung juga di lakukan oleh beliau jika terdapat
ladang integrasi di ladang getah dan kelapa sawit. permintaan daripada pelanggannya.

Ayam-ayam yang diternak oleh Tuan Haji Ayam yang telah matang untuk di jual hanya
Zanuri akan diberi makan sekali sehari pada waktu dilakukan keatas ayam jantan sahaja. Ayam betina
pagi dan mencari makan sendiri pada waktu petang. dan sebahagian kecil ayam jantan dikekalkan sebagai
Ayam akan pulang sendiri ke reban apabila hari induk ayam. Tempoh matang ayam kampung ialah

1 L ahir Peladang Pro g re s i f


http: //www.lpp.gov.my

setelah mencapai umur 5 bulan. Pemasaran lebih yang sempurna. Menurut beliau lagi, Ayam kampung
terjamin dan harganya tinggi berbanding ayam daging juga tidak berisiko tinggi diserang penyakit. Ada
biasa. kalanya pada waktu malam sebaik-baiknya dibuat
unggun api berhampiran reban ayam bagi menghalau
Meskipun kerja menternak ayam kampung hidupan seperti agas, nyamuk dan musuh seperti
berisiko dari segi serangan musuh, memelihara ayam musang dan ular.
kampung cukup menjimatkan dimana kos makanan
hanya 50% dari kos pemeliharaan ayam daging biasa Beliau berharap suatu hari nanti projek
dan harga reban juga lebih murah tetapi ada kalanya ini terus mendapat sambutan yang menggalakan
beliau terpaksa membeli makanan ayam walaupun daripada pelanggan. Serta daging ayam kampung
harganya semakin mahal dari hari ke hari didalam dapat menampung serba sedikit kekurangan ayam
menampung sumber makanan yang sedia ada. daging yang semakin meruncing walaupun telah
terbukti bahawa daging ayam kampung lebih mahal
Beliau perlu mengambil perhatian iaitu ayam daripada ayam daging. Pekara ini bukanlah menjadi
kampung bukan semata-mata makan makanan seperti isunya, tetapi khasiatnya yang tidak terkira apabila
pelet, jagung, padi, beras dan serangga sahaja, malah kita memakannya. Ternakan ayam kampung juga
ia juga memerlukan dedaun rumput. Sekiranya ayam mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan
tidak dilepas bebas, maka rumput perlu diberikan oleh peladang sama ada secara komersial atau sebagai
setelah rumput tersebut dicincang halus. Ayam betina kerja sampingan.
juga memerlukan makanan tambahan seperti kulit
siput dan kerang-kerangan untuk pembentukan telur

L a h i r P e l a d a ng Prog resi f 1
Ber i ta Tra n sfo r m asi Pertan ian

Hobi Jadi Kerjaya – Penternakan Arnab


Oleh: Johari Bin Rashid (Ibu Pejabat LPP)

P ANTAI Remis nama sebuah pekan kecil yang


terletak dipinggir laut Selat Dinding dalam Daerah
Manjung. Ia merupakan pekan para nelayan dan
berjinak-jinak dengan sepasang ‘ Lob Ear ‘ sebagai
hobi. Lama kelamaan dengan sokongan isteri serta
anak-anak hobi itu kian berkembang menjadi suatu
sudah semestinya makanan segar dari hasil laut cukup projek penternakan. Terkumpul keseluruhan stok kini
sinonim dengan Pantai Remis itu sendiri. Pelantar tidak kurang 300 ekor dalam penjagaan. Ringkasnya
ikan yang terletak disebelah belakang pekan sering projek arnab ini memang punya masa depan dan
menjadi tumpuan peraih tempatan mahupun para ternyata mampu menjana pendapatan.
pelancong yang sesekali singgah melihat keunikan
sistem lelongan disamping memilih sendiri hasil POTENSI, HARAPAN DAN MASA DEPAN.
segar khazanah laut yang baru lagi mengancam.
Menurut keterangan En. Omar b. Ibrahim,
Laluan dari Pantai Remis menghala ke beliau sebenarnya masih baru dalam bidang
Lumut pastinya kita akan menempuh kampung yang penternakan arnab ini. Banyak perkara yang berkaitan
pertama iaitu Sungai Batu. Arah sisi sebelah kiri, dengannya perlu diketahui melalui pembelajaran tak
disitu kita boleh nampak dengan jelas satu papan kira samada lawatan, kursus mahu pun menerusi
tanda yang tertulis RIVERSTONE RABBIT FARM pembacaan di buku atau majalah. Pengalaman yang ada
yang berlatar belakangkan wajah arnab tersenyum walaupun singkat telah menemukan pelbagai macam
menggamit sesiapa yang memandangnya. Sehingga kerenah yang antaranya begitu menyentuh perasaan
ini ramai pengunjung yang singgah untuk melihat seperti Tuhan sengaja memperlihatkan kepada
lebih dekat sambil menikmati sendiri kemanjaan manusia betapa ada makhluknya yang lain boleh
keletah arnab dari pelbagai species. Antara yang membantu kita dalam mengimarahkan kehidupan
popular ialah kelompok Lob Ear, Anggora dan Lion kita di dunia ini. Dalam erti kata lain cabang usaha
Head. dalam meningkatkan ekonomi sebenarnya begitu
hampir dengan kita. Paling penting kesungguhan dan
Semua ini adalah hasil usaha beserta minat keikhlasan ditambah dengan kaedah, pendekatan dan
yang mendalam seorang usahawan projek kimpalan kreativiti seseorang pastinya kita mampu menyerlah.
yang juga kontraktor kelas F yang pada asalnya cuma Cuba kita bayangkan, bermula pertengahan tahun

1 L ahir Peladang Pro g re s i f


http: //www.lpp.gov.my

2007 yakni kira-kira 2 tahun kini stok semasa arnabnya MASALAH DAN CABARAN
menjangkau 300 ekor. Hasil yang telah dipasar bernilai
lebih kurang RM10,000.00 (200 ekor dari pelbagai Buat masa ini rata-rata penternak arnab gagal bersaing
spesis). Maknanya projek ini cukup berpotensi berpunca daripada faktor berikut :
andainya suatu susunan dapat dibuat dengan rapi
i) Harga makanan (pellet) yang mahal dan sentiasa
melalui kaedah dan saluran yang betul. Sudah pasti
Pertubuhan Peladang Kawasan Bruas/Pengkalan Bharu meningkat dari semasa kesemasa.
ii) Menternak pada skala kecil – tidak komersial.
adalah agensi paling tepat berperanan membantu atau
iii) Gagal mencari ruang pasaran.
menyelaras usaha yang telah pun bermula agar digarap
iv) Kurang pendedahan, cetek pengetahuan.
supaya berkembang menjadi industri yang mampu
v) Sukar dapat benih atau baka dari spesis terpilih.
bersaing. Contoh bidang lain yang berkaitan selain
jualan hidup ialah :-
KESIMPULAN
i) Daging segar/sejuk beku - Pengeluar/Pengusaha
Sate. Secara umumnya penternakan arnab
ii) Pembekal makanan ternakan (pellet) - Bina kilang merupakan suatu bidang yang cukup berdaya maju.
kecil bagi tujuan pengeluaran makanan. Malah ianya boleh dijadikan industri yang punya masa
Oleh kerana Pertubuhan Peladang Kawasan merupakan depan yang cerah. Kerajaan melalui Kementerian
agensi yang dinaungi oleh Lembaga Pertubuhan Pertanian dan Industri Asas Tani sangat mengalu-
Peladang maka matlamat untuk melahirkan usahawan alukan kegiatan seumpama ini terus berkembang dan
sudah kenalah cangkuknya ibarat ikan termakan mewarnai kehidupan masyarakat dinegara ini. Paling
pancing. Kepada usahawan kecil yang ada disekitar tidak usaha ini sedikit sebanyak mampu menyumbang
kawasan Bruas/Pengkalan Bharu yang terlibat dengan dalam meningkatkan pengeluaran makanan negara.
penternakan arnab ini akan dikumpul dan dimajukan
melalui penyatuan rangkaian yang lebih tersusun lagi
mengesankan.

L a h i r P e l a d a ng Prog resi f 1
B er i t a Tra n sfo rmasi Pertanian

Penaung
Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob

Penasihat
Haji Arpan Shah bin Satu
Haji Ramli bin Salikan
Grafik/Illustrator Berita Transformasi Elektronik
Kamaruzzan bin Hanif boleh dilayari di
Ketua Pengarang
http://www.lpp.gov.my
Rosmina Binti Ishak
Penyunting
Azizan bin Haji Othman
Shahzunizam bin Zulkafli

Edisi Internet
Haninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:
Lembaga Pertubuhan Peladang,
r.
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,
50990 Kuala Lumpu

1 L ahir Peladang Pro g re s i f

Anda mungkin juga menyukai