Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Teori Realisme bukanlah satu teori yang asing bagi pengkaji sains politik
malah teori ini merupakan antara teori yang tertua dan dominan dalam kajian
hubungan antarabangsa. Teori Realisme mengambarkan bahawa manusia pada
hakikat dan semula jadinya adalah tamak dan mementingkan diri sendiri. Oleh itu,
berlaku pergelutan dalam mendapatkan sesuatu yang terhad seperti kuasa dan
menjaga kepentingan sendiri. Menurut Jack Donnelly (2000), sifat semula jadi
manusia masih tidak berubah sejak dari zaman purba lagi. Menurut realist, sifat
semula jadi ini adalah teras ego dan cenderung ke arah sesuatu yang tidak bermoral.

Martin Wright yang merupakan seorang realist, mengambarkan realisme


sebagai satu teori percambangan dan teori tentang pembentukan kehidupan yang baik
dalam dunia antarabangsa. Realisme juga dilihat sebagai sebuah peraturan yang
mengatur tindak-tanduk sesebuah negara untuk mendapatkan keuntungan, manfaat,
kepentingan dan kebaikan dengan penglibatan rakyat dalam negara tersebut. Secara
umumnya, realisme menekankan konsep kekuasaan (power) sesebuah negara yang
cenderung untuk menggunakan kuasa ketenteraan (military power) dan sentiasa
menjaga kepentingan negara (national interests) mereka.

Realisme juga dikaitkan dengan keadaan ‘anarki’ dimana tiada pemusatan


kuasa yang berlaku. Setiap negara berlumba-lumba untuk mencari peluang dan
mengaut keuntungan disamping memperkasakan ketenteraan masing-masing. Konsep
realism juga menolak aspek moral sebaliknya lebih memberi perhatian kepada aspek
kepentingan dan kuasa.

Hans Morgenthau (1904-1980) yang merupakan seorang pengkaji politik


antarabangsa abad ke-20, telah menyenaraikan 6 prinsip realisme politik iaitu :

1. Manusia secara semula jadi adalah mementingkan diri sendiri dan sentiasa
bersaing antara satu sama lain.
2. Sistem antarabangsa adalah berbentuk anarki kerana tiada kerajaan
antarabangsa yang mengawal mereka.
3. Politik antarabangsa adalah usaha untuk mendapatkan kekuasaan dan
kepentingan dan boleh mengakibatkan perang.
4. Setiap negara akan mengutamakan kepentingan nasional.
5. Negara memerlukan kekuatan ketenteraan untuk mempertahankan
kedaulatan negara dan pengaruh untuk mempengaruhi negara lain dalam
mencapai matlamat.
6. Keupayaan tentera adalah lebih penting berbanding ekonomi dalam perihal
keselamatan nasional.

Melalui prinsip-prinsip ini, kita boleh mendapatkan gambaran jelas berkaitan


Realisme.

HNP3033 Page 1
2.0 PERKEMBANGAN TEORI REALISME

Karya Thucydidas yang bertajuk “A History of Philoponiannisian” telah


membuktikan bahawa Realisme telah dipraktikan sejak tamadun Greek dan Yunani
lagi. Thucydidas yang hidup pada zaman kegemilangan Greek telah menceritakan
pengalamannya menyaksikan perang antara Sparta dan Athens yang disebut sebagai
Peloponnesian War yang berlaku pada 431 sehingga 404 sebelum Masihi. Menurut
Paul Woodruff (1993), perang berlaku apabila Sparta mengisytiharkan perang
terhadap Empayar Athens yang sedang pesan membangun pada ketika itu. Perang ini
berlaku disebabkan oleh kepentingan kedua-dua empayar yang mempertahankan
sempadan tanah dan laut masing-masing. Di sinilah bermulanya realisme klasik yang
menjadi tunjang kepada aliran realisme yang lain.

Realisme kembali popular selepas tamat Perang Dunia Pertama yang tercetus
pada tahun 1914 dan berakhir pada tahun 1918. Realisme kembali diterima kerana
kelemahan konsep Idealisme yang dipraktikan selama ini yang tidak mampu untuk
menghalang Perang Dunia Kedua daripada berlaku. Perang Dunia Kedua yang
tercetus pada tahun 1939 dan berakhir pada tahun 1945 telah mengakibatkan
kemusnahan dan kerosakan yang teruk dengan angka korban sebanyak 61 juta orang
tentera dan orang awam.

Semasa Perang Dunia Kedua, negara-negara besar telah mula menekankan


konsep kepentingan nasional berbanding kepentingan bersama sepertimana yang
ditekan oleh golongan Idealist. Amerika Syarikat yang pada awalnya tidak terlibat
dalam Perang Dunia Pertama akhirnya terpaksa turut berperang apabila Jepun
menyerang pengkalan tentera laut mereka dalam insiden “Pearl Harbour” yang telah
memusnahkan 18 kapal perang, 164 jet pejuang, dan membunuh 2400 orang askar dan
orang awam. Amerika Syarikat telah bertindak balas untuk mempertahankan
kedaulatan negara mereka dengan berperang bersama-sama dengan tentera bersekutu.

Pendekatan Idealisme semakin kurang mendapat sambutan dan perlahan-lahan


pendekatan Realisme mendapat tempat. Hal ini kerana pendekatan Idealisme ini sukar
untuk dilaksanakan dan terlalu lemah dalam realiti hubungan antarabangsa. Setiap
negara sudah pasti akan mengutamakan kepentingan nasional mereka terlebih dahulu
berbanding kepentingan bersama. Kuasa menjadi aspek penting dalam menjamin
keutuhan sesebuah negara.

Selepas Perang Dunia Kedua, telah wujud dua blok di dunia iaitu Blok Barat
yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis yang diketuai oleh Russia.
Selain daripada negara blok-blok ini, wujud juga negara-negara berkecuali (NAM).
Jika dilihat dari luaran, negara yang menjadi anggota blok-blok ini lebih cenderung
kepada realisme. Buktinya, mereka bukan sahaja telah menjalani perang-perang besar
seperti Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, malah mereka turut menjajah
negara-negara kecil dan mengambil kekayaan negara tersebut. Bagi anggota negara
NAM pula, mereka lebih menjurus kepada Idealisme. Negara anggota NAM tidak
menykong mana-mana blok dan menghargai keamanan. Walau bagaimanapun, unsur
realisme sedikit sebanyak masih berada dalam setiap negara terutama dalam hal
kepentingan nasional.

HNP3033 Page 2
3.0 SARJANA-SARJANA REALISME

3.1 Thucydides

Thucydides adalah seorang ahli sejarah Yunani yang dilahirkan di Alimos


antara tahun 460 dan 455 SM dan meninggal dunia di antara 411 dan 400 SM. Beliau
dikenali untuk bukunya “A History of Philoponiannisian” yang menceritakan perang
antara Sparta dan Athens pada abad ke-5. Walaupun banyak pengarang pada waktu
itu, banyak maklumat yang kita tahu daripada beliau datang daripada buku ini. Buku
ini adalah hasil kerja tunggal beliau dan kita mendapat pandangan peribadi beliau
berkenaan kepimpinan Athens.
Thucydides merupakan bangsawan Athens yang ia dipercayai berumur 20an
atau 30an apabila perang pertama meletus pada 431 SM. Thucydides berjaya
menerangkan kepada kita berkaitan bencana Athens pada 430 SM, yang
mengorbankan hampir satu pertiga daripada penduduk Athens. Thucydides
memberikan kita satu laporan yang terperinci daripada wabak dan kesusahan yang
berlaku pada penduduk Athens
Thucydides menganggap bahawa perang adalah salah satu jalan untuk
menjamin keamanan dan survival sesebuah negara. Dalam keadaan yang anarki,
negara tidak mempunyai pilihan lain selain daripada ketenteraan dan kekerasan.

3.2 Niccolo Machiavelli

Dilahirkan pada 3 Mei 1469, di Florence, Itali, Niccolò Machiavelli adalah


seorang diplomat yang telah berkhidmat selama 14 tahun di Itali sewaktu peristiwa
pembuangan keluarga Medici. Apabila keluarga Medici kembali berkuasa pada tahun
1512, Machiavelli telah dihukum penjara. Dia kemudiannya menulis buku yang
bertajuk “The Prince” iaitu sebuah buku berkaitan ahli politik yang menggunakan
taktik kejam, mementingkan diri, dan licik. Buku ini telah memberi inspirasi istilah
"Machiavelli" dan menjadikan Machiavelli sebagai "bapa teori politik moden." Beliau
juga menulis beberapa puisi dan drama. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun, 1527 di
Florence, Itali.
Menurut Niccolo Machiavelli, nilai politik tertinggi bagi sesebuah negara
adalah kebebasan atau kemerdekaan. Untuk memastikan keamanan dan kemerdekaan
sesebuah negara dapat dikekalkan, pemerintah perlu memiliki kekuatan dalam
mempertahankan kepentingan negara bagaikan singa, serta bijak mencatur strategi.

3.3 Thomas Hobbes

Ahli falsafah Inggeris, Thomas Hobbes (1588-1679), amat terkenal dengan


pandangan politiknya dan beliau memegang reputasi yang baik. Dalam falsafah,
beliau mempertahankan golongan materialist, nominalist, dan pandangan terhadap
empirisme alternatif Cartesian dan Aristotle. Beliau juga penterjemah karya
Thucydides dan menulis sejarah sendiri berkaitan “Long Parliment”.

HNP3033 Page 3
Di dalam beliau yang bertajuk Leviathan (1651), Thomas menghuraikan 3 andaian
berkaitan Realisme iaitu :
1. Manusia adalah sama
2. Manusia berinteraksi dalam ruang yang penuh anarki
3. Manusia dihalakan dengan persaingan, rasa tidak percaya, dan kemuliaan.
Oleh itu telah muncul konsep “bellum omnium contra omnes” atau “war of all
against all” . Semua manusia pada dasarnya bersaing demi kepentingan diri
sendiri.

4.0 PANDANGAN DAN KRITIKAN


Walaupun ramai yang menentang pendekatan Realisme ini, tidak kurang juga
mereka yang menyokong. Hal ini kerana, pendekatan-pendekatan ini memberikan
kesan yang berbeza kepada setiap negara. Bagi negara besar seperti Amerika,
pendekatan Realisme mampu memberi keuntungan kepada negara tersebut. Amerika
Syarikat yang terkenal dengan kekuatan tentera dan teknologi canggih tidak teragak-
agak untuk melancarkan perang dengan negara-negara kecil yang menentangnya. Kita
semua sedia maklum bahawa Perang Amerika – Afganistan dan Perang Amerika -
Iraq yang kononnya ingin menentang pengganas itu hanyalah lakonan semata-mata.
Niat negara besar itu sebenarnya tertumpu kepada hasil minyak yang mencecah
billion dollar yang terletak di perut bumi negara tersebut. Perang seperti ini juga
menjadi medan mereka menguji teknologi-teknologi ketenteraan baru seperti Drone,
senjata kimia, senjata nuklear, dan banyak lagi. Disamping itu, Amerika telah berjaya
menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka dan menakutkan kawan mahupun lawan
mereka. Perlumbaan senjata nuklear bukanlah sesuatu yang asing bagi negara-negara
besar ini.
Bagi negara kecil seperti Malaysia pula, prinsip Realisme sememangnya tidak
bersesuaian dengan negara kita. Terdapat beberapa faktor yang tidak membenarkan
Malaysia mengamalkan Realisme. Ketenteraan Malaysia masih belum mantap.
Ketenteraan kita hanya mampu menahan dan menyerang balas serangan daripada
negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Apabila
peperangan melibatkan blok-blok negara dan kuasa besar, negara kita amat mudah
tewas. Tambahan pula, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun. Oleh
itu, perbelanjaan negara seharusnya lebih tertumpu kepada aspek pembangunan
berbanding dengan ketenteraan. Pendekatan yang diambil oleh Malaysia iaitu berbaik-
baik dengan semua negara tanpa mengira aliran poltik dilihat amat wajar. Malaysia
perlu mengambil langkah berbaik-baik terutamanya dengan negara-negara jiran untuk
mengelakan perang daripada berlaku. Hal ini kerana perang bukan sahaja
melambatkan pembangunan sesebuah negara, malah turut mengorbankan nyawa dan
harta benda yang banyak. Selain itu, dengan berbaik-baik dengan semua negara,
Malaysia dapat menjalankan perdagangan dengan bebas tanpada ada sekatan dari
mana-mana blok. Hal ini akan menguntungkan Malaysia dalam jangka masa panjang.
Walaupun Malaysia dilihat cenderung kearah Idealisme, seperti melalui misi-
misi kemanusiaan, penentangan terhadap dasar Aparteit, dan menjadi suara kepada
negara dunia ketiaga, namun kepentingan negara tetap menjadi keutamaan.
Pemimpin-pemimpin negara kita tidak pernah mengetepikan aspek national interest
dan national security. Oleh itu boleh dikatakan semua negara sudah pasti akan
menjaga kepentingan nasional mereka, melebihi apa-apa pun secara sedar atau tidak.

HNP3033 Page 4
5.0 PENUTUP

Dalam mengkaji hubungan antarabangsa, kita perlu memahami terlebih dahulu teori-
teori yang berkaitan. Pendekatan Realisme merujuk kepada pendekatan yang melibatkan
kuasa dan pergelutan setiap negara untuk menjaga kepentingan mereka. Ada antara negara,
terutamanya negara besar yang menggunakan pendekatan-pendekatan dalam situasi yang
berbeza. Contohnya Amerika Syarikat yang lebih menonjol kepada Realisme, juga bersifat
Idealisme dalam situasi tertentu. Contohnya ketika Amerika Syarikat cuba menghentikan
penaklukan Rusia terhadap daerah Ukraine. Walau apa pun prinsip yang dipegang oleh
negara-negara, ianya tetap kembali kepada kebijaksanaan pemerintah dalam menguruskan hal
ehwal luar dan keselamatan negara dalam memastikan kamanan dan kemakmuran negara
tercapai. Kepentingan negara harus diutamakan kerana kita tidak mahu terjadi seperti ‘kera di
hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

6.0 BIBLIOGRAFI

Jack Donnelly (2000). Realism and International Relations. United Kingdom: Cambridge
University Press.
Thucydides dan Paul Woodruff (1993). On Justice, Power, and Human Nature. USA:
Hackett Publishing Company, Inc.
Seán Molloy (2006). The Hidden History of Realism: A Genealogy of Power Politics. USA:
Palgrave Macmillan.
Paul R.Viotti and Mark V.Kauppi .(1999). International Relation Theory.United States: Allyn &
Bacon.
Joshua S.Golstein and Jon C.pevehouse.(2012) .International relation 10 edition.United
th

States:Pearson

HNP3033 Page 5

Anda mungkin juga menyukai