Anda di halaman 1dari 1

Nama: Tan Cher Eing (S-PM 0302 / 19) PMC 513

Refleksi:

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran


hari ini, terutamanya dalam subjek Sains. Contohnya, teknologi menolong meringankan
tugas-tugas seorang guru. Banyak kerja dapat dipermudahkan dengan penggunaan
Internet. Guru-guru dapat mengakses maklumat dan info-info yang berkaitan dengan
kandungan subjek yang diajar dengan cepat dan mudah. Selain itu, banyak video dan
gambar-gambar dapat diakses melalui Internet dan dapat membantu murid-murid
memahami sesuatu topik dengan lebih senang dan seronok. Tambahan pula, sesetengah
eksperimen yang tidak dapat dijalankan dalam sekolah juga dapat ditunjukkan kepada
murid-murid melalui penayangan video.

Dengan itu, pengajaran dan pembelajaran hari ini dapat dipercepatkan dengan
bantuan alat-alat dan bahan-bahan teknologi ini, guru-guru juga dapat menyampaikan
kandungan topik yang diajar dengan lebih aktif dan menyeronokkan. Contohnya, murid-
murid boleh menjawab soalan melalui pelbagai platform seperti Quizizz, Kahoot, Google
Form, dan lain-lain.

Kepentingan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran jelas


diperlihatkan terutamanya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan kebelakangan ini
akibat pendemik Covid-19 yang berleluasa. Sekolah-sekolah telah ditutupkan dan semua
pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan melalui secara talian (Google meet, Zoom,
Google Classroom dan lain-lain). Dengan bantuan teknologi-teknologi ini, barulah
murid-murid dapat terus belajar dalam rumah walaupun tidak hadir ke sekolah.

Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus menggunakan teknologi secara
optimum supaya dapat memberi manfaat yang banyak kepada anak-anak murid kita.
Dengan itu, barulah murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan dan seterusnya
meningkatkan motivasi mereka untuk menimba pengetahuan melalui kaedah
pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai