Anda di halaman 1dari 2

TOPIK 1 Bincangkan peranan yang dimainkan oleh teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dewasa ini, penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak lagi menjadi sesuatu yang asing. Hal ini disebabkan penggunaannya yang begitu diperlukan adalah sejajar dengan arus perkembangan teknologi pada masa kini. Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh kita lihat. Pertama, penggunaan teknologi dapat membantu murid-murid untuk melaksanakan pembelajaran kendiri terutama ketika ketidakhadiran guru di dalam kelas. Sebagai contoh, guru menyediakan beberapa soalan yang memerlukan penyelidikan dan kajian. Bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut, murid-murid boleh menggunakan alat teknologi seperti komputer untuk mengakses kepada laman-laman sesawang yang berkaitan bagi mencari maklumat-maklumat dan jawapan. Selain itu, mereka akan memindahkan maklumat yang telah diperoleh ke dalam bentuk yang lebih mudah difahami seperti satu artikel kepada peta minda, dan ini secara logiknya dapat memudahkan lagi proses pemahaman mereka. Kedua, penggunaan teknologi ini dapat memudahkan guru-guru dalam menyampaikan isi pengajaran mereka. Hal ini berkaitan dengan penggunaan bahan dan peralatan sebagai bahan sokongan kepada penjelasan dan penyampaian guru mengenai sesuatu topik. Sebagai contoh, seorang guru ingin menjelaskan kepada murid-muridnya mengenai bahaya merokok. Guru tersebut bolehlah menggunakan bahan visual seperti video bagi menunjukkan bagaimana kesan perlakuan merokok itu memberi kesan kepada bahagian dalaman manusia. Ketiga, ia dapat memberi peluang belajar yang sama kepada semua murid. Walaupun tanpa berada di sekolah dan guru di sebelah, murid-murid dapat melaksanakan cara pembelajaran jarak jauh dan ini membolehkan mereka melakukan pembelajaran yang lebih bebas tanpa masa yang terhad. Sebagai contoh, guru memuat naik video yang berkaitan dengan objektif pengajaran ke laman sesawang sekolah mereka dan murid-murid boleh membuka video tersebut di mana-mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa. Selain itu, ruangan forum boleh diwujudkan bagi membuka ruang kepada murid-murid untuk bertanyakan soalan yang kurang difahami dan juga berkongsi pendapat yang mereka ada. Seterusnya, penggunaan teknologi ini dapat mengubah pengalaman pembelajaran murid-murid kepada sesuatu yang lebih fleksibel. Sekiranya sebelum ini, murid-murid hanya didedahkan dengan cara pengajaran lama di mana guru menyampaikan maklumat, manakala murid-murid hanya menerima dan menyalin

maklumat yang disampaikan daripada guru. Dengan menggunakan kemudahan teknologi, murid-murid dapat menambah lagi maklumat yang diterima dengan cara mengakses kepada laman-laman pendidikan ataupun yang berkaitan dengan perkara yang diselidiki. Selain itu, murid-murid mungkin akan berasa lebih seronok dengan cara pembelajaran yang baru ini kerana mereka boleh memilih laman-laman yang menarik untuk mereka lawati. Tambahan itu, guru dan murid-murid dapat melakukan penjimatan terhadap masa dan wang terutamanya. Bahan-bahan perkongsian seperti nota-nota kuliah yang banyak hanya dimuat naik tanpa perlu dicetak banyak kali oleh guru dan muridmurid. Mereka hanya perlu menyimpan di dalam komputer mereka dan boleh dicetak sekiranya ingin disimpan di dalam fail. Selain dapat menjimatkan penggunaan ink pencetak, mereka juga boleh menjimatkan duit sekiranya melakukan cetakan di kedai. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah membantu kepada guru-guru dan murid-murid dan perkara ini tidak boleh disangkal lagi.

Disediakan oleh: Nazatul Azila binti Md Najib Nur SuAidah binti Mustapha

Anda mungkin juga menyukai