Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN ALU-ALUAN WAKIL LAILY YUSOFF VENTURES

Terima kasih saudari pengerusi majlis, yang saya hormati, Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah

Malaysia, En. Sazali Mohiden. Yang saya alukan juga rakan-rakan perniagaan saya, Doktor

Muhammad Keegan dan pasangan, staf-staf, dan semua penghuni Pusat Jagaan Mahmudah

Malaysia sekalian.

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Hadirin sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana memberi kita kesempatan untuk sama-sama berkumpul

pada hari yang damai ini bersempena Hari Jalinan Kasih anjuran Laily Yusoff Ventures. Terlebih

dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini kerana

sudi meluangkan masa untuk kita sama-sama meraikan ibu dan ayah kita yang menetap di sini.

Majlis pada hari ini tidak akan dapat direalisasikan jika tiada sokongan daripada mereka yang

sudi hadir untuk turut serta dalam menjayakan ‘Hari Jalinan Kasih ini. Terima kasih sekali lagi

saya ucapkan kepada setiap tetamu.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tujuan majlis pada hari ini diadakan bukan sahaja meraikan ibu dan ayah kita di Pusat Jagaan

ini tetapi tujuan utama adalah merapatkan hubungan antara penghuni dan menyemai

semangat kerjasama antara masyarakat setempat khususnya kawasan Bangi. Selain itu, untuk

dan melahirkan rasa kesyukuran dan kasih sayang dalam kalangan warga kerja syarikat saya.
Para hadirin sekalian,

Hari ini kita akan menjalankan dua aktiviti serentak di mana semua ahli terapi saya akan

melangsungkan sesi urutan untuk penghuni di sini. Urutan akan merangkumi bahagian kaki

dan ‘back shoulder’ sahaja menggunakan minyak urut khas daripada spa kami.

Dan pada yang sama kita juga akan menjalankan sesi terapi bersama Dr. Muhammad Keegan

bin Abdullah akan membawa semua tetamu merasai terapi energi alami untuk mengatasi

masalah zahir dan batin secara semulajadi. Diharap hadirin sekalian merasai kelegaan dari segi

fizikal dan mental dengan program kita pada hari ini disamping menikmati makan tengahari

dan minum petang yang kami sediakan.

Saya mewakili pihak pengurusan berharap agar majlis pada kali ini dapat memberi manfaat

kepada semua penghuni Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dan tetamu yang hadir. Semoga

majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan matlamat program kali ini dapat

dicapai.

Akhir kata, saya mahu mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih

kepada tetamu yang sudi hadir dan meluangkan masa ke majlis ‘Hari Jalinan Kasih’ ini.

Sekian daripada saya.

Anda mungkin juga menyukai