Laman Sosial
Laman Sosial
Kepada Remaja
Posted on December 12, 2020 by admin
Penggunaan laman sosial seperti ‘Facebook’, ‘Instagram’ dan ‘Twitter’ telah mendapat perhatian masyarakat di negara ini
terutamanya golongan remaja.
Pendahuluan
Perkembangan bidang sains dan teknologi telah menghasilkan pelbagai ciptaan baharu untuk kegunaan dan kemudahan
manusia masa ini. Pada masa yang sama perkembangan sains dan teknologi juga telah mengubah budaya atau cara hidup
masyarakat. Sebagai contoh, dahulu manusia berkomunikasi secara bersemuka- Hasil perkembangan sains dan teknologi,
masyarakat kini boleh berhubung atau berkomunikasi tanpa bersua muka – melalui panggilan telefon. Teknologi terkini
membolehkan masyarakat berhubung melalui laman sosial Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi Telegram dan WhatsApp
– dalam alam maya. Persoalannya, apakah faedah laman sosial kepada remaja?
Ayat topik
Ayat huraian
Remaja mempunyai kecenderungan tinggi untuk berkenalan. Aplikasi sosial yang terdapat di laman-laman sosial memberi
ruang dan peluang kepada pengguna laman sosial untuk menambah kenalan atau mengeratkan hubungan antara saudara
mara ataupun rakan taulan yang berada di mana-mana sahaja walaupun tidak bersua muka secara nyata.
Ayat contoh
Laman sosial seperti Facebook menyediakan kemudahan carian kenalan, menerima kenalan baharu ataupun menghantar
permintaan untuk berkenalan dengan individu yang mempunyai akaun dengan Facebook. Paparan foto wajah individu,
butiran peribadi dan maklumat lain juga merupakan kemudahan yang disediakan laman sosial Facebook. Laman sosial
yang lain seperti Instagram dan Twitter juga mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kegunaan pemilik
akaunnya.
Ayat kesan
Seseorang itu akan dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja di dunia ini walaupun hanya secara maya – dunia tanpa
sempadan. Hubungan persahabatan atau persaudaraan akan kembali terjalin – kian menjadi erat , Berbual secara
penghantaran mesej atau membuat panggilan video.
Ayat penegasan
Kewujudan laman sosial membolehkan sesuatu hubungan antara dua pihak akan bermula, Kembali terjalin atau menjadi
semakin erat
Ayat topik
Ayat huraian
Laman sosial menjadi wahana perkongsian maklumat khususnya berkaitan akademik ataupun pengetahuan am dalam
kalangan pelajar. Laman sosial juga menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh pelajar sekolah atau pelajar
institusi pengajian tinggi
Ayat contoh
Facebook membolehkan pelajar berkongsi maklumat dengan mudah dan cepat – maklumat di hujung jari. – Facebook
mempunyai kemudahan memuat naik atau memuat turun maklumat – Aplikasi Telegram dan WhatsApp juga menyediakan
kemudahan perkongsian maklumat antara setiap ahli kumpulan. Urusan perbincangan atau diskusi berkaitan dengan topik
atau tajuk dalam mata pelajaran dapat dilakukan secara maya
Ayat kesan
Memudahkan pelajar menerima maklumat atau menghantar maklumat kepada rakan-rakan yang dalam tempoh masa
singkat.
Ayat penegasan
Perkongsian maklumat dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat – menjimatkan masa dan wang ringgit.
Perbincangan juga dapat dilakukan dalam suasana yang menyeronokkan.
Ayat topik
Ayat huraian
Laman sosial Facebook dan WhatsApp membolehkan remaja khususnya berjinak-jinak dalam dunia perniagaan secara atas
talian dan memberi pulangan kewangan yang lumayan.
Ayat contoh
Remaja boleh mempromosikan barang jualan dengan cara yang mudah, berkesan tanpa memerlukan modal yang besar –
Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual melalui laman sosial – Bisnes tudung, beg tangan, perhiasan wanita, barangan
kosmetik, pelbagai jenis makanan – merupakan barangan yang biasa diiklankan dan dipasarkan melalui laman sosial.
Urusan jual beli semuanya dilakukan melalui laman sosial. Pelanggan dapat memberikan komen terhadap barangan yang
dibeli dalam masa yang singkat
Ayat kesan
Terdapat remaja yang telah berjaya menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan hasil perniagaan atas talian.
Memberi peluang kepada remaja untuk menceburi bidang perniagaan tanpa perlu menyediakan premis perniagaan – Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Ayat penegasan
Laman sosial merupakan platform terbaharu untuk menjana pendapatan atau mendapatkan sumber rezeki.
Ayat topik
Ayat huraian
Pembelajaran secara tradisional – guru mengajar, pelajar mendengar dan mencatat – kurang relevan dengan keperluan
dunia pendidikan masa ini – ketinggalan zaman – katak di bawah tempurung. Pelajar inginkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif dan tidak bersifat statik tetapi bercorak interaktif.
Ayat contoh
Pembelajaran melalui laman sosial – menyediakan peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana dan waktu yang
fleksibel- boleh memilih waktu untuk belajar secara bersendirian atau secara berkumpulan mengikut kelapangan diri – boleh
mencari sumber rujukan bagi sesuatu topik atau tajuk secara pantas – terdapat pelbagai laman yang menyediakan nota
atau soalan-soalan latihan beserta skema jawapan yang boleh menjadi rujukan pelajar.
Ayat kesan
Pembelajaran menjadi aktiviti yang menyeronokkan – pencapaian akademik pelajar meningkat- lebih ramai pelajar yang
lulus dalam peperiksaan
Ayat penegasan
Laman sosial seperti Facebook, Telegram dan WhatsApp merupakan wadah pembelajaran berkesan dan menyeronokkan.
Penutup
Kewujudan pelbagai laman sosial dalam alam maya pada masa ini banyak memberikan faedah kepada masyarakat
terutamanya golongan remaja. Namun, harus diakui bahawa kewujudan laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan
Instagram juga mendatangkan implikasi negatif kepada penggunanya. Budaya negatif seperti budaya fitnah dan
penyebaran berita palsu kian berleluasa. Pihak kerajaan seharusnya menggubal undang-undang baharu atau
menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi menangani masalah tersebut.