Anda di halaman 1dari 2

Peranan Sekolah Dalam Pemupukan Amalan Mencintai Alam Sekitar Dalam Diri Murid-

Murid

Sekolah turut berperanan dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid.

Huraikan peranan sekolah dalam pemupukan amalan tersebut dalam diri murid-murid.

Sedasawarsa ini, dek terlalu dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi, negara ini acap kali tersentak
dengan isu masyarakat yang semakin luntur kecintaannya terhadap alam sekitar yang seharusnya
dipupuk sejak kecil lagi. Isu ini bukan sahaja menular di media massa seperti akhbar, televisyen dan
Internet malahan, isu ini sering meniti dari bibir ke bibir seluruh masyarakat di negara ini termasuklah di
warung-warung kopi mahupun di dewan-dewan parlimen. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan
dengan nilai kecintaan terhadap alam sekitar? Mengapakah nilai ini sewajarnya dipupuk sejak usia masih
kecil lagi? Nilai kecintaan terhadap alam sekitar ialah sikap cinta terhadap alam sekitar sehingga
melahirkan usaha untuk sentiasa memelihara dan memulihara keindahan alam sekitar. Nilai ini sangat
wajar untuk dipupuk kerana nilai ini sangat penting dalam melestarikan keindahan alam di negara kita
demi kebaikan bersama. Apabila nilai ini mulai disemai sejak kecil lagi, isu pencemaran alam sekitar yang
semakin meruncing malah membimbangkan masyarakat dapat ditangani dengan drastik dan dapat
dikurangkan. Apalah gunanya jika negara makmur dengan teknologi canggih tetapi muflis nilai kecintaan
terhadap alam sekitar. Siapakah golongan sasaran yang perlu memikul obligasi berat dalam melaksanakan
uslub kudsi ini? Sudah tentulah murid-murid yang masih berada di alma mater menjadi sasaran
masyarakat bagi menjaga dan melestarikan alam sekitar ini. Hal ini adalah kerana peribahasa Melayu yang
berbunyi melentur buluh biarlah dari rebung seharusnya diaplikasikan demi kebaikan bersama. Oleh itu,
peranan pelbagai pihak di sekolah dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-
murid akan mewarnai fokus perbincangan ini demi kemaslahatan bersama.

Antara peranan pihak sekolah adalah dengan menganjurkan program ataupun ‘Kempen Mencintai Alam
Sekitar’ setiap tahun dan menyuburkan sikap cinta terhadap alam sekitar. Dengan ini, murid-murid akan
semakin tinggi pengetahuan mereka tentang kebaikan dan kepentingan menjaga keindahan alam sekitar.
Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang lebih menarik supaya dapat
menggamit minat murid-murid untuk menyertai aktiviti ataupun kempen yang dijalankan. Seperti Kuiz
Alam Sekitar yang boleh dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar di setiap sekolah. Kembara Alam
Sekitar juga boleh dilaksanakan dengan melibatkan guru-guru dan murid-murid supaya dapat
memberikan pendedahan yang dapat membuka minda murid tentang peri pentingnya alam sekitar pada
masa ini. Dalam aktiviti tersebut, guru-guru seharusnya membimbing murid-murid untuk lebih
mengetahui spesies dan kehidupan alam sekitar supaya mereka dapat mengetahui pelbagai prakarsa
untuk melestarikan keindahan alam sekitar. Secara tidak langsung, generasi akan datang juga dapat
menikmati keindahan alam sekitar yang sentiasa terjaga ini. Dengan pendekatan ini, nilai-nilai negatif
dalam diri murid dapat dilunturkan supaya tidak menjadi bebaun kepada negara pada masa akan datang.
Apakah nilai-nilai negatif yang dimaksudkan itu? Nilai tersebut adalah seperti nilai mementingkan diri
yang hanya mengutamakan ganjaran material tetapi tidak terhadap nilai kemanusiaan sehingga sanggup
beraja di hati, bersultan di mata demi selaut ganjaran yang dijanjikan. Oleh itu, guru-guru seharusnya
bersikap prihatin dan sentiasa berusaha menggembleng tenaga untuk melaksanakan kempen dan aktiviti
tersebut supaya dapat menyemaikan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid.

Selain itu, guru-guru juga sewajarnya menjalankan pelbagai uslub seperti mengadakan Sudut Info Alam
Sekitar supaya dapat memberikan dan menambahkan pengetahuan murid-murid tentang alam sekitar
yang semakin ditelan kerakusan manusia dek pembangunan sehingga mengorbankan keindahan dan
kesucian alam sekitar. Contoh yang boleh diketengahkan adalah dengan mengadakan pameran tentang
informati dasi alam sekitar di papan kenyataan sekolah sama ada di kantin, di lobi mahupun di dinding-
dinding sekolah yang memaparkan ilustrasi yang menarik supaya dapat memikat minat murid untuk
membaca, menghayati dan mengaplikasikan sikap mencintai alam sekitar dalam kehidupan seharian
mereka sehinggalah ke usia tua nanti. Hal ini adalah kerana apabila murid-murid sering dikelilingi dengan
pelbagai informasi yang bermanfaat, maka akan lahirlah individu yang berpengetahuan luas, berimformasi
yang sering menjadi visi dan misi setiap sekolah. Oleh itu, dengan golongan sasaran inilah yang akan
menjadi cerucuk utama dan pencetus kemajuan negara dalam pelbagai aspek termasuklah maju
pemikirannya sehingga mampu untuk memikirkan akibat dan padahnya jika hanya mengikut hati dalam
setiap tindakan. Dengan ini, tangan dan kaki mereka tidak akan teradaya untuk memusnahkan alam
sekitar yang penting untuk dilestari supaya mereka tidak tergolong dalam kalangan yang rakus
memuaskan hati mereka semata-mata mengaut segunung keuntungan. Jadi, guru-guru seharusnya tidak
mengamalkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ataupun melepaskan
batuk di tangga dalam memupuk nilai kecintaan murid terhadap alam sekitar.

Pena ini akan terus membicarakanbaik di hadapan murid-murid malahan guru-guru juga seharusnya
menjadi suri teladan yang perlu dicontohi oleh setiap murid dalam pelbagai aspek. Oleh itu, guru-guru
adalah antara golongan yang sering bersama dengan murid selain ibu bapa mereka. Justeru, guru-guru
mahupun semua pihak di sekolah juga seharusnya menunjukkan sikap yang baik seperti membuang
sampah di tempat yang sepatutnya dan bersama-sama membersihkan halaman sekolah mahupun kelas
supaya mereka dapat bekerjasama sekali gus mengeratkan silaturahim sesama mereka. Tiada gunanya
guru-guru sekadar menasihati tetapi tidak berusaha mendekati murid-murid untuk melakukan setiap
pekerjaan yang digalakkan itu. Jika guru-guru mengamalkan sikap sedemikian, mereka akan berasa malas
dan alpa dengan hanya bersembang dan berbual-bual kosong semasa menjayakan aktiviti membersihkan
sesuatu kawasan tersebut. Melalui pemantauan guru-guru, murid-murid akan lebih fokus dan
bekerjasama menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Izharlah bawaha pihak sekolah seharusnya
berusaha bersama-sama murid-murid bagi setiap aktiviti yang dijalankan supaya akan terpaparlah nilai
kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri murid-murid.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak terutamanya pihak guru-guru di alma mater seharusnya bersatu
untuk memupuk amalan men-murid cintai alam sekitar dalam diri murid supaya golongan ini dapat
menjadi pembangun kepada keindahanan alam sekitar di negara kita. Jika tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menganjurkan dan
melaksanakan uslub-uslub tersebut supaya amalan mencintai alam sekitar dapat disuburkan dalam diri
murid-murid sejak di bangku sekolah lagi. Mereka seharusnya didedahkan dengan pelbagai informasi dan
maklumat supaya mereka tidak seperti di bawah tempurung kerana sekiranya kita maju dalam pelbagai
bidang dan cabang di peringkat antarabangsa tetapi tidak ada nilai mencintai alam sekitar, tiada gunanya.
Oleh itu, murid-murid juga perlu sedar bahawa alam sekitar sangat penting kepada negara. Persis kata-
kata Allahyarham Profesor Hamka, “kecantikan bukanlah pada wajah semata-mata tetapi pada
akhlaknya.” Jadi, kita perlulah melestarikan dan mencintai alam sekitar demi kebaikan sejagat.

Anda mungkin juga menyukai