Anda di halaman 1dari 4

Cikgu Lan @ SMKTM ULANG KAJI 1

KERTAS 2

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian bina
satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif tersebut untuk menunjukkan anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Kesedaran terhadap kebersihan khususnya berkaitan isu pembuangan sampah masih rendah dalam
kalangan masyarakat dan tabiat menjaga kebersihan itu perlu bermula awal dari rumah dan di setiap
komuniti. Kesedaran masyarakat untuk lebih peka mengenai pencemaran plastik dengan
melaksanakan aktiviti pembersihan perlu disebarkan. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam
menyemai sifat cinta akan kebersihan alam sekitar terhadap anak-anak selain memastikan terlebih
dahulu kawasan sekeliling seperti rumah sentiasa bersih. Pembuangan sampah haram di tujuh negeri
yang tidak sepatutnya berlaku ketika Malaysia sedang menuju status negara sihat.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Wujudkan komuniti kompos, kitar semula dari rumah’
oleh Mohd Hafiz Abd Mutalib,
Utusan Malaysia, 28 Jun 2022
[6 markah]

Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Pisahkan dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat
yang bergaris. Anda perlu menulis jawapan seperti contoh di bawah.

Subjek : Universiti dan kolej


Predikat : menghasilkan lebih 200,000 graduan tempatan dengan kelayakan diploma dan ijazah
sarjana muda setahun

Universiti dan kolej menghasilkan lebih 200,000 graduan tempatan dengan kelayakan diploma dan
ijazah sarjana muda setahun. Mereka yang memasuki pasaran pekerjaan akan ditawarkan gaji sangat
rendah. Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai pilihan. Isu itu berlaku disebabkan
ketidaksepadanan antara bekalan buruh dengan permintaan terhadap tenaga kerja di pasaran.
Terdapat kekurangan penciptaan pekerjaan sesuai dengan kelayakan siswazah muda. Hal ini
menyebabkan ramai graduan muda menganggur, malah mengakibatkan ramai bekerja di bawah
potensi sebenar. Belia khususnya graduan muda tulang belakang utama pembangunan negara. Belia
dalam usia perdana akan menjadi antara penyumbang utama aktiviti ekonomi.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tangani pengangguran belia pelaburan masa depan’
oleh Muhamad Hanapi Jamaludin,
Utusan Malaysia, 3 Januari 2022
[6 markah]

1
Cikgu Lan @ SMKTM ULANG KAJI 1

Soalan 3
Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan
membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Cabaran globalisasi dan kelajuan teknologi digital masa ini telah menyebabkan buku kurang diminati
berbanding dengan telifon pintar. Budaya cintakan buku perlu dipupuk semula bagi mengelakan
kanak-kanak lalai dengan pelbagai permainan digital. Kanak-kanak juga akan mudah terpengaruh
dengan gajet jika sekiranya ibu bapa sentiasa menggunakannya dalam tempuh 24 jam. Melalui
pembacaan kanak-kanak akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata, mendapat pengalaman
dari cerita dan seterusnya menjadikan amalan membaca sebagai minat yang membahagiakan.
Pembacaan mestilah diikuti dengan berfikir dan mengambil tauladan daripada apa yang dibaca.
Bacalah seribu buku supaya mendapat sejuta ilmu hasil daripada pembacaan yang tekun dan dapat
mengisi masa senang.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cabaran telefon pindan dan amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak’
oleh Aminudin Mansor,
Dewan Masyarat, Bil 8/2022
[11 markah]

Soalan 4
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan itu dalam
bahasa Melayu standard tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke
mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya
demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati
dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
[6 markah]

Soalan 5
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Puan Normah sering mengingatkan anak perempuan tunggalnya, Fatimah untuk mengulang kaji
pelajaran, namun nasihatnya itu tidak didengari, bak kata peribahasa ………………(i)……………… .
Puan Normah tidak mahu anaknya bertangguh mengulang kaji pelajaran pada saat akhir kerana
………………(ii)……………… . Hal ini dikatakan demikian kerana hanya tinggal lima bulan sahaja lagi
Fatimah akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dia enggan melihat anaknya kecewa
apabila memperoleh keputusan nanti kerana pada masa itu penyesalan tidak lagi berguna, bak kata
orang tua-tua ………………(iii)……………… .

2
Cikgu Lan @ SMKTM ULANG KAJI 1

Jawapan Ulang Kaji 1

Soalan 1
Kata adjektif
1. rendah
2. awal
3. peka
4. cinta
5. bersih
6. sihat

Ayat kata adjektif


1. Keluarga Mira terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir setelah rumahnya yang terletak
di kawasan rendah ditenggelami banjir.
2. Cikgu Hamizah sering datang awal ke sekolah kerana tidak mahu menempuh kesesakan lalu
lintas.
3. Mastura amat peka dengan perkembangan semasa lantaran sering membaca akhbar.
4. Perasaan cinta akan buku amat tinggi dalam diri Cikgu Hairie kerana sering membeli buku
untuk dibaca pada masa lapang.
5. Taman rekreasi di Taiping itu dikunjungi Hakim sekeluarga kerana persekitarannya bersih
tanpa sebarang sampah.
6. Roslan bertambah sihat setelah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Soalan 2
Subjek : Mereka yang memasuki pasaran pekerjaan
Predikat : akan ditawarkan gaji sangat rendah.

Subjek: Terdapat kekurangan penciptaan pekerjaan


Predikat : sesuai dengan kelayakan siswazah muda.

Subjek : Belia khususnya graduan muda


Predikat : tulang belakang utama pembangunan negara.

Soalan 3
1. kelajuan - kepantasan
2. telifon - talifon
3. cintakan - cinta akan
4. mengelakan - mengelakkan
5. jika sekiranya - jika / sekiranya
6. tempuh - tempoh
7. memperkayakan - memperkaya / mengayakan
8. dari - daripada
9. tauladan - teladan

3
Cikgu Lan @ SMKTM ULANG KAJI 1
10. apa - apa-apa
11. senang - senggang / lapang / terluang

Soalan 4
Setelah Kertala Sari tiba / sampai ke rumahnya, lalu dia pylun bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku,
ke manakah bapa pergi kerana aku tidak melihatnya / menengoknya? “ Setelah ibunya mendengar
kata-kata / pertanyaan anaknya itu, lalu ibunya menangis / mengalirkan air mata, sambil / serta
berkata, “Wahai anakku, bapamu telah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Yang
merupakan Hulubalang Ratu Melaka.”

Soalan 5
1. bagai mencurah air ke daun keladi
masuk telinga kiri, keluar telinga kanan
bagai mencurah air ke pasir

2. bertangguh itu pencuri masa

3. nasi sudah menjadi bubur


sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

Anda mungkin juga menyukai