Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH ILMU

(HNF3012)

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK JURNAL : PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK


PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
PENULIS JURNAL : LOKMAN MOHD TAHIR
NAMA : MUHAMAD FARIS BIN MAT JURIT
NO MATRIK : D20171077971
KUMPULAN : O
NAMA PENSYARAH : DR SAKINAH BINTI SALLEH

1
1.0 Pengenalan

Saya, Muhamad Faris Bin Mat Jurit telah memilih jurnal yang bertajuk “ Pendidikan Teknik

dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas” dan telah membuat ulasan daripada bab buku

ini. Jurnal ini telah ditulis oleh dan diterbitkan pada tahun 2009. Buku ini bersesuaian dengan

saya yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Rumah Tangga (Pendidikan) dan

secara tidak langsung menambah ilmu pengetahuan saya tentang pendekatan yang boleh saya

aplikasikan sebagai guru pada masa hadapan.

2
2.0 Sinopsis / Ringkasan

Jurnal ini menjelaskan tentang kajian pengajaran dan pembelajaran untuk golongan berkeperluan

khas dalam bidang teknik dan vokasional yang masih kurang diteliti dalam bidang pendidikan khas.

Secara khusus, kajian ini cuba meneliti faktor-faktor yang dijangka dapat mempengaruhi sistem

pendidikan teknik dan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas di politeknik. Untuk itu, empat dimensi

utama telah dijadikan asas kepada kajian ini iaitu penerimaan politeknik terhadap pelajar berkeperluan

khas, kemahiran tenaga pengajar dalam menyampaikan pengajaran kepada golongan berkeperluan khas,

kesesuaian silibus dan sistem prasarana dalam inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan program

pendidikan khas teknik dan vokasional. Responden kajian ini terdiri daripada golongan pensyarah

politeknik yang mengajar pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar khas cacat pendengaran di tiga buah

politeknik yang melaksanakan program untuk pelajar berkeperluan khas. Secara keseluruhannya,

penerimaan pihak pentadbiran dan pensyarah politeknik terhadap pelajar berkeperluan khas adalah

memberangsangkan manakala kemampuan dan ilmu yang dimiliki oleh pensyarah untuk mengajar

golongan ini adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu, silibus untuk pelajar khas juga dinilai pada

tahap yang tinggi manakala, prasarana atau kemudahan yang disediakan di politeknik juga pada tahap

yang memuaskan dan kini sedang dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan pelajar pendidikan

khas

3
3.0 Ulasan / Kritikan / Kekuatan / Kelemahan

Secara keseluruhan , penulisan dalam jurnal ini adalah menarik . Melalui jurnal ini, penulis

menjelaskan Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia

ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan

terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding

dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang

lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka

mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu

melebihi pencapaian pelajar yang normal.

Sesebuah penulisan itu pastinya mempunyai kelebihan dan kelemahannya begitu juga dengan jurnal

ini. Pada pendapat saya, antara kelebihan jurnal ini ialah, menerangkan secara jelas tentang pengajaran

dan pembelajaran untuk golongan berkeperluan khas dalam bidang teknik dan vokasional yang masih

kurang diteliti dalam bidang pendidikan khas. Ini secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan

para pembaca dan memberi peluang kepada pembaca untuk membuat penilaian sama pendekatan ini

wajar atau tidak untuk diimplementasikan.

Seterusnya, memaparkan dengan jelas pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi

falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Hal ini dapat

memberi ilmu kepada pembaca tentang pentingnya pendidikan teknikal dan vokasional untuk pelajar

berkeperluan khas. Perkataan yang digunakan dalam penulisan juga adalah perkataan yang mudah

difahami oleh pembaca.

4
Antara kelemahan jurnal ini ialah beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan oleh penyelidik

bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran pelajar berkeperluan khas dalam bidang pendidikan

teknik dan vokasional masih tidak cukup dan kurang berkesan. Penggunaan ayat untuk menyedarkan

rakyat tentang kepentingan ini masih kurang berkesan.

5
4.0 Kaitan dengan Falsafah Ilmu

Melalui pemahaman saya, terdapat beberapa perkaitan atau hubungan di antara falsafah ilmu dan

kandungan jurnal.

Dalam falsafah ilmu terdapat prinsip saintifik. Penjelasan saintifik terbahagi kepada dua iaitu

penjelasan nomolgi-deduktif dan penjelasan monologi-induktif. Berdasarkan jurnal ini kaedah pengajar

teknikal adalah lebih kepada penjelasan nomologi deduktif. Deduktif adalah kaedah berfikir daripada

kaedah umum kepada kesimpulan khusus. Ini bertepatan dengan kaedah yang digunakan dalam petaan

konsep dimana konsep utama diletakkan di bahagian tengah dan perkaitan bagi maklumat yang lebih

khusus ditunjukkan dalam bentuk garisan atau anak panah. Oleh itu, teknikal penting bagi memantapkan

lagi pengajaran dan pembelajaran pelajar berkeperluan khas dalam bidang pendidikan teknik dan

vokasional

Seterusnya, epistemologi ilmu merupakan satu daripada cabang falsafah yang membincangkan

tentang hakikat ilmu, sumber ilmu dan lain-lain. Perkaitan yang dapat saya kaitkan adalah dari segi

sumber ilmu itu sendiri. Antara sumber ilmu adalah pancaindera, akal, intuisi dan wahyu . Pendekatan

secara petaan konsep ini berkait dengan pancaindera dan akal pelajar dimana kita tahu akal merupakan

sumber utama untuk memperoleh pengetahuan.

Selain itu, Metode dalam falsafah ilmu adalah satu prosedur atau cara mengetahui sesuatu yang

mempunyai langkah-langkah yang sistematik. Pendekatan kreatif secara petaan konsep adalah satu

metode yang sistematik dimana para pelajar perlu membuat peta minda dan memerlukan kemahiran

pelajar untuk menyusun maklumat secara sistematik dan meringkaskan maklumat dalam bahagian peta

6
minda supaya ia menjadi maklumat yang ringkas dan padat . Metode dalam petaan konsep membantu

mengukuh dan mengembangkan idea para pelajar . Di samping itu, membantu menjana dan menyusun

idea dan seterusnya meningkatkan daya ingatan pelajar .

Saya bersetuju bahawa jurnal di dalam buku ini merangsang perkembangan ilmiah dimana saya

sebagai pembaca dapat menambah ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung maklumat yang

disampaikan oleh penulis dalam bab buku ini adalah sangat berguna kepada saya seorang bakal guru yang

akan mengajar matapelajaran ekonomi rumah tangga di bawah teknikal dan vosional. Secara tidak

langsung ia memberi idea kepada saya tentang pendekatan kreatif khususnya petaan konsep yang boleh

saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, falsafah ilmu mempunyai perkaitan dalam setiap cabang ilmu di dunia ini . Falsafah

ilmu adalah penting dalam perkembangan sesebuah tamadun dan memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan seharian kita.

7
5.0 Kesimpulan

Konklusinya, bab buku ini menambah ilmu pengetahuan saya tentang apa sebenarnya yang

dimaksudkan dengan petaan konsep. Selain itu, pendekatan kreatif secara petaan konsep mempunyai

banyak kelebihan yang dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar dalam pembelajaran mereka.

Pendekatan ini merupakan satu pendekatan yang efektif dan wajar diimplementasikan oleh guru-guru

khusunya dalam bidang sains. Falsafah ilmu mempunyai perkaitn yang. Sebagai seorang bakal guru, saya

mendapat maklumat-maklumat yang menarik dan pastinya dapat membantu saya pada masa hadapan.

8
BIBLIOGRAFI

Abdul Razak Othman. (1997). Persepsi guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap reka cipta. Disertasi

Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Adam Salleh. (2003). Orang cacat masih terpinggir. Utusan Malaysia. http://utusan. com.my (dicapai pada 24

Julai 2007).

Adzmi Yusoff. (2003). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lukisan kejuruteraan

bagi sub topik unjuran ortografik, pandangan isometrik dan pandangan oblik di sekolah menengah teknik negeri

Pantai Timur. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Ali Mahmood. (2007). OKU perlu terus diberi peluang. Utusan Malaysia. http://utusan. com.my (dicapai pada

24 Julai 2007).

Ahmad Mohd Sharif. (1997). Pelaksanaan program pendidikan vokasional, teknikal dan kejuruteraan serta

implikasinya. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Universiti Tun Hussien

Onn Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai