Anda di halaman 1dari 39

Sis Usrah Online 2.

0
Bedah buku “Purufication of the Heart” by Sheikh Hamza Yusuf

Penyakit 1: BAKHIL
Sis Rohimah Khoiriyah Harahap (Naqibah)
11 Rabiulakhir 1442H / 20 November 2020
Jumaat, 11.30 tengah hari
Anjuran: Biro Dakwah, Persatuan Pelajar Ukur Bangunan
Sem. Okt. 2020 – Jan. 2021
PUISI AYAT 16-25 (oleh Imam Mawlud)
• Maka keengganan untuk mengikut tuntutan undang2 agama atau adab mulia menjadi asas kepada
bakhil (yang disebut sebagai salah satu daripada penyakit hati)
• Tuntutan undang2 agama adalah amalan-amalan seperti zakat, menyara orang di bawah tanggungan,
memenuhi hak orang lain dan mengurangkan beban bagi orang yang berada dalam kesusahan.
• Contoh akhlak mulia adalah tidak menyulitkan urusan yang kurang penting
• Mengelakkan perkara seperti ini sangat penting bagi jiran-tetangga, saudara-mara ataupun orang kaya
• Atau apabila melayan tetamu; atau dalam perkara di mana sikap (bakhil) ini tidak kena pada tempatnya,
seperti membeli kain kafan atau membeli haiwan korban atau membeli barang yang hendak disedekahkan
kepada orang yang memerlukan
• Maka sesiapa yang menyulitkan urusan orang lain sebenarnya bertindak tidak kena pada tempatnya. Contoh;
seorang jiran yang telah membuang perasaan rasa tinggi diri. Ini adalah perkara hebat yang ada dinyatakan di
dalam petunjuk yang bijaksana
• Ini sama bandingnya dengan orang yang memenuhi tanggungjawabnya tanya membesar-besarkannya, atau
orang yang memberi sedekah walaupun dia hanya ada sedikit
• Punca (penyakit bakhil ini) adalah cinta kepada dunia ini semata-mata atau mahu memiliki kenikmatan (dunia)
yang sementara.

DEFINISI & PUNCA2 BAKHIL

• Imam Mawlud mengemukakan definasi bagi penyakit2


hati, asal-usul dan puncanya serta cara
penyembuhannya.
• Penyakit pertama yang diceritakan oleh Imam Mawlud
adalah Bakhil.
• Ini bukan bermaksud Bakhil adalah adalah penyakit
hati yang paling teruk, tetapi penceritaan ini adalah
mengikut turutan dalam huruf hujaiah Arab.
DEFINASI ‘BAKHIL’ ADA 2 ASPEK
• Imam Mawlud mendefinasikan ‘Bakhil’ dalam bentuk 2 aspek Bakhil:

1. Berkaitan dengan undang2 Syariah, iaitu tanggungjawab kepada


Allah & makhlukNya

2. Berkaitan dengan muru’ah (dlm B.Arab) atau maruah (dlm


B.Melayu). Ini adalah konsep penting dalam budaya Arab yang
membawa kepada sifat kemanusiaan & keberanian.

Dalam budaya Arab sebelum kedatangan Islam, konsep keberanian


adalah sama dengan idea Barat seperti chilvary (timbangrasa) & virtue
(kemanusiaan).
ASPEK BAKHIL NO.1:
PERKARA YANG MELIBATKAN
UNDANG2 SYARIAH
DEFINASI ‘BAKHIL’ DARI ASPEK SYARIAH
• Definasi Bakhil dari aspek Syariah bermaksud orang enggan yang menunaikan tuntutan
Syariah. Contoh: Enggan membayar zakat, nafkah keluarga, bayar insurans, bayar bil &
lain2 tanggungjawab.

• Undang2 Syariah mewajibkan pembayaran zakat & sedekah kepada orang yang
memerlukan.

• Bakhil sehingga tidak mahu memberi zakat adalah dilarang sama sekali dalam Islam.

• Begitu juga tanggungjawab seorang lelaki untuk menanggung sarahidup isteri &
anak2nya.

• Walaupun pasangan suami-isteri telah bercerai, seorang bapa mesti membayar nafkah
sarahidup untuk anak2nya.

• Sifat Bakhil yang melanggar undang2 Syariah ini adalah sangat berbahaya.
ASPEK BAKHIL NO.2:
PERKARA YANG MELIBATKAN
MARUAH
DEFINASI ‘BAKHIL’ DARI MARUAH
• Definasi Bakhil dari aspek Maruah pula bermaksud orang enggan mengamalkan
adab mulia, sifat kemanusiaan & keberaniaan apabila berinteraksi dengan orang
lain yang melibatkan wang, harta & benda.

• Sikap Bakhilnya ini menyebabkan maruahnya (sifat kemanusiaan & keberanian)


di pandang keji oleh masyarakat.

• Contoh:
• Enggan bertimbangrasa dalam urusan hutang
• Enggan memaafkan orang yang tidak sengaja terhilang/rosakkan barangnya
• Enggan bersedekah
• Memberi hadiah kepada orang barang yang sudah lusuh & tidak disukai
orang
DILARANG MERUMITKAN URUSAN YANG KURANG PENTING

• Seseorang tidak boleh merumitkan urusan yang kurang penting. Contohnya: Menuntut hutang
pada orang yang susah & pada masa anda tidak memerlukan wang itu.

• Dalam urusan berkaitan hutang,adalah lebih baik pemberi hutang/pemiutang mengambil sikap
fleksible & memaafkan daripada bersikap memberatkan & tidak bertoleransi.

• Sikap ini terpakai sekiranya pemiutang tidak memerlukan wang dengan segera & peminjam wang
dalam keadaan yang susah.

• Pemiutang yang bersikap memahami & bersimpati sebenarnya menunjukkan sifat keberanian.

• Sifat pemurah & pemaaf seperti ini tidaklah dituntut oleh undang2 Syariah kerana sebenarnya
pemiutang berhak menuntut wangnya.

• Tetapi sekiranya pemiutang tidak langsung bersimpati kepada kesusahan penghutang & berkeras
untuk menuntut hutangnya,maka sikap sebegini dianggap keji dalam Islam.
BERSIKAP PEMAAF, PEMURAH & TOLERANSI
• Di dalam adab/etika Islam, orang kaya perlu bersikap pemaaf,pemurah &
bertoleransi.

• Sebuah hadis ada menceritakan berkenaan orang kaya yang mengarahkan


orang suruhannya untuk mengutip hutang dengan berkata, “Jika mereka (orang2
yang berhutang itu) berkata mereka tiada wang/sumber(untuk membayar
hutang), maka beritahu kepada mereka bahawa hutang mereka telah
dimaafkan/hapuskan.”

• Apabila orang kaya ini meninggal dunia, dia tidak ada banyak amalan soleh
untuk dibawa mengadap Allah kecuali sifat pemurahnya memaafkan orang2 yang
pernah berhutang dengannya.

• Allah berfirman kepada malaikatNya, “Orang (kaya) ini memaafkan orang2 yang
pernah bersalah dengannya, dan Aku adalah lebih layak untuk memaafkan
kesalahannya. Maka Aku maafkan dia.”
DILARANG MENYUSAHKAN HATI TETAMU
• Menurut Imam Mawlud, apabila melayan tetamu, seseorang tidak
boleh menyebabkan tetamu rasa tidak selesa/susah hati.

• Contoh: Tetamu anda dengan tidak sengaja tertumpah air di atas


karpet anda.Sebagai Tuan Rumah,anda tidak boleh menunjukkan
wajah marah atau memarahi tetamu itu. Adalah lebih baik untuk
bersikap memahami & berperikemanusiaan supaya tetamu itu tidak
merasa susah hati.
DILARANG TAWAR-MENAWAR DALAM URUSNIAGA
YANG MELIBATKAN IBADAH
• Imam Mawlud menerangkan, apabila kita membeli kain kafan, perbuatan ini
sepatutnya mengingatkan kita kepada kematian. Maka, adalah tidak wajar untuk
tawar-menawar harga untuk membeli kain kafan.

• Begitu juga apabila kita membeli binatang ternak dengan niat untuk
disedekahkan kepada orang yang memerlukan.

• Prinsip yang sama juga diamalkan apabila kita membeli barang dengan niat
untuk disedekahkan.
MERASA GEMBIRA & RENDAH HATI KETIKA BERSEDEKAH

• Ulama’ berkata bahawa orang yang bersedekah tanpa niat/tujuan akan terlepas
nilai kemuliaan.

• Adalah rugi bagi orang yang melaksanakan tanggungjawab tanpa


niat/tujuan/motivasi yang jelas.

• Contoh: Seorang yang memberi sedekah perlu tersenyum, rasa rendah serta
membenarkan tangan penerima sedekah itu berada di atas tangannya untuk
mengambil barang sedekah.

• Adalah satu kelebihan/kemuliaan apabila kita menjadi orang yang boleh memberi
sedekah kerana ia adalah satu tuntutan mulia di dalam Islam.
BERSEDEKAH BARANG YANG DISAYANGI
• Perbuatan memberi sedekah barang yang sudah lusuh & kurang baik dianggap tidak disukai.

• Tradisi Islam menggalakkan kita bersedekah barang yang kita sayangi.

• Allah memberkati sedekah & menambahkan kebaikannya.

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha
kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan
janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan
pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau
diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah,
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah 2:267)

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna)
sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang
kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(A-li'Imraan 3:92)
SIFAT PEMURAH DIPANDANG TINGGI
DALAM ISLAM
• Nabi Muhammad saw dikenali sebagai manusia yang paling pemurah.
• Perkataan permurah berasal daripada perkataan Arab “karam” yang
bermaksud ‘kebaikan/kemuliaan’.
• Malah diantara nama2 Allah yang mulia adalah “al-Karim” iaitu Maha
Pemurah.
• Muslim digalakkan untuk memberi lebih daripada apa yang
diwajibkan oleh Undang2 Syariah. Contoh: Selain daripada membayar
zakat(tuntutan Syariah), kita digalakkan untuk banyak bersedekah.
• Ini sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah yang Pemberi
Mutlak/Hakiki bagi segala harta & keperluan makhlukNya.
PUNCA KEPADA PENYAKIT BAKHIL
BAKHIL BERPUNCA DARIPADA CINTA DUNIA
• Asal & punca kepada penyakit Bakhil adalah cinta kepada dunia
yang sementara ini
• Si Bakhil sangat terikat dalam mengumpul harta.
• Perkataan terikat di dalam Bahasa Arab adalah “masak” yang
berasal daripada satu perkataan Arab lain yang bermaksud
‘sangat terhad’.
• Bakhil menyebabkan manusia tidak dapat melepaskan sesuatu
yang boleh meracuni mereka.
BAHAYA PENYAKIT BAKHIL
HARTA YANG TIDAK DIKELUARKAN ADALAH
SEUMPAMA NAJIS YANG TIDAK DIBUANG
• Nabi Muhammad saw bersabda; ”Allah telah menjadikan apa yang
dibuang sebagai najis oleh anak-cucu Nabi Adam sebagai
metafora/kiasan bagi dunia ini.”
• Apabila manusia lapar, dia akan mencari makanan & selepas
makan,dia merasa kenyang & senang hati.
• Namun, makanan tadi akan dicernakan oleh perut & akhirnya dibuang
daripada badan dalam bentuk najis iaitu benda yang paling
menjijikkan.
• Hakikatnya,harta yang berlebihan & tidak dikeluarkan melalui zakat
atau sedekah dianggap seperti najis yang jika tidak dibuang, boleh
mendatangkan penyakit kepada badan manusia.
TUJUAN ZAKAT UNTUK MENSUCIKAN HARTA
• Tujuan pengeluaran zakat adalah untuk mensucikan harta &
jiwa manusia.
• Mungkin terdapat sebahagian daripada harta manusia yang
bersumber daripada perkara yang haram &
syubahah/diragui.
• Maka pengeluaran zakat dapat mensucikan harta tersebut
daripada sumber tidak suci yang ada padanya.
MANUSIA YANG PALING TERUK ADALAH ORANG BAKHIL
• Menurut Imam Ali r.a.;”Manusia yang paling teruk adalah orang Bakhil.Di
dunia lagi dia tertahan daripada menikmati hartanya & di akhirat pula dia
akan disiksa”.
• Mangsa utama bagi penyakit Bakhil ini adalah orang Bakhil itu sendiri.
• Kebanyakan orang kaya di dalam masyarakat kita hidup dalam keadaan
miskin walaupun dia ada wang jutaan ringgit di dalam bank.
• Mereka memilih cara hidup begini bukan kerana terinspirasi dengan cara
hidup sufi.
• Sebaliknya mereka pilih cara hidup begini kerana tidak mahu
membelanjakan wang untuk diri sendiri, keluarga, apalagi orang lain.
SI BAKHIL TIDAK DAPAT MANFAAT DARIPADA HARTANYA

• Sifat semulajadi si Bakhil mengakibatkan dia sendiri tidak mendapat


manfaat dari hartanya di dunia & pada hari akhirat nanti, dia menjadi
bankrap kerana enggan memberi kepada orang yang memerlukan.
• Ini mengakibatkan hartanya tidak disucikan & tidak dapat menjadi sumber
cahaya & penyelamat baginya di akhirat nanti.
• Si Bakhil memberi alasan bahawa dia menyimpan harta kerana takut
miskin.
• Namun, tindakannya ini tidak dapat mengelakkannya daripada rasa
takut/cemas.
• Si Bakhil sentiasa risau tentang wang & berusaha untuk mengurangi
kerisauannya.
BAKHIL ADALAH PENYAKIT HATI YANG KRONIK
• Nabi saw pernah bertanya kepada satu kaum tentang ketua mereka.
• Mereka beritahu Nabi saw nama ketua mereka & menyatakan;”Dia
seorang yang sedikit Bakhil”.
• Nabi saw menjawab;”Seorang ketua tidak boleh sekali pun jadi orang
Bakhil”.
• Kemudian baginda menambah,”Tahukah kamu penyakit yang lebih
teruk daripada sifat Bakhil?”
RAWATAN UNTUK PENYAKIT BAKHIL
PUISI AYAT 26-29 (oleh: Imam Mawlud)
• Rawatlah (Bakhil) dengan menyedari bahawa orang yang mencapai (kekayaan)
• Dia mendapatnya selepas bersusah-payah dalam tempoh yang lama
• Maka akhirnya terkumpul apa yang mereka cari

• Sementara mereka hampir mencapai kehebatan yang tinggi (di dunia),


• Tiba2 kematian meragut nyawa mereka

• (Rawatlah Bakhil dengan menyedari) kehinaan yang ditunjukkan oleh si Bakhil


• Dan kebencian manusia kepada mereka, malah kebencian sesama mereka (orang
Bakhil)

• Dengan rawatan yang sama, rawatlah orang yang penyakit hatinya adalah cinta
kepada harta
INGAT KITA AKHIRKAN AKAN MATI
• Rawatan untuk penyakit Bakhil bermula dengan menyedari bahawa
manusia mendapat kekayaan selepas berpenat-lelah bekerja dalam
masa yang lama, bekerja siang & malam.
• Pada masa yang sama, usia semakin bertambah & masa hidup pun
semakin pendek.
• Budaya mahu lebih semata2 kerana ‘mahu lebih daripada orang lain’
boleh memenuhi sepanjang usia kehidupan seorang manusia.
• Akhirnya kehidupan akan tamat.
• Kematian akan menamatkan riwayat hidup seorang peminta sedekah
& seorang hartawan; sama ada orang itu tua atau muda, kaya atau
miskin,bahagia atau sengsara.
INGAT MATI BOLEH DATANG PADA BILA2 MASA
• Imam Mawlud menasihati kita untuk merenung lama & dalam bagaimana
susahnya seseorang berpenah-lelah mengumpul harta yang bertimbun, tiba2
maut datang menjemput mereka tanpa diundang.
• Apabila kematian merangut nyawa & memindahkan kita (ke alam kubur),
harta kita akan ditinggalkan untuk dibelanja & direbut2 oleh keluarga kita.
• Sedarilah bahawa masyarakat memandang hina kepada orang Bakhil.
• Tiada orang yang suka kepada si Bakhil.
• Malah di kalangan orang Bakhil pun, mereka saling benci-membenci.
• Menyedari kebencian manusia kepada orang Bakhil ini sudah cukup bagi kita
untuk mengelak daripada penyakit ini.
Tamat topik Penyakit Bakhil
• Terima kasih kerana sudi mendengar ilmu berkenaan penyakit bakhil.
• Mari ikuti kuiz ini untuk menguji pemahaman kita.
KUIZ DENGAN HADIAH
Soalan 1
• Apakah definasi Bakhil dari aspek Syariah?
• Berikan contoh2nya.
Soalan 2
• Apakah definasi Bakhil dari aspek Maruah (kemanusiaan
& keberanian)?
• Berikan contoh2nya.
Soalan 3
• Apakah adab2 mulia yang disukai masyarakat yang dapat
mengelakkan seseorang terkena penyakit Bakhil dari
aspek Maruah?
• Nyatakan sebab sifat2 ini disenangi.
Soalan 4
• Apakah punca kepada penyakit Bakhil ini?
• Nyatakan contoh untuk lebih menjelaskannya.
Soalan 5
• Kenapa penyakit Bakhil ini berbahaya?
• Nyatakan contoh untuk lebih menjelaskannya.
Soalan 6
• Apakah rawatan/ubat bagi penyakit Bakhil ini?
• Nyatakan contoh untuk lebih menjelaskannya.
Terima kasih kerana menyertai kuiz ini
• InshaAllah hadiah untuk kuiz ini akan dipos ke
rumah anda tidak lama lagi.
Terima kasih kerana menghadiri usrah ke 2 ini
• InshaAllah pada Usrah yang ke3,kita akan membincangkan topik
‘Bermewah-mewahan’
Doa penutupan majlis Usrah –Tasbih Kifarah
Doa penutupan majlis Usrah –Surah Al-Asr

Anda mungkin juga menyukai