Anda di halaman 1dari 12

6.

0 Proses Pelaksanaan Projek

Projek tanaman sawi telah dilaksanakan bermula dari 13 Ogos 2018 hingga 10
September 2018. Projek ini dilaksanakan di kebun RBT IPG Kampus Ipoh di bawah
bimbingan Dr. Ramachandran A/L Vengrasalarn.

6.1 Penyediaan Tanah/Tapak

Sebelum memulakan projek sawi, kami memberi perhatian terhadap beberapa


aspek dalam pemilihan tanah seperti:

 Permukaan tanah perlu rata untuk memudahkan kerja-kerja tanaman sawi.


 Sumber air perlu berhampiran dengan tapak penanaman bagi memudahkan
penyiraman dan pembersihan.
 Pendedahan pancaran matahari dan tidak terlindung daripada pokok lain.
 Kemudahan infrastruktur.
 Tanah yang subur iaitu mengandungi bahan organik dan bersaliran baik.
 Jauh dari kawasan berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit.

Kerja-kerja pembersihan kawasan penanaman dilakukan seperti:


 Menebas
 Mengumpul rumpai
 Meratakan tanah

Kemudian, kami telah menggembur tanah dengan menggunakan cangkul.


Tujuan pembajakan tanah adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah,
memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak
tanaman. Seterusnya, tanah tersebut dibiarkan untuk terdedah kepada cahaya
matahari selama seminggu.

Rajah 1: Menggemburkan Tanah


6.2 Penyediaan batas
Selepas itu, kami membina batas. Batas dibina untuk mengelakkan
pertakungan air dan membaiki pengudaraan tanah.

Langkah-langkah penyediaan batas:


1. Menbuang rumpai, batu batan dan kayu.
2. Mengali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm.
3. Mengembur tanah dangan gemburan yang halus.

Rajah 2: Membuang Rumpai

Rajah 3: Pembinaan Batas

Rajah 4: Batas

6.3 Penyemaian Bijih Benih


Medium semaian yang telah kami guna adalah campuran tanah dengan nisbah
2:1:1, iaitu campuran tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir
sungai.
Medium semaian:
 Tanah loam: tanah peroi yang tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus.
 Bahan organik: Coco Peat/sabut kelapa dan rumpai kering.
 Pasir sungai: pasir bertekstur kasar.

Medium semaian yang digunakan mempunyai ciri-ciri berikut:


 Mampu menyerap dan menyimpan air
 Mempunyai pengudaraan yang baik
 Mengandungi nutrient.

Langkah-langkah penyediaan medium semaian:


1. Menyediakan alatan tangan dan bahan membuat campuran medium semaian.
2. Menapis bahan bagi mengasingkan batu dan ketulan tanah.
3. Menyukat bahan mengikut nisbah.
4. Mencampur dan mengaul bahan.
5. Memasukkan medium ke dalam polybag dan ratakannya.
6. Menabur bijih sawi ke atas medium semaian.
7. Melabelkan polybag.
8. Tanaman disiram setiap dua kali sehari. Tunas sawi mula tumbuh selepas
seminggu.

Rajah 5: Menapis Bahan


Rajah 6: Menaburkan Bijih Benih

Rajah 7: Menyiram Tanaman

6.4 Pemindahan Anak Benih Ke Atas Batas

Langkah-langkah pemindahan:
1. Melembapkan dan mengemburkan batas.
2. Menanda lubang penanaman dengan jarak yang sesuai.
3. Menggalikan lubang sedalam 8-10 cm.
4. Mengelurkan anak benih bersama dengan segumpal tanah dengan
menggunakan sudip tangan.
5. Menanam anak benih tersebut ke atas batas.
6. Memadatkan tanah di sekeliling anak benih.
7. Menyiram dan memberi teduhan kepada anak benih.

Rajah 8: Anak Benih

Rajah 9: Mengeluarkan Anak Benih


Rajah 10: Memadatkan Tanah

Rajah 11: Memberi teduhan

6.5 Penjagaan

Langkah-langkah penjagaan yang telah dibuat:


1. Menyiram dua kali sehari iaitu sebelah pagi dan petang
2. Merumpai jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki
3. Memberi sungkupan menggunakan sabut kelapa dan rumput kering.

Rajah 12: Menyiram, Merumpai dan Memberi Sungkupan (dari kiri ke kanan)
7.0 Rekod Tanaman
7.1 Pertumbuhan tanaman
Selepas beberapa minggu, tanaman sawi telah tumbuh dengan baik dan sihat.

7.2 Penuai Hasilan


Tanaman sawi yang sihat dan segar dapat dituai.
8.0 Jadual Pelaksanaan Projek

Minggu
Bil. Akktiviti
1 2 3 4 5 6

1. Menyemai biji benih

2. Penjagaan semaian

3. Membersih tapak semaian

4. Menggembur tanah

5. Membina batas

6. Pemindahan anak benih

7. Penyiraman

8. Pengawalan rumput

9. Pemungut hasil

9.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kami telah mempelajarai pelbagai ilmu baru melalui tugasan
pertanian ini. Ilmu yang paling berharga yang kami pelajari ialah tentang penjagaan
tanaman batas. Melalui tugasan ini, kami berpeluang mempraktikkan apa yang
dipelajari dan bukan sahaja belajar secara teori. Pengalaman sebenar telah banyak
membantu kami untuk memberi perhatian tentang perkara-perkara yang penting dalam
penanaman batas.
Kami berharap ilmu dan pengetahuan ini dapat membantu dalam penyediaan
kami sebagai guru RBT di sekolah kelak. Kami juga berharap kami dapat
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kehidupan harian.
Proses Pelaksanaan Projek
Projek tanaman cili telah dilaksanakan bermula dari 13 Ogos 2018 hingga 10
September 2018. Projek ini dilaksanakan di kebun RBT IPG Kampus Ipoh di bawah
bimbingan Dr. Ramachandran A/L Vengrasalarn.

Penyemaian Bijih Benih


Medium semaian yang telah kami guna adalah campuran tanah dengan nisbah
2:1:1, iaitu campuran tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir
sungai.

Medium semaian:
 Tanah loam: tanah peroi yang tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus.
 Bahan organik: Coco Peat/sabut kelapa dan rumpai kering.
 Pasir sungai: pasir bertekstur kasar.

Medium semaian yang digunakan mempunyai ciri-ciri berikut:


 Mampu menyerap dan menyimpan air
 Mempunyai pengudaraan yang baik
 Mengandungi nutrient.

Langkah-langkah penyediaan medium semaian:


1. Menyediakan alatan tangan dan bahan membuat campuran medium semaian.
2. Menapis bahan bagi mengasingkan batu dan ketulan tanah.
3. Menyukat bahan mengikut nisbah.
4. Mencampur dan mengaul bahan.
5. Memasukkan medium ke dalam polybag dan ratakannya.
6. Bijih cili diremdam dalam sedikit air dahulu.
7. Menabur bijih cili ke atas medium semaian.
8. Melabelkan polybag.
9. Tanaman disiram setiap dua kali sehari. Tunas cili mula tumbuh selepas
seminggu.
Rajah 13: Polybag yang mengandungi Medium Semaian dan Bijih Cili

Rajah14: Melabelkan Polybag

Pemindahan Anak Benih Ke Pasu

Langkah-langkah pemindahan:
1. Menyediakan pasu.
2. Meletakkan batu di dalam pasu.
3. Meletakkan tanah hitam ke dalam pasu.
4. Menggalikan lubang sedalam 8-10 cm.
5. Mengelurkan anak benih bersama dengan segumpal tanah dengan
menggunakan sudip tangan.
6. Menanam anak benih tersebut ke atas batas.
7. Memadatkan tanah di sekeliling anak benih.
8. Menyiram dan memberi teduhan kepada anak benih.

Rajah 15: Anak Benih Cili


Rajah 16: Batu di dalam pasu.

Rajah 17: Meletakkan Tanah Hitam

Rajah 18: Memadatkan Tanah

Rajah 19: Anak Benih dalam Pasu


Penjagaan

Langkah-langkah penjagaan yang telah dibuat:


1. Menyiram dua kali sehari iaitu sebelah pagi dan petang
2. Merumpai jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki
3. Memberi sungkupan menggunakan sabut kelapa dan rumput kering.

Rajah 20: Menyiram Tanaman

Rekod Tanaman
Pertumbuhan tanaman
Selepas beberapa minggu, tanaman cili telah tumbuh dengan baik dan sihat.
Jadual Pelaksanaan Projek

Minggu
Bil. Akktiviti
1 2 3 4 5 6

1. Menyemai biji benih

2. Penjagaan semaian

3. Membersih tapak semaian

4. Menggembur tanah

6. Pemindahan anak benih

7. Penyiraman

8. Pengawalan rumput

Kesimpulan
Kesimpulannya, kami telah mempelajarai pelbagai ilmu baru melalui tugasan
pertanian ini. Ilmu yang paling berharga yang kami pelajari ialah tentang penjagaan
tanaman batas. Melalui tugasan ini, kami berpeluang mempraktikkan apa yang
dipelajari dan bukan sahaja belajar secara teori. Pengalaman sebenar telah banyak
membantu kami untuk memberi perhatian tentang perkara-perkara yang penting dalam
penanaman batas.
Kami berharap ilmu dan pengetahuan ini dapat membantu dalam penyediaan
kami sebagai guru RBT di sekolah kelak. Kami juga berharap kami dapat
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kehidupan harian.

Anda mungkin juga menyukai