Anda di halaman 1dari 14

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PROGRAM KEAGAMAAN DI

POLITEKNIK ZON SELATAN


Mohammad Hamdan Abdul Ghani1
Prof. Madya Dr Azmil Hashim2
Universiti Pendidikan Sultan Idris
syawal1405@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan pelajar dalam aktiviti keagamaan
di politeknik di negeri Johor. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 739 orang pelajar dari
empat buah Politeknik di Negeri Johor. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang
menggunakan instrumen soal selidik kepada pelajar. Data yang diperoleh melalui soal
selidik ini dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial Sciences (SPSS) versi 23.0
untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Pengumpulan data maklumat kajian
diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian
menunjukkan Penglibatan pelajar dalam aktiviti keagamaan adalah pada tahap yang tinggi
(min= 4.09, s.p = 0.5).

Kata kunci: Penglibatan Pelajar, Aktiviti Keagamaan, Politeknik

ABSTRACT
This research was conducted to identify the participation of religious activities among
polytechnic students in Johor. The sample for the study consisted of 739 students from four
polytechnics in Johor. A questionnaire is used as instruments to collect data. Data obtained
through this questionnaire were analyzed using Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) version 23.0 to obtain frequency, percentage and mean. The results indicated that
students’ involvement in religious activities is high (min = 4.09, s.p = 0.5).

Keywords: Student Participation, Religious Activities, Polytechnic

PENDAHULUAN
Politeknik merupakan satu institusi yang membekalkan tenaga dalam bidang teknikal.
Politeknik ditubuhkan pada tahun 1969 melalui Colombo Plan (Yusni 2013) iaitu
Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak yang merupakan politeknik pertama ditubuhkan.
Di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, sehingga Januari 2020 sebanyak 36
politeknik telah ditubuhkan. Tiga politeknik diberi pengiktirafan Politeknik Premier, 28
Politeknik Konvensional dan lima Politeknik MeTro. Politeknik Malaysia menawarkan
program Sijil Khas (untuk pelajar OKU), Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana
Muda.

Dalam memastikan pendidikan di politeknik kekal relevan dan berdaya saing,


pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menggariskan
beberapa misi politeknik. Misi ini adalah untuk mencapai visi politeknik iaitu menjadi
Institusi TVET premier yang diterajui industri. Antara visi politeknik dalam konteks
Pendidikan Islam, ialah untuk menghasilkan graduan yang seimbang, holistik dan

1
berkualiti berdaya keusahawan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan.
(Kamus KPI, 2019).

Dalam membangunkan kesedaran beragama di politeknik, semestinya terdapat


beberapa pihak yang bekerjasama memastikan pelajar politeknik mempunyai kesedaran
berpegang teguh dengan agama Islam. Antara yang terlibat secara langsung ialah Unit
Agama Islam dan Moral. Unit ini berperanan memberi Pendidikan Islam berdasarkan
silibus yang ditetapkan oleh Bahagian Kurikulum (BK).

Selain itu, terdapat Pusat Islam yang menjadi teras kepada pembangunan aktiviti
keagamaan. Aktiviti keagaamaan juga menjadi tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Pelajar
(JHEP). Peranan JHEP ialah memberi peruntukan yang selayaknya untuk menjalankan
aktiviti kepada pelajar. Selain itu, terdapat juga persatuan pelajar yang melaksanakan
aktiviti keagamaan dibawah pemantauan JHEP dan Pusat Islam. Antara contoh persatuan
pelajar seperti Kelab Rakan Muda Masjid (KRMM), Rakan Pusat Islam (RAPI) dan Sahabat
YADIM (Mior Iskandar, 2014).

Antara aktiviti keagamaan yang terdapat di politeknik adalah Kempen Solat


Jemaah, Kempen Tutup Aurat, Qiyamullail Perdana, Ceramah hari kebesaran Islam seperti
Maulid al-Rasul, Maal Hijrah, Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Selain itu,
terdapat juga kuliah yang dilaksanakan seperti kuliah maghrib, kuliah subuh pada hujung
minggu dan lain-lain aktiviti keagamaan. Selain itu, pelajar boleh mengambil nasihat
secara peribadi dengan bertanya tentang kemusykilan agama dengan ustaz dan ustazah
serta pensyarah yang berkelayakan.

PENYATAAN MASALAH
Matlamat Pendidikan Islam ialah memahami hakikat kejadian dirinya dan
mempersiapkan dirinya untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah SWT,
matlamaat Pendidikan Islam secara keseluruhannya ialah melahirkan muslim yang baik,
bertakwa, berakhlak mulia, berperasaan halus dan bertanggungjawab terhadap diri,
keluarga, masyarakat, bangsa dan agama dengan penuh kesedaran dan keikhlasan (al-
Syaibani 1979). Secara maksudnya, Pendidikan Islam bukanlah sekadar satu teori yang
hanya difahami secara literal semata-mata. Namun ia juga memerlukan proses praktikal
dan pengamalan.

Pendidikan politeknik adalah berasaskan kepada pendidikan teknikal dan


vokasional (TVET). Keutamaan pendidikan politeknik adalah membangunkan kemahiran
dalam bidang teknikal seperti mekanikal, elektrikal, hospitaliti dan rekabentuk. Pemberat
bagi pendidikan seperti ini adalah pelaksanaan hands-on (praktikal dalam melakukan
teori seperti pendawaian). Oleh kerana itu, kurang penekanan terhadap Pendidikan Islam
menyebabkan para pelajar kurang memberi fokus kepada kefahaman agama. (Alias Mat
Saad, 2010) Pendidikan islam hanyalah subjek yang pasti lulus pada pandangan pelajar.
Selain itu penilaiannya hanya menggunakan penilaian berterusan (PB) juga menjadi
faktor kurangnya penghayatan kepada ilmu agama.

Pada sesi Jun 2014, subjek Pendidikan Islam telah dikurangkan daripada tiga
semester kepada dua semester sahaja. Sebelum sesi Jun 2014, Pendidikan Islam diajar
pada semester satu, dua dan tiga atau lima. Selain itu, silibus pada ketika itu lebih
menjurus kepada kefahaman Islam secara mendapat, seperti bab solat, puasa,
perkahwinan dan Tamadun Islam. Namun setelah sesi Jun 2014, Pendidikan Islam hanya

2
diajar untuk semester dua dan semester akhir sahaja, itupun diberi penekanan kepada
asas yang amat terhad, sebagai contoh, konsep asas Islam diajar hanyalah satu bab
berbanding diajar selama satu semester pada sebelum Jun 2014. Oleh itu, penekanan
kepada Pendidikan Islam amatlah kurang dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP). Oleh itu, peranan Pusat Islam menjadi penting bagi menyebarkan Pendidikan Islam
secara praktikal (Yusni, 2013).

OBJEKTIF KAJIAN
Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam program keagamaan di Politeknik.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN


Dalam kerangka konseptual kajian ini adalah sebagai satu rangka kajian yang mengkaji
penglibatan aktiviti pelajar. Kerangka konseptual kajian berkaitan dengan pelaksanaan
adalah mengambil dari Falsfah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini, pelaksanan kurikulum adalah memberi perhatian pada pembangunan
Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intektual. Dalam kajian ini, hanya pembangunan aktiviti
dalam kerangka Intektual (akliah), rohani, dan masyarakat sahaja. Oleh itu, penyelidikan
ini akan mengkaji penglibatan pelajar dalam aktiviti bersifat seperti dinyatakan. Justeru,
salah satu elemen penting yang diterapkan dalam falsafah tersebut ialah keseimbangan
dalam aspek intektual (akliah) dan rohani. Selain itu, penglibatan dalam masyarakat juga
menjadi ukuran dalam kajian ini. Kajian ini diadaptasi juga dari kajian Norhisham (2015)
dalam aspek teori al-insyitah, taqrir dan amali. Set kajian disusun semula berdasarkan
kepada aktiviti yang melibatkan akliah, rohani dan kemasyarakatan.

SOROTAN LITERATUR
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam menyampaikan ilmu
dan pengetahuan, kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu yang penting.
Tanpa kaedah yang betul dan baik, ilmu yang disampaikan tidak akan difahami dengan
baik seterusnya memberi salah faham kepada pengamalan individu. Bahkan Nabi
Muhammad SAW juga mempunyai method penyampaian ilmu yang baik, seperti yang
dinyatakan oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghudah (Shuhadak 2014). Dalam menyampai
sesuatu ilmu, ia mempunyai kaedah yang berbeza, sebagai contoh, untuk memahami ilmu
fekah, terutamanya dalam bab solat dan wudhuk, kaedah penyampaiannya adalah lebih
berkesan dalam bentuk teori.

Selain itu juga terdapat pandangan dari sarjana Islam tentang pendekatan
Pendidikan Islam, antaranya Ibnu Khaldun (2009). Beliau menyatakan pendekatan
Pendidikan Islam ialah talqin, tadrij, taqlid, tajribah, tikrar, rihlah. Melalui pendekatan
talqin, Menurut Ibnu Khaldun, kaedah ini dapat difahami dengan guru mengarahkan
pelajar untuk menghafal sesuatu pelajaran terlebih dahulu. Contohnya pelajar perlu
menghafal al-Quran terlebih dahulu, kemudia mereka diajar tentang tafsiran yang
terkandung dalam al-Quran, ini berkaitan pengajian al-Quran (Abd Munir Mohamed Noh,
2010).

Aktiviti luar kelas merupakan aktiviti luar bilik darjah yang bukan bersifat
kurikulum. Ia merupakan aktiviti samada kokurikulum atau aktiviti yang dilaksanakan
dengan secara kesedaran sendiri (Noraini, 2006). Tujuan aktiviti seperti ini adalah untuk

3
memberikan ilmu secara praktikal, pembentukan peribadi dan kemahiran. Penglibatan
pelajar dalam aktiviti di luar kelas mendedahkan mereka kepada pembagunan modal
insan yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual. Antara contoh
aktiviti luar kelas adalah seperti aktiviti kokurikulum dan aktiviti yang dilaksanakan atas
kesedaran kendiri.

Aktiviti kesedaran kendiri pula membawa maksud aktiviti yang dilakukan untuk
membolehkan seseorang itu mengenalpasti, mengetahui, mengiktiraf emosi dan
keupayaan dalam mengawal perassan bagi pemahaman berkaitan psikolaogi dalam diri.
Ia juga merupakan satu proses bagaimana seseorang itu berinteraksi dengan persekitaran
(Abdul Ghani, 2007).

Dalam menjayakan pendidikan yang bersifat holistik, pelajar dituntut


membangunkan diri seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan
pelajar yang dihasilkan bersifat seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan spiritual. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan. Ia selari dengan
Falsafah Pendidkan Islam, iaitu “… merupakan satu pendidikan yang berterusan…”. Justeru
program luar kelas merupakan satu aktiviti kesinambungan antara pendidikan secara
teori dalam kelas. Peraturan-peraturan kokurikulum kebangsaan di bawah Warta
Kerajaan, akta Pendidikan 1995, menjelaskan lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah adalah melalui aktiviti kokurikulum yang berperanan
untuk pelajar menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan kemahiran dan nilai
yang diperoleh dari dalam kelas.

Salah satu cara untuk memahami dan menghayati ilmu adalah melalui praktikal. Ia
lebih berkesan daripada hanya melalui proses teori sahaja. Ini kerana impak yang besar
dari pengalaman melalui proses ini. Oleh itu keberkesanan Pendidikan Islam juga
bergantung pada ilmu secara teori dan praktikal. Pendidikan Islam yang diajar di sekolah
rendah dan menengah, melalui silibus yang ditetapkan merupakan proses pendidikan
secara teori. Manakala dari sudut praktikal pula melalui penglibatan secara aktif dalam
aktiviti luar kelas, program keagamaan dan aktiviti kokurikulum. Pelajar yang melibatkan
diri dalam aktiviti tersebut secara aktif akan lebih maju berbanding dengan yang tidak
aktif terlibat.

Aktiviti keagamaan merupakan aktiviti yang mempunyai impak terhadap


pelaksanaan ajaran Islam dalam kehidupan seseorang. Sebagaimana maklum, Pendidikan
Islam mempunyai kaedah teori dan praktikal. Secara umumnya Pendidikan Islam dalam
kelas lebih kepada pelaksaanan secara teori, namun secara praktikalnya akan
dilaksanakan melalui aktiviti di luar kelas dan juga melalui aktiviti kokurikulum.
Pelaksanaan aktiviti keagamaan merupakan cara untuk menyatakan Islam adalah agama
yang menyelesaikan masalah. Selain itu, ia juga berperanan sebagai menyatakan Islam
merupakan agama yang mengimarahkan dunia bagi tujuan akhirat (Syarifah Noraida,
2011). Secara kesimpulannya, aktiviti keagamaan mempunyai peranan yang pernting
dalam membangunkan jati diri sebagai seorang muslim.

Aktiviti Kerohanian Politeknik

Dalam memastikan visi dan misi politeknik dapat dicapai, iaitu melahirkan pelajar yang
seimbang, maka terdapat program di politeknik dijalankan. Program mencukil bakat,
hiburan dan kerohanian masing-masing mempunyai peminatnya tersendiri. Hal ini kerana
kecenderungan pelajar yang berbeza-beza.

4
Dalam menjamin keseimbangan, program kerohanian di politeknik dijalankan
melalui beberapa pihak untuk memastikan isu kerohanian dan akhlak pelajar ini menjadi
sesuatu yang diambil berat. Pusat Islam Politeknik merupakan satu daripada pusat
kegiatan bagi pelajar muslim yang bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti
kerohanian ini dapat dibangunkan sesuai dengan masa dan citarasa pelajar. Antara contoh
program yang dijalankan untuk mengisi aktiviti kerohanian seperti kem pembentukan
sahsiah, usrah, solat berjemaah, meraikan hari kebesaran Islam, ibadah-ibadah khusus
seperti puasa pada Isnin dan Khamis, bacaan al-Ma’thurat, kuliah maghrib dan sebagainya.

Satu kajian telah dilaksanakan oleh Sharifah Noraida dan Sharifah Fatimah
berkaitan keperluan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih muslimah di IPG
Kampus Batu Lintang. Seramai 88 responden perempuan yang mengambil bahagian
dalam kajian ini yang mana diambil dari guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bachelor Of Education (TESL-
Otago), Kursus Diploma Perguruan Kemas (Pra Sekolah) dan Kursus Lepasan Ijazah
(KPLI). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa program seperti bacaan Yasin amatlah
diperlukan oleh guru–guru pelatih. Ini kerana program seperti ini adalah untuk
mendekatkan diri dengan Allah. Begitu juga dengan bahan-bahan bacaan agama sangat
penting dalam membentuk kerohanian para bakal guru dalam meningkatkan kefahaman
terhadap kerohanian mereka.

METODOLOGI KAJIAN
Dalam mengkaji penglibatan pelajar dalam aktiviti keagamaan di politeknik negeri Johor,
pengkaji ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan kaedah pengumpulan data dengan
cara edaran borang soal selidik dan dianalisis secara diskriptif. Soal selidik dalam kajian
ini menjadi instrumen utama.

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 739 orang pelajar muslim politeknik
negeri Johor. Populasi ini terbuka kepada semua pelajar politeknik tanpa mengikut
semester. Ini kerana kajian ini mengambil kira, terdapat pelajar yang masih baru iaitu
semester satu yang masih belum terdedah dengan aktiviti keagamaan di politeknik.
Manakala terdapat juga pelajar senior yang telah mengikuti kebanyakkan aktiviti
keagamaan yang dilaksanakan di Politeknik Johor.

Pemilihan ini juga melihat kepada kematangan mereka dan kebolehan mereka
menyesuaikan keadaan dengan pendidikan peringkat diploma. Kematangan mereka
dalam memikirkan baik dan buruk juga diambil kira dalam kajian ini. Diharap, pelajar-
pelajar yang berada pada tahap ini mampu menilai diri sendiri dan dapat membezakan
antara perkara yang baik dengan yang buruk kerana itu adalah elemen utama dalam
pengumpulan data.

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan menjelaskan dapatan kajian yang dianalisis secara deskriptif terhadap
item-item dalam instrumen mengikut kaedah-kaedah berikut: aktiviti keagamaan dalam
bentuk aqliah (intelektual) 18 item, aktiviti keagamaan bentuk kerohanian 7 item dan
aktiviti kemasyarakatan 16 item.

5
Jadual 1: Aktiviti Keagamaan (Akliah)
Kekerapan &
Kod Min SP Thp
Item Peratus (N=739)
Item
STS TS KS S SS
A1 Saya dikehendaki
9 28 174 367 161
mengikuti usrah pada 3.87 0.83 ST
1.2 3.8 23.5 49.7 21.8
setiap minggu
A2 Saya dikehendaki
menghadiri dan
mengikuti majlis 9 29 159 380 162
3.88 0.83 ST
tazkirah yang diadakan 1.2 3.9 21.5 51.5 21.9
di pusat Islam selepas
solat berjemaah maghrib
A3 Saya dikehendaki
mengikuti ceramah
agama sempena Hari 6 7 84 422 220
4.14 0.70 T
Kebesaran Islam yang 0.8 0.9 11.4 57.1 29.8
diadakan oleh pihak
politeknik
A4 Saya dikehendaki
mengikuti kem 7 20 166 376 170
3.92 0.80 ST
pemantapan sahsiah 0.9 2.7 22.5 50.9 23.0
Islam.
A5 Saya dikehendaki
6 10 136 408 179
mengikuti kursus 4.0 0.75 T
0.8 1.4 18.4 55.2 24.2
Motivasi Agama.
A6 Saya dikehendaki
mengikuti kuliah agama 7 25 149 373 185
3.95 0.81 ST
antara Maghrib dengan 0.9 3.4 20.2 50.5 25.5
Isyak.
A7 Semua pelajar baru
9 20 171 334 205
dikehendaki mengikuti 3.95 0.85 ST
1.2 2.7 23.1 45.2 27.7
Kem Tarbiyah Islamiah.
A8 Saya dikehendaki
mengikuti setiap
program Rakan Pusat 6 34 183 360 156
3.85 0.82 ST
Islam/Sahabat Yadim/ 0.8 4.6 24.8 48.7 21.1
Kelab Rakan Muda
Masjid.
A9 Maklum balas yang
diberikan oleh
pensyarah terhadap
5 9 171 334 205
sikap dan tingkah laku 4.1 0.70 T
0.7 1.2 28.2 45.2 27.7
mempengaruhi
pembentukan akhlak
saya
A10 Nasihat pensyarah
menjadi benteng kepada
7 17 45 383 287
saya daripada 4.23 0.75 T
0.9 2.3 6.1 51.8 38.8
melakukan perkara yang
tidak berakhlak.
A11 Nasihat rakan-rakan
menjadi benteng kepada
13 11 77 409 229
saya daripada 4.25 0.75 T
1.8 1.5 10.4 55.3 31
melakukan perbuatan
yang tidak berakhlak.

6
A12 Maklumbalas yang
diberikan oleh rakan-
rakan terhadap sikap
6 14 80 441 198
dan tingkahlaku 4.1 0.78 T
0.8 1.9 10.8 59.7 26.8
mempengaruhi
pembentukan akhlak
saya.
A13 Saya suka berbincang
dengan pensyarah 3 18 128 381 209
4.0 0.71 T
apabila menghadapi 0.4 2.4 17.3 51.6 28.3
kekeliruan dalam agama.
A14 Saya selalu mendapatkan
pandangan pensyarah
3 15 120 418 183
apabila berlaku 4.0 0.73 T
0.4 2 16.2 56.6 24.8
kekeliruan dalam amalan
beragama.
A15 Nasihat pensyarah
menjadi benteng kepada
6 14 58 441 220
saya daripada 4.1 0.70 T
0.8 1.9 7.8 59.7 29.8
melakukan perkara yang
tidak berakhlak.
A16 Maklum balas yang
diberikan oleh
pensyarah terhadap
4 15 71 436 213
sikap dan tingkah laku 4.1 0.70 T
0.5 2.0 9.6 59 28.8
mempengaruhi
pembentukan akhlak
saya.
A17 Saya selalu
menceritakan masalah 8 26 161 389 155
3.8 0.80 ST
dalam amalan beragama 1.1 3.5 21.8 52.6 21
dengan rakan
A18 Saya selalu mendapatkan
pandangan rakan apabila 6 23 104 431 175
4 0.75 T
berlaku kekeliruan 0.8 3.1 14.1 58.3 23.7
dalam amalan beragama.
Keseluruhan 4 0.53 T
ST Sederhana Tinggi
T Tinggi

Dapatan dalam jadual di atas menunjukkan nilai min keseluruhan bagi penglibatan
pelajar dalam aktiviti keagamaan dalam bentuk akliah berada pada tahap yang tinggi iaitu
4.0 (sp=0.53). Secara keseluruhannya tujuh item berada di tahap sederhana tinggi
manakala sebelas item yang lain berada pada tahap yang tinggi terutamanya item A11
“Nasihat rakan-rakan menjadi benteng kepada saya daripada melakukan perbuatan yang
tidak berakhlak” (min=4.25, sp=0.75) dan item A10 “Nasihat pensyarah menjadi benteng
kepada saya daripada melakukan perkara yang tidak berakhlak” (min=4.25, sp=0.75).

Antara item yang mendapat skor min yang rendah adalah A18 “Saya selalu
menceritakan masalah dalam amalan beragama dengan rakan” (min=3.8, sp=0.8) dan
item A6 “saya dikehendaki mengikuti kuliah agama antara maghrib dan isyak” (min=3.8,
sp=0.8). Selain daripada itu, item A1 “saya dikehendaki mengikut usrah pada setiap
minggu”, sederhana tinggi (min=3.87, sp=0.83), item A2 “saya dikehendaki menghadiri dan
mengikuti majlis tazkirah yang diadakan di Pusat Islam selepas solat maghrib” sederhana
tinggi (min=3.88, sp=0.83). Sementara itu, item A3, “saya dikehendaki mengikuti ceramah
agama semperna hari kebesaran Islam yang diadakan oleh pihak politeknik” berada pada

7
tahap tinggi (min=4.14, sp=0.7), dan item yang ke A4 “saya dikehendaki mengikuti kursus
kem pemantapn sahsiah” berada pada tahap tinggi (min=3.92, sp=0.80). Selain itu pada
item yang ke A5, “saya dikehendaki mengikuti kursus motivasi agama” berada pada tahap
tinggi (min=4, sp=0.75) dan item A7 pula di tahap sederhana tinggi pada “semua pelajar
baru dikehendaki mengikuti kem Tarbiyah Islamiah” (min=3.95, sp=0.85).

Sementara itu item A8 pula ditahap sederhana tinggi “saya dikehendaki mengikuti
setiap program Rakan Muda Masjid/Sahabat Yadim/ Rakan Pusat Islam” (min=3.85,
sp=0.7) dan item yang ke A9 pula “Maklumbalas pensyarah menjadi benteng terhadap sikap
dan tingkahlaku mempengaruhi pembentukkan akhlak saya” (min 4.1, sp=0.75). Item A12
“Saya suka berbincang dengan pensyarah apabila menghadapi kekeliruan dalam agama”
berada pada tahap tinggi (min=4.1, sp=0.78) dan item A13 pula “Saya suka berbincang
dengan pensyarah apabila menghadapi kekeliruan dalam agama”. Berada pada tahap
tinggi (min=4, sp=0.71). selain itu pula, item A14 berada pada tahap tinggi “Nasihat
pensyarah menjadi benteng kepada saya daripada melakukan perkara yang tidak
berakhlak” (min=4, sp=0.73) dan item A15 juga pada tahap tinggi “Nasihat pensyarah
menjadi benteng kepada saya daripada melakukan perkara yang tidak berakhlak”
(min=4.1, sp=0.7). Sementara itu, item A16 “Maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
terhadap sikap dan tingkah laku mempengaruhi pembentukan akhlak saya”. Berada pada
tahap tinggi (min=4.1, sp=0.70) dan item A17 “Saya selalu menceritakan masalah dalam
amalan beragama dengan rakan” berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.8, sp=0.8).

Penglibatan dalam Aktiviti Keagamaan (Kerohanian)

Jadual 2: Penglibatan dalam Aktiviti Keagamaan (Kerohanian)


Kekerapan &
Kod Min SP Thp
Item Peratus (N=739)
Item
STS TS KS S SS
A19 Saya dikehendaki
mengamalkan bacaan 7 9 61 347 315
4.2 0.74 T
al-Quran sebagai satu 0.9 1.2 8.3 47 42.6
budaya.
A20 Saya dikehendaki
4 12 107 385 231
melaksanakan solat 4.1 0.74 T
0.5 1.6 14.5 52.1 31.3
berjemaah di surau.
A21 Saya dikehendaki 3 10 149 403 174
3.9 0.72 ST
berpuasa sunat. 0.4 1.4 20.2 54.5 23.5
A22 Saya dikehendaki
3 18 168 384 166
berwirid selepas setiap 3.9 0.76 ST
0.4 2.4 22.7 52 22.5
kali solat.
A23 Saya dikehendaki
berdoa sebelum 2 10 38 386 302
4.3 1.6 T
memulakan sesi 0.3 1.4 5.1 52.2 40.9
pembelajaran
A24 Saya dikehendaki
4 13 91 372 259
berdoa selepas tamat 4.1 0.75 T
0.5 1.8 12.3 50.3 35
sesi pembelajaran.
A25 Saya dikehendaki
mengikuti program 10 23 191 336 179
3.8 0.85 ST
Tadarus al Quran pada 1.4 3.1 25.8 45.5 24.2
setiap minggu.
Keseluruhan 4.11 0.6 T
ST Sederhana Tinggi
T Tinggi

8
Nilai min keseluruhan berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.11 (sp=0.62). Secara
keseluruhannya, empat item berada pada tahap yang tinggi terutamanya item A23 “Saya
dikehendaki berdoa sebelum memulakan sesi pembelajaran” (min=4.3, sp=1.6), setelah itu,
item A19 “saya dikehendaki mengamalkan bacaan al-Quran sebagai satu budaya”
(min=4.2, sp=0.74), A20 “saya dikehendaki melaksanakan solat berjemaah di surau”
(min=4.1, sp=0.74), A22 “saya dikehendaki berdoa selepas tamat sesi pembelajaran”
(min4.1, sp=0.75). Manakala tiga item lagi berada di tahap sederhana tinggi dengan skor
min terendah ialah item A25 “Saya dikehendaki mengikuti program Tadarus al Quran pada
setiap minggu” (min=3.8, sp=0.85). item A21 “Saya dikehendaki berpuasa sunat” (min=3.9,
sp=0.72). item A22 “saya dikehendaki berwirid selepas setiap kali solat”(min3.9, sp=0.72).

Penglibatan dalam Aktiviti Keagamaan (Kemasyarakatan)

Jadual 3: Penglibatan dalam Aktiviti Keagamaan (Kemasyarakatan)


Kod Kekerapan & Peratus (N=739) Min SP Thp
Item
Item STS TS KS S SS
Saya dikehendaki solat 4 8 80 319 328
M26 4.3 0.75 T
fardhu di awal waktu. 0.5 1.1 10.8 43.2 44.4
Saya dikehendaki
mengikuti program solat 6 17 233 323 160
M27 3.8 0.81 ST
tahajud pada setiap 0.8 2.3 2.3 43.7 21.7
minggu.
Saya dikehendaki
mengikuti majlis tahlil 7 24 188 356 164
M28 3.8 0.82 ST
pada setiap malam 0.9 3.2 25.4 48.2 22.2
Jumaat di surau.
Pihak politeknik
memastikan pelajar
5 11 67 358 298
M29 lelaki memakai t-shirt 4.3 0.74 T
0.7 1.5 9.1 48.4 40.3
yang sopan ketika
bersukan.
Pihak politeknik
memastikan pelajar
7 16 71 320 325
M30 perempuan memakai t- 4.3 1.28 T
0.9 2.2 9.6 43.3 44
shirt labuh ketika
bersukan.
Pihak politeknik
memastikan pelajar
8 15 61 314 341
M31 perempuan berseluar 4.3 0.8 T
1.1 2 8.3 42.5 46.1
longgar dan berstokin
ketika bersukan.
Pihak politeknik
memastikan pelajar
10 16 78 309 326
M32 perempuan bertudung 4.3 0.8 T
1.4 2.2 10.6 41.8 44.1
labuh melepasi paras
dada.
Pihak politeknik
memastikan pelajar
menamatkan aktiviti 8 24 81 317 308
M33 4.2 0.84 T
riadah atau sukan. 1.1 3.2 11 42.9 41.7
Setengah jam sebelum
maghrib.
Saya digalakkan bantu-
7 6 35 368 323
M34 membantu sesama 4.3 0.7 T
0.9 0.8 4.7 49.8 43.7
rakan.

9
Saya digalakkan
7 13 39 349 330
M35 melazimi amalan 4.4 1.28 T
0.9 1.8 5.3 47.2 44.7
memberi salam.
Saya dikehendaki
melaksanakan aktiviti 3 10 63 371 292
M36 4.3 0.7 T
kokurikulum 0.4 1.4 8.5 50.2 39.5
berlandaskan syariat.
Pihak politeknik
memastikan pelajar
8 14 61 339 317
M37 lelaki menutup aurat 4.3 0.8 T
1.1 1.9 8.3 46 43
dengan sempurna ketika
bersukan.
Saya selalu berbincang
dengan rakan apabila 3 2 94 385 234
M38 4.1 0.8 T
menghadapi kekeliruan 0.4 3.1 12.7 52.1 31.7
dalam agama
Saya selalu menceritakan
masalah dalam amalan 7 24 156 371 181
M39 3.9 0.8 ST
beragama dengan 0.9 3.2 21.1 50.2 24.5
pensyarah
Saya dikehendaki
mengikuti program 8 30 159 340 202
M40 3.9 0.9 ST
bacaan Yassin setiap hari 1.1 4.1 21.5 46 27.3
Jumaat..
Saya dikehendaki
menyertai Minggu 5 29 178 339 188
M41 3.9 0.8 ST
Kesenian Islam sebagai 0.7 3.9 24.1 45.9 25.4
alternatif hiburan Islam.
Keseluruhan 4.15 0.56 T

Jadual 3 di atas menunjukkan nilai min keseluruhan bagi pengamalan aktiviti


kemasyarakatan turut berada pada tahap yang tinggi (min=4.15, sp=0.56). Terdapat dua
tahap pada penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu tahap tinggi dan sederhana
tinggi. Item yang mendapat skor yang tinggi ialah M35 “saya digalakkan melazimi amalan
memberi salam” (min=4.4, sp=1.28), item M29 “Pihak Politeknik memastikan pelajar lelaki
memakai t-shirt yang sopan ketika bersukan” (min=4.3, sp=0.74), item M30, “Pihak
Politeknik memastikan pelajar perempuan memakai t-shirt labuh ketika bersukan”
(min=4.3, sp=1.28).

Selain itu, item yang juga berada pada tahap tinggi ialah M26 “Saya dikehendaki
solat fardhu di awal waktu”. (min=4.3, sp=0.75), item M31, “Pihak Politeknik memastikan
pelajar perempuan berseluar longgar dan berstokin” (min=4.3, sp=0.8), item M32 “Pihak
Politeknik memastikan pelajar perempuan bertudung labuh melepasi paras dada”.
(min=4.3, sp=0.8), item M33 “Pihak Politeknik memastikan pelajar menamatkan aktiviti
riadah atau sukan. Setengah jam sebelum maghrib” (min=4.2, sp=0.84). item M34 “Saya
digalakkan bantu-membantu sesama rakan” (min=4.3, sp=0.7), M36 “Saya dikehendaki
melaksanakan aktiviti kokurikulum berlandaskan syariat” (min=4.3, sp=0.7), M37 “Pihak
Politeknik memastikan pelajar lelaki menutup aurat dengan sempurna ketika bersukan”
(min=4.3, sp=0.8) dan item M38 “Saya selalu berbincang dengan rakan apabila
menghadapi kekeliruan dalam agama” (min=4.1, sp=0.8)

Sementara itu, item yang berada pada tahap sederhana tinggi pula item M27 “Saya
dikehendaki mengikuti program solat tahajud pada setiap minggu” (min=3.8, sp=0.81),
item M28 “Saya dikehendaki mengikuti majlis tahlil pada setiap malam Jumaat di surau”
(min=3.8, sp=0.82) dan item M41 “Saya dikehendaki menyertai Minggu Kesenian Islam

10
sebagai alternatif hiburan Islam” (min=3.9, sp=0.8). Item yang berada di tahap sederhana
tinggi juga ialah M39 “Saya selalu menceritakan masalah dalam amalan beragama dengan
pensyarah”. (min=3.9, sp=0.8) dan M40 Saya dikehendaki mengikuti program bacaan
Yassin setiap hari Jumaat (min=3.9, sp=0.9).

Jadual 4: Perbandingan Min Aktiviti Keagamaan Politeknik


Aktiviti Keagamaan Politeknik MIN Sp. Interpretasi
Akliah 4.02 0.53 Tinggi
Rohaniah 4.11 0.6 Tinggi
Kemasyarakatan 4.15 0.56 Tinggi
KESELURUHAN 4.09 0.5 Tinggi

Jadual 4 di atas menunjukkan perbandingan nilai min bagi semua aktiviti


keagamaan dalam kalangan pelajar politeknik. Dapatan keseluruhan menjelaskan bahawa
semua aktiviti berada pada tahap yang tinggi (min=4.09, sp=0.5). Aktiviti yang mencapai
skor tertinggi ialah Kemasyarakatan dengan min 4.15 (sp=0.56) diikuti rohaniah
(min=4.11, sp=0.6), dan akliah (min=4.02, sp=0.53).

RUMUSAN DAN CADANGAN


Menurut dapatan kajian ini, ia menunjukkan pelajar politeknik masih meminati aktiviti
keagamaaan. Dengan dapatan semua aktiviti adalah tinggi, ia menunjukkan minat yang
tinggi pada mereka untuk mendalami agama. Aktiviti dalam bentuk kemasyarakatan perlu
diberi penekanan kerana ia menunjukkan penglibatan yang paling tinggi. Sementara itu,
aktiviti kerohanian juga perlu diberi penekanan kepada pelajar politeknik. Dalam aktiviti
keagamaan dalam bentuk akliah pula, teknik pendidikan dan juga daya penarik perlulah
diberi keutamaan supaya ia tidak lekang dek panas tidak lapuk dek hujan.

Dapatan kajian ini selari dengan teori yang ditengahkan oleh Ibnu Khaldun dalam
pembentukkan biah solehah iaitu strategi Ansyitah (1993), yang menjelaskan masa lapang
pelajar hendaklah diisi dengan “Ansyitah” iaitu aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta
melakukan pemantauan supaya tidak menyimpang daripada matlamatnya. Aktiviti atau
program yang diadakan untuk para pelajar ini dapat membantu perkembangan sosial
yang memberi pengaruh kepada keperibadian dan kerohanian pelajar di samping dapat
menyuburkan kemahiran dalam kalangan pelajar walaupun hal ini tidak dikira sebagai
satu manhaj.

Menurut Ibnu Khaldun, untuk menyuburkan kemahiran dalam kalangan pelajar,


pelaksanaan aktiviti merupakan pilihan yang terbaik. Pelaksanaan aktiviti ini akan
membentuk pelajar untuk bersifat berdikari, bekerjasama dengan orang lain,
berkemampuan untuk bertindak dan menangani permasalah hidup yang dihadapi.
Pandangan Ibnu Khaldun ini oleh Paul B. Horton (1964:296) yang menjelaskan kesan dari
pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini akan membentuk pelajar dari segi pembangunan
sahsiah pelajar dalam sesebuah organisasi. Ini kerana pelaksanaan aktiviti sebegini
menuntut pelajar untuk memenuhi interaksi sosial, kmunikasi dan kerjasama.

Dapatan ini juga selari dengan strategi Amali juga menunjukkan ia penting.
Amalan-amalan yang dilaksanakan di sekolah dan asrama dapat membentuk keperibadian
pelajar. Amalan fardu yang dilaksanakan secara berjemaah di samping amalan-amalan
sunat dapat membentuk satu roh Islami yang menjadi benteng kepada pelajar dalam
menghadapi budaya yang tidak baik. Ia bersesuaian dengan penjelasan Imam Ghazali

11
(1990) bahawa amalan-amalan seperti ibadat solat, ingat kepada Allah dan akhlak mulia
dapat mengubah seseorang daripada perangai yang buruk kepada perangai yang baik.

Dapatan Shaik Abdullah (2010) mendapati pelajar bersetuju amalan baik yang
dijadikan budaya di sekolah menjadikan tingkah laku mereka lebih berdisiplin serta dapat
menjadi insan yang baik. Ghazali Darussalam (1997) juga mengatakan Untuk mendapat
akhlak yang baik, seseorang itu perlu membuat latihan amali seperti sentiasa melatih diri
untuk melatih bersifat baik dan berusaha untuk membuang sifat yang buruk. Selain itu
juga, pelajar perlu melakukan refleksi diri atau muhasabah diri untuk menyemak kembali
apa yang telah dibuat sepanjang hari. Tujuan refleksi diri dan muhasabah diri ialah untuk
mengenal keaiban diri sediri untuk membentuk akhlak yang mulia.

Secara keseluruhannya dapatan daripada hasil kaji selidik ini mendapati,


penglibatan pelajar politeknik dalam aktiviti keagamaan adalah tinggi. Hasil dapatan ini
berbeza dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mahzan (2008) dalam Sharifah
Noraida dan Sharifah Fatimah (2011) mendapati ramai remaja yang tidak terlibat dengan
aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di surau. Kenyataan ini juga disokong dengan
dapatan Suhana dan Osman (2002) yang menyatakan kesuraman aktiviti kerohanian di
Kolej Tun Abdul Razak.

Sekiranya diteliti terdapat keperluan penambahbaikan dalam cara penyampaian


ilmu, terutamanya dalam kaedah akliah. Melihat pada dapatan kajian, penglibatan pelajar
terhadap aktiviti seperti ceramah, tazkirah dan usrah mendapat skor yang sederhana
tinggi menunjukkan tahap penglibatan pelajar. Pendekatan yang lebih terkini dalam
menyampaikan mesej dakwah dalam drama pendek, usrah yang bersifat santai dan
praktikal amatlah sesuai dengan jiwa remaja.

Kenyataan ini disokong oleh Ab. Halim Tamuri (2010) yang menyatakan
pendekatan secara konvensional seperti syarahan, soal jawab dan perbincangan adalah
baik untuk menyampaikan mesej Islam, namun pendekatan terkini perlu juga diterapkan
supaya pelajar dapat memahami dengan lebih praktikal dan berkesan seperti pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah dan sebagainya. Begitu juga sekiranya pendekatan
program yang bersifat akliah ini dibawa dengan pendekatan multimedia seperti web 4.0
(Norhatimah dan Ab. Halim, 2010). Selain itu juga, pendekatan yang berkait dengan
program akliah ini perlulah tidak mengambil masa yang terlalu panjang seperti yang
dinyatakan oleh Ibn Khaldun (2010).

Dalam aktiviti kerohanian pula, walaupun dapatan menunjukkan hasil yang


membanggakan, namun begitu penerapan motivasi untuk memperbanyakkan ibadah
amatlah diperlukan melalui aktiviti menceritakan kelebihan berzikir, melakukan kebaikan
tanpa mengharapkan pujian dan melaksanaakan aktiviti secara praktikal juga merupakan
cara yang baik bagi memahamkan pelajar tentang kepentingan aktiviti kerohanian. Ini di
nyakatan melalui teori Tajribah yang dikemukan oleh Ibnu Khaldun (2010). Melalui
pendekatan ini, pelajar akan dapat menghayati pengalaman secara spiritual tentang
amalan kerohanian yang dilakukan.

Berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan,


menunjukkan dapatan yang memuaskan. Namun pendekatan secara yang lebih baik perlu
dilaksanakan bagi memastikan pelajar dilatih untuk memahami nilai kemasyarakatan dan
adab masyarakat setempat. Antara yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun adalah pendekatan
secara Rehlah atau pengembaraan. Dengan kaedah ini, akan membuka minda pelajar
untuk memahami norma dan nilai masyarakat setempat beserta adab yang berhubung
dengan manusia. Selain itu, pendekatan seperti kesukarelawanan dan khidmat

12
masyarakat juga membantu untuk memberi pendedahan kepada adab dan norma
masyarakat yang mesti dihormati.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan dalam menilai aktiviti


keagamaan di Politeknik Negeri Johor, secara umumnya beberapa cadangan berikut
dikemukakan untuk bagi memperkasakan dan memperkukuhkan aktiviti keagamaan yang
telah dilaksanakan di politeknik iaitu:

1. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pengajian Politeknik perlu


memperkukuhkan Jawatankuasa Induk merancang dan menyelaras
pelaksanaan aktiviti keagamaan di bawah Pusat Islam dan Jabatan Pengajian
Am serta Hal Ehwal Pelajar.

2. Usaha untuk memperkukuhkan pelaksanaan aktiviti keagamaan banyak


dipengaruhi oleh kepimpinan politeknik. Justeru pemilihan kepimpinan
politeknik seperti pengarah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, ketua warden,
Pegawai Disiplin hendaklah dilantik dalam kalangan yang telah dididik dalam
budaya nilai-nilai keagamaan. Tujuan supaya mereka dapat mengaplikasikan
ilmu, kemahiran dan nilai yang mereka miliki dengan pembaharuan dan
inovasi yang sesuai dengan perubahan zaman dan cabaran.
3. Kefahaman tentang kepentingan aktiviti keagamaan amat perlu diberi
penjelasan kepada semua warga Pensyarah Unit Agama Islam dan Pendidikan
Moral pihak pentadbir politeknik, para pensyarah dan staf sokongan supaya
semua mengembleng tenaga menjayakannya bukan hanya tertumpu kepada
kecemerlangan akademik sahaja.
4. Pelaksanaan aktiviti keagamaan di politeknik perlu diperkukuhkan dari masa
ke semasa dengan menubuhkan satu jawatankuasa perancang untuk
merancang dan memantau aktiviti keagamaan dengan melibatkan semua
kakitangan yang ada samada pensyarah agama, pensyarah akademik dan staf
sokongan.

RUJUKAN
Abdul Fatah Abu Ghudah. 2011. 40 Teknik Rasulullah Mengajar. Terj. Hj Shuhadak
Mahmud, Media Al-Azhar
Abdul Ghani Abdullah. 2009. Kepimpinan dan Penambahbaikan Sekolah: PTS Professional.
Kuala Lumpur.
Abdul Ghani Shamsuddin.1999. Sosiologi Pendidikan Islam: Kertas Kerja Pengajian
Sosiologi dalam Pendidikan. Jabatan Asas Sosial Dan Pendidikan, Universiti Malaya.
Abdullah al-Amin Na’mi (terj. Ramzi Omar). 1994. Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut
Ibnu Khaldun dan al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.
Alias Mat Saad. 2010. Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Tesis Phd), Universiti
Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan)
Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy. 1991. Falsafah Pendidikan Islam Terj. Hasan
Langgulung. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Khaldun. 2009. Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. 2019. Kamus KPI. Jabatan Pendidikan
Politeknik Dan Kolej Komuniti
Mior Iskandar. 2014. Profil dan Pengalaman Dakwah Ahli Rakan Pusat Islam Politeknik
Sutlan Idris Shah. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pendidikan
Islam Kebangsaan, Perak.

13
Mohd Zahirwan, Pisol Maidin, Muhammad Yusri, Pandangan Ibnu Khaldun Berkaitan
Kaedah Pendidikan dalam Kitab Al-Muqaddimah,
Norani Mohd Noor & Noratna Binti Mohammad. 2006. Persepsi Pelajar Tahun 4 terhadap
Kemahiran Generik di UTM Skudai, Johor.
Norhatimah Mohamad & Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam Berasaskan Laman Web. dalam Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam: UKM.
Norhisham. 2015. Biah Solehah dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah Agama
(SMKA). Tesis Doktor Falsafah pendidikan Islam , UPSI
Sharifah Noraida dan Sharifah Fatimah. 2011. Tinjauan Keperluan Aktiviti Kerohanian
dalam Kalangan Guru Pelatihan Muslimah di IPG Kampus Batu Lintang, Jurnal
Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10.
Al-Syaibany, Omar Muhamad al- Toumy. 1979. Falsafah Pendidikan Islam (Hasan
Langgulung Terj.). Jakarta: Bulan Bintang.
Yusni Mohamad Yusak, Zainab Hanina Abdull Smaad. 2013. Halatuju Kurikulum
Pendidikan Islam di Politeknik Malaysia: Satu Dapatan Awal.

KETERANGAN BERKENAAN PENULIS:

Mohammad Hamdan Abdul Ghani1


Pensyarah
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan,
KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor
syawal1405@gmail.com

Prof. Madya Dr. Azmil Hashim2


Profesor Madya
Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900,
Tanjong Malim. Perak
azmil@fsk.upsi.edu.my

14

Anda mungkin juga menyukai