Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H / 2011M

DAN KESYUKURAN MENDUDUKI BANGUNAN BARU


SK. PARIT NO. 5

PENDAHULUAN

Maulidur Rasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah
merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi
adalah merupakan satu detik yang amat berharga kerana disitulah bermula sirah junjungan agung yang
membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan dan dari kehinaan
kepada kemasyhuran.

RASIONAL

Setiap tahun umat islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang
berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak tertanding ini.
Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin dan ada
juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas Baginda dengan tujuan
memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba diketengahkan bagi memberi mesej kepada
seluruh umat islam bahawa kelahiran Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam.
Juteru itu, bagi menyambut seruan kasihkan Nabi membawa ke syurga, Panatia Pendidikan
Islam Sekolah Kebangsaan Parit No. 5 menjalankan aktiviti pada tahun ini dengan hasrat mengemudi
murid ke arah Cintakan Rasul junjungan mulia.

OBJEKTIF

i- Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan dalam menyebarkan agama


Islam.
ii- Menanam sifat teladan melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW
iii- Melahirkan masyarakat berukhuwwah Islamiah di kalangan murid, guru dan ibubapa
melalui konsep perpaduan ummah dan akhlak mulia
iv- Melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasulullah sebagai tauladan dan ikutan
sepanjang zaman.

SASARAN

i- Semua murid, guru dan kakitangan sekolah: 510 0rang


ii- Ibubapa dan penjaga murid: 300 orang

1
ACARA/PROGRAM

TENTATIF

07.30 - Murid dan ibubapa berkumpul di Dewan Terbuka SKPN5


08.00 - Bacaan doa dan tahlil ringkas oleh Imam Surau al-Taqwa
08.30 - Bacaan berzanji dan Marhaban
09.00 - Persembahan Murid
09.30 - Persembahan Nasyid pelajar SMKA Maahad Muar
10.30 - Jamuan
11.50 -Bersurai

KEWANGAN

1- SUMBER KEWANGAN
i - Wang yuran aktiviti murid RM4 x 429 = RM 1716.00
ii - Sumbangan individu = RM1809.00

2- PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI CATATAN
(RM)
Kain Sepanduk Backdrop
1 (tulisan dan upah) 1 Rentang x RM 100 100.00

2 Jamuan RM4.00 x 810 orang 3240.00


RM 5.00 x 20
3 Bahan pembungkus 100.00
bungkus
Kertas Selawat Nabi
4 RM0.10 x 850 helai 85.00

JUMLAH
3525.00

SENARAI AJK PELAKSANA (LAMPIRAN)

2
PENUTUP

Semoga dengan program yg dirancang akan mengarahkan jalan kecemerlangan dan kejayaan
berterusan kepada usaha-usaha Panati Pendidikan Islam SKPN5 dalam membangun modal insan yang
sempurna. Sesungguhnya kesempurnaan itu adalah milik Allah, maka kepadanya jualah kita
kembalikan segala perancangan yang dirancang agar ia mendapat keberkatan dan redha Ilahi.
Wassalam

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

___________________
Zunnurain bin Mistah
Ketua Panatia
Pendidikan Islam
SK Parit No. 5

Disahkan oleh

_______________________
Hj. Mohd Abas bin Sarimin
Guru Besar
SK Parit No. 5

Anda mungkin juga menyukai