Perkembangan adalah satu proses berterusan di mana perubahan bersifat kuantitatif
iaitu perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kematangan individu. Perubahan tersebut dapat dilihat secara nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik. Menurut Mok Soong Sang (2009) pula, perkembangan adalah proses berterusan yang bermula dari peringkat lahir sehingga mencapai peringkat kematangan. Berdasarkan kajian ahli psikologi, kajian manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.
2. Prinsip asas perkembangan kanak-kanak
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam Perkembangan Kanak-kanak
Edisi kedua, terdapat 5 jenis prinsip asas perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama ialah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh, Seorang bayi pada awalnya dalam permulaan adalah boleh duduk dengan sokongan lain, kemudian merangkak dan seterusnya diikuti dengan keupayaan berdiri dan akhirnya berjalan tanpa dibantu serta perkembangan fikiran yang matang seseorang. Selain itu, prinsip yang kedua ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada lebih spesifik iaitu berlakunya pertumbuhan dari otot-otot besar dahulu sebelum berlakunya perkembangan ke otot-otot halus. Seterusnya, prinsip ketiga ialah pertumbuhan dan perkembangan merupakan proses yang berlaku berterusan di mana ia bermakna perkembangan kanak-kanak adalah berterusan selagi masih hidup bagi kelangsungan hidup. Di samping itu, perkembangan kanak-kanak ialah corak dan aturan perkembangan adalah lebih kurang sama tetapi kadar perkembangan manusia adalah berlainan bagi setiap individu.Sebagai contoh, setiap bayi adalah mengambil masa yang berlainan untuk merangkak atas faktor baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut. Akhir sekali, prinsip terakhir ialah perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik yang merujuk kepada kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu. Pembelajaran pula adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan perlukan usaha.