Anda di halaman 1dari 12

MAHKAMAH

Awang Abdullah

PELAKON

HAKIM

PENDEKWA RAYA

PEGUAM BELA

PENTERJEMAH

PEGAWAI

TERTUDUH I (BULAT BIN LEPER)

TERTUDUH II (AKINOMOTO)

TEMPAT: Ruang mahkamah, tempat berlangsungnya siding perbicaraan.

MASA: Siang, waktu pagi

SET & PROP: Terdapat meja tinggi untuk HAKIM, siap dengan penukul.
Selain itu, terdapat kandang orang salah. Terdapat juga meja untuk
PENDAKWA RAYA dan PENGUAM BELA.

PEGAWAI: (Bernada lantang) Ketibaan yang arif lagi bijaksana, tuan hakim
mahkamah terbuka!

PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI MAHKAMAH berdiri. TUAN HAKIM


masuk (dengan iringan muzik) lalu mengambil tempat.

HAKIM: (Dengan Bahasa Melayu telor Inggeris) Ya, tuan-tuan sekalian, boleh
duduk. Semua sudah hadir?

PEGAWAI: Sudah, tuan.

HAKIM: Sekarang, kita mulakan perbicaraan.


PEGAWAI: Tertuduh I diminta masuk.

TERTUDUH I masuk (diiringi muzik), mengambil tempat di dalam


kandang orang salah dan mengangkat sumpah.

TERTUDUH I: Bahawasanya saya dengan sesungguhnya bersumpah di


hadapan mahkamah yang mulai ini untuk bercakap benar.

HAKIM: Siapa nama kamu?

TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.

HAKIM: Baik, pendakwa raya … mulakan perbicaraan.

PENDAKWA RAYA bangun lalu membacakan pertuduhan.

PENDAKWA RAYA: Ya,tuan hakim, bahawa Bulat bin Leper, pada 10 Januari
1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi telah ditubuh menyebabkan kematian
seorang nenek tua, Mek The binti Jali, 99 Tahun, di Taman Gagak Putih.

HAKIM: Ya, Bulat bin Leper, adakah kamu faham akan tuduhan yang
dikenakan ke atas kamu?

TERTUDUH I: Faham, tuan.

HAKIM: Adakah kamu mengaku salah?

TERTUDUH I: Tidak mengaku salah, tuan.

HAKIM: Baiklah, kes kamu akan dibicarakan. Adakah kamu memakai


peguam?

TERTUDUH I: Saya orang miskin, tuan. Saya taka da duit nak bayar peguam.

HAKIM: Oh, itu tak jadi masalah … kita ada peguam percuma. Sedia
berkhidmat untuk orang miskin macam kamu.

Ya ,pegawai … sila panggil peguam bela masuk ke dalam mahkamah.


PEGAWAI: (bernada lantang) Peguam bela,diminta masuk ke ruang
perbicaraan sekarang juga!

PEGUAM BELA masuk dengan agak lambat.

PEGUAM BELA: (bernada lemah sedikit) Ya, tuan hakim …

HAKIM: Kenapa lambat?

PEGUAM BELA: Tengok gusti, tuan.

HAKIM: Tak habis-habis dengan gusti. (bernada perlahan, separuh berbisik)


Siapa menang?

PEGUAM BELA: Hikitiki Man lagi, tuan.

HAKIM: (Seolah-olah geram, kecewa) Cis!

(Kembali serius) Hmm … peguam bela, ini ada satu kes lagi.

PEGUAM BELA: (Berlagak serius) Sedia berkhidmat, tuan … untuk bangsa dan
negara.

HAKIM: Ya,peguam bela … ini pelanggan kamu … Bulat bin Leper, telah
dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua secara tidak sengaja pada
10 Januari 1988, antara jam 1.00 hingga 9.00 pagi, di Taman Gagak Putih.
Saya beri tempoh seminit untuk berunding dengan pelanggan kamu. (Meniup
wisel)

PEGUAM BELA dan TERTUDUH I berunding dengan aksi tergesa-tesa,


keburuan.

HAKIM: Masa sudah cukup. Baik, kita sambung perbicaraan.

PENDAKWA RAYA bangun untuk memulakan tugasnya.

PENDAKWA RAYA: Bulat bin Leper, adakan pada 10 Januari 1988, antara jam
8.00 hingga 9.00 pagi, kamu berada di Taman Gagak Putih?

TERTUDUH I: Ya, benar, tuan.


PENDAKWA RAYA: Dan pada waktu yang tersebut itu, seorang nenek yang
sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang kamu buang lalu tergelincir
dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggangnya patah dan dia mati dalam
perjalanan ke hospital.

Adakah kamu mengaku bahawa kenyataan ini benar?

TERTUDUH I: Kenyataan itu tidak benar, tuan.

PENDAKWA RAYA: Saya ulang. Adakah kamu makan pisang pada waktu
tersebut?

TERTUDUH I: Benar,tuan.

PENDAKWA RAYA: Dan nenek itu mati akibat terpijak kulit pisang yang kamu
buang, bukan?

TERTUDUH I: Tidak benar, tuan.

PENDAKWA RAYA: Awak tidak mahu mengaku?

TERTUDUH I: Tidak mengaku, tuan.

PENDAKWA RAYA: Benar-benar tidak mahu mengku?

TERTUDUH I: Saya tidak mahu mengaku, tuan. Saya tidak bersalah.

PENDAKWA RAYA: Awak mesti mengaku. Bukti dan fakta sudah cukup untuk
mensabitkan kesalahan awak.

PEGUAM BELA bangun membantah.

PEGUAM BELA: Tuan hakim, saya membantah tindakan pendakwa raya.


Pendakwa raya nampaknya cuba menekan anak guam saya.

HAKIM: Ya, pendakwa raya. Saya fikir soalan awak sudah selesai. Awak boleh
duduk.

PENDAKWA RAYA: Baik, tuan.

PEGUAM BELA: Bulat bin Leper, benerkah pada 10 Januari 1988, antara jam
8.00 hingga 9.00 pagi, kamu berada di Taman Gagak putih?

TERTUDUH I: Ya, benar, tuan.

PEGUAM BELA: Dan pada waktu siang yang tersebut itu, kamu telah makan
sebiji pisang berangan … kemudian kulitnya, yang kamu tidak lalu nak
makan, kamu buang ke dalam tong sampah, yang tersedia pleh pihak
berwajib, tapi sudah rosak pintunya?

TERTUDUH I: Ya, benar sekali,tuan.

PEGUAM BELA: Dan kamu sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah
itu bukan tugas kamu?

TERTUDUH I: Ya tuan.

PEGUAM BELA: Lalu, kulit pisang yang kamu buang ke dalam tong sampah itu
ialah suatu perbuatan yang sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik
kamu, malah kamu telah menunjukkan contoh yang baik?

TERTUDUH I: Benar sekali, tuan.

PENDAKWA RAYA bangun dan membantah.

PENDAKWA RAYA: Yang arif, peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan.

PEGUAM BELA: Yang arif, soalan saya belum tamat. Saya harap pendakwa
raya tidak menggangu perjalanan mahkamah.

HAKIM: Pendakwa raya diminta bertenang dan kembali ke tempat duduk.

PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali soalan saya.

Ya, Encik Bulat … setelah kulit pisang itu kamu buang ke dalam tong
sampah, maka datanglah seekor kambing yang teramat kurus dan lapar lalu
makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga
kulit pisang itu telah tercampak keluar ke jalan raya …

PENDAKWA RAYA bangun membantah lagi.

HAKIM: Satu kad kuning untuk pendakwa raya. Sila duduk.

Ya, peguam bela, sila teruskan …

PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali hujah saya.

Adapun kamping yang tersangat kurus dan lapar itu juga tersangatlah
letihnya sehingga matanya pun sudah menjadi kabur dan berpinar-pinar. Ini
menyebabkan kambing itu tidak nampak kulit pisang, sehingga terkaislah
olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan raya. Malang tak terbau,
seorang nenek yang sedang berjoging menghampiri … kambing terkejut dan
cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan jatuh … sampilah ajalnya,
dia pun mati.

Dengan ini, jelas bahawa Bulat bin Leper tidak terbabit dalam soal ini.
Yang bersalah, bukannya Bulat, tapi kambing kurus. Oleh sebab itu, bukan
Bulat yang harus dihukum, sebaliknya kambing kuruslah yang perlu dihukum.

Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelas dan tidak meragukan, dan
saya mohon mahkamah yang mulia menjalankan keadilannya dengan
membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak
sengaja, tanpa syarat.

Sekian hujah-hujah saya. Mohon pertimbangan yang arif, tuan hakim.


Terima kasih.

HAKIM: Ya pendakwa raya … ada hujah-hujah tambahan?

PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat bin Leper ialah pihak yang
bertanggungjawab dalam kes ini. Kalua Bulat tidak membuang kulit pisang,
maka kambing tidak boleh mengaisnya ke jalan raya dan seorang nenek tua
tidak akan memijaknya.

Atas alasan itu, saya mohon mahkamah keadilan ini menjatuhkan


hukuman yang seberat-beratnya ke atas Bulat bin Leper. Sekian, yang arif,
terima kasih.

HAKIM: Ya, peguam bela … kalua ada hujah-hujah tambahan, dipersilakan.

PEGUAM BELA: Ya,yang arif, saya tegaskan kembali hujah saya bahawa Bulat
bin Leper telah membuang kulit pisang ke tempat yang wajar dan betul.
Maka, dengan itu, ternyatalah Bulat bin Leper tidak melakukan apa-apa
kesalahan.

Dalam soal ini, nyata sekali, yang bersalah ialah kambing kurus …
bukannya Bulat bin Leper. Sekian, hujah-hujah saya.

HAKIM: Pendakwa raya? Ada apa-apa lagi?

PENDAKWA RAYA: Mahkamah ini untuk manusia, bukan untuk binatang.


Macam mana kita nak hokum kambing.

PEGUAM BELA: Setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Tuan empunya
kambing itulah yang perlu dihukum.
PENDAKWA RAYA: Kalau tidak ada yang mahu mengaku?

PEGUAM BELA: Maka kambing itu harus menjadi hak milik pihak yang
berwajib.

HAKIM: Sudah … sudah! Hujah-hujah kamu berdua sudah selesai. Harap


bertenang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah meneliti hajah-hujah


daripada kedua-dua belah pihak, mahkamah dengan ini mengambil
kesimpulan bahawa pendakwa telah gagal mengaitkan kes ini dengan
tertuduh dan sebaliknya, peguam bela telah dapat meyakinkan mahkamah
tanpa keraguan bahawa Bulat bin Leper tidak melakukan kecuaian dan
seterusnya dibebaskan daripada tuduhan membunuh Mek Teh binti Jali
secara tidak sengaja.

TERTUDUH I mengucapkan terima kasih kepada PEGUAM BELA


dengan gaya penuh kesyukuran.

HAKIM: Dan atas kuasa yang ada pada saya, saya mengeluarkan perintah
supaya tuan kambing itu dicari sampai dapat.

Kalau tidak ada yang mengaku, maka kambing itu menjadi milik pihak
yang berwajib, dan perintah juga dikeluarkan supaya pintu tong sampah itu
dibaiki segera oleh pihak yang bertanggungjawab. (Mengetuk meja dengan
tukul dua kali)

PENGAWAI: Mahkamah berehat selam 2 minit.

TERTUDUH I keluar. Sementara itu, HAKIM, PEGAWAI, PENDAKWA


RAYA dan PEGUAM BELA berehat dengan aksi masing-masing. Kemudian,
PEGUAM BELA keluar. Muzik selingan dikumandangkan.

Setelah seketika, PEGAWAI masuk mengambil tempat dan alunan


muzik dimatikan.

PEGAWAI: Tempoh rehat sudah tamat. Mahkamah kembali bersidang.


HAKIM, PEGUAM BELA dan PENDAKWA RAYA mengambil tempat
masing-masing.

PEGAWAI: Tertuduh II diminta masuk.

TERTUDUH II melangkah masuk. (Dengan iringan muzik)

PEGAWAI: Sila angkat sumpah.

TERTUDUH II: Akakkuku dekengaka ikiniki bekesukupoko akakaka


bekekaktaka bekenaka.

Seisi mahkamah ketawa, kecuali HAKIM.

HAKIM: Diaaam! (Mengetuk tukul ke meja tetapi terkena tangan sendiri)

Seisi mahkamah sunyi.

HAKIM: (Mengitai-ngitaikan tangan, menahan kesakitan) Ah … hah … hah …


hah …!

PEGAWAI: (Bernada selamba tetapi tidak keras seperti jerkahan HAKIM tadi)
Diam!

HAKIM: (Tersipu-sipu, meletakkan telunjuk ke mulut seperti membuat isyarat


supaya senyap) Syyy … Siapa nama kamu?

TERTUDUH II: Nakamoko akakuku, Akikino-komokotoko

HAKIM: Asal dari mana?

TERTUDUH II: Akakuku akasaka dakariki ukululu Dukungunku.

HAKIM: (Dengan nada panjang, nyaring) Pegawaiii …!

PEGAWAI: Ya, tuan hakim!


HAKIM: Panggil penterjemah!

PEGAWAI: Baik, yang arif.

(Bersuara lantang, melaung) Penterjemah diminta masuk dengan


segara!

PENTERJEMAH masuk dengan agak lambat sambal membetulkan kain


sarung dan tali lehernya.

HAKIM: Kenapa lambat, wahai penterjemah?

PENTERJEMAH: Tengah melabur, tuan hakim … tersalah makan colek kelubi.

HAKIM: Buah kelubi? Itu kan makanan beruang …

PEBTERJEMAH: Tapi saya jumpa dalam beg tuan.

HAKIM: (Spontan mengerutkan kening, membuat isyarat supaya diam, tidak


meneruskan penerangan tentang kelubi) Syyy … teruskan siding …

PENDAKWA RAYA: Baiklah, yang arif.

Bahawasanya kamu, Akikino-komokotoko, pada 20 Mac 1988, telah


dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK
Ulu Dungun.

HAKIM: Ya … Akikino-komokotoko, apakah kamu faham akan tuduhan yang


dikenakan atas kamu?

TERTUDUH II: Akakuku taka fakahaka iskitikilaka bekeroko sukusikidik.

PENTERJEMAH: Yang arif, adapun empunya diri yang bernama Akikino-


konokotoko, atau ringkasnya Akinomoto ini tidak faham akan istilah beruk
subsidi.

HAKIM: Pendakwa raya, harap perincikan istilah beruk subsidi yang tidak
difahami oleh Akinomoto.

PENDAKWA RAYA: Ya, yang arif … mohon tempoh 2 minit untuk merujuk
kamus.
PENDAKWA RAYA membuka buku besar dan beraksi membelek
kandungannya dengan teliti.

PENDAKWA RAYA: Yang arif, adapun “beruk” itu menurut kamus The
Advance Dictionary of the Modern English for te Malaysian World , terbitan
Syarikat Cetak Rompak Sendirian Berhad … adapun istilah “beruk” itu
dapatlah diperincikan sebagai … is a kind of animal which have a short tail,
and the body is full with “buluh”, and like to eat bananas, and many people
call … monkey.

Adapun makna “subsidi” itu menurut kamus yang sama, muka surat
300, perenggan dua, baris lima dari bawah, dapatlah diperincikan sebagai
maknanya … is a subsidy … that’s all, ya tuan hakim.

HAKIM: Well done … well done … Apakah kamu sudah faham wahai
Akinomoto?

TERTUDUH II: Akakuku makakiki took fakahaka daka hakaraka


pendakakakawoko gukunoko bakahakasaka makaleke sikiyaka.

PERTERJEMAH: Adapun katanya bahawa dia semakin tidak faham dan


meminta pihak pendakwa menggunakan Bahasa Melayu.

HAKIM: Ya, ya, ya … saya juga sudah lupa. Kita sudah merdeka selama 30
tahun, seharusnya kita menggunakan Bahasa Melayu … Bahasa kebangsaan
kita di dalam mahkamah yang mulia ini.

Ya, pendakwa raya, sila huraikan menurut bahasa Melayu.

PENDAKWA RAYA: Perintah dijunjung, ya yang arif.

Adapun istilah “beruk” itu menurut kamus yang tersebut itu dan
apabila diterjemahkan, maknanya ialah sejenis binatang yang mempunyai
ekor pendek, dan bandannya penuh dengan “bulus” … eh, maaf … bulu …
dan ia sangat suka makan pisang, (menunjukkan dengan ibu jari ke arah
HAKIM sambal tersengih-sengih) sama dengan hobi tuan.

Istilah subsidi itu pula apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu


lama, ertinya “sabsidi” (disebut sebagaimana dieja: s-a-b-s-i-d-i) dan kalua
menurut bahasa Melayu baharu yang baku, ertinya “subsidi” (disebut s-u-b-s-
i-d-i) … sekian adanya … wassalam.

HAKIM: Cakap … cakap … apakah kamu sudah faham wahai Akinomoto?

TERTUDUH II: Fakahaka cikikiki.


PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto itu berkata, bahawa dia faham sikit-sikit,
tuan.

HAKIM: Sikit-sikit … kira bolehlah. Jadi, Akinomoto, apakah kamu mengaku


salah?

TERTUDUH II: Akakuku mekengakakuku sakaloko, takapiki akakuku noko


cakakaka cikikiki.

PERTERJEMAH: Adapun Akinomoto berkata bahawa dia mengaku salah tuan,


tapi katanya dia mahu bercakap sikit.

HAKIM: Dibenarkan … (dengan gaya sedikit berlucu) tapi sikit saja, tau.

TERTUDUH II: Ikibiku bekeroko ikitiku sukudoho hakamiki, daka akakuku


nook akanokonyako daka bekerika bakaleke ikibunyoko.

PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto berkata bahawa ibu beruk itu sudah pun
hamil dan dia mahu beri balik ibu beruk itu kepada yang berhak dan mahu
memelihara anaknya.

HAKIM: Ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah mempertimbangkan


dengan penuh adil dan saksama, maka saya dengan kuasa yang ada pada
saya dengan ini memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu
sehingga selamat melahirkan anak. Kalua anaknya jantan, namakan “Mat
Yeh”. Kalua anaknya betina, namakan “Mentesah”.

Lalu apabila habis tempoh pantangnya selama 40 hari, tak termasuk


cuti am dan cuti ganti, maka ibu beruk itu haruslah dipulangkan kepada yang
berhak … dan sebagai dendanya, sehingga anak beruk itu mencapai umur akil
baligh, maka Akinomoto terpaksalah memanjat kelapa dengan anak beruk
menjadi tuannya.

Sekian.

Muzik selingan dikumandangkan sebagai isyarat bahawa adegan drama


ditamatkan.

TAMAT

Sumber:
Antologi tanah Ronggeng,
(peny.) Wan Ahmad Ismail,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Anda mungkin juga menyukai