Anda di halaman 1dari 11

SKRIP PENGACARA MAJLIS

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


SK TANJUNG SURAT
2017
Bil AGENDA SKRIP TINDAKAN
. /CATATAN
1. Ketibaan
Tetamu Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik
Kehormat / Mus-Irwan Bin Hj. Misrom, Penolong Pengurus
Perasmi Kanan Bahagian Pembangunan Sosial dan
Pemajuan Desa, KEJORA.

Hadirin dipersilakan duduk.

2. Protokol
Pengacara Bismillahirrahmanirrahim.....
Majlis Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati
wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwalmursalin.
Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in

Assalamualaikum whb, salam sejahtera, dan


Salam Muafakat Johor

Yang Berbahagia
Encik Mus-Irwan Bin Hj. Misrom, Penolong
Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan
Sosial dan Pemajuan Desa, KEJORA.

Yang Berusaha
En. Ramli Bin Osman
Guru Besar SK Tanjung Surat ,

Yang Dihormati
Puan Badariah Binti Ayob
Yang Dipertua PIBG, Sk Tanjung Surat
Puan Nurmazlina Binti Sulaiman,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Hairul Azizi Bin Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Sofiuddin Bin Abd Muthalib
Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan ahli jawatankuasa PIBG,
Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan seterusnya
murid-murid yang dikasihi sekalian.

3. Alu-aluan
Hadirin sekalian,
Dari Dewan SK Tanjung Surat, mengalu-alukan
kehadiran hadirin sekalian ke

“MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


PRASEKOLAH DAN MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SURAT
TAHUN 2017.”

Majlis pada hari ini akan menganugerahkan


penghargaan kepada murid-murid yang
menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai
bidang akedemik.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga


pendidik agar ia menjadi tonggak bagi memulakan
anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam
diri setiap pelajar.

4. Bacaan Doa
Sidang hadirin,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah


sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat.
Oleh itu, majlis mempersilakan Al-fadhil Ustaz
Hasril Azidi Bin Mahamad Hashim untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....
BACAAN DOA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Al-fadhil Ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

5. Persembaha
n Multimedia Hadirin sekalian,
1
Dengan ini mari kita sama-sama menyaksikan
persembahan multimedia berkisarkan tentang
pejalanan aktiviti tahunan SK Tanjung Surat. Oleh
itu, mari kita sama-sama menyaksikan tayangan
multimedia.

Majlis mengucapkan terima kasih atas


persembahan multimedia sebentar tadi.

6. Ucapan Guru
Besar SKTS Warga dewan yang mulia,

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha En.


Ramli Bin Osman, Guru Besar SK Tanjung
Surat untuk memberikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas


ucapan beliau sebentar tadi.

7. Ucapan YDP
PIBG Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati
Puan Badariah Binti Ayob, Yang Dipertua PIBG
untuk memberikan ucapan. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan.


.
8. Ucapan
Perasmi Sidang warga dewan sekalian,

Sirih junjung penuh bererti,


Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berbahagia Encik Mus-Irwan Bin Hj.
Misrom, Penolong Pengurus Kanan Bahagian
Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa,
KEJORA untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Hari Anugerah
Kecemerlangan Prasekolah dan Murid SK
Tanjung Surat bagi tahun 2017.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan


setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Berbahagia Encik Mus-Irwan Bin Hj. Misrom
atas ucapan dan kesudian beliau
menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.

10. Penyampaian
cenderahati Warga dewan yang mulia.
Kepada
PERASMI Seterusnya majlis ingin menjemput Yang
Berusaha Encik Ramli bin Osman untuk
(JUST IN menyampaikan cenderahati kepada Yang
CASE) Berbahagia Encik Mus-Irwan Bin Hj. Misrom

Terima kasih diucapkan atas kesudian


menyempurnakan acara penyampaian
cenderahati sebentar tadi.

11. Cabutan
Bertuah 1 Seterusnya, majlis menjemput Yang Berbahagia
Encik Mus-Irwan Bin Hj. Misrom untuk
mencabut dan mengumumkan 12 nombor yang
bertuah. Memohon kepada Yang Berbahagia
menyebut nombor tersebut.

Terima kasih diucapkan atas kesudian


menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar
tadi.

12. Penyampaian
Siji dan Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Hadiah Sijil Dan Hadiah Kepada Murid Prasekolah SK
Prasekolah Tanjung Surat.

Dengan ini dijemput Yang Berusaha En.Ramli


Bin Osman diiringi Encik Sofiuddin Bin Abd
Muthalib untuk menyampaikan sijil dan hadiah
kepada murid prasekolah.

Mendahului senarai penerima dijemput adik


……………………………….

13. Penyampaian
hadiah Seterusnya penyampaian hadiah bagi kategori
Kedudukan Kedudukan Terbaik Bilik Darjah.
Terbaik Kelas
Dimulakan dengan murid Prasekolah….

1. Tempat pertama disandang oleh adik


SITI NUR BALQIS BINTI SANY
Tempat kedua pula jatuh kepada adik
NURLIYANA SOFEA BINTI ABDUL
KARIM

Bagi murid arus perdana…

2. Untuk murid tahun 1, Tempat pertama


disandang oleh adik
SITI NURBATRISYA BINTI SALIM

3. Untuk murid tahun 2, Tempat pertama


disandang oleh adik
LUQRISYA HUDA BINTI MOHAMAD
LATIF
Tempat kedua pula jatuh kepada adik
NURIN NUR IZZATTI BINTI ABDULLAH
4. Untuk murid tahun 3, Tempat pertama
disandang oleh adik
LUQFI NUR HAKIMI BIN MOHAMAD
LATIF
Tempat kedua pula jatuh kepada adik
NAURAH SOFIEA BINTI RAHMAN

5. Untuk murid tahun 4, Tempat pertama


disandang oleh adik
MOHAMMAD AFIQ DANIAL BIN
MOHAMMAD JUNAIDI

6. Untuk murid tahun 5, Tempat pertama


disandang oleh adik
LUQMAN NUR HAKIM BIN MOHAMAD
LATIF

Terima kasih diucapkan atas kesudian Yang


Berusaha menyampaikan hadiah sebentar tadi.

14. Cabutan
Bertuah 2 Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha
Encik Ramli bin Osman untuk mencabut dan
mengumumkan 13 nombor yang bertuah.

Memohon kepada Yang Berusaha menyebut


nombor tersebut.

Terima kasih diucapkan atas kesudian


menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar
tadi.

15. Persembaha Hadirin sekalian,


n murid
Dari kedah ke bandar Perlis,
(SAJAK) Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan murid memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis dengan berbesar hati menjemput adik


Mohamad Thaqif Danial bin Mohammad
Junaidi menyampaikan sebuah sajak yang
bertajuk _________________________________

Majlis mengucapkan terima kasih atas


persembahan yang menarik sebentar tadi.

16. Penyampaian
hadiah Mata Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan
Pelajaran penyampaian hadiah bagi kategori Mata
Terbaik Pelajaran Terbaik.
Dengan ini dijemput Yang Dihormati Puan
(Slideshow) Badariah Binti Ayob
Yang Dipertua PIBG, Sk Tanjung Surat
diiringi Encik Hairul Azizi nbin Ali bagi
menyampaikan hadiah.

Dimulakan dengan murid Prasekolah,


bagi mata pelajaran terbaik untuk (SUBJEK)
jatuh kepada adik………………………………

Manakala untuk arus perdana,


bagi mata pelajaran terbaik tahun 1 / 2 / 3 / 4 / 5
untuk (SUBJEK) diungguli oleh / jatuh kepada
adik………………………………

17. Penyampaian
Hadiah untuk Seterusya, majlis diteruskan lagi dengan
Kehadiran penyampaian hadiah bagi kategori Kehadiran
Penuh Penuh.

Mempersilakan adik……………………………..
18. Anugerah
Tokoh Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
Galakkan Anugerah Tokoh Galakkan Murid
Murid
Anugerah Tokoh Galakkan Murid disandang oleh
adik Mohamad Thaqif Danial bin Mohammad
Junaidi.

19. Anugerah
Penglibatan Seterusnya, majlis diteruskan dengan
Kokurikulum penyampaian Anugerah Penglibatan Kokurikulum
Luar Luar.

Pada 11 hingga 12 November 2017, Seramai 15


ahli pasukan bola sepak gabungan dari SK
Tanjung Surat dan SK Sungai Papan, telah
menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala KOPEJA
bawah 11 tahun.

Kita sudah sedia maklum bahawa hampir 3 tahun


sekolah tidak menghantar atau mewakili mana-
mana kejohanan bola sepak yang dianjurkan.

Dengan berkat usaha, latihan dan gabungan serta


kerjasama dengan SK Sungai Papan, berakhirnya
kejohanan tersebut, pasukan yang diberi nama
jolokan SK Surat Papan telah mendapat tempat
yang ke-4 daripada 14 buah sekolah yang
bertanding.

Sekolah kita telah menghantar seramai 6 orang


peserta bagi mewakili SK Tanjung Surat.
Mereka tersebut adalah
………………….

20. Cabutan
Bertuah 3 Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati
Puan Badariah Binti Ayob untuk mencabut dan
mengumumkan 13 nombor yang bertuah.

Memohon kepada Yang Dihormati menyebut


nombor tersebut.

Terima kasih diucapkan atas kesudian


menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar
tadi.

21. Penyampaian
Sijil Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian
Penghargaan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa
Kepada PIBG SK Tanjung Surat bagi tahun 2017
AJK PIBG sebagai mengenang jasa dan pengorbanan
Tahun 2017 mereka dalam membantu sekolah mencapai
kecemerlangan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berbahagia Encik Mus-Irwan Bin Hj.
Misrom, Penolong Pengurus Kanan Bahagian
Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa,
KEJORA untuk menyampaikan Sijil Penghargaan
kepada AJK PIBG.

Dipersilakan penerima sijil penghargaan AJK


PIBG …………………ENCIK / PUAN

22. Penyampaian
Anugerah Seterusya, majlis diteruskan dengan
Tokoh Guru penyampaian Anugerah Tokoh Guru dan Tokoh
dan Tokoh PIBG.
PIBG
Mempersilakan Tokoh Guru bagi tahun 2017 ialah
ENCIK MUHAMMAD YAZED BIN KOSNAN

Seterusnya, Tokoh PIBG bagi tahun 2017 ialah


PUAN NORAINI BINTI MOHAMED

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia


atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan
dan anugerah tokoh sebentar tadi.

23. Penyampaian Warga dewan yang mulia.


Cenderahati
Perasmi Seterusnya majlis ingin menjemput Yang
Berusaha Encik Ramli bin Osman untuk
(JUST IN menyampaikan cenderahati kepada Yang
CASE) Berbahagia Encik Mus-Irwan Bin Hj. Misrom

Terima kasih diucapkan atas kesudian


menyempurnakan acara penyampaian
cenderahati sebentar tadi.

24. Persembaha
n multimedia Hadirin sekalian,
2
Dengan ini mari kita sama-sama menyaksikan
persembahan multimedia yang kedua berkisarkan
tentang pejalanan aktiviti tahunan SK Tanjung
Surat sehingga ke hari ini. Oleh itu, mari kita
sama-sama menyaksikan tayangan multimedia.

Majlis mengucapkan terima kasih atas


persembahan multimedia sebentar tadi.

25. Cabutan
bertuah 4 Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati
Puan Nur Mazlina binti Sulaiman / Encik Hairul
Azizi bin Ali / Encik Sofiuddin bin Abd
Muthalib untuk mencabut dan mengumumkan 13
nombor yang bertuah.

Memohon kepada Yang Dihormati menyebut


nombor tersebut.

Terima kasih diucapkan atas kesudian


menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar
tadi.

26. Penutup
Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi,
maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis mengundur diri.

Saya menyusun jari sepuluh memohon ampun


dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau
cara sepanjang kami berbicara.

Terima kasih buat semua warga Sk Tanjung Surat


, rakan guru, orang perseorangan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan
Prasekolah dan Murid SKTS bagi sesi 2017.

Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh


dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan
keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Seterusnya, dijemput Yang Berbahagia dan


tetamu yang hadir untuk menikmati juadah yang
telah disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai