Anda di halaman 1dari 2

PENGURUSAN STRES DI KALANGAN SISWA SISWI IPGKPI

Muhammad Taib (2006), stres adalah penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan daripada
kehidupan. Masalah dengan rakan sekerja, kehidupan berumah tangga, keluarga, siswa-
siswi dan boleh terjadi kepada semua lapisan umur. Stres perlulah diuruskan dengan baik,
jika tidak risiko untuk individu tersebut mengalami penyakit mental yang lain adalah tinggi.
Menurut Hatta (2003), pengurusan stres adalah mengambil kira aspek individu, keupayaan
dan kemampuan untuk mengurus diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Terdapat empat
peringkat yang akan dilalui oleh kita sendiri demi menguruskan stres dengan bijak. Peringkat
1 ialah persediaan, peringkat 2 ialah membuat keputusan, yang ketiga tindakan dan yang
terakhir adalah pengekalan.

Pada peringkat 3 iaitu tindakan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyusun


sepuluh kaedah untuk menangani stres. 10 kaedah ini dipanggil penyelesaian jangka
pendek kaedah 10B. Langkah B pertama ialah bertenang. Langkah pertama yang harus
kita lakukan adalah berhenti semua kerja yang sedang kita lakukan kemudian duduk
bertenang. Bertenang mengelakkan kita melakukan perkara di luar kawalan. Yang kedua
ialah bernafas dalam melalui abdomen adalah cara pernafasan yang baik. Oksigen yang
cukup untuk otak dapat mengawal perilaku kita. Seterusnya, berkata benda positif yang
dapat mententeramkan perasaan seperti, “rileksla”, “saya boleh lakukan”, “perkara ini akan
berakhir juga”, dan banyak lagi sambal senyum. Kajian mengatakan bahawa otak tidak
boleh membezakan antara senyuman ikhlas dan senyuman yang dibuat-buat. Maka otak
akan lebih gembira dan bertenang. Seterusnya adalah beribadat, berzikir atau solat. Zikir
mempunyai satu gelombang yang mampu menenangkan diri serta kajian mengatakan sujud
dalam solat mampu mencapai tahap meditasi yang paling tinggi.

Langkah yang kelima ialah bercakap dengan seseorang tentang perkara yang
menghiburkan, perkara yang mengganggu dan membimbangkan kita. Namun diingatkan
bahawa, carilah teman yang anda selesa dan percaya. Langkah keenam yang jarang
dilakukan adalah berurut. Urutan boleh melegakan ketegangan otot-otot sekali gus
melancarkan darah. Langkah ketujuh adalah mendengar muzik yang menenangkan, lembut
sambal berehat. Hal ini demikian kerana stres tak dapat ditangani secara efektif sekiranya
anda tidak berehat sepenuhnya. Selanjutnya langkah kelapan dan kesembilan adalah
beriadah dan bersenam. Bersenam mampu mengeluarkan hormon endorphin membantu
dalam pengurangan stres. Yang terakhir adalah berfikirlah positif. Melihat hikmah di sebalik
setiap perkara. Tambahan lagi, uruskanlah waktu dengan baik bagi mengelakkan kerja ‘last
minute’. Hal ini demikian kerana gagal mengurus waktulah kebanyakan siswa-siswi pendidik
mengalami stres.
Rujukan

Hatta Sidi. 2002. Mengurus Stres: Pendekatan yang Praktikal. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Md. Taib Dora & Hamdan Abd Kadir. 2006. Mengurus Stres. Batu Caves:
PTSProfessional Publishing

Panduan Menangani Stres. (2012). Diakses daripada


https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan
%20Mental/6_Panduan_Menangani_Stres.pdf

Anda mungkin juga menyukai