Anda di halaman 1dari 12

SMK AIR PUTIH, KUANTAN, PAHANG

TUGASAN PENYELIDIKAN
PRA-U SESI 2010

Masalah Kebersihan & Keselamatan makanan serta


kawasan kantin sekolah

NAMA: YEW CHU SERN


KELAS:6 BAWAH 2

1
KANDUNGAN

TAJUK

1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Tujuan Kajian


1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Kepentingan / Signifikan Kajian
1.9 Definisi Kajian

2. METODOLOGI KAJIAN
2.1 Kaedah Kajian
2.2 Sampel Kajian
2.3 Instrumen Kajian

2.4 Kaedah Pungutan Data /Analisis Data


3. DAPATAN KAJIAN
4. CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG
5. KESIMPULAN
6. RUJUKAN
7. LAMPIRAN
1. PENDAHULUAN
2
1.1 PENGENALAN

Kantin sekolah merupakan tempat yang menyediakan makanan dan minuman bagi
pelajar-pelajar & guru-guru.Oleh sebab itu, kebersihan dan keselamatan kantin
amat penting bagi menjaga kesihatan para guru dan pelajar.Jika kebersihan dan
keselamatan kantin tidak dijaga dengan elok, maka akan berlakunya kes-kes seperti
keracunan makanan.Hal ini jelas tersirat di dalam laporan yang seperti berikut:

ALOR SETAR: Seramai 137 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah,
di sini, mengalami keracunan makanan selepas menikmati ikan kembung rebus bersama air
asam dan sambal tumis udang ketika makan petang di kantin sekolah itu malam Selasa
lalu.

Semua pelajar perempuan Tingkatan Satu hingga Lima sekolah itu mengadu cirit-birit,
muntah dan demam sejak pagi kelmarin. Mereka kemudian dibawa ke Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), di sini. Seramai 100 pelajar menerima rawatan pesakit luar, 33 ditempatkan
di wad Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, di sini, dan empat lagi dimasukkan ke wad
HSB.

Seorang pelajar, Fatihah Hakima Ishak, 17, ketika ditemui, berkata ketika makan petang
seorang rakannya ada menunjukkan seekor ikan yang dihidangkan itu busuk dan berulat.

“Saya mula cirit birit, muntah serta demam pagi semalam (kelmarin). Menjelang tengah
hari semakin ramai pelajar mengalami keadaan sama selain tidak bermaya,” katanya.

Fatihah Hakima berkata, mereka dibawa beberapa guru ke hospital sebelum dia dimasukkan
ke wad kira-kira jam 6 petang kelmarin, sebelum dibenarkan pulang tengah hari semalam.

Ibu seorang pelajar, Ruzimah Baharom, 41, berkata dia dimaklumkan perkara itu oleh
seorang guru kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

“Anak saya mula cirit birit dan muntah petang semalam (kelmarin) sebelum dimasukkan ke
wad malam tadi (kelmarin),” katanya.

3
1.2 PERNYATAAN MASALAH

Di SMK Air Putih Kuantan, Kantin makanan disediakan. Pekerja-pekerja dan


pengurus kantin akan menyediakan makanan serta minuman bagi pelajar-pelajer
sesi pagi dan sesi petang. Namun, terdapat aduan daripada sebilangan pelajar
tentang makanan serta kebersihan kantin sekolah.Menuruti mereka bahawa
makanan yang dijual di kantin serta pinggan mangkuk yang disediakan tidak
bersih, meja kerusi kantin juga ada yang sudah rosak tetapi tidak diuruskan.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis keadaan kebersihan dan


keselamatan di kantin sekolah SMK AIR PUTIH,Kuantan.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Akhir-akhir ini terdapat aduan daripada pelahar tentang masalah kebersihan


dan keselamatan kantin sekolah . Fokus kajian ini adalah bertujuan untuk
mencari dan menganalisis punca masalah serta keadaan kebersihan dan
keselamatan kantin sekolah.

4
1.5 SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif-objektif tersebut, kajian ini diharap dapat menjawab


soalan-soalan yang berikut:

 Apakah meja kerusi di kantin sekolah dalam keadaan rosak?


 Adakah makanan yang disediakan oleh kantin ditutup dengan baik sebelum dijual
kepada pelajar?
 Apakah pinggan, cawan dan sudu yang disediakan oleh kantin bersih?

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini diharap mampu mecari punca dan mengatasi masalah kebersihan
serta keselamatan kantin SMK Air Putih,Kuantan. Selain daripada itu, diharap
kajian ini dapat dirujuk oleh sekolah-sekolah lain .Saya merasakan bukan sahaja
kantin SMK Air Putih sahaja yang mempunyai masalah tersebut, kemungkinan
kantin sekolah lain juga mempunyai masalah tentang kebersihan dan
keselamatan.

1.7 BATASAN KAJIAN

Semasa soal selidik dijalankan, mungkin terdapat pelajar yang tidak memberi
setumpu perhatian semasa menjawab soalan soal selidik ini. Ini kemungkinan
disebabkan oleh sikap mereka yang kurang meminat dalam menjawab soalan-
soalan seperti ini, ataupun mereka tidak ambil perhatian tentang masalah kantin
sekolah .

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

5
Dengan adanya kajian ini, diharap pihak sekolah dan pihak pengurusan kantin
dapat memperbaiki keadaan kebersihan dan keselamatan kantin sekolah.

1.9 DEFINISI TAJUK KAJIAN

Berdasarkan kamus keluaran Longman,

 Kebersihan–
 Keselamatan –
 Makanan–
 Kantin-

2. METODOLOGI KAJIAN

2.1 KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik akan menggunakan inisiatif dengan


menggunakan kaedah soal selidik. Inisiatif ini adalah antara yang paling mudah
dan sesuai untuk mendapatkan data daripada pelajar yang dikaji. Dengan cara
ini, penyelidik akan mendapat data dan maklumat dengan mengedar borang soal
selidik. Penyelidik akan menerima respon yang berbeza dari setiap responden
yang berbeza.

2.2 SAMPEL KAJIAN

6
KAUM TINGKATAN ENAM
MELAYU 2
CINA 6
INDIA
Berdasarkan
3
LAIN jadual, seramai 12
1
orang responden
JUMLAH 12
dari pelajar
tingkatan enam
dipilih untuk terdiri daripada 2 orang pelajar kaum Melayu, 6 orang pelajar Cina ,
3 orang pelajar India dan seorang pelajar kaum lain.

2.3 INSTRUMEN KAJIAN (CONTOH BORANG SOAL SELIDIK)

BORANG SOAL SELIDIK

Sila tandakan (/) dalam petak yang berkenaan

A. MAKLUMAT ASAS RESPONDEN


1.Jantina
Lelaki ( ) Perempuan( )

2.Bangsa

Melayu (_) Cina(_) India(_) Lain (_)

B. KAJIAN KEBERSIHAN KAWASAN DAN MAKANAN KANTIN

1) Apakah meja kerusi di kantin sekolah dalam keadaan rosak?


Ya(__) Tidak(__) Ada yang sempurna ada yang rosak (__)
7
2) Adakah makanan yang disediakan oleh kantin ditutup dengan baik sebelum dijual
kepada pelajar?
Ya(__) Tidak(__) Kadang kala(__)

3) Apakah pinggan, cawan dan sudu yang disediakan oleh kantin bersih?
Ya(__) Tidak(__) Tidak pasti (__)

3.DAPATAN KAJIAN
3.1 Keadaan meja kerusi yang disediakan di kantin sekolah.

0.08

Baik
Rosak
Ada yang sempurna ada
yang rosak

0.92

Carta diatas menunjukkan pendapat pelajar tentang meja dan kerusi


yang disedia di kantin difokuskan kepada pelajar tingkatan 6 di SMK Air
Putih, Kuantan.

8
Berdasarkan carta, jelas menunjukkan bahawa meja kerusi yang disediakan
di kantin tidak semuanya dalam keadaan baik,Seramai 91.6% pelajar
berpendapat meja kerusi di kantin ada yang rosak dan ada yang sempurna.
Selain itu, seramai 8,3% pelajar pula berpendapat meja kerusi dalam
kantin berkeadaan baik.

3.2 ADAKAH MAKANAN YANG DISEDIAKAN OLEH KANTIN


DITUTUP DENGAN ELOK SEBELUM DIJUAL

0
Ya Tidak Kadang Kala

Graf di atas menunjukkan pendapat pelajar tingkatan 6 mengenai adakah

makanan yang disedia ditutup dengan baik. Seramai 2 orang pelajar masing-
masing memberi pendapat bahawa makanan yang disediakan selalu ditutup dengan

9
elok sebelum dijual.Selain itu, seramai 5 orang pelajar berpendapat makanan yang
disedia tidak ditutup dengan elok. Sementara itu, terdapat juga pelajar iaitu 9
orang yang berpendapat makanan yang disediakan kadang kala ditutup dengan
elok kadang kala tidak ditutup dengan elok sebelum dijual.

3.3 Kebersihan pinggan, cawan dan sudu yang disediakan di kantin sekolah

12%

Bersih
48%
Tidak Bersih
Tidak Pasti

40%

Carta di atas menunjukkan cadangan pelajar dalam memberi pendapat


tentang kebersihan pinggan, cawan dan sudu yang disediakan di kantin.

10
Berdasarkan graf, seramai 50% pelajar mengatakan alat makan yang disediakan
adalah bersih.

Manakala seramai 41.60% pelajar mengatakan alat makan yang disediakan


di kantin adalah tidak bersih. Sementara itu, terdapat juga pelajar iaitu8.30%
mengatakan tidak pasti kerana kadang kala alat makan yang disediakan adalah
dalam bersih tetapi ada juga masa dalam keadaan kotor.

4. CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG

Saya mencadangkan agar pihak sekolah supaya menumpu perhatian tentang


masalah keselamatan dan kebersihan kantin sekolah.Jika keadaan tidak diperbaiki
lagi setelah nasihat dan cadangan diberikan kepada pihak pengurusan kantin,pihak
sekolah seharusnya bertimbang untuk menukar pihak yang lebih sesuai untuk
menguruskan kantin sekolah. Selain itu, pelajar-pelajar juga haruslah memberi
kerja sama untuk menjaga kebersihan kantin, sampah sarap tidak sepatutnya
dibuang di merata-rata kawasan sekolah.

5. KESIMPULAN

Kajian mengenai masalah keselamatan dan kebersihan kantin yang dijalankan telah
berjaya memberi dan mengemukakan hasil kajian, analisis dan cadangan pada
masa akan datang. Selepas kaji selidik dijalankan, saya dapati masalah pegurusan
kantin di SMK Air Putih, Kuantan belum mencapai tahap kritikal berbanding
sekolah- sekolah yang lain. Jadi, saya amat berharap agar pihak sekolah dan pihak

11
pengurusan kantin yang bertanggungjawab mengatasi masalah yang berkaitan akan
cuba untuk menyelesaikan masalah kebersihan dan keselamatan kantin ini sebelum
ia menjangkau ke arah yang lebih parah.

6. RUJUKAN

 WWW.GOOGLE.COM
 Majalah Mastika

12

Anda mungkin juga menyukai