Anda di halaman 1dari 135

www.sahaminvestment.

com
Teknikal
Teknik analisis yang digunakan untuk memprediksi trend harga aset melalui kajian
terhadap pergerakan harga, volume dan masa perdagangan.
1. Candlestick
2. Hubungan Harga-Volume
3. Sokongan dan Rintangan
4. Corak Carta
5. Teknikal Indikator
1. Candlestick
Pada zaman Jepun Tokugawa Shogunate (1603 – 1687), carta candlestick diciptakan
oleh seorang peniaga beras, Honma Munehisa. Dia menggunakan carta candlestick
untuk merekod dan menganalisis perubahan harga beras. Peralatan ini telah membantu
dia meramal pergerakan harga beras dengan tepat.

Pada zaman sekarang, carta candlestick merupakan satu peralatan yang biasa dikajikan
dan diaplikasikan dalam pasaran saham. Candlestick boleh menggambarkan pergerakan
harga dalam bentuk grafik bagi satu tempoh masa tertentu.

Pembentukan Candlestick
Candlestick terdapat 2 jenis, candlestick yang berwarna putih dan hitam. Candlestick
yang berwarna putih menunjukkan harga saham naik, harga tutup (Close) lebih tinggi
daripada harga buka (Open). Sebaliknya, candlestick hitam melambangkan perkara yang
terbalik, iaitu harga tutup adalah lebih rendah daripada harga buka.
Candlestick terbentuk daripada 3 bahagian:

 badan (body)
 bayang atas (upper shadow)
 bayang bawah (lower shadow)
Setiap candlestick mempunyai 4 nilai:

 Open: Nilai pada pasaran buka


 Close: Nilai pada pasaran tutup
 High: Nilai paling tinggi yang tercapai dalam suatu tempoh masa
 Low: Nilai paling rendah yang tercapai dalam suatu tempoh masa
Tempoh masa candlestick boleh ditentukan mengikut keperluan pelabur. Contohnya,
tempoh masa boleh diubahsuaikan menjadi sehari, dua hari, lima hari, seminggu, lima
minggu, sebulan dan lain-lain.

Faktor Utama Dalam Analisa Candlestick


2 faktor penting yang perlu diberi perhatian:

 Kepanjangan badan
 Kepanjangan bayang
Kepanjangan Badan
Secara amnya, kepanjangan badan boleh menunjukkan penguasaan pihak tertentu dan
kekuatan tekanannya. Semakin panjang badan candlestick, maka semakin besar tekanan
pihak penguasa.

Candlestick putih yang panjang menunjukkan pihak pembeli telah menguasai keadaan
perdagangan dan tekanan pembelian yang besar. Pihak pembeli sedang menyerang
dengan agresif dan serangannya berjaya menolak harga ke paras yang tinggi.

Sebaliknya, candlestick hitam yang panjang pula menunjukkan pihak penjual telah
menguasai keadaan perdagangan dan tekanan penjualan yang besar. Pihak penjual telah
berjaya menawan pembeli dan harga jatuh ke paras yang rendah.

Kepanjangan Bayang
Kepanjangan bayang boleh menunjukkan status pihak pembeli dan penjual. Adakah
pihak dominasi masih menguasai seluruh perdagangan? Adakah pihak dominasi masih
mempunyai tenaga untuk menyerang?

Secara umumnya, bayang atas yang panjang telah menunjukkan pihak pembeli tidak
berjaya menyerang ke paras atas dan tenaganya sudah kehabisan. Masa ini
kemungkinan besar pihak penjual akan menyerang balik, akibatnya harga akan
jatuh. Bayang atas semakin panjang, isyarat kelemahan pihak pembeli semakin kuat.

Bayang bawah yang panjang menunjukkan pihak penjual telah diserang balik oleh
pembeli. Tekanan pembelian yang besar telah berjaya menawan pihak penjual, harga
telah melantun ke paras yang lebih tinggi. Bayang bawah semakin panjang, isyarat
kelemahan pihak penjual semakin kuat.
Jenis Candlestick
Big Black Candle
Biasanya, lilin ini mempunyai badan hitam yang panjang. Kewujudan lilin jenis ini selalu
menunjukkan pihak penjual sedang menguasai seluruh perdagangan.

Big White Candle


Biasanya, lilin ini mempunyai badan putih yang panjang. Tekanan yang kuat daripada
pihak pembeli telah menguasai seluruh perdagangan.

Doji
Terbentuk apabila nilai open dan close adalah sama. Panjang bayangan boleh berbeza-
beza. Dalam trend turun atau naik, doji memainkan sebagai satu isyarat pembalikan,
tekanan pembelian adalah seimbang dengan tekan penjualan. Bayang atas dan bawah
semakin panjang, isyarat pembalikan semakin kuat.

Long Lower Shadow


Lilin putih yang mempunyai bayangan bawah yang panjang. Bayangan bawah yang
panjang bermakna tekanan pihak pembeli telah berjaya menghalangkan penjatuhan
harga dan berjaya menolak harga bergerak ke atas. Isyarat kelemahan pihak penjual
tertunjuk.
Long Upper Shadow
Lilin hitam yang mempunyai bayangan atas yang panjang. Bayangan atas yang panjang
bermakna tekanan pihak penjual telah berjaya menghalangkan kenaikan harga dan
berjaya menolak harga bergerak ke bawah. Isyarat kelemahan pihak pembeli tertunjuk.
2. Hubungan Harga-Volume
Pengenalan
Carta saham terdapat dua elemen yang penting, iaitu Harga dan Volume. Hubungan
antara dua elemen ini berhubungkait dengan emosi dan pandangan pasaran. Maka
dengan ini, pelabur mestilar memberi perhatian ke atas perubahan dua elemen ini pada
masa yang sama.
Biasanya, pemula hanya mementingkan perubahan Harga sahaja tetapi pakar selalu
memerhatikan perubahan Harga dan Volume sekali. Jika pelabur memerhati elemen
Harga sahaja, tafsiran pelabur mudah dibiaskan kerana pergerakan Harga tidak boleh
menggambarkan emosi pasaran sepenuhnya.

Terdapat 6 jenis hubungan Harga-Volume yang asas:

1. Harga naik, Volume naik


Keadaan ini menunjukkan pasaran yang beremosi positif, berpandangan optimistik serta
berharapan tinggi terhadap saham. Jadi, keinginan pelabur untuk membeli saham
tersebut sangat tinggi.

Harga naik, Volume naik ialah satu tanda yang baik.


2. Harga naik, Volume turun
Keadaan ini menunjukkan pasaran beremosi konservatif terhadap saham. Pelabur tidak
ingin mengambil tindakan untuk membeli saham walaupun harga naik tetapi mereka
lebih cenderung untuk menunggu dan memerhati prestasi pasaran pada masa ini. Harga
saham tersebut kemungkinan besar akan patah balik kerana keinginan pelabur untuk
membelinya sangat rendah.

Harga naik, Volume turun ialah tanda yang tidak baik.


3. Harga sama, Volume naik
Keadaan ini menunjukkan harga susah naik ke atas lagi walaupun banyak pelabur
membeli saham. Tekanan penjualan amat tinggi sehingga tekanan pembelian tidak
cukup besar untuk menolak saham bergerak ke atas.

Oleh itu, pelabur harus berhati-hati dalam keadaan ini kerana saham tersebut mungkin
akan jatuh.
4. Harga sama, Volume turun
Keadaan ini menunjukkan pasaran ingin menunggu dan memerhati prestasi saham
sebelum mengambil tindakan. Harga tidak bergerak kerana pihak pembeli dan pihak
penjual kurang aktif dan tidak ambil tindakan.
5. Harga turun, Volume naik
Keadaan ini menunjukkan emosi pasaran yang panik. Pasaran terkejut dan ingin
lepaskan saham dalam masa singkat. Pelabur lebih cenderung untuk menjual saham
walaupun transaksi dilaksanakan dalam paras harga yang rendah.

Harga turun, Volume naik merupakan satu tanda yang tidak baik.
6. Harga turun, Volume turun
Keadaan ini menunjukkan pihak penjual dalam pasaran semakin berkurang. Walaupun
tekanan penjualan sedang berkurang, tetapi masa ini masih tidak sesuai untuk membeli
saham kerana harga masih menurun.

Pelabur harus menunggu sehingga harga saham menjadi stabil dan berehat pada suatu
paras (tidak jatuh lagi). Lebih-lebih lagi, Volume berada pada tahap yang sangat rendah
untuk suatu tempoh masa. Situasi ini jelas menunjukkan tekanan penjualan telah
menjadi sangat rendah dan tidak berupaya menekan harga jatuh ke bawah lagi.
3. Sokongan dan Rintangan
Dalam konsep sokongan dan rintangan, pasaran saham dibagaikan seperti medan
perang. Terdapat dua pasukan tentera di medan perang tersebut,

1. Pihak pembeli yang berpandangan positif (Bull)


2. Pihak penjual yang berpandangan negatif (Bear)
Dalam perang tersebut, kedua-dua pasukan akan meletakkan askar di tempat yang
sesuai untuk mendirikan kubu pertahanan. Kubu tersebut digunakan untuk
mempertahankan serangan pihak lain.

Dalam perdagangan saham, kubu-kubu yang didirikan boleh digambar sebagai tahap
sokongan dan rintangan saham, satu tahap harga yang menghalang saham terus
bergerak.

Sokongan dan Rintangan


Sokongan ialah tahap harga yang saham cenderung kepada berhenti dalam tren
kejatuhan.

 Tekanan pembelian yang cukup besar telah wujud pada paras ini
 berjaya menyokong kejatuhan saham
 Pergerakan saham yang seterusnya bergantung kepada keadaan tekanan pembelian
dan penjualan
Rintangan ialah tahap harga yang saham cenderung kepada berhenti dalam tren
kenaikan.

 Tekanan penjualan yang cukup besar telah wujud pada paras ini
 berjaya menghalang kenaikan saham
 Pergerakan saham yang seterusnya bergantung kepada tekanan pembelian and
penjualan
Hubungkait Sokongan dan Rintangan
Sokongan akan bertukar menjadi tahap rintangan selepas saham berjaya memecah
tahap sokongan. Sebaliknya, rintangan akan bertukar menjadi tahap sokongan selepas
saham berjaya memecah tahap sokongan.

Tahap sokongan dan rintangan selalu wujud pada

1. Fibonacci Retracement
2. Tahap sokongan/rintangan yang lepas
3. Harga dalam nombor bulat
Fibonacci Retracement
Nisbah Fibonacci dipercayai merupakan satu siri nombor ciptaan tuhan yang ajaib:

0, 23.6, 38.2, 50, 61.8, 78.6, dan 100


Keunikan siri nombor ini tergambar dalam alam semula jadi seperti dunia haiwan,
tumbuhan, manusia, pasaran saham dan lain-lain. Siri nombor ini sentiasa digunakan
untuk meramal tahap sokongan dan rintangan saham.
Dalam aplikasi Fibonacci Retracement,

1. Satu titik permulaan dan titik perakhiran perlu ditentukan.


2. Bahagikan jarak di antara titik permulaan dan perakhiran mengikut nisbah 0%,
23.6%, 38.2%, 50.0%, 78.6%, 100.0%.
3. Harga pada siri Fibonacci tersebut merupakan tahap rintangan/sokongan yang
diramalkan.
4. Apabila harga saham mendekat tahap nombor Fibonancci, tekanan
sokongan/rintangan kemungkinan besar akan wujud dan menghentikan pergerakan
saham.
Carta di bawah jelas menunjukkan pergerakan harga menghadapi sokongan dan
rintangan apabila mendekati tahap Fibonacci Retracement.

Garisan biru ialah tahap Fibonanci retracement (0%, 23.6%, 38.2%, 50.0%, 78.6,
100.0, 123.6, 138.2%, ……).
Kawasan kuning merupakan tahap sokongan/rintangan yang mendekati Fibonacci
Retracement.
Tahap sokongan/rintangan yang lepas
Tahap sokongan/rintangan yang lepas memainkan peranan yang penting kerana ia
mudah menjadi sokongan/rintangan saham pada masa depan. Kebanyakan pelabur
akan merujuk kepada sejarah pergerakan saham, maka pelabur akan beli ketika saham
jatuh ke tahap sokongan dan jual ketika saham naik ke tahap rintangan.

Puncak dan lembah harga yang lepas juga merupakan tahap yang penting untuk
memprediksi sokongan dan rintangan saham. Hal ini demikian kerana pasaran selalu
mentafsirkan puncak sebagai titik penjualan dan lembah sebagai titik pembelian.

Carta di bawah jelas menunjukkan tahap rintangan dan sokongan pada masa lepas ialah
satu rujukan yang penting untuk meramalkan sokongan dan rintangan saham.
Harga dalam Nombor Bulat
Dalam pasaran saham, harga yang bernombor bulat selalu mempunyai tahap sokongan
dan rintangan yang ketara. Konsep ini boleh diterangkan daripada sudut psikologi
manusia.

Manusia lebih sensitif terhadap nombor bulat dan teringin mengambil tindakan apabila
harga mendekati nombor bulat. Contohnya, $1.00, $2.00, $3.00 dan sebagainya. Harga
di nombor bulat biasanya akan mencetuskan emosi dan keinginan pelabur untuk
membeli atau menjual.
4. Corak Carta
Carta merupakan satu alat yang rekod pergerakan harga. Jadi, ketafsiran carta menjadi
satu kemahiran pelaburan yang utama. Pelbagai jenis corak carta yang tampil di
pasaran, pelabur selalu menghadapi kesulitan dalam analisi corak carta. Sebenarnya,
corak carta yang berlainan boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan corak yang asas
sahaja.

1. Corak pembalikan – ciri corak yang wujud ketika proses pembalikan sedang berlaku
dalam suatu tren.
2. Corak pembetulan – proses pembetulan sebelum pergerakan yang seterusnya.

1. Head and Shoulders


2. Double Top/Bottom
3. Cup and Handles
4. Box
5. Triangle
 Head and Shoulders
Pengenalan
Corak carta Head and Shoulders merupakan corak pembalikan yang terkenal. Corak ini
boleh dibahagikan kepada:
 Head and Shoulders Top
 Head and Shoulders Bottom
Head and Shoulders terdiri daripada left shoulder, head, dan right shoulder serta satu
paksi yang dilukis sebagai neckline.

Head and Shoulders Top


Ciri-ciri yang unik dalam head and shoulders top ialah:
 Volume berkurang secara beransur-ansur dari left shoulder ke right shoulder.
 Paksi yang menyambungkan dua lembah (right and left shoulder) dinamakan
sebagai neckline, tahap sokongan yang ketara.
Pembentukan head and shoulders top selalunya bermulakan dengan harga bergerak ke
atas secara beransur-ansur, tetapi ia terkena tekanan dari atas dan tidak berupaya
mengatasi tekanan tersebut. Tekanan penjualan jauh lebih kuat daripada tekanan
pembelian dan volume juga berkurang secara beransur-ansur.
Keadaan ini menunjukkan sebahagian pelabur telah mula bimbang dengan tekanan
penjualan saham tersebut. Isyarat kejatuhan menjadi lebih ketara apabila saham telah
jatuh ke bawah neckline dan tidak berupaya melantun ke atasnya.
Head and shoulders Bottom
Pembentukan ini mempunyai ciri-ciri yang terbalik daripada head and shoulders top.
Corak head and shoulders bottom selalu membawa isyarat kenaikan. Semasa
pembentukan ini, ciri-cirinya ialah:
 Pergerakan harga selaras dengan volume: harga naik, volume naik; harga turun,
volume turun.
 Garisan yang menyambungkan dua puncak (right dan left shoulder) dinamakan
sebagai neckline, tahap rintangan yang ketara.
Apabila harga berjaya memecahkan neckline dengan volume yang tinggi dan tidak jatuh
ke bawah neckline lagi, maka isyarat kenaikan yang tercetus adalah kuat.
 Double Top/Bottom
Pengenalan
Double top dan double bottom juga merupakan corak pembalikan yang selalu wujud.
Pelabur perlu memberi perhatian kepada pembentukan jenis corak ini supaya
boleh mengambil tindakan pelaburan yang sesuai.

Double top
Ciri-ciri yang unik dalam double top ialah:

 Bentuknya sebagai perkataan “M” yang mempunyai dua puncak.


 Satu garisan lurus yang dilukiskan untuk menyambung dua lembah dinamakan
sebagai neckline, tahap sokongan yang ketara.
 Volume di puncak kiri sentiasa lebih tinggi daripada puncak kanan.
Double top ialah corak yang membawa isyarat pembalikan dalam trend naik. Dua
puncak yang agak sama tinggi menunjukkan harga tidak dapat memecahkan tahap
rintangan yang wujud di paras puncak tersebut.
Kekuatan isyarat kejatuhan dalam double top bergantung kepada:

 Ketinggian puncak kanan; puncak kanan lebih rendah daripada puncak kiri,
menunjukkan isyarat kejatuhan yang lebih ketara.
 Jarak di antara dua puncak; jarak di antara dua puncak semakin jauh, isyarat
kejatuhan semakin kuat.
 Jatuh ke bawah neckline; isyarat kejatuhan sudah boleh dipastikan jika harga jatuh
ke bawah garisan ini dan tidak berupaya melantun ke atasnya.
Double bottom
Ciri-ciri yang unik dalam double bottom ialah:

 Corak yang berbentuk “W”


 Pergerakan harga selaras dengan volume: harga naik, volume naik; harga turun,
volume turun.
 Paksi lurus yang menyambungan 2 puncak dinamakan sebagai neckline, tahap
rintangan yang ketara.
Double bottom ialah corak yang membawa isyarat kenaikan dalam trend turun. Dalam
trend turun, dua lembah yang terbentuk menunjukkan harga telah menemui satu tahap
sokongan yang kuat dan tidak jatuh ke bawahnya.

Kekuatan isyarat kenaikan dalam double bottom bergantung kepada:

 Ketinggian lembah kanan; lembah kanan lebih tinggi daripada lembah kiri
menunjukkan isyarat kenaikan yang lebih kuat.
 Melantun ke atas neckline; neckline adalah tahap rintangan yang kuat,
isyarat kenaikan sudah boleh dipastikan jika harga melantun ke atas garisan ini.
 Cup and Handles
Pengenalan
Cup and handle mempunyai corak yang bentuknya sama dengan cawan. Terdapat 2
jenis Cup and Handle:
 Cup and Handle
 Inverted Cup and Handle

Cup and Handle


Pembentukan ini berciri berikut:

 pergerakan harga selaras dengan volume.


 Neckline yang terbentuk merupakan tahap rintangan yang kuat.
 harga memecah neckline dan bergerak ke atasnya, maka pergerakan bullish akan
melanjut.
Inverted Cup and Handle
Inverted cup and handle mempunyai corak yang bentuknya terbalik dengan cup and
handle. Dalam pembentukan ini,
 Pergerakan harga selalunya tidak selaras dengan volume.
 Neckline yang terbentuk merupakan tahap sokongan yang kuat.
 Isyarat bearish tercetus sekiranya harga jatuh ke bawah neckline
.
 Box
Box adalah corak pembetulan yang harga aset bergerak dalam satu jarak harga yang
tetap. Box terdiri daripada kotak atas (tahap rintangan) dan kotak bawah (tahap
sokongan) yang mengehadkan pergerakan harga. Semasa harga bergerak dalam box,
arah tujunya selalu tidak jelas.
Arah pergerakan saham hanya akan menjadi jelas apabila ia berjaya memecahkan kotak
atas atau kotak bawah dengan volume yang tinggi. Oleh itu, pelabur hendaklah
menunggu dan memberi perhatian kepada pergerakan yang berjaya memecahkan tahap
atas atau bawah.
Harga memecahkan tahap kotak atas
Harga memecahkan tahap kotak bawah
 Triangle
Pengenalan
Triangles merupakan corak pembetulan yang berbentuk sama dengan segi tiga.
Ciri-cirinya ialah:

 Jarak pergerakan harga smakin lama semakin sempit.


 Upper trendline menyambung semua titik puncak.
 Lower trendline menyambung semua titik lembah.
 Trendlines menumpu ke titik yang sama, lower trendlines akan bertemu
dengan upper trendline pada satu titik.
 Volume juga akan semakin berkurang untuk bereaksi dengan pergerakan harga yang
semakin tidak aktik (bergerak dalam ruang yang sempit).
Apabila harga bergerak dalam triangle, dua trendlines yang membentukkan segi tiga itu
memainkan peranan yang penting. Trendlines tersebut adalah tahap rintangan dan
sokongan yang penting.
Harga bergerak ke atas dan memecahkan upper trendline dengan volume yang
tinggi, bullish.
Harga bergerak ke bawa dan memecahkan bottom trendline dengan volume yang
tinggi, bearish.
5. Teknikal Indikator
Penunjuk teknikal yang popular dalam perdagangan saham. Semua teknikal indikator
yang tersenarai terkandung dalam software yang saya cadangkan, ChartNexus.
1. Simple Moving Average
2. Moving Average Convergence Divergence
3. Relative Strength Index
4. Stochastic
5. Bollinger Bands
 Simple Moving Average
Simple moving average (SMA) ialah satu alat teknikal yang terkenal dengan
penggunaannya yang mudah dan nilai kerujukan yang tinggi. Gangguan dan turun naik
yang wujud dalam pergerakan harga harian boleh disingkirkan dan dineutralkan dengan
aplikasi SMA.

Formula SMA
Formula Matematik SMA:

Contoh Penghitungan SMA 10 hari:

Dalam setiap penghitungan SMA, jumlah harga 10 hari dibahagikan dengan 10 untuk
mendapatkan harga purata. Untuk setiap hari yang berikutnya, data pertama dalam
pengiraan sebelumnya akan dikeluarkan dan digantikan dengan data harian terbaru.
Fleksibiliti SMA
SMA ialah satu penunjuk yang fleksibel kerana parameter “tempoh masa” boleh
disesuaikan mengikuti kegemaran dan keperluan pelabur. Tempoh masa yang biasa
digunakan dalam aplikasi SMA ialah 15, 20, 30, 50, 100 dan 200 hari. Intraday trader
selalu menggunakan SMA dengan parameter 5, 10, 15 dan 60 minit dalam perdagangan
hariannya.

Walaupun fleksibiliti SMA tinggi, tetapi SMA boleh dibahagi kepada 3 jenis:

Secara amnya,

 Tempoh masa yang ditentukan semakin pendek, maka SMA tersebut semakin
sensitif kepada perubahan harga.
 Tempoh masa yang ditentukan semakin panjang, maka SMA tersebut semakin
kurang sensitif kepada perubahan harga.
Fungsi dan Aplikasi SMA
1. Fungsi utama SMA ialah mengenalpasti trend. Ia merupakan satu lagging indicator,
satu penunjuk yang hanya boleh memastikan trend yang telah ditubuhkan tetapi tidak
boleh meramalkan trend yang akan datang.

Trend naik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

 SMA (jangka pendek, serdehana, panjang) menuju ke atas


 Lembah yang terdiri semakin tinggi

Trend turun mempunyai ciri-ciri yang berikut:

 SMA (jangka pendek, serdehana, panjang) menuju ke bawah


 Puncak yang terdiri semakin rendah
2. Momentum pergerakan hargajuga boleh digambarkan dalam SMA. Momentum ialah
kekuatan pergerakkan dalam arah tertentu. Aplikasi ini menggunakan 3 SMA yang
berlainan untuk mengukur momentum pergerakan harga aset.
Contoh combinasi SMA dalam aplikasi ini ialah 10, 50 dan 100 hari. Arah pergerakan
SMA yang akan menggambarkan kekuatan momentum. Momentum yang kuat
bermaksud arah trend tidak mudah berubah dan tenaga yang besar telah wujud dalam
pergerakan tersebut.

 Arah tuju ketiga-tiga SMA sama: momentum kuat.


 Arah tuju ketiga-tiga SMA berbeza: momentum kurang.
3. Pencetus isyarat pembelian dan penjualan. Sepasang SMA akan digunakan dalam
aplikasi ini,isyarat tercetus apabila crossover berlaku di antara SMA jangka pendek
(sensitif) dengan SMA jangka panjang (kurang sensitif).
4. SMA sebagai tahap sokongan dan rintangan. Setiap saham mempunyai SMA yang
unik dan berfungsi sebagai rujukan tahap sokongan dan rintangan yang tepat.

SMA yang selalu berperanan sebagai tahap sokongan dan rintangan adalah:

 SMA 10 hari
 SMA 20 hari
 SMA 50 hari
 Moving Average Convergence
Divergence
Pada keakhiran tahun 1970-an, Gerald Appel telah berjaya mencipta suatu alat teknikal
yang bernama Moving Average Convergence Divergence (MACD) yang terkenal dengan
fungsinya dalam perdagangan pasaran saham dan komoditi.

MACD terdapat 4 elemen yang perlu diberi perhatian:

 Garisan MACD
 Garisan Signal
 Garisan Neutral
 Histogram

Penghitungan MACD
Formula matematik yang digunakan untuk pengiraan Garisan MACD:

1. Garisan MACD = (12 period Exponential Moving Average) – (26 period Exponential
Moving Average)
2. Garisan Signal adalah 9 period Exponential Moving Average untuk Garisan MACD.
3. Garisan yang bernilai O adalah garisan neutral.
4. Histogram merupakan hasil penolakan Garisan MACD dan Signal.

Parameter Piawai
Parameter piawai yang digunakan dalam penghitungan MACD adalam 12 EMA dan 26
EMA.

Garisan signal piawai yang digunakan adalah 9 EMA.

Walaupun pelabur boleh mengubahkan parameter ini mengikut strategik pelaburan,


tetapi pelabur digalakkan menggunakan parameter piawai sebelum membiasakan diri
dengan penggunaan penunjuk teknikal ini.
Aplikasi
1. Crossover di antara Garisan Signal dan MACD dijadikan sebagai isyarat pembelian
dan penjualan.
Apabila MACD cross garisan Signal dan jatuh ke bawahnya. Isyarat penjualan tercetus.
Apabila MACD cross garisan Signal dan naik ke atasnya. Isyarat pembelian tercetus.

Graf histogram merupakan penunjuk awal bagi isyarat crossover. Sebelum crossover
berlaku, histogram yang terbentuk akan semakin kecil. Perubahan histogram
membolehkan pelabur memberikan perhatian kepada crossover yang akan berlaku tidak
lama lagi.
2. Divergence yang berlaku apabila gerakan saham tidak selaras dengan MACD, MACD
memberikan isyarat teknikal bahawa tren semasa saham akan berakhir tidak lama lagi.

Bullish divergence – MACD membentuk lembah yang semakin tinggi sewaktu saham
membentuk lembah yang semakin rendah. MACD memberikan isyarat kenaikan.
Bearish Divergence – MACD membentuk puncak yang semakin rendah sewaktu saham
membentuk puncak yang semakin tinggi. MACD memberi isyarat kejatuhan.
3. Garisan neutral adalah tahap sokongan dan rintangan yang ketara bagi penunjuk
MACD.

Saham cenderung kepada melantun ketika MACD mendapat sokongan daripada garisan
neutral.
Saham cenderung kepada jatuh ketika MACD menghadapi rintangan pada garisan
neutral.
 Relative Strength Index
Relative Strength Index (RSI) merupakan salah satu penunjuk yang diciptakan oleh
J.Welles Wilder pada tahun 1970-an dan pertama kali diterbitkan dalam bukunya “New
Concept in Technical Trading Systems”. Penunjuk ini terkenal dengan penggunaannya
yang mudah serta nilai rujukan yang tinggi.

Penunjuk RSI direkakan untuk mengukur kekuatan relatif pasaran berdasarkan


perbandingan antara kenaikan dan penurunan yang ditampilkan dalam bentuk indeks
yang bergerak daripada skala 0 sehingga 100.

Formula:

N = purata kenaikan harga selama n hari

T = purata penurunan harga selama n hari

Zon Indeks
Nilai RSI berskala dari 0 – 100. Zon yang berlainan membawa mesej yang berbeza.

80 ke atas - Zon jenuh beli (overbought)


51 ke atas - Tekanan pembelian yang tinggi
Paras 50 - Neutral. Tekanan pembelian seimbang dengan tekanan penjualan
49 ke bawah – Tekanan penjualan yang tinggi
20 ke bawah – Zone jenuh jual (oversold)

Fleksibiliti
RSI menggambarkan tekanan pembelian atau penjualan yang wujud dalam satu tempoh
masa, n. Parameter, n dalam formula RSI boleh disesuaikan mengikuti keperluan dan
strategik pelabur.

 Parameter masa piawai ialah 14


 Parameter masa semakin pendek, RSI menjadi sensitif dan menghasilkan banyak
isyarat
 Parameter masa semakin panjang, RSI menjadi kurang sensitif dan kurang
menghasilkan isyarat
Zon Overbought dan Oversold juga boleh disesuaikan mengikut strategik pelabur.
Misalnya, pasangan level (20,80) dan level (30,70) selalu ditentukan sebagai zon
oversold dan overbought.
Aplikasi RSI
1. Isyarat Overbought dan Oversold
Aplikasi ini adalah berdasarkan prinsip bias dalam pergerakan saham.

 saham akan mengalami pembetulan jika naik terlalu banyak (overbought)


 saham akan melantun jika jatuh terlalu banyak (oversold)
Pelabur bukan sahaja memerhati isyarat yang dihasilkan daripada RSI tetapi juga perlu
memerhati gerakan harga. Pelabur hanya boleh mengambil tindakan sekiranya gerakan
harga selaras dengan isyarat RSI yang tercetus.

 RSI jatuh ke zon oversold, gerakan harga perlu menunjukkan kejatuhannya telah
berhenti dan mula naik dengan perlahan.
 RSI naik ke zon overbought, gerakan harga perlu menunjukkan kenaikannya telah
menjadi lemah dan mula turun dengan perlahan.
2. Harga bergerak dalam BOX
Fungsi utama penunjuk RSI adalah untuk mengesan tahap sokongan dan rintangan
saham. Apabila saham bergerak dalam corak kotak, tahap sokongan(kotak bawah) dan
rintangan(kotak atas) amat ketara.

Biasanya, tahap rintangan akan wujud di kotak atas apabila RSI berada dalam zon
overbought. Apabila harga menemui sokongan dari kotak bawah, indeks RSI akan
berada dalam zon Oversold.
3. Divergence
Divergence adalah situasi yang berlaku apabila gerakan indeks RSI berbeza dengan
gerakan harga.

Divergence positif – harga membentuk lembah yang semakin rendah; RSI tidak
mengikut pergerakan harga tetapi mengarah ke atas. Isyarat pembelian tercetus.
Divergence negatif – harga membentuk puncak yang semakin tinggi; RSI tidak
mengikut pergerakan harga tetapi mengarah ke bawah. Isyarat penjualan tercetus.

Carta di bawah menunjukkan Divergence Positif. RSI sepatutnya membentuk indeks


yang berparas sama (lembah harga berhenti pada paras yang sama), tetapi RSI berbeza
daripada gerakan harga dan membentuk lembah yang semakin tinggi. RSI telah
memberi isyarat bahawa harga akan naik.
Carta di bawah menunjukkan Divergence Negatif. RSI sepatutnya membentuk puncak
yang semakin tinggi sewaktu puncak harga yang terbentuk semakin tinggi, tetapi RSI
berbeza daripada gerakan harga dan membentuk puncak RSI yang semakin rendah. RSI
telah memberi isyarat bahawa harga akan turun.
4. Failure Swing
Failure swings merupakan aplikasi RSI yang unik. Aplikasi ini bebas daripada gerakan
harga tetapi hanya fokus dalam gerakan RSI.

Failure swings Bottom – RSI jatuh ke bawah 30, lantun ke atas, jatuh lagi tetapi
berjaya berdiri di atas 30, seterusnya ia mula bergerak ke atas tanpa kembali balik.

Failure swings Top – RSI naik ke atas 70, jatuh ke bawah, naik lagi tetapi gagal
menyeberang 70, seterusnya ia mula jatuh ke bawah tanpa lantun balik.
 Stochastic
Stochastic adalah salah satu teknikal indikator yang popular dalam perdagangan saham.
Alat teknikal ini diciptakan oleh George C.Lane pada keakhiran tahun 1950-an.

Teori penciptaan stochastic adalah berdasarkan kedudukan harga tertutup pada julat
puncak-lembah yang lepas. Pencipta tersebut yakin bahawa saham akan mengalami
pembetulan jika kedudukan relatif adalah tinggi; kedudukan relatif yang rendah
akan menyebabkan lantunan berlaku.

Selain itu, prinsip momentum juga diutamakan dalam penggunaan stochastic.


Momemtum sentiasa berubah sebelum arah gerakan saham berubah.

Formula dan penggunaan Stochastic agak sama dengan Relative Strength Index (RSI).
Oleh itu, kombinasi 2 penunjuk teknikal ini selalu digunakan untuk menghasilkan
keputusan yang lebih baik.

Formula Stochastic
%K = (Harga Tutup – Lembah)/(Puncak – Lembah) * 100
%D = Simple Moving Average 3 hari untuk %K

Lembah = Harga terendah yang terbentuk pada suatu tempoh masa


Puncak = Harga tertinggi yang terbentuk pada suatu tempoh masa

Parameter masa yang piawai adalah 14.

Stochastic bergerak dalam skala 0 hingga 100.


Aplikasi
1. Isyarat Overbought dan Oversold.

Overbought = Stochastic berdiri di atas paras 80.


Oversold = Stochastic berdiri di bawah paras 20.

Pasangan overbought dan oversold yang piawai adalah (80 , 20). Terdapat pelabur yang
menggunakan pasangan nilai (70 , 30) sebagai pencetus isyarat.
2. Divergence yang berlaku ketika gerakan saham tidak selaras dengan penunjuk
Stochastic. Stochastic memberikan isyarat teknikal bahawa tren semasa saham akan
berakhir tidak lama lagi. Momemtum stochastic sentiasa bergerak di depan gerakan
saham.

Bullish divergence – Stochastic membentuk lembah yang semakin tinggi sewaktu saham
membentuk lembah yang semakin rendah. Isyarat kenaikan dipastikan apabila
Stochastic naik ke atas paras 50.
Bearish Divergence – Stochastic membentuk puncak yang semakin rendah sewaktu
saham membentuk puncak yang semakin tinggi. Isyarat kejatuhan dipastikan apabila
Stochastic jatuh ke bawah paras 50.
 Bollinger Bands
Harga saham sekarang berada pada paras tinggi atau rendah?

Salah satu kesusahan yang dihadapi oleh pelabur adalah ketidaktahuan tentang paras
saham…Beli pada pucuk…Jual pada lembah…

Sekarang saya akan memperkenalkan satu penunjuk teknikal kepada anda.

Bollinger Bands

Saya yakin Bollinger Bands dapat bantu anda menjawab pertanyaan dalam
penentuan strategik supaya keuntungan anda ditingkatkan.

Bollinger Bands adalah teknikal indikator yang diciptakan oleh John Bollinger pada
tahun 1980-an.
Teknikal indikator ini terdiri daripada 3 garisan yang dinamakan:

 Upper band
 Middle band
 Lower band
Bollinger bands berfungsi sebagai terowong saham, arah gerakan saham sentiasa selaras
dengan middle band. Kajian statistik menunjukkan 90% gerakan saham terbentuk
dalam terowong ini.

Secara amnya, saham naik dekat upper band, kedudukan relatif saham adalah tinggi;
sebaliknya, kedudukan relatif saham adalah rendah jika saham jatuh dekat lower band.

Pencipta Bollinger Bands menekan bahawa Bollinger Bands tidak memberi isyarat
pembelian/penjualan, penunjuk teknikal ini hanya memberitahu kedudukan relatif
saham (sama ada kedudukan saham tinggi atau rendah). Dalam tren naik yang ketara,
saham selalu bergerak dekat upper band. Sama juga dalam tren turun, saham selalu
dekat lower band.
Kadang-kala, pengguna salah faham konsep Bollinger Bands, tersilap guna Bollinger
Bands sahaja untuk beli dan jual saham. Di sini, saya tekan lagi aplikasi Bollinger Bands
adalah untuk menguji kedudukan relatif saham tetapi bukan memberi isyarat beli/jual.

Gambar rajah di bawah boleh meningkatkan kefahaman anda terhadap fungsi Bollinger
Bands:

 Sebagai terowong saham


 90% gerakan saham berlaku dalam terowong
 Tidak memberi isyarat beli/jual
 Kenalpasti kedudukan relatif saham

Selain itu, Bollinger Bands perlu digunakan bersama teknikal indikator yang lain untuk
memberikan isyarat beli/jual. Kajian John Bollinger menunjukkan ketepatan isyarat
beli/jual boleh ditingkatkan dalam kombinasi Bollinger Bands dengan teknikal indikator
lain.
Penunjuk teknikal yang selalu dipasangkan dengan Bollinger Bands adalah

 Relative Strength Index (RSI)


 Stochastic
 Moving Average Convergence Divergence (MACD)
Kesimpulannya, banyak Top Trader di dunia ini menggunakan Bollinger Bands
sebagai asas sistem perdagangan saham. Teknikal indikator yang lain hanya berfungsi
sebagai rujukan beli/jual dalam sistem perdagangan.

Dalam tren naik, Trader selalu abaikan isyarat overbought kerana momentum saham
yang kuat akan meneruskan kenaikannya, manakala, nilai rujukan isyarat oversold yang
dijanakan adalah lebih tinggi.

Sebaliknya, dalam tren turun, isyarat oversold selalu diabaikan; ketepatan isyarat
overbought adalah lebih tinggi.
Fundamental
Saham adalah sebuah cermin yang menggambarkan prestasi perniagaan syarikat. Status
kewangan, kualiti pengurusan dan jenis perniagaan syarikat merupakan faktor
penting dalam pelaburan saham.
1. Laporan Tahunan (Annual Report)
2. Penyata Pendapatan (Income Statement)
3. Penyata Kedudukan Kewangan (Balance Sheet)
4. Penyata Perubahan Ekuiti (Statement of Change in Equity)
5. Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement)
6. Nisbah Kewangan
7. Industri
1. Laporan Tahunan
Pengenalan
Syarikat yang tersenarai (Listed companies) perlu menerbitkan
1. Laporan sukuan (Quarterly report)
2. Laporan tahunan (Annual report)
Format laporan tahunan ditentukan oleh bursa saham supaya informasi yang
terkandung adalah berkualiti supaya menjaminkan kepentingan pelbagai pihak.

Sebelum melanjut ke bawah, baca Kisah Laporan Kewangan dulu.

Kisah Laporan Kewangan


Analisa fundamental dalam pelaburan saham selalu menjadi topik yang susah
bagi pelabur baru. Laporan kewangan bukan sahaja bermuka surat tebal, ia juga
terkandung banyak fasa kewangan yang rumit. Semua ini telah menyebabkan pelabur
hilang minat terhadap analisa fundamental.
Sebenarnya, status dan perkara kewangan syarikat adalah semudah seperti perkara
kewangan individu.

Cerita di bawah akan membantu anda membina idea umum tentang laporan kewangan.
Perkataan berwarna MERAH adalah frasa kewangan yang biasa guna dalam laporan
kewangan.

Pertama sekali, anda bayangkan diri sendiri sebagai sebuah syarikat.

Sekarang anda mempunyai sebuah rumah dan kereta.


Kedua-dua benda ini adalah ASSET.
Nilai kereta akan bersusut setiap tahun.
Susutan nilai aset adalah DEPRECIATION.
Walau bagaimanapun, anda tidak beli rumah dan kereta dengan wang tunai.
Anda minta pinjaman daripada bank.
Pinjaman ini adalah LIABILITY.
Sebelum anda berkerja untuk mencari rezeki,
Anda perlukan wang untuk kos kehidupan harian,
Jadi, anda perlu mencari orang yang boleh memberi bantuan kepada anda.
Ibu bapa memberi bantuan kewangan kepada anda.
Peranan ibu bapa sama seperti shareholders.
Wang yang diberikan oleh ibu bapa adalah SHARE CAPITAL yang direkod
dalam EQUITY.

ASSET, LIABILITY & EQUITY tercatat dalam BALANCE SHEET.

Sekarang anda mula berkerja.


Gaji yang anda dapat adalah REVENUE.
Setiap hari anda perlu membelanjakan wang dalam kehidupan harian.
Semua pembelanjaan ini adalah EXPENSE.
Kadang-kala anda terlupa bawa wang semasa bergaul di luar.
Jadi, anda berhutang dengan bos dan janji akan bayar pada masa depan.
Hutang ini adalah PAYABLE.
Anda bergaul dengan kawan,
Anda bantu kawan bayar dulu kerana mereka tidak mempunyai wang yang cukup,
Pinjaman ini adalah RECEIVABLE.
Sekiranya sebahagian kawan anda tidak pulangkan hutang tersebut,
Maka, sebahagian hutang ini adalah BAD DEBT WRITTEN OFF.
Sekiranya, anda sudah faham perangai kawan yang tidak akan pulang balik,
Maka, perkara ini adalah PROVISION FOR BAD DEBT.
Gaji yang anda tinggal selepas pembelanjaan di atas adalah PROFIT.
Semua perkara di atas akan tercatat dalam INCOME STATEMENT.

Akhirnya, anda mempunyai sebahagian wang tunai selepas pembelanjaan.

Anda ingin memberi ganjaran kepada ibu bapa,


Jadi, anda memberi elaun kepada ibu bapa.
Elaun ini adalah DIVIDEND.
Selepas berkerja beberapa tahun,
Anda sudah berkumpul sebahagian wang,
Wang yang terkumpul adalah RETAINED EARNING.
Anda ingin beli sebuah rumah baru untuk ibu bapa anda,
Hadiah ini adalah BONUS ISSUE.
Semua perkara di atas akan tercatat dalam CHANGE OF EQUITY STATEMENT.
Setiap hari, anda membelanja wang.

Pada akhir tahun, anda tidak jelas tentang pembelanjaan sebahagian wang,
Anda membuat keputusan untuk mengetahui apa yang telah belanja sepanjang tahun,
Oleh itu, anda pergi semak setiap wang yang didapatkan dan yang digunakan.
Semua transaksi wang tunai tercatat dalam CASH FLOW STATEMENT.

Perkara Penting Laporan Tahunan


Dalam laporan tahunan, perkara-perkara yang penting adalah seperti berikut:

1. Profil Pengarah (Director’s Profile)


 Pengenalan kepada pengarah syarikat. Umur, latar belakang, pengalaman pengarah
dan bilangan saham yang dipegang akan tercatat di sini.
2. 5 tahun Keputusan Kewangan Kumpulan (5 years’ Group Financial Highlight)
 Keputusan perniagaan dan status kewangan syarikat bagi 5 tahun yang lalu.
3. Perniagaan Kumpulan (The Group’s Businesses)
 Jenis perniagaan yang dijalankan.
4. Penyata Pengerusi (Chairman’s Statement)
 Mesej pengerusi syarikat yang disampaikan kepada pemegang saham.
5. Penyata Kewangan (Financial Statement)
 Penyata Pendapatan (Income Statement)
– Penyata yang menerangkan keuntungan atau kerugian perniagaan syarikat.

 Penyata Posisi/ Kedudukan Kewangan (Balance Sheet)


– Penyata yang menerangkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti yang dipunyai oleh
syarikat.

 Penyata Perubahan Ekuiti (Statement of Change in Equity)


– Penyata yang terkandung butir-butir perubahan dalam ekuiti sepanjang tahun.

 Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement)


– Penyata ini membentangkan pengaliran tunai syarikat.

 Nota berkenaan Penyata Kewangan (Notes to the Financial Statements)


– Penjelasan lanjutan kepada 3 penyata kewangan tersebut.

6. Senarai Hartanah Kumpulan (List of Group Properties)


 Senarai tanah, bangunan, hartanah yang dipunyai oleh syarikat.
7. Analisa Pemegang Saham (Analysis of Shareholding)
 Senarai nama 30 pemegang saham syarikat terbesar.
Anda boleh melayari dan muat turun laporan tahunan syarikat Malaysia yang tersenarai
di laman web www.bursamalaysia.com.
2. Penyata Pendapatan (Income
Statement)
Penyata pendapatan menunjukkan perniagaan syarikat membawa keuntungan atau
kerugian pada akhir tahun kewangan.

Formula yang digunakan ialah:


Pendapatan – Kos = Keuntungan bersih
Revenue – Cost = Net profit
Perkara-perkara yang terkandung dalam penyata pendapatan:
3. Penyata Kedudukan
Kewangan (Balance Sheet)
Penyata ini ialah satu ringkasan yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemegang
saham dalam sebuah syarikat.

ASET: Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat


LIABILITI: Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar
EKUITI: Jumlah modal yang dilaburkan oleh pemegang saham dan untung yang
diperolehi daripada aktiviti perniagaan
Formula yang digunakan ialah:

Aset = Liabiliti + Ekuiti


Assets = Liability + Equity
* Syarikat menggunakan wang pelabur, pinjaman dan keuntungan perniagaan untuk
membeli harta supaya perniagaan dapat dijalankan. *
Aset
Aset boleh dibahagikan kepada

1. Aset tetap (non-current assets): aset yang tidak mudah ditukarkan menjadi tunai
dalam masa yang singkat (lebih daripada 1 tahun).
2. Aset semasa (current assets): aset yang mudah ditukarkan menjadi tunai dalam
masa yang singkat (kurang daripada 1 tahun).
Aset tetap terkandung perkara yang berikut:

Aset semasa terkandung perkara yang berikut:


Liabiliti
Liabiliti boleh dibahagikan kepada

1. Liabiliti tetap (non-current liabilities): hutang yang tempoh pembiayaannya panjang


(lebih daripada 1 tahun).
2. Liabiliti semasa (current liabilities): hutang yang tempoh pembiayaannya pendek
(kurang daripada 1 tahun).
Liabiliti tetap terkandung perkara yang berikut:

Liabiliti semasa terkandung perkara yang berikut:


Ekuiti
Susun semula formula di atas:

Ekuiti = Aset – Liabiliti


Equity = Assets – Liability
Ekuiti ialah jumlah nilai sebenar yang dipunyai oleh pemegang saham selepas
membayar semua liabiliti syarikat.

Ekuiti terdapat perkara berikut:


4.Penyata Perubahan Ekuiti
(Statement of Change in Equity)
Ekuiti Syarikat
Penyata ini menunjukkan ekuiti yang dipunyai oleh pemegang saham syarikat. Dalam
penyata ini, kita boleh memahami bagaimana syarikat menguruskan keuntungan yang
dijanakan dan wang yang dikumpulkan.

Terdapat 6 aktiviti yang boleh mempengaruh jumlah ekuiti yang dipunyai oleh
pemegang saham, iaitu:

1. Pengisuan saham baru

 Syarikat mengisukan saham baru kepada pelabur individu, institusi, dan masyarakat
untuk mengumpul wang kegunaan syarikat.
2. Keuntungan / kerugian perniagaan syarikat

 Keuntungan / kerugian perniagaan akan mengubahkan jumlah ekuiti.


3. Penilaian semula dalam aset syarikat

 Penilaian semula yang menunjukkan nilai sebenar aset. Penilaian aset yang
dilakukan pada masa awal tidak menggambarkan nilai aset yang sebenar.
Contohnya, nilai tanah yang dinilaikan pada 10 tahun lepas telah banyak meningkat
pada masa ini.
4. Pengagihan dividen

 Dividen yang diagihkan kepada pelabur akan menggunakan wang dalam akaun
ekuiti.
5. Perubahan dalam dasar perakaunan

6. Pembetulan dalam kesilapan ekuiti yang sebelumnya


Contoh Perubahan Ekuiti

Penerangan:
Pada 1 January 2011
Tidak berubah dalam dasar perakaunan dan tiada pembetulan ke atas ekuiti yang
sebelum.

Jumlah ekuiti ialah USD 130,000.

Pada 31 December 2011


Ekuiti telah bertambah atas sebab:
i. Keuntungan bersih syarikat yang sebanyak USD 25,000.

ii. Penilaian semula aset. Jumlah nilai aset bertambah sebanyak USD 10,000.
Ekuiti telah ditolak atas sebab:
i. Pengagihan dividen sebanyak USD 15,000 kepada pemegang saham.

Jumlah ekuiti ialah USD 150,000.

Pada 31 December 2012


Ekuiti telah bertambah atas sebab:
i. Keuntungan bersih syarikat yang sebanyak USD 30,000.

ii. Penilaian semula aset. Jumlah nilai aset bertambah sebanyak USD 5,000.

Ekuiti telah ditolak atas sebab:


i. Pengagihan dividen sebanyak USD 20,000 kepada pemegang saham.

Jumlah ekuiti ialah USD 165,000.


5. Penyata Aliran Tunai (Cash
Flow Statement)
Penyata ini menunjukkan operasi syarikat dalam penggunaan dan penerimaan tunai
sepanjang tahun kewangan. Pelabur boleh memahami aliran tunai syarikat kerana setiap
rekod dalam penyata ini melibatkan transaksi tunai.

Penyata aliran tunai dibahagikan kepada 3 bahagian:

1. Aliran tunai dalam aktiviti-aktiviti operasi (Cash flow from operating activities)
2. Aliran tunai dalam aktiviti-aktiviti pelaburan (Cash flow from investing activities)
3. Aliran tunai dalam aktiviti-aktiviti kewangan (Cash flow from financial activities)

Analisis aliran tunai boleh dimudahkan menjadi 3 langkah berikut :

 Memerhati kepada Penambahan/(Penurunan) bersih dalam tunai dan setara


tunai (Net increase in cash and cash equivalents)
 Memerhati tunai bersih daripada setiap bahagian
 Analisis bahagian yang menyumbang negatif kepada aliran tunai
6. Nisbah Kewangan
Nisbah kewangan adalah instrumen kawalan kewangan yang digunakan untuk
mengawal dan menilai prestasi sesebuah syarikat. Penilaian syarikat yang berasalkan
informasi dalam penyata kewangan sukar untuk memberi satu gambaran yang seluruh
kepada pelabur kerana terlalu banyak nombor yang terkandung dalamnya. Oleh itu,
penggunaan nisbah kewangan boleh memudahkan analisis kewangan syarikat dan
memberi penilaian yang lebih tepat.

Anda akan memahami perbezaan antara penilaian data mentah dengan penilaian nisbah
kewangan selepas membaca contoh di bawah.

Jenis Nisbah Kewangan


Pengetahuan nisbah kewangan adalah satu kemestian bagi setiap pelabur untuk
menganalisis prestasi syarikat yang berbeza dalam modal, operasi, latar belakang,
perniagaan dan aspek lain-lain.

Nisbah kewangan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang menilaikan status
syarikat daripada aspek yang berlainan.

1. Nisbah sesaham menampilkan kepentingan syarikat yang dinikmati oleh satu unit
saham sahaja.

 Perolehan sesaham (Earning Per Share)


 Aset ketara bersih sesaham (NTA Per Share)
2. Nisbah pasaran boleh menggambarkan tanggapan pasaran terhadap nilai syarikat
semasa.
 Nisbah harga perolehan (Price to Earning Ratio)
 Hasil dividen (Dividend Yield)
3. Nisbah pertumbuhan digunakan untuk menilai perkembangan perniagaan syarikat
dalam tempoh perakaunan yang tertentu.

 Pertumbuhan pendapatan (Revenue Growth)


 Pertumbuhan keuntungan (Profit Growth)
4. Tujuan nisbah keuntungan adalah untuk mengukur keupayaan syarikat dalam
penghasilan keuntungan.

 Margin untung kasar (Gross Profit Margin)


 Margin untung bersih (Net Profit Margin)
 Pulangan atas ekuiti (Return on Equity)
 Pulangan atas aset (Return on Assets)
5. Tujuan nisbah kecairan adalah untuk mengkaji kemampuan syarikat dalam
pembiayaan liabiliti semasa.

 Nisbah semasa (Current Ratio)


 Nisbah cepat (Quick Ratio)
 Nisbah tunai (Cash Ratio)
6. Nisbah leverage digunakan untuk mengukur kemampuan syarikat untuk membayar
liabiliti tetap.

 Nisbah hutang (Debt Ratio)


 Nisbah Liabiliti Tetap ke Ekuiti (Long Term Debt to Equity Ratio)
 Nisbah Liabiliti Tetap ke Aset (Long Term Debt to Assets Ratio)
7. Tujuan nisbah aktiviti adalah untuk mengukur kecekapan syarikat dalam pengurusan
asetnya.

 Tempoh kutipan purata (Debtor Days)


 Tempoh bayaran purata (Creditor Days)
 Pusing ganti inventori (Inventory Turnover)
 Pusing ganti aset (Aset Turnover)
Penerangan lanjutan tentang formula & penggunaan nisbah kewangan.
Jadual Nisbah Kewangan
Pengukur Prestasi Syarikat
Nisbah kewangan adalah pengukur prestasi syarikat yang efektif. Nisbah kewangan
harus berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang sama untuk mendapat
penilaian yang lebih tepat.

Carta di bawah menunjukkan nisbah-nisbah kewangan yang penting dalam analisa


fundamental.
7. Industri
Pasaran saham selalu bergerak secara putaran sektor. Dalam perkataan mudah, saham
bergerak dalam kumpulan. Saham yang bertema dan industri sama akan bergerak pada
masa yang sama. Apabila suatu sektor telah mula bergerak, saham yang terkemuka
dalam sektor tersebut akan mula naik dulu, saham lain akan menyertai tren kenaikan ini
secara lambat-laun.

Demi memudahkan analisis, senarai di bawah ini mengolongkan kaunter KLSE


mengikut industri dan tema masing-masing.

Klik sini rujuk kepada List of Sub-sector and Counters


1. Agrochem / oreochem
2. Airline & airport
3. Aluminium
4. Apparel
5. Finance & credit service
6. Automobile
7. Bank
8. Biotechnology
9. Breweries
10. Building Material
11. Cables
12. Cement
13. Construction
14. Data peripherals & media
15. Education
16. Electrical & electronic appliance
17. Electrical & electronic parts
18. Electricity generation & distributor
19. Feed mills
20. Fire & rescue service
21. Flour & sugar
22. Food & beverage
23. Food chain
24. Fund management
25. Furniture
26. Gaming
27. Hospitality
28. Heavy equipment
29. Hotels
30. Cosmetic
31. House wares
32. Industrial Chemical
33. Industrial Automation
34. Infrastructure
35. Insurance
36. Internet portal
37. Investment
38. Iron & steel
39. Jewellery & luxury goods
40. Leisure & recreation
41. Logistic & freight
42. Recycle
43. Advertising & publishing
44. Oil & gas
45. Packaging
46. Paint & coating
47. Stationery & printing
48. Pharmaceutical
49. Plastic
50. Port
51. Postal
52. Poultry farming
53. Precision engineering
54. Property
55. Public transportation
56. Retail store
57. Rubber products
58. Security
59. Semiconductor
60. Shipping
61. Software solution
62. Stockbroking
63. Telecommunication
64. Telecom & network
65. Textile
66. Tiles & ceramic
67. Timber
68. Tin smelting & plating
69. Tobacco
70. Toll
71. Trading & distribution
72. Water
Aktiviti Syarikat
1. Entitlements
Entitlement merupakan aktiviti kelayakan yang dilancarkan oleh pihak syarikat. Setiap
kelayakan mempunyai EX-date (expiry date). Entitlement boleh dibahagikan kepada 5
jenis:

 Dividen
 Bonus issue
 Right issue
 Share Split
 Share Consolidation
Dividen – Dividen merupakan sebahagian keuntungan syarikat yang diagihkan kepada
pemegang saham. Tahukah anda? Terdapat syarikat yang mengagih dividen lebih tinggi
daripada 5%.
Bonus Issue – tawaran saham tambahan yang percuma kepada pemegang saham sedia
ada mengikut nisbah tertentu.
Right Issue – Syarikat ingin mengumpulkan wang melalui pengisuan saham baru
kepada pemegang saham yang sedia ada. Harga right issue biasanya terdapat diskaun
kepada harga pasaran semasa.
Share Split – Memecah satu unit saham kepada satu jumlah saham mengikut nisbah
tertentu. Par value seunit saham menjadi lebih rendah.
Share Consolidation – Gabungkan beberapa unit saham yang Par value rendah
menjadi satu unit saham yang Par value lebih tinggi.
Selain aktiviti dividen, keempat-empat aktiviti syarikat yang lain adalah berdasarkan
formula di bawah.

Share Capital = Total number of share x Par value


2. Share BuyBack
Sebahagian syarikat menjalankan aktiviti Share BuyBack untuk beli balik saham mereka.
Mengapakah syarikat mahu keluar duit untuk beli balik sahamnya? Apakah maksud
yang tersirat di belakang tindakan syarikat ini ?

Antara sebab yang mendorong syarikat beli balik sahamnya ialah:

 Perniagaan akan mencapai prestasi yang baik.


 Harga saham jauh rendah daripada nilai sebenarnya.
 Meningkatkan kepentingan pelabur yang sedia ada.
 Stabil pergerakan harga saham.
 Beruntung melalui jual saham yang beli balik pada masa depan dengan harga yang
lebih tinggi.
Pelabur boleh mengambil keputusan pelaburan dengan merujuk kepada aktiviti share
buyback.

http://www.thestar.com.my/Business/MarketWatch/
3. Change in Share Holding
Setiap syarikat terdapat pemegang saham yang utama, tindakan yang diambil oleh
pemegang saham utama terhadap kepunyaan saham boleh dijadikan rujukan pelabur.
Mereka asyik meningkatkan pegangannya telah menggambarkan keyakinan yang tinggi
terhadap syarikat. Sebaliknya, penurunan pegangan saham telah menunjukkan mereka
kurang yakin.

Informasi dalam perubahan pegangan saham (Change in Share Holding) boleh bantu
pelabur dalam pemilihan syarikat.

http://www.thestar.com.my/Business/MarketWatch/Sh
areholding-Changes/
Prinsip Keemasan
Pelaburan adalah gabungan seni dan sains.

Formula 100% untung tidak wujud di dunia ini.

Walaubagaimanapun, prinsip dan strategik yang betul telah wujud pada abad
lama. Setiap zaman pun terdapat guru pelaburan legenda yang muncul. Guru pelaburan
merumuskan prinsip pelaburan yang penting supaya ilmu ini dapat disampaikan ke
generasi yang datang pada masa depan.

Patuh kepada prinsip dan peraturan yang dirumuskan, maka kegagalan yang dialami
akan berkurang.

Semua prinsip yang tersenarai adalah hasil usaha guru-guru daripada kegagalan dan
kejayaan mereka. Strategik dan peraturan pelaburan yang ditentukan mesti berdasarkan
prinsip-prinsip di bawah.

1. Buy Low Sell High


2. Stop Loss
3. Let The Profits Run
4. Buy The Strong, Sell The Weak
1. Buy Low Sell High
Kitaran Bull-Bear Market
Keadaan pasaran saham boleh dibahagikan kepada 2 situasi, iaitu

1. Bull market (trend naik)


2. Bear market (trend turun)
Kedua-dua situasi pasaran ini berada dalam satu kitaran yang saling ambil alih
kedudukan satu sama lain. Selepas faham konsep kitaran ini, barulah kita dapat
melaksanakan prinsip Buy Low, Sell High. Kita harus mempunyai kefahaman yang
kukuh tentang satu fenomena pasaran, iaitu:

TIADA BULL MARKET YANG KEKAL, TIADA JUGA BEAR MARKET YANG
WUJUD SELAMANYA.

Buy Low
Buy low merupakan frasa Inggeris yang bermaksud beli pada lembah pasaran.

Di sini, satu pertanyaan telah muncul, bilakah lembah akan wujud?

Rujuk ke sejarah pasaran, lembah hanya wujud di Bear market yang beremosi negatif.
Emosi negatif pelabur berpunca daripada kerugian besar. Suasana yang negatif ini akan
mempengaruh emosi dan pandangan orang di sekeliling. Seterusnya, orang ramai takut
akan pasaran saham.

Fikiran pelabur yang penuh dengan ketakutan akan jual sahamnya tanpa mengira
betapa murah harganya. Ketakutan telah mendesak mereka mengosongkan saham
dalam tangannya. Semua orang tidak ingin mendekat pasaran lagi, orang ramai tidak
berani untuk melabur. Oleh itu, lembah pasaran sudah terjadi.

Sebenarnya, masa inilar merupakan peluang keemasan untuk melabur dan membeli
saham yang murah! Banyak guru pelaburan yang terkenal faham konsep ini dan dapat
menangkap peluang ini untuk membeli saham yang amat murah.

Dalam pasaran yang sangat negatif, pelabur harus sentiasa ingat bahawa tiada bear
market yang wujud selama-lamanya.
Sell High
Sell high juga merupakan frasa Inggeris yang bermaksud jual pada puncak pasaran.

Bilakah puncak pasaran ini akan muncul? Soalan ini lazim ditanya oleh semua pelabur.

Puncak pasaran selalu wujud pada masa orang ramai beremosi sangat positif terhadap
pasaran dan keinginan untuk melabur adalah sangat tinggi. Orang yang beruntung
dalam saham akan mencetuskan ketamakan orang lain untuk melabur. Tambahan pula,
orang yang sudah untung berazam untuk mencari lagi banyak untung.

Ketamakan telah mendorong orang ramai meletakkan wang mereka dalam pasaran.
Seterusnya, harga saham telah ditolak ke paras yang sangat mahal. Semua orang beli
saham tanpa mengira betapa mahal harganya. Mereka cuma ingin beruntung dalam
pasaran saham. Ketamakan telah mengawal fikiran orang ramai!

Sebenarnya, keadaan ini membekalkan peluang keemasan untuk kita jual saham dengan
harga yang sangat tinggi.

Harus berwaspada dalam pasaran yang terlalu positif kerana tiada bull market yang
kekal selamanya.
2. Stop Loss
Formula 100% beruntung tidak wujud!

Pelabur harus sedar bahawa kerugian dalam pelaburan adalah tidak boleh dielakkan.
Pelaburan yang gagal akan menyebabkan

1. Kerugian modal
2. Kebaziran masa
Konsep Stop Loss perlu dipertimbangkan daripada aspek modal dan masa.

Perlindungan Modal
Prinsip perlindungan modal amat penting dalam pelaburan supaya modal kita
terlindung sebelum mendatangkan sebarang pulangan. Tidak boleh dinafikan bahawa
kerugian tidak boleh dielakkan, tetapi kita boleh meminimumkan kerugian dengan
strategik yang betul.

Apakah cara yang memastikan kerugian hanya dalam kuantiti yang kecil? Jawapan ialah
penentuan “Titik Stop Loss”. Titik Stop Loss ialah titik penjualan yang ditentukan dalam
setiap pelaburan yang rugi.

Titik Stop Loss yang dicadangkan ialah 10% – 15%.


Kes Contoh:
Peratus Stop Loss ialah 10%.
Titik Stop Loss harus selaras dengan harga tertinggi.
Harga tutup saham jatuh ke titik Stop Loss, maka terus jual saham tersebut.
Harga pembelian saham: $10.00
Titik Stop Loss: $9.00
Jika harga tutup saham tidak jatuh hingga paras $9, maka pelabur tidak akan jual
sahamnya. Sekiranya harga tertinggi saham telah naik kepada $13, maka titik Stop Loss
sepatutnya dilaras kepada paras $10.8. Jika harga saham tutup pada paras titik Stop
Loss, saham tersebut patut dijualkan.
Kaedah ini boleh mengawal kerugian dalam 10%.
Penghargaan Masa
Masa juga merupakan elemen yang penting dalam pelaburan. Pelaburan yang tidak baik
akan memperangkap modal kita. Modal yang terperangkap akan menghapuskan peluang
pelaburan lain kerana modal kita tidak bebas guna lagi. Keadaan ini merugikan pelabur
kerana dalam tempoh masa itu modal tersebut tidak membawa sebarang pulangan. Oleh
itu, strategik Stop Loss perlu ditetapkan dari segi masa.

Tempoh Stop Loss yang dicadangkan ialah 3 minggu.


Kes Contoh:

Stop Loss yang ditetapkan dalam aspek masa ialah 3 minggu.

Tempoh masa ini mula berkira pada hari pembelian.

Harga pembelian saham: $30

Harga saham bergerak dalam ruang yang sempit, berulang-alik antara $29 hingga $31.
Selepas 3 minggu, saham tersebut masih tidak membawa keputusan yang baik, maka
pelabur boleh menjualnya walaupun saham tersebut tidak menyentuh titik stop loss
(10%).

Kaedah ini boleh menjamin modal pelabur tidak terperangkap dalam pelaburan yang
tidak baik.
3. Let The Profits Run
Lepaskan Pemenang Terlalu Awal
Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh pelabur adalah terlalu awal lepas saham yang
beruntung, tergesa-gesa mengambil profit. Yang sedih hati ialah saham tersebut masih
naik tidak berhenti selepas kita lepasnya. Kesilapan ini berpunca daripada kelemahan
manusia yang tidak mempunyai kesabaran yang baik, tidak bersabar melihat hasilnya.

Sebenarnya, kita harus memastikan perdagangan saham sentiasa mengikut prinsip yang
diterangkan di bawah supaya sabar menunggu hasilnya.

Kelemahan Sifat Pelabur


Marilah kita sama-sama mengkaji perubahan emosi pelabur yang pegang saham
beruntung. Jika anda berjaya memilih saham yang baik, maka ia akan mencabar
kesabaran anda sepanjang tren naik.

Adakah anda boleh memegangnya sepanjang tren naik?

Biasanya, manusia akan berisau naik turun saham akan termakan untungnya.
Akibatnya, mereka jual saham itu dengan merealisasikan untung yang kecil. Mereka
berasa gembira dan cukup dengan untung tersebut, maka lepaskan saham yang baik dan
pergi mencari pilihan lain.

Kerisauan manusia terhadap saham yang dalam tren naik mendorong kita jual saham
yang beruntung. Selain itu, kesabaran yang lemah dan sikap manusia yang mudah puas
hati juga akan menghalang kita mendapat keuntungan yang lumayan dalam pasaran
saham.

Semua ini merupakan sifat semula jadi manusia yang menghalang kita
berjaya dalam pasaran ini.
Biar Untung Berterus
Sebenarnya, kita harus pegang saham yang beruntung dengan penuh kesabaran dan biar
untung berlari. Waktu jual saham patut berdasarkan akal yang logik tetapi bukan
bertindak mengikut emosi kita. Jual saham yang sedang naik dibagaikan seperti
menutup perniagaan yang untung.

Cuba anda bayangkan, anda mempunyai sebuah restoran yang beruntung, adakah anda
akan menutupnya?
Anda hanya akan tutup perniagaan yang berugi, setuju?

Dalam keadaan yang sama, adakah anda akan jual saham yang sedang naik? Pelabur
harus simpan saham yang sedang beruntung dan lepaskan saham yang rugi.

Dalam realiti, kebanyakan pelabur bertindak bertentangan, mereka jual saham yang
untung, tetapi pegang saham yang rugi. Hal ini kerana pelabur menaruh harapan kepada
saham yang tidak baik, saham yang rugi; mereka tidak ingin menerima kenyataan
bahawa pelaburannya tidak baik.

Akhirnya, saham yang lemah akan mendatangkan lagi banyak rugi. Pelabur harus
menyingkirkan harapan dan maruah diri untuk mengakui kesilapan diri dalam
pelaburan.

Alasan Jual Saham


Emosi manusia (kerisauan, tidak sabar, mudah terasa puas) yang mengawal fikiran kita
dalam perdagangan saham tetapi bukan berdasarkan akal yang logik. Demi
mengelakkan kelemahan ini, kita hendak sentiasa mematuhi peraturan ini:
Saham yang sudah beruntung tidak patut dijadikan alasan untuk jual
saham, hanya jual saham apabila prestasinya tidak memuaskan atau
kelemahannya tertunjuk.
4. Buy The Strong Sell The
Weak
Jangan Pilih Saham Lemah
Pasaran saham terdapat satu fenomena yang nyata selepas pasaran sudah naik beberapa
tahun, iaitu,

Saham yang baik dan kuat, kenaikannya selalu akan melanjut; sebaliknya,
saham yang lemah akan meneruskan kejatuhannya.
Kebanyakan pelabur tidak sedar dengan fenomena ini dan selalu berulang kesilapan
yang sama, iaitu, memilih saham yang lemah tetapi bukan saham yang kuat. Kejadian ini
berpunca daripada sifat kemanusiaan yang tidak suka mengambil risiko dan ingin
menikmati trend naik dari mula hingga akhir.

Saham Kuat vs Saham Lemah


Pelabur gemar membeli saham yang masih tidak naik, yang bersifat lemah, kerana
mereka berpendapat bahawa saham tersebut belum bergerak, peluang untuk naik lebih
tinggi dan berisiko rendah.

Di sampingan itu, kebanyakan pelabur tidak melabur dalam saham yang kuat, mereka
berpendapat bahawa kaunter tersebut telah naik ke paras harga yang tinggi dan berisiko
tinggi.

Pelabur harus faham bahawa saham yang baik akan menarik perhatian institusi
kewangan, institusi pelaburan, dan pelabur professional untuk melaburnya. Oleh itu,
harga saham tersebut akan menjadi tinggi.
Sebaliknya, saham yang lemah mestilar terdapat masalah yang tertentu. Akibatnya,
harganya yang rendah dan lemah kerana pelabur dan institusi professional tidak
berminat untuk melaburnya.
Saham yang lemah selalu akan menunjukkan lantunan yang sementara, lantunan inilar
yang menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Selepas lantunan yang
sementara, saham tersebut mudah kembali kepada keadaannya yang lemah.

Pelari yang Kuat


Demi mengaplikasikan prinsip ini, pelabur harus berusaha dan memberi perhatian
dalam saham yang kuat.

Ciri-ciri saham yang kuat:

 Prestasinya lebih baik daripada index (kenaikannya lebih baik daripada index).
 Pergerakan harga selaras dengan volume.
 Lembah yang terbentuk semakin tinggi.
 Simple Moving Average 10 minggu menuju ke atas.
Bursa Malaysia
Marilah kita sama-sama menjejaki sejarah saham yang menarik.

Sebenarnya pasaran saham telah wujud di dunia kita selama beratus-ratus


tahun. Berdasarkan Buku Rekod DuniaGuinness, bursa saham yang tertua di dunia
adalah Bursa Saham Amsterdam, Belanda. Pada tahun 1602, bursa saham tersebut telah
mengisukan saham tercetak bagi United East India Company of Netherlands.

Pada kurun ke-17, minat yang mendalam telah wujud di kalangan orang Eropah untuk
belayar dan meneroka dunia baru. Tetapi, mereka menghadapi masalah kekurangan
modal kerana setiap penerokaan berkenaan memerlukan banyak peruntukan bagi
pembiayaan kelengkapan dan persediaan pelayaran.

Dari sinilah dikatakan bermulanya idea penubuhan syarikat yang menawarkan saham,
di mana kos pembiayaan atau peruntukan sesuatu pelayaran itu ditawarkan kepada
orang ramai. Maka dengan ini, kerugian dapat diminimumkan apabila kegagalan telah
berlaku dalam penerokaan.

Bursa saham yang menguruskan perdagangan saham telah wujud!

Selepas penawaran saham mendapat sambutan yang hebat daripada orang ramai, maka
semakin ramai syarikat yang mengikut jejak dalam perjalanan ini. Dalam abad yang
seterusnya, kemajuan manusia tidak berhenti. Bursa saham bukan terhad dalam urus
niaga saham sahaja tetapi juga menawarkan beberapa saluran pelaburan yang baru.

Securities:

1. Saham
2. Initial Public Offering (IPO)
3. Company Warrant
4. Structured Warrant
5. Real Estate Investment Trusts (REITs)
6. Exchange Traded Fund (ETF)
Derivatives:

1. Future Kuala Lumpur Index (FKLI)


1. Saham
Penerbitan Saham
Tujuan utama syarikat menerbitkan saham adalah untuk memperoleh dana
supaya operasi diteruskan dan mengembangkan perniagaan tanpa membuat pinjaman
daripada lain-lain sumber seperti bank perdagangan. Hal ini demikian kerana faedah
pinjaman bank boleh membebankan syarikat dan seterusnya meningkatkan risiko
kewangan syarikat. Oleh itu, syarikat selalu mengumpulkan dana melalui
kaedah pengisuan saham.

Hak Pelabur Saham


Hak pemegang saham adalah seperti berikut.

1. Setiap saham adalah hak pemilikan syarikat yang kecil.

2. Pemegang saham berhak undi dalam mesyuarat agung syarikat.

3. Pemegang saham boleh menikmati 2 jenis manfaat, iaitu sebahagian keuntungan


syarikat yang diagihkan dalam bentuk dividen dan juga kenaikan harga saham.

Risiko
Setiap jenis pelaburan mempunyai risiko yang tertentu. Prestasi perniagaan syarikat,
dasar kerajaan, ekonomi negara, bencana alam dan faktor lain yang akan mempengaruhi
harga saham. Ada juga kemungkinan semua wang pelaburan hilang jika syarikat
menutup perniagaannya. Selain itu, terdapat saham yang tidak aktif, perdagangan sukar
dijalankan kerana permintaannya yang rendah.

Oleh itu, analisa fundamental dan teknikal memainkan peranan penting dalam
pemilihan saham supaya keputusan pelaburan yang dibuat adalah bijak. Stategik yang
betul juga menjaminkan risiko pelaburan dikurangkan.

Perancangan
Pelabur yang cekap akan merancangkan portfolia pelaburan yang terdiri daripada
beberapa sektor untuk merendahkan risikonya.

Senarai di bawah menunjukkan sektor-sektor yang dikategorikan oleh Bursa Malaysia.

1. Consumer Products
2. Construction
3. Finance
4. Hotels
5. Industrial
6. Industrial Products
7. Infrastructure Project Companies (IPC)
8. Mining
9. Plantations
10. Properties
11. Technology
12. Trading/Service
13. Special Purpose Acquisition Companies (SPAC)
14. Real Estate Investment Trust (REIT)

Strategik
Selain strategik kepelbagaian dalam pelaburan, pelabur harus merancangkan dan
menentukan strategik lain dalam setiap perdagangan. Strategik harus sentiasa
mematuhi prinsip-prinsip keemasan supaya boleh elakkan kerugian yang besar dan
mendapat untung yang tinggi. Jika pelabur tidak mematuhi prinsip yang penting, maka
peluang untuk mencapai kejayaan adalah menghampiri kosong dan mudah mengalami
kerugian yang besar.

Ringkasan
Pelabur yang bijak akan meneliti faktor-faktor yang akan mempengaruhi harga saham
semasa memilih sasaran pelaburan. Selepas membeli saham, pelabur perlu mematuhi
peraturan yang tertentu untuk memastikan keputusan penjualan adalah betul.
2. Initial Public Offering
Initial Public Offering (IPO) adalah salah satu saluran yang baik bagi syarikat yang
bertujuan mengumpulkan modal dan mengembangkan bisnesnya. Faedah pinjaman
bank akan membebankan status kewangan syarikat dan meningkatkan risiko kewangan.
Oleh sebab itu, syarikat lebih cenderung kepada saluran IPO yang menerbitkan
sahamnya kepada orang ramai.

Kebaikan IPO adalah

 Modal bisnes dapat dikumpulkan


 Risiko kewangan syarikat tidak meningkat
 Reputasi syarikat meningkat kerana berjaya tersenarai di bursa saham
 Peluang pelaburan terhadap syarikat wujud

IPO Summary Bursa Malaysia 2014


Reach Energy Berhad (5256/REACH)
Offer Period: 24 July 2014 – 4 August 2014
Issue Price: RM 0.75
Listing Sought: Main Market/SPAC
Listed Date: 15 August 2014

Sasbadi Holding Berhad (5252/SASBADI)


Offer Period: 7 July 2014 – 14 July 2014
Issue Price: RM 1.19
Listing Board: Main Market/Consumer Products
Listed Date: 23 July 2014
Heng Huat Resources Group Berhad (0175/HHGROUP)
Offer Period: 30 June 2014 – 16 July 2014
Issue Price: RM 0.45
Listing Board: Ace Market/Industrial Products
Listed Date: 25 July 2014
Tanah Makmur Berhad (5251/TMAKMUR)
Offer Period: 26 June 2014 – 3 July 2014
Issue Price: RM 1.25
Listing Board: Main Market/Plantation
Listed Date: 17 July 2014
Econpile Holding Berhad (5253/ECONBHD)
Offer Period: 11 June 2014 – 18 June 2014
Issue Price: RM 0.54
Listing Board: Main Market/Construction
Listed Date: 30 June 2014
Icon Offshore Berhad (5255/ICON)
Offer Period: 30 May 2014 – 6 June 2014
Issue Price: RM 1.85
Listing Board: Main Market/Trading & Services
Listed Date: 25 June 2014
Boustead Plantation Berhad (5254/BPLANT)
Offer Period: 27 May 2014 – 11 June 2014
Issue Price: RM 1.60
Listing Board: Main Market/Plantation
Listed Date: 26 June 2014
7-Eleven Malaysia (5250/SEM)
Offer Period: 8 May 2014 – 16 May 2014
Issue Price: RM 1.38
Listing Board: Main Market/Trading & Services
Listed Date: 30 May 2014
MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (0824/MYETFID)
Offer Period: 27 Feb 2014 – 12 Mar 2014
Issue Price: RM 1.00
Listing Board: Main Market/ETF Equity
Listed Date: 21 Mar 2014
SCH Group Berhad (0161/SCH)
Offer Period: 21 Jan 2014 – 27 Jan 2014
Issue Price: RM 0.23
Listing Board: Ace Market/Trading & Services
Listed Date: 13 Feb 2014
IOI Properties Group Berhad (5249/IOIPG)
Offer Period: 26 Dec 2013 – 6 Jan 2014
Issue Price: RM 1.76
Listing Board: Main Market/Properties
Listed Date: 15 Jan 2014
3. Company Warrant
Company warrant adalah hak terbitan yang dipunyai oleh pemegang untuk menukar
warrant jadi saham induk dengan bayaran tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Company warrant merupakan salah satu sekuriti kewangan yang dilancarkan oleh bursa
saham, urus niaga warrant adalah seperti jual beli saham biasa. Oleh itu, banyak pelabur
jual beli warrant di pasaran terbuka kerana harganya yang murah dan mempunyai
potensi kenaikan yang lebih seiring tetapi ‘laju’ dengan harga induknya.
Pemegang warrant hanya terdapat 2 pilihan:

 Menebus warrant kepada saham induk (mother share)


 Jual beli warrant di pasaran saham

Kod Company Warrant


Sekarang marilah kita belajar cara mengenalpasti company warrant yang didagangkan di
pasaran. Anda akan faham selepas membaca contoh di bawah.

Contoh:

DIALOG-WA
DIALOG-WB
DIALOG-WC
Bahagian depan yang berwarna merah adalah nama syarikat.
Huruf “W” adalah singkatan company warrant.
Huruf terakhir adalah urutan penerbitan company warrant di mana “A” adalah warrant
pertama diterbitkan; “B” adalah warrant kedua; “C” adalah warrant ketiga.

Parameter Warrant
1. Exercise Price: Harga tebusan untuk menjadi saham induk.
2. Conversion Ratio: Bilangan warrant yang diperlukan untuk menebus jadi 1 unit
saham induk.
3. Maturity Date: Tarikh luput warrant.
4. Gearing: Tahap leverage. Nilai gearing makin tinggi, maka risiko makin tinggi.
5. Premium: Diskaun harga semasa saham kepada kos penebusan warrant. Nilai
premium makin rendah, makin baik.
Pengiraan Kos Penebusan Warrant
Pelabur wajib membayar jumlah exercise price untuk menukar warrant menjadi saham
induk. Formula pengiraan kos penebusan adalah seperti berikut:

Jumlah kos penebusan = (Kos Pembelian Warrant) + (Exercise Price)


Contoh:
Warrant A
Exercise Price: $ 2
Maturity Date: 31 Dec 2014
Conversion Ratio: 1 for 1

Beli 100 unit warrant A di pasaran terbuka dengan $ 1. ($ 1 x 100 unit = $ 100)
Menebus warrant A menjadi saham induk sebelum 31 Dec 2014.
Bayar $ 2 untuk setiap unit. ( $ 2 x 100 unit = $ 200)
Sekarang, anda memegang 100 unit saham A.
Kos keseluruhan = (Kos beli warrant) + (Exercise Price) = ($ 100) + ($ 200) = $ 300

Notis Penting dalam Pelaburan Warrant


Pelabur harus diingatkan bahawa warrant bukan saham syarikat tetapi hak terbitan yang
diisukan oleh syarikat tetapi bukan hak pemilikan syarikat.

 Pemegang warrant tidak berhak menikmati dividen, right issue atau bonus issue
 Tidak berhak undi dalam apa jua resolusi dan mesyuarat agung
 Warrant akan hilang kelayakannya selepas tarikh luputnya
 Turun naik warrant lebih agresif daripada saham induk (bergantung kepada nisbah
Gearing)

Tips-tips Pelaburan Warrant


1. Maturity Date yang lama. Lagi lama warrant hendak luput lagi bernilai warrant
tersebut.
2. Saham induk yang berpontensi melepasi Exercise Price warrant.
3. Jual warrant apabila saham induk dalam tren turun dan tiada pontensi untuk
melepasi Exercise Price. Warrant akan turun lagi agresif.
4. Nilai premium yang rendah. Nilai premium makin rendah, makin mudah untuk
saham induk melepasi Exercise Price.
4. Structured Warrant
Structured warrant adalah instrumen yang diisukan oleh institusi kewangan/broker.
Instrumen ini memberikan hak kepada pemegangnya untuk beli atau jual kuantiti
yang ditetapkan dengan harga tertentu pada masa depan. Penerbitan alatan pelaburan
ini telah membekal peluang kepada pelabur beruntung dalam apa jua gerakan, gerakan
naik atau jatuh.

Pelabur hanya boleh jual beli pegangan structured warrant sahaja. Structured warrant
tidak boleh ditebus menjadi saham induk.

Jenis Structured Warrant


Structured warrant boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu

 Call warrant
 Put warrant
Call warrant memberikan hak kepada pemegangnya untuk membeli saham induknya
dengan harga yang ditetapkan dalam tempoh masa yang ditentukan. Pemegang call
warrant akan mendapat manfaat daripada kenaikan saham induk.

Put warrant memberikan hak kepada pemegangnya untuk menjual saham induknya
dengan harga yang ditetapkan dalam tempoh masa yang ditentukan. Pemegang put
warrant akan mendapat manfaat daripada kejatuhan saham induk.

Secara ringkasnya, pemegang call warrant akan beruntung jika saham induk naik.
Pemegang put warrant pula akan beruntung jika saham induknya jatuh.

Kod Structured Warrant


Sekarang marilah kita belajar cara mengenalpasti Company warrant yang didagangkan
di pasaran.

Call warrant diwakilkan oleh huruf “C”.


Put warrant diwakilkan oleh huruf “H”.

Contoh:

ALLIANZ-CA
AMBANK-HA
Bahagian depan yang berwarna merah adalah nama syarikat.
Huruf “C” adalah singkatan call warrant.
Huruf “H” adalah singkatan put warrant.
Huruf terakhir adalah urutan penerbitan company warrant mengikut A-Z.
Senarai Structured Warrant Bursa Malaysia

Pengiraan Untung/Rugi
Bagi call warrant, pelabur akan beruntung dalam kenaikan saham induk.

Nilai Warrant = [(Harga saham induk - Exercise price)/Conversion ratio]


Untung/Rugi = Nilai Call Warrant – Kos beli
Call warrant price: $ 0.40
Exercise price: $ 11.00
Conversion ratio: 5:1
Harga saham induk: $ 14.00

Nilai anggaran call warrant = [($ 14 - $ 11)/5] = $ 0.60


Keuntungan = $ 0.60 – $ 0.40 = $0.20

Pelabur beruntung sebanyak 50% bagi setiap unit warrant, beli pada harga $ 0.40 dan
jual pada $ 0.60.

Bagi put warrant, pelabur akan beruntung dalam kejatuhan saham induk.

Nilai Warrant = [(Exercise price - Harga saham induk)/Conversion ratio]


Untung/rugi = Nilai Put Warrant – Kos beli
Put warrant price: $ 0.30
Exercise price: $ 10.00
Conversion ratio: 5:1
Harga saham induk: $ 8.00

Nilai anggaran call warrant = [($ 10 - $ 8)/5] = $ 0.40


Keuntungan = $ 0.40 – $ 0.30 = $0.10

Pelabur beruntung sebanyak 33% bagi setiap unit warrant, beli pada harga $ 0.30 dan
jual pada $ 0.40.
Kebaikan Structured Warrant
1. Berpeluang beruntung dalam gerakan naik atau jatuh.
Pelaburan yang biasa seperti saham, company warrant, unit trust hanya membolehkan
pelabur beruntung dalam gerakan naik dan berugi dalam gerakan jatuh. Structured
warrant telah membekalkan suatu saluran pelaburan yang boleh beruntung dalam
kedua-dua gerakan.

2. Leverage.
Modal pelaburan dalam structured warrant adalah relatif rendah berbanding dengan
pelaburan saham induk. Pegangan structured warrant akan jauh lebih tinggi daripada
pegangan saham dengan modal sama. Oleh itu, modal pelaburan dapat dileveragekan
melalui structured warrant, maka pulangan pelaburan juga dapat ditingkatkan.

3. Kecairan yang tinggi.


Semua structured warrant yang tersenarai di Bursa Malaysia mempunyai
organisasi yang menyediakan tawaran/permintaan yang berterusan. Pelabur boleh
membeli dan menjual pegangannya pada bila-bila masa dalam waktu dagangan.

Risiko
1. Nilai masa yang dipunyai oleh setiap structured warrant akan berkurang.
Kadar pereputan nilai masanya makin meningkat sewaktu tarikh tamatnya makin dekat.
Semakin susah beruntung jika anda membeli warrant yang dekat dengan tarikh
luputnya.

2. Structured warrant akan menjadi kertas yang tidak bernilai selepas tarikh luputnya.

3. Maximum kerugian yang pelabur akan alami adalah jumlah kos pelaburan anda.
5. Real Estate Investment
Trusts (REITs)
Hartanah adalah kelas aset yang penting dalam portfolio pelaburan. Pelaburan hartanah
bukan sahaja boleh mendatangkan pulangan dalam bentuk sewa bulanan, pelabur juga
boleh menikmati kenaikan nilainya. Pada masa kini, harga hartanah yang semakin tinggi
telah menjadi satu beban yang besar kepada pelabur.

Adakah harga hartanah yang tinggi akan menghalang kita melabur dalam sektor ini?

Alternatif Dalam Pelaburan Hartanah


Sebelum Real Estate Investment Trusts (REITs) diperkenalkan di Malaysia, pilihan
pelaburan hartanah hanya terhad kepada hartanah fizikal (rumah) atau saham syarikat
hartanah sahaja. Kini, pilihan alternatif dalam pelaburan hartanah telah terbuka kepada
pelabur, iaitu melabur dalam REITs dengan modal yang kecil.

Operasi yang dijalankan oleh REITs:

1. Dana yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial (kompleks membeli-


belah, hospital, ladang, harta industri, hotel dan blok pejabat).
2. Sebahagian besar pendapatan yang dijanakan di bawah REITs adalah berkaitan
dengan hartanah.
3. Sekurang-kurangnya 90% dari jumlah pendapatannya diagihkan kepada pelabur
setiap tahun.
4. REITs tersenarai di bursa saham dan diniagakan seperti saham biasa.
Mengapa Melabur Di Dalam REITs?
Manfaat melabur di dalam REITs yang tersenarai:

 Mampu milik: Kos untuk melabur di dalam REITs adalah rendah.


 Kecairan/Mudah tunai: Unit REITs yang tersenarai mudah ditukarkan kepada wang
tunai.
 Aliran pendapatan yang stabil: Pendapatan yang stabil (kebiasaannya dalam bentuk
dividen) kepada pemegang unit.
 Pengurusan profesional: Dana dan hartanah di dalam REITs diuruskan oleh
pengurus profesional.

http://www.bursamalaysia.com/market/securities/equities/products/re
al-estate-investment-trusts-reits/
6. Exchange Traded Funds
Exchange Traded Fund (ETF) adalah dana dagangan yang melabur di dalam
sekumpulan saham atau bon atau lain-lain instrumen yang menjejaki prestasi sesuatu
indeks. ETF adalah disenaraikan dan didagangkan di bursa saham.

Kebaikan ETF
1. Diniaga seperti saham
Sama seperti saham, pelabur boleh membeli dan menjual ETF pada bila-bila masa
sepanjang hari dagangan.

2. Diversifikasi
Dapatkan pendedahan kepada kelompok sekuriti dalam satu transaksi. Ianya cara yang
efisien untuk memperolehi diversifikasi serantau dan antarabangsa.

3. Kos rendah
ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah
(<1% berbanding dana yang lain).

4. Cukup telus
Harga ETF boleh diperolehi pada masa sebenar sepanjang hari dagangan. Malah
portfolio pelaburan adalah cukup telus dalam pengamatan indeks ETF.
Perbandingan ETF, Saham dan Amanah Saham
1. Future Kuala Lumpur
Index
Future Kuala Lumpur Index (FKLI) ialah perjanjian kontrak di antara pihak pembeli dan
penjual dengan menetapkan harga urus niaga indek KLCI pada masa hadapan.

Cerita ini bermula dengan 2 pihak yang berpendapat bertentangan terhadap gerakan
harga aset. Pendapat salah satu pihak yang positif, harga aset akan naik dan pihak lain
pula berpendapat harga aset akan turun. Maka dengan ini, suatu perjanjian didagangkan
di antara 2 pihak tersebut. Keputusan perjanjian tersebut bergantung kepada gerakan
aset yang sebenar.

Ciri-ciri FKLI:

 Harga kontrak FKLI akan mengikut gerakan Kuala Lumpur Composite Index (KLCI)
 Boleh berdagang dalam 2 hala
Secara ringkasnya, FKLI melibatkan elemen:

1. Pembeli dan LONG kontrak


2. Penjual dan SHORT kontrak
3. Harga kontrak yang didagangan
4. Tempoh masa kontrak

LONG vs SHORT Kontrak


Pihak pembeli yang memegang LONG kontrak akan beruntung dalam pasaran yang
naik, manakala pihak penjual yang memegang akan beruntung dalam pasaran yang
turun.

Anda akan lebih faham tentang FKLI selepas membaca contoh di bawah.

Sebuah kontrak FKLI (bulan Agos, 2014) telah didagangkan pada 1840.
Sekarang FKLI didagangkan pada 1860, harga kontrak telah naik sebanyak 20 mata.

 Pembeli (LONG kontrak) akan beruntung sekiranya dia tutup kontraknya pada 1860.
 Penjual (SHORT kontrak) akan berugi sekiranya dia tutup kontraknya pada 1860.
Sebaliknya, FKLI telah jatuh ke 1820, jatuh sebanyak 20 mata.

 Pembeli (LONG kontrak) akan berugi sekiranya dia tutup kontraknya pada 1820.
 Penjual (SHORT kontrak) akan beruntung sekiranya dia tutup kontraknya pada
1820.
Perkara lain yang penting adalah tempoh masa kontrak. Kontrak perlu ditutupkan
sebelum hari perdagangan terakhir dalam bulan kontrak. Bursa saham akan
menjalankan proses penutupan secara paksa jika pelabur tidak menutup kontraknya.

Pasaran FKLI
Masa Urusniaga FKLI:

 Sesi Trading Pagi: 8.45 am – 12.45 pm


 Sesi Trading Petang: 12.30 pm – 5.15 pm
Turun naik harga minimum: Setiap 0.5 mata indek bernilai RM 25
ARTIKEL
1. Sebab Utama Kenaikan
Saham
Pernahkah anda fikir….
Apakah sebab yang mendorong Bursa Malaysia Stock Price naik?
Mengapakah saham ini asyik naik?
Mengapakah saham itu masih tidak bergerak?

Di sini kita akan bincangkan sebab utama yang mendorongkan kenaikan saham.

Mengapakah harga saham naik?


Saham naik kerana terdapat modal mengalir masuk ke kaunter saham tersebut.

Mengapakah modal mengalir masuk ke kaunter saham tersebut?


Dalam urusniaga saham, tekanan pembelian lebih besar daripada tekanan penjualan.

Apakah sebab yang menyumbang kepada tekanan pembelian lebih besar daripada
tekanan penjualan?
Keinginan orang ramai membeli saham tersebut sangat tinggi.

Mengapakah keinginan orang ramai membeli saham tersebut tinggi?


Hal ini kerana orang ramai bertamak dan berharapan tinggi terhadap kaunter saham
tersebut.

Mengapakah orang ramai bertamak dan berharapan tinggi terhadap kaunter saham
tersebut?
1. Saham sedang naik. Saham yang sedang naik akan menarik perhatian pelabur untuk
melabur modal dalamnya. Sebahagian besar pelabur beli saham bukan berdasarkan
analisa fundamental atau teknikal, tetapi gerakan naik yang mencetuskan harapan dan
ketamakan mereka.
2. Faktor fundamental yang baik. Pelabur mengharapkan syarikat yang berstatus baik
akan meneruskan operasi cemerlang dan model perniagaan yang baik supaya terus
memajukan perniagaan mereka.
3. Penciptaan produk/service baru. Inovasi dan produk baru akan memberi harapan
kepada orang ramai bahawa penjualan syarikat dapat ditingkatkan dan berkembang
maju.
4. Ambil alih dan gabungan syarikat. Harapan pelabur ialah perniagaan syarikat dapat
dikembangkan melalui gabungan dan ambil alih syarikat lain.
5. Dasar kerajaan yang fokus dalam sektor tertentu. Pelaksanaan dasar politik akan
memberi harapan kepada pelabur bahawa syarikat sektor tersebut akan menerima
kebaikan dan manfaat dari dasar kerajaan.
6. Faktor ekonomi yang membantu. Faktor ekonomi yang tertentu akan mendatangkan
kebaikan kepada sebahagian sektor.
Ringkasannya, perkara yang berlaku di realiti akan mencetuskan harapan pelabur
terhadap gerakan saham syarikat. Seterusnya, pelabur mengeluarkan wang dan melabur
dalam saham tersebut. Akhirnya, harga saham berjaya ditolak ke paras yang lebih tinggi
akibat orang ramai yang berharapan tinggi terhadapnya. Kenaikan saham akan
berterusan sekiranya orang ramai menaruh harapan yang tak habis-habis terhadapnya.

Sebarang perkara yang boleh mencetuskan harapan dan ketamakan pelabur


akan menjadi faktor utama yang mendorang kenaikan saham…
2. 5 Kaedah Pengurusan
Risiko Pelaburan
Risiko diertikan sebagai suatu keadaan ketidakpastian, di mana jika terjadi suatu
keadaan yang tidak terduga dan dapat menimbulkan suatu kerugian.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa risiko wujud di setiap jenis pelaburan termasuk
saham. Risiko yang wujud telah menyebabkan banyak orang menolak peluang pelaburan
yang terdedah kepada mereka.
Adakah tindakan ini wajar? Menolak peluang pelaburan tanpa pengetahuan…
Pelabur yang bijak akan fokus dalam kaedah pengurusan risiko tetapi bukan menolak
pelaburan atas alasan risiko yang tidak boleh dielakkan.

Adakah anda tahu kaedah yang betul dalam pengurusan risiko pelaburan?

Secara amnya, kaedah pengurusan risiko dalam pasaran saham boleh dibahagikan
kepada 5 jenis:

1. Undervalued Stock
2. Stop Loss
3. Diversify
4. Capital Management
5. Hedge
Undervalued Stock
Kaedah ini menekankan pembelian saham yang harganya rendah daripada nilai
sebenarnya. Saham yang undervalued mempunyai daya tahanan yang lebih kuat
terhadap kejatuhan, jadi risikonya juga berkurang. Nisbah kewangan yang berikut boleh
membantu pelabur dalam penilaian saham.

 Net Tangible Asset (NTA)


 Price Earning Ratio (PE)
Nisbah NTA menilaikan saham daripada segi aset, manakala PE pula menilaikan
tempoh tahunan yang diperlukan untuk break-even modal pelaburan. Saham yang
memuaskan kedua-dua nisbah tersebut adalah pilihan yang baik.

Stop Loss
Kaedah stop loss bertujuan mengawal kerugian dalam kuantiti yang kecil supaya risiko
dapat dikurangkan. Konsep stop loss menekankan minda pelabur yang jelas tentang
pelindungan modal apabila saham bergerak lawan arahnya.

Walaupun sudah banyak mengkaji dan sangat beryakin tetapi keputusan anda juga ada
kemungkinan salah.

“Pelaburan yang betul atau salah tidak begitu penting. Yang penting adalah berapa
anda beruntung dalam pelaburan yang betul? Berapa anda rugi dalam pelaburan
yang salah?”
– Pepatah George Soros
Pepatah guru pelaburan, George Soros telah menunjukkan kepentingan dalam
pelaksanaan konsep stop loss. Kerugian dalam pelaburan yang salah adalah terkawal
sekira anda sudah menentukan titik stop loss. Sebaliknya, kerugian dalam pelaburan
yang buruk adalah tidak terhad jika titik stop loss tidak wujud.

Formula 100% beruntung tidak wujud!Pelabur harus sedar bahawa kerugian dalam
pelaburan adalah tidak boleh dielakkan. Pelaburan yang gagal akan menyebabkan

1. Kerugian modal
2. Kebaziran masa
Konsep Stop Loss perlu dipertimbangkan daripada aspek modal dan masa.
Perlindungan Modal
Prinsip perlindungan modal amat penting dalam pelaburan supaya modal kita
terlindung sebelum mendatangkan sebarang pulangan. Tidak boleh dinafikan bahawa
kerugian tidak boleh dielakkan, tetapi kita boleh meminimumkan kerugian dengan
strategik yang betul.

Apakah cara yang memastikan kerugian hanya dalam kuantiti yang kecil? Jawapan ialah
penentuan “Titik Stop Loss”. Titik Stop Loss ialah titik penjualan yang ditentukan dalam
setiap pelaburan yang rugi.

Titik Stop Loss yang dicadangkan ialah 10% – 15%.


Kes Contoh:
Peratus Stop Loss ialah 10%.
Titik Stop Loss harus selaras dengan harga tertinggi.
Harga tutup saham jatuh ke titik Stop Loss, maka terus jual saham tersebut.
Harga pembelian saham: $10.00
Titik Stop Loss: $9.00
Jika harga tutup saham tidak jatuh hingga paras $9, maka pelabur tidak akan jual
sahamnya. Sekiranya harga tertinggi saham telah naik kepada $13, maka titik Stop Loss
sepatutnya dilaras kepada paras $10.8. Jika harga saham tutup pada paras titik Stop
Loss, saham tersebut patut dijualkan.
Kaedah ini boleh mengawal kerugian dalam 10%.

Penghargaan Masa
Masa juga merupakan elemen yang penting dalam pelaburan. Pelaburan yang tidak baik
akan memperangkap modal kita. Modal yang terperangkap akan menghapuskan peluang
pelaburan lain kerana modal kita tidak bebas guna lagi. Keadaan ini merugikan pelabur
kerana dalam tempoh masa itu modal tersebut tidak membawa sebarang pulangan. Oleh
itu, strategik Stop Loss perlu ditetapkan dari segi masa.

Tempoh Stop Loss yang dicadangkan ialah 3 minggu.


Kes Contoh:

Stop Loss yang ditetapkan dalam aspek masa ialah 3 minggu.

Tempoh masa ini mula berkira pada hari pembelian.

Harga pembelian saham: $30


Harga saham bergerak dalam ruang yang sempit, berulang-alik antara $29 hingga $31.
Selepas 3 minggu, saham tersebut masih tidak membawa keputusan yang baik, maka
pelabur boleh menjualnya walaupun saham tersebut tidak menyentuh titik stop loss
(10%).

Kaedah ini boleh menjamin modal pelabur tidak terperangkap dalam pelaburan yang
tidak baik.

Diversify
Diversify adalah kaedah yang mempelbagaikan pelaburan dalam sektor dan jenis
pelaburan yang berlainan. Dalam pasaran saham, anda boleh
melakukan diversifikasi dalam saham yang sektor dan bertema berlainan. Setiap sektor
menghadapi situasi bisnes dan risiko yang berlainan. Suatu situasi akan memberi kesan
yang berlainan kepada setiap sektor. Oleh itu, strategik diversifikasi boleh
mengurangkan risiko pelaburan.

Tetapi, kaunter yang terlalu banyak juga mudah mengelirukan dan seterusnya
menyebabkan perhatian pelabur terganggu sehingga tidak dapat monitor kaunternya
dengan baik.

“Pemilikan saham adalah seperti anak-anak. Jangan terlibat dalam lebihan yang
anda tidak dapat kendalinya.” – Pepatah Peter Lynch
Kajian statistik menunjukkan bilangan optimum kaunter yang pelabur boleh monitor
adalah 6. Pelabur mudah kehilangan fokus dan terkeliru apabila kaunter pelaburannya
melebihi 6.

Capital Management
Kaedah ini menekankan penggunaan modal pelaburan dengan cara yang betul supaya
risiko dapat dikawalkan.

Anda hanya mendedah kepada risiko apabila masukkan modal ke dalam pasaran saham.
Anda bebas daripada risiko pasaran apabila anda pegang semua modal
dalam tunai. Setuju?

Labur modal kita secara beransur-ansur; dedahkan modal kita kepada risiko secara
perlahan-lahan.

Langkahnya adalah seperti berikut:


1. Bahagikan modal kepada bahagian. (Bergantung kepada kegemaran individu)
Cadangan saya ialah 3 – 5 bahagian.
2. Analisis dan memilih sasaran pelaburan anda.
3. Labur dalam sasaran anda dengan 1 bahagian modal dulu.
4. Tambah pegangan anda dengan bahagian modal yang kedua sekiranya pegangan
pertama telah beruntung. Sebaliknya, pegangan pertama sedang rugi, maka
kerugian tersebut sedang memberitahu anda “jangan labur lagi.”
5. Pegangan kedua juga dalam keadaan beruntung, maka anda harus melabur dengan
modal yang tertinggal.
Contoh:
Modal anda sebanyak $ 9,000 dan bahagikan modal kepada 3 bahagian.
Setiap bahagian modal berjumlah $ 3,000.
Pertama sekali, anda beli saham A yang berhaga $ 10 dengan satu bahagian modal
sahaja. Seterusnya, saham A naik ke $ 12, maka beli dengan bahagian modal kedua.
Sebaliknya, jika saham A jatuh ke $ 9, maka anda tidak akan menambah pegangan
saham. Hanya labur modal yang ketiga sekiranya pegangan sebelumnya dalam keadaan
beruntung.

Kebaikan kaedah ini adalah:

 Elakkan semua modal terperangkap dalam satu pelaburan yang tidak baik
 Emosi pelabur kurang terjejas kerana modal masuk secara beransur-ansur
 Pelaburan yang berdasarkan gerakan pasaran tetapi bukan pendapat individu
“Pendapat individu selalu salah tetapi gerakan pasaran adalah sentiasa betul. Jangan
bertengkar dengan gerakan pasaran.” – Pepatah Jessie Livermore.

Hedge
Dalam dunia pelaburan, “Hedge” bererti lindung nilai melalui pemindahan risiko.
Perkataan ini nampak canggih bagi kebanyakan pelabur, tetapi sebenarnya aktiviti ini
mudah faham dan berhubungkait dengan kehidupan harian kita.

Aktiviti hedge wujud di sekeliling kita.

Contoh yang terbaik dalam penerangan konsep hedge adalah insurans kereta.
Insurans kereta sebenarnya merupakan aktiviti hedge yang memindahkan sebahagian
risiko kemalangan jalan raya kepada syarikat insurans.
Apabila kemalangan jalan raya berlaku, siapa yang akan menanggung kos pembaikan
kereta? Syarikat insurans!!!

Secara ringkasnya, hedge adalah kita membayar kepada sesuatu alat yang boleh
menanggung risiko kita.

Dalam pasaran saham, aktiviti hedge dijalankan di antara sekuriti dan derivatif yang
berkolerasi negatif. Kolerasi negatif bermakna suatu pelaburan akan beruntung, di mana
satu lagi akan rugi. Derivatif yang sering digunakan untuk hedge posisi pelaburan
adalahFuture, Put Warrant dan Option.
3. Sifat Kemanusian &
Kesilapan Pelaburan
Menurut laporan insitusi pelaburan, 80% pelabur dalam pasaran adalah pemain yang
kalah, pemenang hanya meliputi 20%. 10 orang masuk pasaran saham, hanya 2 orang
dapat beruntung sampai akhir, yang lain semua rugi…

Apa sebab yang menyumbang kepada kenyataan ini?

Guru legenda Jessie Livermore telah memberi penjelasan yang terbaik kepada kekalahan
pelabur, iaitu:

“This is because human nature does not change, and it is human emotion; solidly build
into human nature, that always gets in the way of human intelligence. Of this I am
sure.”
Di bawah pemerhatian dan kajian yang teliti, saya mendapati bubungkait yang ketara
wujud di antara kelakuan pelabur dan sifat kemanusiaan…

Kebanyakan keputusan dan tindakan pelaburan tidak boleh berpisah dengan pengaruh
sifat semula jadi manusia.

Secara umumnya, terdapat 4 sifat kemanusiaan yang memainkan peranan penting


dalam perlaburan kita.

 Ketamakan
 Ketakutan
 Ketidaksabaran
 Berharapan

Perdagangan terlalu kerap


Perdagangan terlalu kerap disebabkan sifat ketidaksabaran manusia.
Pelabur tidak boleh undur diri daripada pasaran saham, mereka mesti nak beli saham
selepas jual pegangan di tangannya. Mereka ingin menyertai pasaran setiap masa,
mereka mahu modalnya mendatangkan pulangan setiap masa…
Sebelum beli, pelabur tidak boleh tunggu isyarat pembelian dengan sabar, maka mereka
beli dengan terburu-buru. Selepas beli, pelabur pula tidak boleh duduk diam-diam untuk
menunggu isyarat penjualan, pelbagal alasan dijadikan sebagai sebab penjualannya.

Jual, beli…jual, beli…urus niaga yang terlalu kerap akhirnya perdagangan saham telah
menjadi ketagihan pelabur.

Jual pemenang terlalu awal


Mengapakah pelabur sanggup lepaskan saham pemenang terlalu awal?

Sifat ketakutan yang menyebabkan pelabur jualkan saham pemenangnya.


Setiap hari mereka bimbang saham yang sudah beruntung akan turun. Setiap hari
pelabur teka hari bila adalah hari terakhir bagi tren naik saham ini. Mereka takut
keuntungan sahamnya akan dimakan oleh gerakan turun naik saham.

Ketakutan dan kerisauan akan mendorong pelabur menjual saham tersebut.

Berharap kepada kaunter rugi


Pelabur tidak boleh pegang saham yang baik lama kerana kurang kesabaran. Tetapi,
mereka boleh pegang saham yang rugi dengan lama. Terdapat pelabur runcit yang
sanggup menyimpan kaunter rugi selama 10 tahun atau lebih lama.

Mengapakah tempoh pegangan dalam kaunter rugi jauh lebih lama berbanding dengan
kaunter beruntung?

Hal ini demikian kerana sifat kemanusiaan yang berharapan…


Pelabur menaruh harapan ke dalam kaunter yang berrugi, harap satu hari kerugian
mereka dapat dipulihkan. Harapan akan hapus jika mereka jual saham tersebut. Jadi,
mereka akan terus pegang kaunter rugi selagi kerugian kaunter tersebut masih
belum pulih.

Terlalu banyak kaunter dalam watchlist


Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh pelabur adalah memerhati terlalu banyak
kaunter pada masa sama.
Mereka ingin menangkap setiap gerakan saham, mereka tidak ingin melepaskan
sebarang gerakan naik yang boleh mendatangkan keuntungan. Akhirnya, saham ini naik,
kejar…saham lain naik, pergi kejar lagi… Pelabur mudah terperangkap semasa kejar
saham yang sudah naik tinggi.

Semua ini adalah berpunca daripada sifat ketamakan manusia yang semula jadi!
Sebenarnya, kita tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada semua saham
sekali gus. Kita tidak mampu menangkap semua gerakan naik. Kita hanya perlu
menangkap gerakan beberapa saham yang kita biasa kaji sudah boleh buat untung.

Laporan statistik menunjukkan bilangan optimum dalam watchlist pelabur adalah 10.
Kita harus mengakui keupayaan kita yang terhad dan hanya fokus kepada beberapa
saham yang kita minat.
4. Persoalan Dividen Saham
Pengumuman dividen saham terdapat EX-date, Entitlement date dan
Payment date yang mengelirukan.
Apakah perbezaannya?
Banyak pelabur kurang jelas dengan fungsi ketiga-tiga tarikh tersebut.
Contoh di bawah akan memberi penerangan yang jelas tentang proses pengagihan
dividen.

EX-date
 Harga saham akan dilaraskan mengikut jumlah dividen yang diberikan, iaitu 10 sen.
 Semua pelabur yang memegang saham syarikat sehingga EX-date, berhak
menikmati dividen. Selewat-lewatnya membeli saham pada satu hari sebelum EX-
date.
 Pelabur boleh jual sahamnya pada EX-date sewaktu mereka juga berhak dapat
dividen.
 Sesiapa yang beli saham pada EX-date tidak berhak mendapat dividen.
Entitlement Date (Lodgement Date)
 Syarikat pendaftaran akan mengira jumlah dividen yang akan berikan kepada
pelabur.
Payment Date
 Pembayaran dividen melalui bank akaun transfer (eDividend) atau pengiriman cek.
Dividen yang Dalam Bentuk Peratus
Kadang-kala, dividen dalam pengumuman syarikat dinyatakan dalam bentuk peratus.
Banyak pelabur tidak jelas tentang pengiraan peratus dividen. Mereka salah anggap
peratus tersebut adalah merujuk kepada harga saham.

Sebenarnya…

Peratus yang disebut dalam pengumuman dividen adalah berdasarkan Par Value saham.
Dividen = Peratus x Par Value
Contoh:
Syarikat Cocoaland telah mengumumkan pemberian dividen yang setinggi 5%.

Par value saham Cocoaland ialah RM 0.50.

Dividen = RM 0.50 x 5% = RM 0.025 (2.5 sen)


5. 6 Isyarat Kedatangan Bear
Market
Adakah anda tahu amaran kedatangan bear market?

Banyak pelabur dapat beruntung dalam bull market, tetapi pasaran tidak kekal dalam
tren naik. Bull dan bear market sentiasa berada dalam kitaran yang saling mengambil
alih kedudukan satu sama lain. Malangnya, sebahagian besar pelabur tidak berwaspada
kepada amaran kedatangan bear market dan masih aktif berdagang dalam pasaran

saham.
Akhirnya, keuntungan yang dijanakan termakan dalam bear market. Lebih-lebih lagi,
modal pelabur juga tenggelam sama-sama dengan kejatuhan pasaran.

Kebanyakan pakar perlaburan hanya ajar cara beruntung dalam bull market. Oleh itu,
banyak pelabur runcit hanya tahu cara menyerang dalam bull market tetapi langsung tak
tahu cara lindung diri apabila bear market datang secara tiba-tibanya.

Isyarat Kedatangan Bear Market


Kajian saya menunjukkan Bear Market selalu memberi amaran yang tertentu sebelum
kedatangannya. Amaran dan isyarat kedatangan bear market adalah pengetahuan
yang setiap pelabur wajib belajar supaya boleh melarikan diri sebelum tercedera.

Kedatangan bear market selalu menunjukkan isyarat yang mengikut turutan tersenarai
di bawah.

1. Indek pasaran sudah kebas terhadap berita baik; tetapi berita buruk
memberikan impak besar kepada indek. Kejatuhan indek yang berlangsung beberapa
hari sudah makan kenaikan yang sebelumnya.
2. Rujuk kepada carta mingguan indek, Simple Moving Average 10 minggu sudah mula
menuju ke bawah.
3. Rujuk kepada carta bulanan indek, candlestick hitam yang panjang sudah muncul.
4. Rujuk kepada carta bulanan indek, Simple Moving Average 3 Bulan mula menuju ke
bawah.
5. Kejatuhan indek dari titik tertinggi sudah melebihi 20%.
6. Rujuk kepada carta bulanan indek, 3 candlestick hitam telah muncul berturut-turut.
Indek telah jatuh selama 3 bulan tanpa lantunan yang ketara.
Gambar rajah di bawah adalah gerakan indek FBMKLCI pada tahun 2008.
Sekarang anda sudah menguasai pengetahuan ini.

Tiada alasan lagi yang untuk anda terperangkap dalam bear market…
6. 7 Isyarat Kedatangan Bull
Market
Bull Market Lahir Pada Masa Pesimis
Sejarah pasaran memberitahu kita bahawa prestasi pasaran selalu tidak selaras dengan
status ekonomi. Bull market selalu terbentuk pada masa pesimis, pada masa ekonomi
yang kurang baik. Bear market pula mula pada masa optimis, pada masa ekonomi yang
baik. Kajian statistik menunjukkan pasaran saham bergerak 6 bulan lebih awal daripada
ekonomi sebenar.

Kebimbangan Pelabur
Pada masa bear market melangkah ke bull market, status ekonomi masih dalam
keadaanyang kurang memuaskan. Kebanyakan pelabur bimbang tentang situasi
ekonomi yang teruk, emosi mereka diganggukan oleh suasana sekeliling yang penuh
dengan ketakutan.

Akhirnya, pelabur tidak berani masuk ke pasaran atas alasan ekonomi yang kurang baik.
Pelabur hanya berani masuk ke pasaran apabila semua masalah ekonomi telah selesai.
Pada masa itu, pasaran saham sudah naik ke suatu paras yang tinggi. Masihkah terdapat
saham yang murah dan baik?

Peluang Keemasan
Peluang keemasan dalam pasaran saham tidak wujud di depan kita dengan terus-terang,
tetapi peluang selalu menyamarkan dirinya menjadi perkara yang bahaya dan
risiko. Hanya pelabur yang mempunyai keberanian dan ilmu yang betul dapat
menangkap peluang keemasan ini.
Keberanian adalah bergantung kepada sikap anda. Apa yang saya boleh bantu adalah
menyampaikan ilmu yang berguna kepada anda.

Saya yakin anda mesti boleh mencapai kejayaan di pelaburan selepas melengkapkan diri
dengan ilmu dan keberanian.

7 Isyarat Kedatangan Bull Market


Rumusan dalam pembentukan bull market adalah datang daripada kajian saya terhadap
sejarah pasaran. Kedatangan bull market selalu akan menunjukkan isyarat yang
mengikut turutan tersenarai di bawah.
1. Pasaran kurang bereaksi terhadap berita buruk; berita baik pula akan mencetuskan
seluruh pasaran naik ke atas.
2. Pasaran naik bersama dengan volume yang tinggi.
3. Indek lantun ke atas dengan laju tanpa berehat. Lantunan ini selalu berlangsung
lebih daripada 3 minggu.
4. Rujuk kepada carta mingguan, Simple Moving Average 10 Minggu mula menuju ke
atas.
5. Rujuk kepada carta bulanan, 3 candlestick putih wujud secara berturut-turut.
6. Rujuk kepada carta bulanan, Simple Moving Average 3 Bulan mula menuju ke atas.
7. Pasaran telah berjaya melantun sebanyak 20% dari titik terendah.
Gambar rajah di bawah menunjukkan FBMKLCI melangkah ke bull market pada tahun
2009.
Pelabur yang paling bahagia adalah mereka yang berjaya menangkap langkah permulaan
bull market.

Dengan hatiku yang ikhlas, semoga anda dapat menjadi salah seorang pelabur yang
bahagia dan gembira. =)
7. Kenaikan Saham Yang
Dimanipulasikan
Memang tidak boleh dinafikan bahawa pasaran saham di mana-mana negara pun
terdapat kelakuan manipulasi. Kenaikan dan kejatuhan saham yang tidak
munasabah selalu berlaku pada penny stock di bawah manipulasi pihak tertentu.

Kita boleh lihat penny stock yang naik secara melompat berlipat ganda. Tetapi, kita juga
pernah lihat kaunter yang terbang tinggi jatuh secara drastik.

Banyak pelabur yang ingin kaya cepat. Mereka ingin mengaut untung setinggi 100%
dalam tempoh masa yang pendek.

Ketamakan adalah sifat kemanusiaan yang semula jadi. Pemain besar memahami sifat
ketamakan yang wujud di setiap pelabur. Maka, mereka mencipta “penipuan” dalam
pasaran kewangan untuk merampas wang daripada pelabur yang tamak.

Sekarang kita akan bincang tentang kelakuan manipulasi yang berlaku di pasaran
supaya kesedaran orang ramai terhadap kes-kes manipulasi dapat ditingkatkan.

Proses Manipulasi
Setiap manipulasi perlu melalui beberapa proses supaya pemain di belakangnya dapat
mengaut keuntungan yang besar. Antara proses yang terlibat adalah:

1. Perjanjian di antara pemegang saham utama dan trader untuk memastikan


pemegang utama tidak jual sahamnya dalam proses kenaikan. (Tekanan penjualan
pemegang utama akan mengganggu proses kenaikan)
2. Pengumpulan saham oleh trader. Mereka mengumpulkan saham secara diam-diam.
Proses ini boleh berlangsung selama suatu tempoh yang panjang.
3. Selepas trader berjaya mengumpul kuantiti yang cukup, mereka akan menaikan
harga kaunter tersebut supaya perhatian pelabur runcit tertarik.
4. Perhatian pelabur runcit tertumpu pada kaunter yang naik laju, mereka mula masuk
ke dalam kaunter tersebut. Semakin tinggi saham naik, semakin banyak pelabur
masuk.
5. Setelah saham naik ke paras tertentu, tekanan pembelian pelabur runcit sudah
cukup untuk menaikkan saham tersebut.
6. Situasi ini membekalkan peluang keemasan kepada trader dan pemegang utama
untuk melepaskan pegangannya dengan harga yang tinggi.

Ciri-ciri Kaunter Kegemaran Pemain Manipulasi


Merujuk kepada kajian saya, kaunter yang dimanipulasikan selalu mempunyai beberapa
ciri-ciri yang sama.

Ciri-ciri kaunter yang dimanipulasikan:

 Berharga murah. Penny stock selalu menjadi sasaran pemain manipulasi. Kos yang
rendah dalam proses pengumpulan saham.
 Bilangan saham syarikat yang kurang. Memudahkan proses pengumpulan saham.
 Sebahagian besar saham dipegang oleh pemegang saham utama.
 Saham kurang aktif, volume berada pada paras rendah dalam tempoh masa panjang.
Proses pengumpulan saham sedang berlangsung secara diam-diam.
 Syarikat yang tidak beruntung daripada perniagaannya.

Labur Berdasarkan Risiko yang Boleh Tanggung


Penglibatan diri dalam perdagangan penny stock adalah seperti pegang bom masa yang
akan meletup selepas suatu masa.

Anda tidak tahu bila ia akan meletup…

Anda adalah selamat jika berjaya menyerahkan bom masa ini kepada pelabur lain

Sesiapa yang lewat menyerah… Sesiapa yang pegang pada masa kehabisan bom ini…

Mereka akan CEDERA! TERKORBAN dalam permainan ini!

Tamak adalah sifat kemanusiaan yang semula jadi. Hanya pengalaman dan ilmu
boleh mngubah seseorang menjadi tidak tamak.

Anda mungkin juga menyukai