Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 2: ‘Pemuda Harapan Bangsa,Pemuda Tiang Negara’ Berdasarkan

ungkapan peribahasa tersebut, bincangkan peranan generasi muda dalam


memantapkan hubungan etnik dan seterusnya memastikan kelangsungan pembanguna
Negara kita.

Pemuda Harapan Bangsa ,Pemudi Tiang Negara membawa maksud sebagai


anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa
depan.1 peranan generasi muda dalam memantapkan hubungan etnik ialah dengan
memupuk nilai hormat-menghormati dan berkerjasama dalam diri masing-masing.
Nilai-nilai ini dapat dipupuk melalui pengelibatan diri remaja dalam aktiviti seperti
bergotong-royong ataupun program rukun tetangga. Para golongan muda yang
melibatkan diri dalam aktiviti seperti bergotong-royong dan rukun tetangga akan
dapat memupuk nilai kerjasama di antara jiran-jiran tetangga yang berlainan kaum.
Pengelibatan dalam aktiviti tersebut sekaligus dapat mengeratkan hubangan di antara
masyarakat pelbagai kaum, selain itu aktiviti tersebut juga dapat menjamin
kesejahteraan hidup warga setempat. Golongan muda berpeluang berkomunikasi dan
menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah,
“serampang dua mata”. Sambutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan
Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat
resam dan budaya kaum lain. Aktiviti-aktiviti tersebut juga dapat menyebapkan golongan

muda untuk memahami tentang kepelbagaian budaya dengan lebih dalam. Hanya dengan

memahami kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan cara hidup kaum lain yang
berbeza dapat mengelak seseorang daripada terperangkap dengan ucapan kebencian
dan jenayah kebencian terhadap mereka.2 Ini juga sekaligus dapat mengurangkan isu
sensitif yang boleh mengugat kenteteraman dan keharmonian di kalangan golongan
muda.
Seterusnya, sebagai pemuda harapan bangsa golongan generasi muda dapat
memastikan kelangsungan pembangunan negara dengan mengelakkan diri daripada
terlibat dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan kerajaan demi untuk
1
Zanariah Abdol, 2015, Peribahasa Watafa, Kuala Lumpur:Pelangi ePublishing Sdn Bhd
2
Berita Harian, 2017, Tangani ucapan kebencian, 4 julai
menyokong pembangunan negara. Golongan generasi muda hendaklah mengelakkan
diri dengan pengaruh- pengaruh negitif dan liar seperti,melepak, menghisap dadah,
gejala bohsia dan sebagainya. Budaya-budaya barat hendaklah disingkirkan daripada
minda semua generasi muda kerana budaya sebegini boleh boleh bertindak sebagai
barah yang mengancam keharmonian negara. Kerajaan telah menghabiskan berjuta-
juta ringgit demi untuk melaksanakan program pemulihan semula penagih dadah.
Wang yang begitu banyak sepatutnya dapat digunakan sebagai wang untuk
pembangunan dan kemajuan negara sekiranya semua golongan muda bersepakat
memerangi najis dadah. Golongan penagih dadah ini merupakan ‘duri dalam daging’
dan perosak Negara. Oleh itu golongan generasi muda ini hendaklah menghindari
daripada terjebak dalam gejala sosial yang tidak baik untuk memastikan
pembangunan negara dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.

Rujukan

Berita Harian, 2017, Tangani ucapan kebencian, 4 julai.

Berita harian ,2018, Kepelbagaian agama, budaya perlu dihormati, 15 Disember.

Darshene Mohan,(May 19, 2013), Peranan Generasi Muda Dalam Pembangunan


Negara. /doc/142356049/Peranan-Generasi-Muda-Dalam-Pembangunan-Negara.

Zanariah Abdol, 2015, Peribahasa Watafa, Kuala Lumpur:Pelangi ePublishing Sdn


Bhd.

Anda mungkin juga menyukai