Anda di halaman 1dari 1

Forum 3

Guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu,
kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha
merealisasikan aspirasi negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan
kesejahteraan. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa
tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui
negara ini. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus
diperkemaskan dari masa ke semasa..

Antara saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
dengan sentiasa peka terhadap perkembangan pendidikan yang pesat. Isu ini sangat terikat dengan
teknologi yang berkembang dari semasa ke semasa terutamanya di negara-negara maju seperti
Germany, United Kingdom , France dan lain-lain lagi. Hal ini kerana masyarakat pada zaman ini
semestinya terdedah kepada teknologi terutamanya kanak-kanak yang mahir menggunakan
teknologi tersebut berbanding guru mereka. Segelintir para pendidik mengambil endah akan
penggunaan teknologi ini kerana mereka beranggapan bahawa cara mengajar secara tradisional
adalah cara yang terbaik dan sudah memadai . Para pendidik akan berasa kekok menggunakan
teknologi yang ada pada hari ini jika mereka terus mempunyai mentaliti yang telah dibahaskan tadi.
Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya menambahbaik sistem
pendidikan di negara kita supaya ia sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini.

Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlulah berusaha dalam
memperingatkan para pendidik dan ibubapa pelajar supaya mereka dapat mendidik anak-anak
mereka ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Hal ini kerana,
para pendidik dan ibubapa akan lebih mengetahui dan menyedari penerapan nilai ke dalam diri
pelajar sehinggalah mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan agar dapat mencapai
kecemerlangan dan seterusnya melanjutkan pelajaran di tahap yang lebih tinggi. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah menetapkan satu matlamat yang perlu setiap pendidik di
sekolah masing-masing capai sehinggalah hal ini dapat sebati dalam pendidikan di negara ini.

Akhir sekali, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia disarankan untuk membuat ujian keatas
tenaga pengajar agar mereka akan lebih peka terhadap transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia. Dengan ini, tenaga pengajar akan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dalam mendidik
anak bangsa sekaligus meningkatkan status pendidikan di negara ini. Contohnya , tenaga pengajar
akan diberi anugerah atas pencapaian dalam melepasi piawaian yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada setiap tahun, satu ujian khas haruslah dilaksanakan bagi
memastikan setiap pendidik terus berkembang sehinggalah tamat tempoh mendidik mereka.
Justeru, hal ini akan melahirkan para pendidik yang sentiasa berkembang maju dalam meningkatkan
taraf pendidikan di Malaysia pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai