02 Modul Rumusan SPM 2020
02 Modul Rumusan SPM 2020
NAMA:…………………………………….
TINGKATAN: ……………………………
roosezah@yahoo.com 1
SET 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
mengamalkan gaya hidup sihat dan halangan-halangan yang dihadapi dalam
menjayakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Gaya hidup sihat bermaksud seseorang individu yang mempunyai badan yang sihat
dan selalu menjalani aktiviti yang berfaedah. Pada masa sekarang, sewajarnya
masyarakat mengetahui kepentingan amalan gaya hidup sihat. Waima begitu, pada era
globalisasi yang penuh dengan pancaroba ini, sesetengah ahli masyarakat tidak
mengamalkan gaya hidup sihat dengan memberikan pelbagai alasan. Sebenarnya,
mengamalkan gaya hidup yang sihat akan membawa banyak manfaat. Salah satu
kaedah untuk kekal sihat ialah melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti sukan kita dapat mengeluarkan
peluh, iaitu dengan mengeluarkan toksin yang terhasil dalam badan kita selain
memastikan jantung kita berfungsi dengan baik.
Kehidupan yang sihat juga diperoleh apabila kita dapat mengurus tekanan dengan
cara yang baik. Hasilnya, seseorang individu akan seimbang dari segi rohani, intelek,
emosi dan jasmani. Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang juga penting
dalam kehidupan seharian seseorang. Pengambilam makanan yang seimbang mestilah
berpandukan jadual piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Oleh itu, ibu bapa disarankan agar menyediakan makanan yang seimbang
dan berkhasiat untuk anak-anak. Seterusnya mengadakan aktiviti rekreasi bersama-
sama keluarga. Pada ketika itu, ibu bapa akan memimpin anak-anak melakukan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping anak-anak mendapat pengajaran dan
pendidikan secara langsung daripada kedua-dua ibu bapa mereka.
Rehat yang mencukupi juga dapat memberikan kelegaan kepada otak untuk
berehat. Menurut kajian, seseorang individu perlu tidur sekurang-kurangnya lapan
jam sehari. Dalam tempoh rehat ini, sel-sel otak yang rosak dapat dipulihkan dengan
sempurna. Hal ini dapat menyediakan seseorang individu untuk meneruskan aktiviti
kehidupan pada keesokan hari. Pemeriksaan kesihatan secara berkala sangat perlu
untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang. Sehubungan dengan itu, kakitangan
kerajaan telah disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan agar dapat
menjamin kualiti kehidupan yang sihat secara berterusan.
roosezah@yahoo.com 2
menjamin badan yang sihat dan otak yang cerdas. Seterusnya, keadaan ini dapat
melahirkan rakyat yang inovatif bagi menggerakkan negara menuju Wawasan 2020.
(ii) Ibu bapa memainkan peranan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan anak mereka.
(iii) Sejak belakangan ini, ramai individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Pada pendapat anda, jelaskan tiga kesan terhadap individu yang tidak
mengamalkan gaya hidup sihat.
[4 markah]
roosezah@yahoo.com 3
SET 2
Baca petikan brikut dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
untuk memartabatkan batik Malaysia serta kekangan untuk melaksanakannya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Seni batik merupakan merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa
Malaysia dan bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejak dulu lagi, fungsi
batik tidak pernah berubah sebagai busana kaum Hawa. Walau bagaimanapun,
Perdana Menteri telah berusaha menghidupkan seni batik ini semula dengan
mengarahkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Arahan
pemakaian batik selaras dengan usaha kerajaan menyokong usaha untuk
mengembangkan industri batik di negara ini, sekali gus mempopularkan semula
pakaian yang semakin dilupakan itu. Sesungguhnya, langkah mewajibkan pemakaian
batik telah memberi nafas baru kepada perkembangan industri batik negara untuk
terus berkembang maju.
Industri batik kini semakin berkembang pesat dan generasi Malaysia telah mula
mencintai batik. Golongan remaja juga sudah tidak berasa segan mengenakan batik
dengan gaya kasual. Selain itu, batik juga telah mendapat penghargaan sebagai
budaya seni yang begitu tinggi nilainya dan boleh dijadikan cenderamata kepada
sesiapa sahaja sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kita harus berterima kasih
kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang telah mengilhamkan serta
melancarkan Batik Malaysia: Ciptaan Untuk Dunia. Sejak dilancarkan, program
tersebut telah mendapat sambutan hebat, walaupun pada mulanya hanya bertujuan
untuk menimbulkan kesedaran orang ramai untuk mempertahankan seni batik. Selain
itu, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah
berusaha mengadakan Minggu Batik Malaysia 2005 bertujuan untuk berkongsi
kegemilangan dan keistimewaan batik Malaysia bersama-sama masyarakat tempatan
dan dunia.
roosezah@yahoo.com 4
matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri batik ini. Di samping
itu juga, teknologi baru seperti penggunaan mesin dan bantuan komputer untuk
menghasilkan batik yang lebih menarik dan berkualiti diperkenalkan. Selain usaha
yang dijalankan oleh pihak kerajaan, para pengusaha batik tempatan juga perlu
memainkan peranan mereka untuk meningkatkan kemajuan industri batik di negara
ini. Mereka perlu lebih kreatif dalam menghasilkan batik yang lebih menarik dan
lebih bermutu bagi memastikan batik tempatan mampu bersaing dengan batik dari
negara-negara lain. Mereka juga perlulah bersedia untuk melabur untuk meningkatkan
pasaran batik ke peringkat global.
Secara tuntas, apa-apa yang selama ini menjadi identiti bangsa sebagai warisan
tradisi yang wajar dipertahankan terutama yang membabitkan seni budaya tempatan
seperti seni batik ini. Sudah tiba masanya seni batik Malaysia yang diusahakan secara
turun-temurun, kembali berdaya maju seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini dan
terus bertapak di hati generasi demi generasi sebagai khazanah bangsa yang
dibanggakan.
(i) Berikan maksud rangkai kata warisan tradisi yang wajar dipertahankan.
[2 markah]
(ii) Nyatakan tiga kesan langkah kerajaan mewajibkan kakitangan awam memakai
baju batik setiap Khamis.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, selain melalui industri batik, apakah bidang lain yang
boleh diketengahkan untuk memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing?
roosezah@yahoo.com 5
SET 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
langkah-langkah mengekalkan gaya hidup sihat dan halangan mengekalkannya.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dewasa ini, pembangunan arus globalisasi merupakan perkara yang kian pesat
berkembang di negara kita. Namun begitu, dalam mengejar arus modenisasi, kita
seharusnya menitikberatkan perihal kesihatan. Tanpa kehidupan yang sihat nescaya
kita terdedah dengan penyakit yang berbahaya. Oleh itu, mengamalkan gaya hidup
sihat merupakan langkah yang wajar dijadikan amalan. Antara amalan gaya hidup
sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mengamalkan
pemakanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan badan kita sihat dan tidak
terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita
mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, dan kencing manis.
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan
aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksin dalam badan pula
akan keluar melalui peluh semasa kita bersenam. Senaman yang kita lakukan akan
membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. Pada
waktu yang sama, kita perlu menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-
tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Jangan sesekali
membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibiarkan di luar rumah kerana akan
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Di samping itu, kita juga hendaklah membuat
pemeriksaan kesihatan. Apabila mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh
mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam
keadaan baik. Jika tidak membuat pemeriksaan, tanpa kita jangka, tiba-tiba sahaja kita
rebah.
Kita juga perlu mempunyai pemikiran positif yang mampu memberikan jalan
penyelesaian bagi kemelut yang serius tanpa menghadapi tekanan yang berlebihan.
Gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang berdisiplin dan sihat dari segi
fizikal dan persekitarannya. Sehubungan itu, kita hendaklah sentiasa menjaga
kebersihan diri. Malah, kita hendaklah sentiasa berbaik-baik dengan jiran. Jiran yang
baik bukan sahaja dapat mengukuhkan ikatan silaturahim, malahan melahirkan jiwa
yang tenang. Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa peka dengan keadaan persekitaran
kerana persekitaran yang baik dapat mengekalkan keharmonian hidup kita.
roosezah@yahoo.com 6
Soalan 2(a) Petikan Umum
(ii) Pengarang menyatakan beberapa kelebihan apabila memiliki tubuh yang sihat.
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah rakyat Malaysia rata-rata mengalami obesiti.
roosezah@yahoo.com 7
SET 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan
ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010.
Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta
bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan
pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat
penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Di samping itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar
seperti bekalan elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan
meningkatkan ekonomi rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja
tempatan di kawasan luar bandar. Justeru, pelbagai program dan projek dirancang
oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti
pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran
Elektrik Kota Kinabalu, Sabah.
roosezah@yahoo.com 8
Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah
komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada
terjerumus dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan
kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh yang telah dibina, kerajaan yakin dapat
mencipta kejayaan lebih besar.
Huraikan pendapat anda tentang tiga cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi
negara.
[4 markah]
roosezah@yahoo.com 9
SET 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan
kaunselor dan langkah-langkah untuk menggalakkan murid mendapatkan
khidmat kaunselor. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Murid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah
pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor? Ramai murid yang masih kabur
tentang dan kriteria sebenar kaunselor dan kriteria individu yang memerlukan
khidmatnya. Sebagai orang yang terlatih, kaunselor melaksanakan tugas berlandaskan
pengetahuannya dalam bimbingan dan kaunseling yang mampu menangani
sebahagian masalah di sekolah. Antara masalah yang dialami oleh murid ialah
tekanan emosi. Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk menolong murid
mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan
tentang cara menangani masalah yang dihadapi.
roosezah@yahoo.com 10
(Dipetik dan diubah suai daripada
Memanfaatkan Khidmat Kaunselor,
oleh Nadiah Naufal, Dewan Siswa, April 2012)
roosezah@yahoo.com 11
SET 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah menangani masalah emosi murid dan kebaikan
mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Tragedi seorang murid mati akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah
memang menyayat hati. Kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes
terpencil namun tidak boleh diambil mudah kerana berkait rapat dengan masalah
emosi murid. Sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kebiasaannya melibatkan
mental. Oleh sebab itu, satu mekanisme mengenal pasti masalah depresi mental dari
peringkat awal perlu diwujudkan oleh pihak sekolah agar dapat ditangani
seawal mungkin sebelum menjadi serius.
Pelbagai pendekatan juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama ibu
bapa dan pihak sekolah amat membantu dalam menangani permasalahan emosi
murid. Paling mudah, ibu bapa segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-
anak mereka menghadapi masalah selain tidak menyerahkan bulat-bulat kepada
sekolah menangani masalah tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru menganjurkan
Kursus Kemahiran Keibubapaan sebagai kaedah penyelesaian terbaik kepada
masyarakat agar masalah emosi murid ini dapat diatasi. Segalanya terpulang kepada
kebijaksanaan pentadbir sekolah dan guru untuk menjadualkan aktiviti murid supaya
dapat melahirkan modal insan yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti unggul.
roosezah@yahoo.com 12
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Kemukakan tiga punca. [4 markah]
roosezah@yahoo.com 13
SET 7
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah bersenam kepada orang ramai dan masalah-masalah untuk melakukan
senaman. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman
menyumbang kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang akan
melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyalurkan
darah ke otak yang kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan keperluan
oksigen kepada otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak
mengantuk. Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran
walaupun kepada golongan dewasa. Kita juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan
setelah melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu,
senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.
Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenalin akan
dibebaskan dan menyebabkan salur darah mengecil. Dengan itu tekanan darah akan
meningkat dan darah sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Sebagai
kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi keperluan oksigen
kepada bahagian otot berkenaan. Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih
baik kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme
tinggi. Hasilnya, seseorang akan sentiasa gembira dan tenang.
roosezah@yahoo.com 14
(i) Berikan maksud rangkai kata strategi yang berkesan. [2 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan
seseorang bersenam?
[4 markah]
SET 8
roosezah@yahoo.com 15
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah pengurusan masa dengan berkesan dan kekangan untuk menguruskan
masa bagi seseorang pelajar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
roosezah@yahoo.com 16
Kesimpulannya, sebagai pelajar kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran
tetapi juga perlu berjaya dalam bidang sukan, aktiviti kokurikulum, agama dan aktiviti
kemasyarakatan. Oleh itu, kita perlu mengurus masa dengan betul supaya aktiviti
harian dapat dijalankan dengan berkesan, seterusnya melahirkan modal insan yang
bermoral selaras dengan Wawasan 2020. Pelajar yang pandai mengurus masa
biasanya akan berjaya dalam kehidupan dan berani menghadapi rintangan hidup. Hal
ini akan menjamin kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kejayaan yang harus dicapai oleh seorang
pelajar selain pelajaran.
(iii) Jadual belajar amat penting untuk membantu pelajar menguruskan masa dengan
berkesan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.
SET 9
roosezah@yahoo.com 17
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan penganjuran pesta buku dan cara-cara menarik minat pengunjung
ke pesta buku. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Saban tahun banyak pihak termasuk agensi-agensi kerajaan yang telah menganjurkan
pesta buku. Contoh terbaharu ialah penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur. Sepanjang pesta itu diadakan, kita melihat semangat kecintaan terhadap
buku yang luar biasa. Mungkin yang kita lihat itu gambaran luaran semata-mata,
tetapi sekurang-kurangnya kita dapat melihat manusia dari semua peringkat datang
berbondong-bondong ke tempat pesta itu diadakan. Dianggarkan lebih daripada sejuta
pengunjung telah membanjiri premis pesta berkenaan. Hal ini memberi petunjuk
kejayaan dan kepentingan penganjurannya.
Dalam pesta buku, pengunjung berpeluang memilih pelbagai judul buku dalam
pelbagai jenis bidang dan sub bidang ilmu. Namun sebaik sahaja pesta buku berakhir,
peluang tersebut tidak muncul lagi, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan
luar bandar tetapi bagi mereka yang tinggal di bandar besar mereka boleh memilih ke
kedai buku mega di gedung-gedung membeli belah untukmendapatkan buku. Oleh itu,
wajar sekali pesta buku dalam skala tertentu terus diadakan dari semasa ke semasa,
bergerak dari sebuah bandar kecil ke sebuah bandar kecil yang lain. Tempoh pusingan
setahun, sehingga munculnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan
datang mempu meningkat dan mengekalkan momentum minat membeli dan membaca
dalam kalangan masyarakat kita.
Pesta buku biasanya turut menawarkan potongan harga yang luar biasa bagi
menarik minat orang ramai membeli buku dan membacanya. Pelbagai acara yang
dianjurkan dalam pesta buku juga secara tidak lansung akan memperkenalkan penulis,
penerbit, pengkritik dan personel lain yang terlibat dalam bidang ini. Acara-acara ini
mendekatkan dunia industri pembukuan, kepengarangan dan apresiasi karya kepada
khalayak. Malang selepas pesta, jarang-jarang kita mendengar adanya acara-acara
seperti ini. Penganjuran acara-acara ini dari semasa ke semasa di pelbagai tempat
yang strategik akan membantu menyuburkan dunia pembukuan dan yang lebih
penting daya intelektual masyarakat dapat ditingkatkan Industri penerbitan yang
merupakan tunjang kepada kejayaan penganjuran sesuatu pesta buku bukanlah
semata-mata berfokus kepada keuntungan material, tetapi kepada cara ilmu
pengetahuan dapat disebarkan, dihidupkan dan dimanfaatkan oleh anggota
masyarakat.
Akhir sekali, pesta buku akan memberi lebih banyak peluang kepada anggota
masyarakat kita untuk mendapatkan bahan bacaan yang terkini dan bermutu sama dari
dalam luar negara. Penyertaan penerbit atau pempamer dari lua negara akan turut
mengangkat prestij Pesta Buku Antarabangsa Kula Lumpur dan seterusnya
mengekalkan momentum perkembangan minat membeli dan membaca dalam
kalangan masyarakat.
roosezah@yahoo.com 18
(i) Berikan maksud rangkai kata membanjiri premis. [2 markah]
(ii) Apakah matlamat industri penerbitan yang merupakan tunjang kepada kejayaan
penganjuran sesuatu pesta buku?
[ 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa mampu memupuk budaya membaca
dalam kalangan anak-anak?
[ 4 markah]
SET 10
roosezah@yahoo.com 19
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah remaja menyertai persatuan dan langkah-langkah menggalakkan
penyertaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Golongan remaja sering mendapat perhatian ramai. Banyak kes yang dicetuskan oleh
golongan remaja sehingga mereka dipandang serong akibat perbuatan yang tidak
bermoral dan bertentangan dengan hukum agama. Bagi remaja yang telah
menamatkan persekolahan dan masih belum bekerja, mereka banyak mempunyai
masa terluang.
Untuk mengatasi rasa bosan dan mengisi masa terluang, remaja mengambil
peluang untuk berkumpul bersama dengan rakan sebaya. Apabila berkumpul, sikap
remaja biasanya menjadi lebih agresif dan mudah terdorong untuk melakukan
perbuatan yang mendatangkan keseronokan tanpa memikirkan baik dan buruknya.
Perkara buruk mudah mendapat perhatian remaja tanpa disedari kerana perkara itu
biasanya lain daripada yang lain. Selain itu, melakukan perbuatan tersebut merupakan
kemegahan dan kepuasan.
Terdapat banyak persatuan yang sesuai disertai oleh golongan remaja. Mereka
boleh memilih untuk menyertai persatuan bergantung pada minat dan kebolehan
masing-masing. Terdapat persatuan yang beroperasi pada peringkat antarabangsa,
kebangsaan, negeri, daerah dan tunggal. Bentuk persatuan pula termasuklah bersifat
sukarelawan, keagamaan, sukan, dan hobi. Semua persatuan adalah baik untuk
disertai oleh remaja memandangkan matlamat penubuhannya berasaskan pada tujuan
yang murni.
roosezah@yahoo.com 20
Persatuan juga memberikan pendedahan kepada remaja tentang kepimpinan.
Biasanya, remaja diberi tugas untuk menjadi ahli jawatankuasa kepada persatuan yang
disertai. Jawatan dalam persatuan merupakan satu penghormatan kepada remaja.
Pendedahan awal pengalaman memimpin persatuan merupakan asas terbaik untuk
mendidik dan membentuk remaja menjadi pemimpin. Lambat-laun remaja akan
menggantikan pemimpin yang lama. Mereka memerlukan pendedahan awal agar
dapat mengambil alih tugas berat itu dengan persediaan yang cukup. Seorang
pemimpin bukannya dilahirkan, tetapi terbentuk melalui asuhan dan pengalaman yang
berterusan.
[2 markah]
(iii) Masih terdapat golongan remaja yang tidak suka berpersatuan atas beberapa
faktor.
[4 markah]
SET 11
roosezah@yahoo.com 21
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan-kepentingan menabung bagi golongan remaja dan cara-cara untuk
menarik minat golongan remaja menabung. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan
keluarga terutamanya dengan anak-anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu
bapa pada hari ini memanjakan anak-anak remaja mereka dengan wang ringgit.
Mereka menganggap bahawa cara itu sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap
anak-anak. Walau bagaimanapun, tindakan ini lama-kelamaan akan menyebabkan
golongan remaja ini lupa diri. Walaupun ibu bapanya mempunyai harta yang banyak
dan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi
remaja untuk bersikap boros dan tidak mengendahkan amalan menabung yang dapat
dijadikan sebagai simpanan masa depan.
Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat
tatkala tangan mereka memegang wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga
dapat mendidik golongan remaja untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap
beringat-ingat semasa senang mampu mengelakkan golongan remaja daripada
menghadapi masalah kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana duit simpanan
amat penting terutamanya untuk digunakan pada masa-masa kecemasan, misalnya
untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanya
bagi remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh daripada
keluarga.
Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit
simpanan mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini,
remaja dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Hal ini dikatakan
demikan kerana kos belajar di institusi pengajian tinggi agak mahal. Walaupun
kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau biasiswa, remaja tetap perlu
menyediakan sejumlah wang yang mencecah beberapa ribu ringgit semasa
pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya seseorang itu mempunyai
wang tabungan, mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa
ditanggung selepas mereka menamatkan pengajian kelak.
roosezah@yahoo.com 22
(i) Berikan maksud rangkai kata lupa diri. [2 markah]
(iii) Pada pendapat anda, selain memberikan alasan bergaji kecil, apakah alasan-
alasan lain yang biasanya dinyatakan oleh seseorang yang tidak mahu
menabung?
[4 markah]
SET 12
roosezah@yahoo.com 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam bidang ekonomi dan
kekangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Kaum wanita pada zaman dahulu sering dikaitkan dengan peranan mereka sebagai
suri rumah, tetapi kini pencapaian wanita sudah memasuki fasa yang lebih luas dan
cemerlang serta berjaya memecahkan dominasi lelaki, sama ada dalam bidang
kepimpinan, pentadbiran, mahupun keusahawanan. Oleh sebab golongan wanita di
negara ini mewakili separuh daripada jumlah penduduk negara, penglibatan mereka
dalam pembangunan ekonomi sangat penting untuk meningkatkan pendapatan negara
dan sekali gus membantu meningkatkan status sosioekonomi keluarga.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, menyeru supaya
sektor swasta turut meningkatkan penyertaan wanita di Malaysia dalam jawatan
peringkat tertinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan anggota lembaga pengarah.
Beliau juga menyarankan syarikat korporat membuka mata untuk menilai kebolehan
wanita dari sudut yang lebih signifikan. Dalam memperkasakan kuasa wanita sebagai
antara agen pembangunan ekonomi negara, pada tahun 1989, kerajaan mengambil
inisiatif untuk menggubal Dasar Wanita Negara. Penggubalan dasar ini
memperlihatkan komitmen kerajaan yang bertujuan untuk mengintegrasikan
sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara, di samping menjaga
kepentingan dan penyertaan wanita supaya tidak diketepikan.
Selain itu, usaha ke arah menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan
wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat juga dilaksanakan. Usahawan wanita
hendaklah meneroka peluang dan faedah yang wujud daripada pembangunan. Bagi
memastikan golongan wanita dapat terus memacu pendapatan syarikat, usahawan
wanita negara ini diseru untuk mendaftar dengan mana-mana persatuan usahawan.
Hal ini bagi membolehkan mereka mendapat lebih banyak maklumat, khususnya
tentang peluang untuk mengembangkan perniagaan, meningkatkan pengetahuan
dalam bidang keusahawanan, di samping membina rangkaian kerja yang lebih kukuh.
Usahawan wanita perlu mendekatkan diri dengan jaringan yang sesuai dan
menjalinkan rangkaian yang lebih luas untuk menjana pendapatan perniagaan
masingmasing. Mereka juga perlu berusaha untuk merebut peluang atau peruntukan
yang boleh dimanfaatkan.
roosezah@yahoo.com 24
(i) Berikan maksud rangkai kata meningkatkan status.
[ 2 markah]
(ii) Usahawan wanita akan mendapat maklumat jika mereka berdaftar dengan
persatuan usahawan.
[3 markah]
(iii) Wanita perlu memiliki ilmu yang tinggi dan kemahiran untuk berjaya dalam
bidang keusahawanan.
[4 markah]
SET 13
roosezah@yahoo.com 25
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan
generasi muda dalam mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan
kesedaran tentang semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Tahun ini Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun. Diam tidak diam
sudah hampir separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah.
Menjadi rutin tahunan, menjelang sahaja bulan Ogos atau juga dikenali bulan
kemerdekaan, agensi atau kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Namun begitu, perkara yang menjadi
kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak mengambil endah tentang hari
kemerdekaan. Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam.
Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha keras
mereka sendiri dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Walau bagaimanapun, generasi
muda juga menghadapi pelbagai masalah. Jika hal ini tidak diatasi secara menyeluruh
akan memberi kesan kepada usaha pembangunan. Pelbagai permasalahan sosial dalam
kalangan generasi muda kerap diperkatakan. Hal ini terbukti menerusi kes jenayah
dan salah laku membabitkan mereka di negara kita kian serius dan bertambah kronik.
Penyalahgunaan dadah pula masih lagi memberi petunjuk bahawa kedudukan masalah
ini masih pada peringkat yang membimbangkan. Kesan penyalahgunaan dadah
kepada negara boleh membantutkan usaha untuk menjayakan dasar-dasar yang
diwujudkan. Oleh itu, generasi muda perlu mengelakkan diri daripada dadah kerana
mereka merupakan aset yang bernilai bagi negara.
Generasi muda perlu membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan
kestabilan negara. Hal ini demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara
daripada serangan musuh sama ada berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan pula,
tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang pada
konsep keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati
kemakmuran dan kemajuan bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan
mengisi perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan
terus diamalkan di samping dapat mengurus negara dengan bijak. Sesungguhnya
kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan komitmen
semua pihak terutama generasi muda.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Di manakah Semangat Patriotisme Kita,
oleh Dewan Siswa, Ogos 2015)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
roosezah@yahoo.com 26
(i) Berikan maksud rangkai kata membantutkan usaha.
[2 markah]
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang anda peroleh daripada Sambutan
Bulan Kemerdekaan tersebut?
[4 markah]
SET 14
roosezah@yahoo.com 27
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kaedah-
kaedah menjaga kesihatan sepanjang hayat dan punca-punca kebanyakan
individu tidak sihat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap
individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun
begitu, pelbagai jenis penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan
kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh, sebaliknya perlulah
dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif untuk mengekalkan tahap
kesihatan.
Setiap individu juga sepatutnya menikmati pelbagai jenis makanan dengan kadar
yang sederhana. Di samping itu, lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
dalam diet harian agar tubuh badan mendapat bekalan vitamin yang secukupnya.
Aspek lain yang tidak wajar diabaikan tentang pengambilan makanan apabila
berhadapan dengan sajian ialah seseorang itu hendaklah bijak mengawal nafsu makan
apatah lagi ketika makan di luar.Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan
individu yang berusaha sedaya upaya untuk menghabiskan makanan yang
dihidangkan akibat kemahuan menjamah makanan sukar dikekang.
Amalan pemakanan yang kurang sihat turut mengundang musibah kerana perut
merupakan ibu segala penyakit. Oleh sebab itu, molek benar sesiapa sahaja
mengamalkan diet sihat dalam amalan pemakanan agar tidak menderita pelbagai jenis
penyakit walaupun usia masih muda. Sehubungan dengan itu, setiap individu perlu
mendisiplinkan diri tentang amalan mengawal kesihatan dengan harapan dapat
menikmati hidup yang sihat sepanjang hayat. Untuk memastikan seseorang itu kekal
sihat, kegiatan atau bersenam dan mematuhi nasihat pakar tidak wajar diabaikan
supaya amalan yang dapat menjejaskan kesihatan dan kehidupan dapat dihindari.
Sebenarnya, untuk kekal sihat bukanlah sesuatu yang sukar kerana pilihannya terletak
dalam tangan kita sendiri.
Selain itu, setiap orang perlu mengambil tindakan yang positif dengan menjalani
ujian saringan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya setiap dua kali setahun
supaya tindakan awal dapat diambil jika mengalami masalah kesihatan. Kita harus
sedar bahawa kita sendirilah yang menentukan sama ada kita mahu terus hidup secara
sihat atau tidak mengendahkan amalan gaya hidup sihat.
roosezah@yahoo.com 28
Berita Harian, 2 Januari 2016)
(i) Berikan maksud rangkai kata pilihannya terletak dalam tangan kita sendiri.
[2 markah]
(iii) Kebanyakan penyakit berbahaya berlaku disebabkan amalan gaya hidup tidak
sihat sejak kecil lagi.
Pada pendapat anda, apakah kesan yang terpaksa ditanggung oleh seseorang yang
tidak mengendahkan amalan gaya hidup sihat?
[4 markah]
SET 15
roosezah@yahoo.com 29
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara ibu bapa memperkasakan sifat positif remaja dan kepentingannya kepada
negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Remaja sentiasa dilihat dengan prejudis. Bertemu dengan teman dilabelkan sebagai
melepak, apabila menyuarakan perasaan, dikatakan kurang ajar, menunggang motor
dikatakan ‘merempit’ dan berambut panjang terus dikatakan muka penjenayah. Rasa
ingin cepat mendapat status dewasa menyebabkan remaja suka bertanya, mengkaji,
menyiasat, membuat pertimbangan tentang benar dan salah, mencuba, dan mengambil
berbagi-bagai tindakan yang dilihat aktif. Masa inilah sebenarnya amat genting bagi
remaja untuk membentuk identiti diti. Kesilapan dalam tindakan dan membuat
keputusan memberikan kesan buruk yang sering dikaitkan dengan kehidupan remaja.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk mendampingi dan
membimbing remaja dengan menjawab pertanyaan, berkongsi pengalaman atau
maklumat, menyokong aktiviti, dan memberikan kata semangat. Bantuan ibu bapa
dapat memberikan remaja data dan fakta yang berguna untuk membuat kesimpulan
terhadap sesuatu yang berlaku atau dilakukan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
memberikan kebebasan atau pilihan kepada remaa untuk melakukan apa-apa yang
diingini, asalkan mendatangkan kebaikan.
Rasa ingin tahu yang diisi dengan maklumat, ilmu, dan pengalaman yang benar
dan betul dapat meningkatkan kefahaman remaja terhadap sesuatu perkara. Ibu bapa
perlu menyokong dan menjadi pemangkin kuasa yang amat bertenaga yang
memberikan kekuatan untuk remaja melonjak lebih cepat berbanding dengan rakan
sebaya dalam meniti perjalanan menuju alam dewasa. Sebenarnya dewasa itu bukan
diukur pada usia, tetapi kematangan berfikir, bertindak dan berdikari.
Rasa ingin tahu yang diikuti pengajaran dan pembelajaran yang betul
menjadikan remaja lebih faham, bijak, yakin, dan aktif untuk mencapai perkara lebih
baik. Namun begitu, kegagalan mencapai apa-apa yang diingini jika tidak dipantau
akan menyebabkan remaja semakin tersasar daripada matlamat asal. Oleh itu, ibu
bapa jangan mudah menghukum remaja dengan apa-apa yang berlaku sebaliknya ibu
bapa perlu memberikan keyakinan baharu kepada mereka untuk memperbaikinya.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memahami hasrat remaja dengan memberikan
bimbingan yang sewajarnya. Misalnya, remaja merupakan golongan yang suka
berhibur maka berikanlah peluang itu dengan batasan dan bimbingan yang bijaksana.
Sebenarnya, keinginan berhibur merupakan fitrah yang bukan sahaja diingini
golongan remaja, bahkan semua peringkat umur. Bezanya, hiburan dalam kalangan
remaja sering dikaitkan dengan hiburan melampau dan merosakkan. Inilah sebab
remaja perlu bimbingan dan penjelasan mengenai batasan serta baik buruk sesuatu
tindakan. Sikap ibu bapa yang terlalu mengongkong remaja daripada berhibur
memberikan kesan buruk dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, ibu bapa jangan
terlampau mengongkong anak-anak selagi tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak
melanggar norma dan nilai masyarakat. Dalam erti kata yang sebenar, ibu bapa perlu
bermuhasabah tentang punca sebenar berlakunya isu itu.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
Membina dan Memperkasakan Sifat Positif Remaja,
oleh Lokman Ismail, Dewan Siswa, Mac 2016)
roosezah@yahoo.com 30
Soalan 2(a) Petikan Umum
(ii) Pengarang menyatakan beberapa cara untuk ibu bapa mendampingi dan
membimbing remaja.
(iii) Remaja merupakan modal insan yang amat berharga kepada negara pada masa
akan datang.
SET 16
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-
roosezah@yahoo.com 31
punca kemerosotan nilai kejiranan dan cara-cara mengatasinya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di
kiri, di depan atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah
rumah dari setiap penjuru sesebuah kawasan kediaman termasuklah di taman
perumahan, kampung, dan pangsapuri. Orang tua-tua pernah berkata, jiran tetangga
yang baik umpama adik-beradik yang dapat bekerjasama dalam kalangan masyarakat
serta membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Jiran yang baik juga dapat
membentuk semangat kekitaan bagi melahirkan semangat bersatu padu serta
membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain sehingga
tercetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Keadaan ini bukanlah sesuatu
yang asing kerana jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita dan menjadi
orang yang pertama datang untuk menghulurkan bantuan sebelum ketibaan adik-
beradik dan saudara-mara kerana jarang-jarang kedapatan adik-beradik duduk berjiran
terutamanya di bandar.
roosezah@yahoo.com 32
[ 2 markah ]
[ 4 markah ]
SET 17
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
roosezah@yahoo.com 33
kepentingan berfikiran positif dalam kalangan remaja dan kekangan untuk
mengamalkannya. Panjang rumusan anda mestilahtidak melebih 120 perkataan.
Remaja hebat merupakan golongan muda yang sentiasa fokus terhadap apa-apa
yang terbaik bagi diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara. Remaja yang hebat
ialah remaja yang bersikap positif dan menjadi aset penting dalam proses pembangunan
negara. Berfikiran positif merupakan tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara
yang berlaku kepada diri atau persekitaran sekitar mereka.. Hal ini berkaitan dengan
cara seseorang mengurus minda mereka. Orang yang berfikiran positif biasanya
cenderung untuk memberikan tindak balas yang terbaik terhadap sesuatu yang
berlaku. Sikap yang terbaik itu menjadi perkara yang akan berlaku secara spontan jika
seseorang sering berfikiran positif.
Dalam konteks remaja,. pemikiran positif ini mampu untuk menjadi perisai
kepada remaja daripada ancaman penjajahan minda yang boleh merosakkan diri
mereka. Perkara ini penting kerana remaja merupakan kumpulan pewaris negara yang
sedang mengalami proses perubahan daripada tempoh zaman kanak-kanak orang
dewasa. Dalam proses perubahan tersebut, remaja yang berfikiran positif akan
menjadikan seseorang itu lebih tenang dan mudah untuk membuat keputusan yang
rasional. Di sini, pentingnya remaja itu melihat sesuatu perkara yang berlaku dengan
pemikiran yang rasional agar dapat dijadikan sebagai penangkis dalam melakukan
perbuatan di luar batasan. Dengan pemikiran yang positif itu, remaja dapat menilai
keadaan yang berlaku di sekitar mereka dan bersedia untuk menghadapi kehidupan
yang sebenar.
Tokoh motivasi terkenal, Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, sering menegaskan
kepentingan berfikiran positif dalam apa-apa juga keadaan dan cabaran. Setiap manusia
pasti akan menghadapi kesukaran dan kepayahan dalam usaha mencapai nikmat
kehidupan di dunia. Perbezaannya ialah cara setiap individu mengendalikan cabaran
tersebut. Jika melihat cabaran dari sudut yang positif, mereka akan menghadapi
masalah sebagai perkara yang mencabar diri mereka. Pemikiran positif juga dapat
dibentuk melalui pendekatan melihat sesuatu perkara dari perspektif agama. Dengan
adanya pemikiran yang waras yang disemai dengan benih ilmu keagamaan, remaja
tidak akan mudah melatah dan emosional. Sementara itu, remaja haruslah sentiasa
merenung konsep kehidupan yang sebenarnya sedalam-dalamnya. Remaja harus ingat
bahawa setiap perkara yang berlaku itu sesuai untuk kita. Dalam konteks ini, berfikiran
positif mewajarkan seseorang menerima bahawa sesuatu yang berlaku adalah sesuai
dengan kemampuan diri mereka. Dengan kata lain, remaja yang berfikiran positif
ialah modal insan yang berguna kepada negara, agama dan bangsa dan pencetus
kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan.
roosezah@yahoo.com 34
(ii) Remaja yang hebat mempunyai ciri-ciri yang tertentu berbanding dengan remaja
yang lain.
(iii) Ramai pakar motivasi di negara ini memberikan panduan seseorang remaja untuk
meningkatkan kemajuan diri dalam pelbagai bidang.
[ 4 markah ]
SET 18
roosezah@yahoo.com 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan
tentang peranan pusat sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah
kurang dikunjungi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu
perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu dan sumber
pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat
pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat pengumpulan bahan-
bahan alat pandang dengar, sekarang kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk
menjadi pusat sumber sekolah.
Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran.
Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden,
iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian,
setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi
memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat sumber sekolah
sememangnya dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat
memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan. Oleh itu,
golongan pendidik sentiasa diingatkan supaya menghasilkan pengajaran yang
berkesan.
Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat
bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak
pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan.
Antaranya termasuk penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah.
Selain itu, pusat sumber sekolah mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan
murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan
bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.
roosezah@yahoo.com 36
oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011)
SET 19
roosezah@yahoo.com 37
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang kesan negatif
penggunaan beg plastik dan cara-cara menyedarkan orang ramai tentang
bahaya beg plastik. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Oleh sebab itu, orang ramai perlulah melakukan perubahan dengan cara
membawa barang-barang yang dibeli menggunakan troli. Mereka juga boleh
membawa beg kitar semula ketika membeli barang-barang keperluan semasa
membeli-belah. Isu tentang kesan negatif sisa beg plastik terhadap ekologi dan alam
sekitar bermula sejak beberapa tahun yang lalu khususnya di negara-negara barat.
Kesedaran berkaitan dengan perkara ini timbul selaras dengan meningkatkan
keprihatinan manusia terhadap kepentingan alam sekitar yang semestinya hanya
diganggu secara minimum walaupun sesebuah negara itu mengejar pembangunan.
Pada tahun 2008, akhbar ‘The Guardian’, United Kingdom telah membuat
laporan tentang sejumlah 13 bilion beg plastik diberikan secara percuma kepada
pelanggan pasar raya di negara tersebut. Kajian juga menunjukkan bahawa setiap beg
plastik yang dibuang mengambil tempoh antara 400 hingga 1000 tahun untuk hancur
menjadi cebisan bertoksik. Dalam pada itu, cebisan ini memberikan kesan yang buruk
pula terhadap tanah dan saliran air. Kesan ini turut membabitkan rantaian makanan
haiwan kerana turut dimakan oleh haiwan. Kebanyakan beg plastik yang dibuang ke
dalam sungai atau laut pula telah mencemarkan pantai dan kawasan sekitarnya.
Haiwan laut seperti penyu juga akan menerima kesan setelah memakannya.
roosezah@yahoo.com 38
(i) Apakah maksud rangkai kata diganggu secara minimum? [2 markah]
(iii) Masih terdapat sebilangan rakyat negara kita yang tidak menyedari bahaya
penggunaan beg plastik.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? Berikan tiga sebab.
[4 markah]
SET 20
roosezah@yahoo.com 39
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-
kesan penggunaan kata slanga dan cara-cara mengawal penyebaran kata slanga.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Slanga ditakrifkan sebagai kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku dan
biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Penggunaan kata slanga seperti
caya, cintan dan jiwang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian daripada
bahasa dalam kalangan remaja bagi menggambarkan identiti mereka. Dalam bentuk
tulisan, bahasa tersebut bukan sahaja digunakan dalam bacaan ringan seperti komik
dan majalah hiburan yang bertujuan santai serta hiburan, malah sistem khidmat
pesanan ringkas (sms) turut menggunakan bahasa pelik itu bagi memudahkan
perbualan.
Pada tahap permulaan evolusi bahasa Melayu, berlaku pemendekan istilah yang
masih mudah difahami. Pada tahap pertengahan pula, berlaku penyerapan kata-kata
kepada bahasa lisan seperti yang digunakan dalam perbualan. Perkembangan
selanjutnya, memaparkan pemelatan kata-kata dengan tujuan memeriahkan suasana
perbualan dan menambahkan kemesraan. Sesungguhnya, penggunaan kata-kata
slanga dalam bentuk percakapan masih boleh diterima tetapi apabila digunakan dalam
bentuk tulisan yang diterbitkan, penggunaannya boleh menjejaskan kedaulatan
bahasa. Jika keadaan ini dibiarkan, dikhuatiri kecenderungan penggunaan bahasa
remaja yang makin meluas ini akan memberi kesan buruk terhadap penguasaan
bahasa Melayu Baku dalam kalangan pelajar. Pengaruh kata slanga sebeginilah yang
mendatangkan kerisauan bukan sahaja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang
bahasa Melayu, malah ibu bapa juga bimbang akan kebanjiran komik menggunakan
kata slanga di pasaran.
Kesan yang amat ditakuti ialah penyelewengan bahasa makin berleluasa dari
alam maya ke alam realiti apabila penggunaan istilah, pemendekan kata dan ayat di
ruang siber digunakan dalam perbualan sesama teman dan guru. Jika dibiarkan sahaja,
pencemaran bahasa akan menjadi satu kebiasaan. Sekiranya kita menerima kebiasaan
ini bagi penggunaan pada alam realiti, maka akan lenyap bahasa Melayu baku yang
gramatis dan murni. Sebaliknya, pengguna Internet seharusnya mencari jalan untuk
memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Laras Internet sebaiknya disimpan saja
dalam Internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan
kekal relevan.
roosezah@yahoo.com 40
Sidang Pengarang, Berita Harian, Mac 2009)
(iii) Sebagai seorang murid, apakah peranan-peranan yang dapat anda lakukan untuk
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan rakan anda?
[4
markah]
roosezah@yahoo.com 41