Anda di halaman 1dari 2

Akta Kerja 1955 – Pindaan Pada Seksyen 60D

Seksyen 60D Akta Kerja 1955 adalah berkaitan dengan Hari Kelepasan Am  atau Cuti Umum.
Peruntukkan berkaitan dengan cuti umum telah diterangkan dalam entri lalu yang bertajuk
“Cuti Umum” (Sila baca terlebih dahulu untuk mudah memahami artikel ini). Menerusi Akta
Pindaan (Akta A1419) yang telah berkuatkuasa pada 10hb Februari 2012, seksyen ini telah di
pinda sebagaimana yang ditunjukkan di bawah:
Pindaan ini adalah bagi mensesuaikan dengan sambutan  Hari Malaysia yang diwartakan
sebagai cuti umum sejak tahun 2010. Kesan pada pindaan di atas adalah :-

1. Kini terdapat 11 cuti umum berbayar berbanding 10 sebelum pindaan dalam satu tahun


kalendar; dan
2. Majikan hendaklah memilih 5 yang wajib (4 sebelum pindaan); dan
3. Salah satu darinya adalah Hari Malaysia.

Selain dari itu, pindaan berikut telah dibuat kepada Akta Kerja 1955 yang berbunyi:

dan juga:

Akibat dari pindaan di atas, perenggan (b) dan proviso turut diubah bagi menyeragamkan nya.
Ia juga bagi menyelesaikan isu bila cuti yang tidak tetap tarikhnya (Hari Raya misalnya) jatuh
hari cuti umum yang lain yang tetap (Hari Kebangsaan misalnya). Maka, bila ini berlaku, hari
kerja berikutnya akan menjadi cuti umum berbayar.
Harap anda semua dapat memahami penerangan yang saya berikan. Komen dan soalan di alu-
alukan. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai