Anda di halaman 1dari 2

Adakah sunnah tutup kepala sewaktu masuk tandas?

www.iLuvislam.com
Oleh: huzaifahar

Jawapan dari Jabatan Komiti Kajian Fatwa – Dipengerusikan oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-
Turayrî .

Ini merupakan satu amalan tradisi . Tidak terdapat bukti yang Sahih dari Sunnah untuk menyokongnya.

Berkenaan hadith dari Sunan al-Bayhaqî tentang menutup kepala apabila masuk kedalam tandas ,
Hadith(status) adalah seperti berikut:

Hadith pertama:

`Â’ishah berkata: “ Apabila Rasulullah SAW masuk kedalam tandas , Beliau akan menutup kepalanya dan
apabila mendatangi Isterinya , beliau akan menutup kepalanya.

Hadith di riwayatkan oleh al-Bayhaqî dalam al-Sunan al-Kubrâ (1/96) dan al-Dhahabî dalam al-
Muhadhdhab fî Ikhtisâr al-Sunan al-Kabîr (#405).

Jalan periwayatannya seperti berikut:

`Abd al-Khâliq b. Alî al-Mu’adhdhin dari Abû Ahmad b. Hamdân al-Sayrafî dari Muhammad b. Yûnus al-
Qurashî (al-Kudaymî) dari Khâlid b. `Abd al-Rahmân dari Sufyân al-Thawrî dari Hishâm b. `Urwah dari
ayahnya dari `Â’ishah.

Setelah meriwayatkan hadith tersebut al-Bayhaqî sendiri berkata : “ Hadith ini adalah salah satu yang perlu
ditinggalkan oleh kerana Muhammad b. Yûnus al-Kudaymî.”
Al-Bayhaqî kemudiannya menyatakan bahawa Ibn `Adî berkata tentang hadith ini : ‘ Aku tidak kenal orang
yang meriwayatkannya selain al-Kudaymî dari sanad ini. Dan al-Kudaymî amat terkenal untuk perlu
dipastikan bertapa lemahnya dia.

Al-Dhahabî juga berkata terhadap al-Kudaymî ketika meriwayatkan hadith ini : “ Dia dituduh sebagai
penipu” [al-Muhadhdhab (1/104)]

Ibn `Adî berkata tentang dia : “Al-Kudaymî telah di tuduh memalsukan hadith”

Ibn Hibbân berkata :’ “ Kemungkinan dia memalsukan lebih dari 1000 hadith”. al-Dhahabî, Mîzân al-
I`tidâl (4/74 #8353).

Al-Bayhaqî kemudian berkata: “ Telah diriwayatkan dari Abû Bakr menutup kepalanya ketika masuk ke
tandas . Ini adalah satu perkara yang benar tentang beliau.”al-Sunan al-Kubrâ (1/96)]

Hadith kedua

Habîb b. Sâlih meriwayatkan “ Apabila Rasulullah SAW memasuki tandas , Beliau akan mengenakan kasut
dan menutup kepalanya”
Hadith ini di riwayatkan oleh al-Bayhaqî dalam al-Sunan al-Kubrâ (1/96) dan by al-Dhahabî dalam al-
Muhadhdhab fî Ikhtisâr al-Sunan al-Kabîr (#406).

Jalan periwayatannya seperti berikut:

Abû `Abd Allah al-Hâfiz dari Abû Bakr Ahmad b. Ishâq al-Sibghî dari Ismâ`îl b. Qutaybah dari Yahyâ b.
Yahyâ dari Ismâ`îl b. `Ayyâsh dari `Abû Bakr b. `Abd Allah dari Habîb b. Sâlih.

Al-Bayhaqî menjelaskan dari mula lagi bahawa hadith ini Mursal, bermakna ia telah diriwayatkan Tabiien
tanpa menyebut Sahabah yang meriwayatkannya sendiri dari Rasulullah SAW. Habîb b. Sâlih adalah
Tabiien yang tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW .
Al-Dhahabî setelah meriwayatkannya , memberi komen kepada Abû Bakr b. `Abd Allah b. Abî Maryam
dengan berkata: ‘Abû Bakr adalah periwayat yang lemah” [al-Muhadhdhab (1/104)]
Ibn Hibbân berkata tentang Abû Bakr b. `Abd Allah b. Abî Maryam: “Dia seorang yang lemah dalam
Ingatan. Apabila dia menyampaikan dia melakukan kesilapan dan perkara menjadi kesalahan yang teruk,
oleh kerana itu dia perlu di tinggalkan.”

Abû Zur`ah ar-Râzî berkata: “Dia periwayat yang lemah dan Hadithnya palsu (munkar).”

Al-Dâraqutnî berkata: “Dia perlu ditinggalkan.”

Dia telah diumumkan sebagi lemah oleh kebanyakan pakar dalam kritikan periwayat termasuk Yahyâ b.
Ma`în, Ahmad b. Hanbal, al-Nasâ’î, al-Âjurî, dan selainnya

Siyar A`lâm al-Nubalâ’ (7/65) and Tahdhîb al-Tahdhîb (4/490).

Ibn Hajar al-`Asqalânî berkata tentang dia: “Dia seorang periwayat yang lemah. Rumahnya di rompak dan
kemudian periwayatanya menjadi celaru.” [Taqrîb al-Tahdhîb (1116 - #8031)]

Kedua-dua hadith ini tidak sesuai dijadikan bahan bukti.Hadith pertama adalah tertolak (mungkar). Hadith
kedua adalah tersangat lemah..

Allah Maha Mengetahui

Sumber:

Anda mungkin juga menyukai