Anda di halaman 1dari 85

Tim.

Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Biadap Dan Kurang Ajar

'Usir Satan Zakir Naik Keluar Dari Malaysia!' - Ramasamy

KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Dr Ramasamy
menggelar Dr Zakir Naik sebagai 'Satan' mencetuskan reaksi kurang senang netizen yang
merasakan tindakannya itu biadab dan kurang ajar.

Dalam kenyataan yang dimuat naik 19 jam lalu di laman Facebook itu, Ramasamy meminta Dr
Zakir Naik diusir keluar dari Malaysia. 

"Mari kita usir Zakir Naik keluar dari negara ini. Pendakwah Zakir Naik berada di negara ini
kerana dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu. 

"Dia merupakan pendakwah muslim yang tidak punyai apa-apa kecuali menerapkan kebencian
dan penghinaan terhadap orang bukan muslim. 

"Beliau telah diharamkan di Kanada dan United Kingdom kerana menyampaikan kuliah hasutan.
Sehingga sesetengah umat Islam di India mendakwa beliau seornag pendusta dan menyemai
kebencian di kalangan penganut agama," katanya.

Justeru Ramasamy menggesa orang ramai tanpa mengira yang beragama Islam atau bukan Islam
membuat laporan polis di seluruh negara pada Zakir Naik dan anaknya.

Bagaimanapun, gelaran 'satan' telah dipadamkan dari status tersebut setelah dikritik oleh orang
ramai. Namun, ada yang sempat menyimpan kenyataan asalnya itu sebagai bukti Ramasamy
berbuat demikian.

Malangnya, Ramasamy terus menerus diasak oleh netizen agar berwaspada dan jangan berani
menyentuh hal ehwal agama Islam. - PIXEL MEIDA
Summary only...

Posted by Jeebond BLM at 8:56 pm , 3 comments

Zakir Naik: Kerana Bertanya Soalan Kontroversi Pelajar Perubatan Ini


akhirnya Malu Sendiri

Yuran pengajian perubatan di Malaysia sangat murah jika nak dibandingkan dengan negara lain
di dunia ini, jawab Dr Zakir kepada seorang pelajar perubatan di sini semalam.

Menurutnya, kebiasaan saya sebagai seorang doktor utk melatih pelajar perubatan di mana
kerajaan harus membelanjakan ratusan ribu ringgit.

Kebiasaannya kebanyakan negara di dunia ini , kolej-kolej kerajaan akan mengenakan caj yang
sedikit untuk pengurusan .

Ini datang daripada kuota sokongan kerajaan. dan saya percaya walau kerajaan malaysia
sekalipun , ada sesetengah pusat latihan mengenakan caj kapasiti kiranya anda tidak mendapat
merit yang disyaratkan .

Begitu juga dgn di india. jika anda tidak mendapat merit yg disyaratkan dan tidak mendapat
score yg diperlukan dalam fizik, biologi, dan sebagainya, masalah nya atas diri kita sendiri.
bukan atas kerajaan.

jadi jika saya pergi ke kolej kerajaan sekalipun, itu adalah fakta bahawasanya kerajaan tidak
memberi subsidiari kepada kolej swasta, kerajaan hanya memberi subsidi kepada kolej kerajaan.
itu lah yang berlaku di India

“saya cabar awak utk mencari di mana pusat pengajian di dunia ini yang mengenakan caj kurang
daripada 1000 dolar” katanya kepada pelajar berkenaan.

“untuk penjelasan lanjut sila dengar video di bawah ini” - dsmedia

Summary only...

Posted by Jeebond BLM at 7:59 pm , 0 comments

Polis Arah Batal Program Zakir Naik Di Melaka

KUALA LUMPUR: Polis mengarahkan pihak penganjur forum penceramah antarabangsa, Dr


Zakir Naik yang akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17
April ini, dibatalkan.

Arahan supaya membatalkan forum bertajuk Similarites Between Hinduism & Islam (Persamaan
antara Hinduism & Islam) dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bagi memastikan
ketenteraman awam di negara ini terjaga.

Katanya, pihak polis berpendapat forum yang membincangkan dua agama berbeza tidak akan
mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Saya menasihatkan penganjur berkenaan supaya membatalkan segera program itu daripada
diadakan demi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam di negara kita.
“Kami berpandangan bahawa apabila penceramah-penceramah membincangkan perkara
melibatkan persamaan dua agama (persamaan antara Hinduism dan Islam), mereka tidak akan
lari daripada membincangkan keburukan mengenai satu agama yang lain yang dilihat tidak sihat
untuk negara kita. perlu dibatalkan segera,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian
Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini.

Khalid berkata, bagi memastikan arahan segera itu dipatuhi, penganjur berkenaan akan dipanggil
pagi ini untuk membatalkan forum itu seperti yang disyor dan dinasihatkan polis.

“Forum sebegini perlu dihentikan, kita buat keputusan ini atas dasar logik dan berpatutan, kalau
tidak sesuai, kita perlu beritahu ia mengancam ketenteraman awam.

“Saya harap penganjur ikut arahan, tidak berdegil,” katanya.

Sementara itu, penganjur forum akan mengdakan sidang akhbar pada jam 4 petang bagi
memaklumkan perkembangan terkini bantahan itu.

Kedatangan Dr Zakir ke negara ini ini mendapat bantahan parti politik dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) kerana didakwa pernah menghina agama lain.

Tokoh Maal Hijrah 2013 itu pernah dilarang masuk ke Singapura dan United Kingdom.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagaimanapun mempertahankan Dr Zakir
kerana beliau seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu
orang untuk memeluk Islam.

“Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari
penghujahannya,” kata Asri. - FMT

Summary only...

Posted by Jeebond BLM at 1:09 pm , 1 comments

Rafizi: Tiada Perbincangan Dengan Ezam


PETALING JAYA: PKR menafikan spekulasi mengaitkan bekas Pemuda PKR, Mohamad Ezam
Mohd Nor yang dikatakan ada mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail bagi memperkukuh kedudukan politik Presiden Parti itu.

Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli menjelaskan, laporan daripada portal UMNO iaitu SuaraTV
berhubung perkara berkenaan merupakan propaganda UMNO untuk mengalih perhatian rakyat
dari isu terkini mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

“Tidak pernah ada sebarang perhubungan, komunikasi atau perbincangan seperti yang didakwa
di antara Ezam dan mana-mana pemimpin kanan parti terutamanya Presiden, Datuk Seri Dr Wan
Azizah.

“Saya tidak tahu menahu sama ada Ezam mahu menyertai Keadilan. Perkara itu bukanlah isu
yang layak dibincangkan di peringkat tertinggi Keadilan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, sebuah portal menyiarkan spekulasi bahawa bekas senator Mohamad Ezam Mohd
Nor dijangka menyertai PKR dalam masa terdekat bagi membantu memperkukuhkan politik
Wan Azizah.

Memetik sumber, laman portal SuaraTV melaporkan Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan
serta perbincangan bersama bekas ketua pemuda PKR itu.

Ezam antara individu penting dalam siri tunjuk perasaan membantah pemecatan Anwar Ibrahim
pada 1998. Menyertai Parti Keadilan pada awal penubuhannya, Ezam menyertai UMNO semula
pada 2008.

Summary only...
Isu Zakir : Pendirian BN, Pakatan Harapan bercelaru Parti-parti komponen dalam BN
dan Pakatan Harapan nampaknya saling bercelaru dalam pendirian berhubung isu
pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik. Di kalangan kelompok BN, ketika Presiden MIC, Dr. S
Subramaniam memuji tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar
mengeluarkan arahan pembatalan forum Zakir, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul
Azwan Harun pula mahu pembatalan itu ditarik semula. "Bagi pihak rakyat Malaysia
yang membantah kehadiran Dr. Zakir dan program-program beliau, saya ingin berterima
kasih kepada KPN kerana mendengar rintihan rakyat yang prihatin dan menghalang
kemasukannya. "Agenda mereka yang seumpama Zakir terlalu asing bagi kita dan
seharusnya dibiarkan terasing kepada agenda Malaysia," kata Subramaniam dalam
kenyataan media. Walau bagaimanapun, Khairul mempersoalkan keputusan polis itu yang
terkesan dengan prinsip kebebasan beragama. Kata beliau, pihak polis tidak seharusnya
memilih jalan mudah, namun mempertahankan keselamatan dan memastikan keamanan
awam. "Pemuda Umno menggesa rakyat Malaysia agar matang dan tidak terpengaruh
dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melampau yang begitu takut dan membenci
keterlaluan sehingga rakyat tidak dapat menilai kebaikan dalam sesuatu perkara,"
tambahnya. Pemimpin Pemuda Umno tidak menyatakan bantahan dari MIC dalam
kenyataan medianya itu. Dalam pada itu, merentasi sempadan politik kepartian, Timbalan
Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy pada mulanya menggelarkan
pendakwah Muslim tersebut sebagai syaitan atau "satan" dalam akaun Facebooknya
namun bertindak memadamkan perkataan itu tidak lama selepas berbuat demikian.
Pemimpin DAP itu mendakwa Zakir mahu menyebarkan kebencian terhadap rakyat
bukan Islam di negara ini. "Beliau adalah pendakwah Islam yang tidak memiliki apa-apa
tetapi cuba membenci dan menghina bukan Islam. "Beliau telah diharamkan di Kanada
dan United Kingdom (UK) kerana menyampaikan syarahan kebencian. Ada sesetengah
orang Islam di India juga menyifatkan Zakir sebagai penipu, separa benar dan penyebar
kebencian," jelasnya lagi. Sementara itu, rakan seangkatan DAP, Parti Amanah Negara
(Amanah) pula menyatakan kekecewaan berhubung langkah membatalkan syarahan
Zakir. Ketua sayap pemudanya, Sany Hamzan menyifatkan Zakir sebagai "intelektual
dalaman" dan mengecam tindakan polis membatalkan wacana intelektual tersebut. PAS
dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga melahirkan kekecewaan atas tindakan
membatalkan forum berkenaan.

Duit Simpanan Tabung Haji Hilang Angkara PTPTN..


Sadis. Screenshot yang sedang viral di laman sosial kini berkenaan perbualan di whatsapp
antara seorang anak perempuan kepada bapanya mengenai kehilangan wang simpanan di
Tabung Haji sebanyak 30,000 ribu ringgit.

Lihat paparan screenshot ini ;


(rujuk)

Hmm.. jika benarlah perkongsian tersebut ini bermaksud PTPTN sekarang dah sampai ke
tahap main suka-suka ahti je keluarkan duit simpanan peminjam meskipun tanpa keizinan dari
peminjam itu sendiri. Boleh ke macam tu? Tak salah dari segi undang-undang ke? Tak secure
la simpanan kita di bank kalau macam neh kan?

Aku setuju juga dah pinjam kena la bayar. Tetapi nak amek duit orang kat bank macam tu
kena la juga notify peminjam at least bagi satu warning ataupun peringatan.. buatnya orang
tu sesak dan terdesak.. tak memasal aje datang masalah..

Ayuh, Kita Halau Setan (Zakir Naik) Ni Keluar Dari Negara - Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang..
Versi dimelayukan. Tatau siapa yang melayukan. Aku malas nak tulis so copy paste
cedok dari efbi je. Siapa punya kerja neh kredit ke kau la ek.

Terjemahan:
"Ayuh kita halau *"Syaitan" Zakir Naik keluar dari negara ini.
Pendakwah,"Syaitan" Zakir Naik berada di dalam negara ini atas jemputan kerajaan
negeri Terengganu.
Beliau adalah pendakwah muslim dan penggalak menukar agama yang tidak
mempunyai apa2 selain kebencian dan penghinaan terhadap bukan muslim.
Beliau telah diharamkan dari memasuki Kanada dan UK kerana syarahan kebencian
beliau. Malah beberapa kumpulan Muslim di India menamakan beliau sebagai
pembohong, manusia yang hanya separuhnya benar, dan penyebar kebencian.
Rakyat Malaysia yang mencintai keamanan sama ada mereka muslim atau bukan
muslim, harus membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Zakir Naik dan
anaknya. NGO hindu/india dan individu wajar menjadi pendahulu dalam membuat
laporan polis ini.
PSAT akan mengetuai dalam membuat laporan polis di Pulau Pinang esok.
Suruh Zakir Naik balik India supaya beliau boleh berdakwah di sana. "

Versi original ;
Versi kemaskini selepas kena balon kaw-kaw di laman sosial ;
Versi orang Penang punya pemikiran ;
Fuck the Ramasamy.. dah cakap Zakir Naik setan reti plak edit.. TAKUT KA? Dasar
racist punya orang. Nama aje prof tapi hujah macam orang takde akai. Dah ada title
prof. Nak takut apa lagi. P la celen ZAKIR NAIK depan-depan. Ini mengata kat efbi
buat apa. Biol nak mampos.

Cerita dia macam neh. Bebudak hindu, Hindraf, MIC dan DAP yang pekat agama
memang anti Zakir Naik atas alasan Zakir Naik hina agama Hindu. Even, bebudak
kristian pun ada yang anti dia.

Zakir Naik terkenal dengan sikapnya yang boleh berhujah dan berdebat depan-depan.
Bukan belakang-belakang atau guna media tapi depan-depan tau. Maksudnya kalau ko
semua rasa Zakir Naik hina, perlekehkan, manipulasi, tipu, cakap bohong tentang
agama-agama engkorang dipersilakan dengan riak dan bangganya p forum Zakir Naik
dan berdebat dengannya disitu. Tak pernah tengok ceramah Zakir Naik ka? Yang kritik
dia depan-depan, yang debat dengan dia depan-depan bukan sorang dua. Ramai kot.
Dia masih menjawab. Tak lari jauh sekali ISAKAN kau semua.. HAHAHAHA..

So, geng2 anti Zakir Naik p buat laporan polis. Alasan penceramah terkenal dunia tu
menghina agama orang..

Dan PDRM pagi tadi umumkan forum Zakir Naik di Utem dibatalkan sebab menjejaskan
keselamatan dan ketenteraman awam. Ada orang cakap. Takut geng2 Hindraf p
merusuh. Lagi kecoh jadinya kang.

Tapi ini pendapat aku la. Dun Sarawak dah bubar tadi. Orang-orang Sarawak anti
perkauman dan meluat bila tengok orang2 semenanjung asyik nak bergaduh atas isu
agama. Apatah lagi di Sarawak bukan sikit juga bilangan penganut Kristian. Macam
aku sebut tadi. Ada juga orang2 kristian yang tak gemar pada Zakir Naik. Kan dia
berhujah buka semua jenis kitab. Bible pun ada. Ayuveda pun ada. Ejaan ayuveda
kitab hindu neh tatau la betul ke tak. Haha..

So pembatalan program berkenaan kadang-kadang boleh jadi ada kaitan dengan


politik. Aku tatau la. Aku speculate je sekarang neh.

Bila dah dibatalkan secara tak langsung memberikan kemenangan kepada puak2
Hindraf dan geng2 seangkatan mereka. Sedangkan selama neh kalau ada apa2 dialog
meraikan kepelbagaian agama terutamanya bab2 dialog yang kritis tentang penganut
muslim bila dibatalkan dengan muka tak malunya mereka ejek muslim tak meraikan
kepelbagaian pendapat. Asyik rasa insecure je. Lemah. Mudah terpengaruh. Takde
kekuatan. Blablabla semua cukup. Dengan aku-aku sekali join kutuk masa tu.

Tetapi sekarang neh Zakir Naik mai Malaysia nak berdialog. Apasal kau semua
laungkan ban ban ban pula? Korang rasa insecure juga ke macam mana? Bodoh nak
mampos. Mengata muslim lebih2 tetapi non muslim pun tak kurang beza akhlak dan
tindakannya.. 

KAH KAH KAH

Senang cakap. Sama aje la puak2 taksub tak tentu hala neh tak kira korang side
partisan mana-mana pun atau agama apa-apa pun. Kalau dah jenis tak meraikan hujah
apa pun tak jadi.

Then selepas program Zakir Naik dibatalkan, geng2 yang pro pada Zakir Naik
melenting la. Apesal pula kerajaan Islam nak batalkan program pro agama padahal
program mesra dosa bebas aje dianjurkan sana sini? Whatthefuck la katakan.

Hindraf sedang raikan kemenangan yang pertama.


Dap punya pemimpin plak dengan lantangnya mengata Zakir Naik 'setan'.
Dan PDRM pula batalkan forum Zakir Naik.
Ini situasi apa di negara kita neh?
Kau semua boleh fikir tak macam apa yang aku fikir sekarang neh?
Jawapannya mudah. Ini semua taktik nak alih dari isu 1MDB la neh. Jawapan standard
penyokong2 totok pembangkang kejap lagi.. korang tunggu dan tengok je la nanti..

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Najib Sedar Ketika Tandatangani Perjanjian RM 3.9Billion


BAN Politik

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja sedar tetapi juga telah menandatangani
kerjasama antara 1MDB dan Petro Saudi bernilai RM3.92 billion (USD1 bilion).

“Beliau menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar,” kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif
1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira
Wang Negara (PAC).
Akhbar The Sun melaporkan, berdasarkan tranksrip rakaman hansard ketika prosiding PAC yang
dikeluarkan baru-baru ini, Shahrol memberitahu, 1MDB telah memperoleh kebenaran pemegang saham
dan Lembaga Pengarah untuk kelulusan perjanjian itu yang telah ditandatangani Perdana Menteri,
seperti yang dikehendaki mengikut Memorandum & Artikel syarikat (M & A).

Mengikut Artikel 117 (c) M & A, sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan
atau apa sahaja perkara yang melibatkan jaminan kerajaan untuk kebaikan syarikat, kepentingan negara
dan sebarang polisi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri.

“Ada perbincangan mengenai bagaimana usaha sama itu dilakukan. Tetapi saya ingin menegaskan
sekali lagi bahawa sebenarnya perjanjian itu dibentangkan dan ia telah diluluskan oleh Lembaga
Pengarah 1MDB dan pengurusan mengambil sebagai kuasa untuk memuktamadkan perjanjian itu, ”
katanya menurut rakaman hansard itu.

Shahrol menjelaskan perkara ketika disoal ahli PAC William Leong Jee Keen dan Tony Pua Kiam Wee.

Berdasarkan rakaman Hansard itu juga, Pua bertanyakan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau
Jho Low dalam perjanjian itu, Shahrol memberitahu,

Jho Low individu bertanggungjawab memperkenalkan Petro Saudi kepada 1MDB.

Katanya, Jho Low bekas Penasihat Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian dikenali
1MDB.

Dalam laporan PAC mengenai 1MDB setebal 106 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat
Khamis lalu membuat kesimpulan berjanjian kerjasama berjumlah USD1 bilion dibuat tanpa usaha yang
sewajarnya.

Laporan itu menyatakan, tiada maklumat terperinci tentang projek dalam kertas cadangan yang
disediakan pihak pengurusan dan tiada kajian sebarangan kemungkinan yang berlaku terhadap
pelaburan yang dijalankan itu.

PAC mendapati Lembaga Pengarah 1MDB gagal melaksanakan tugas untuk melindungi syarikat dan
pemegang saham dan meletak kesalahan kepada Shahrol di atas kelemahan-kelemahan pengurusan.

Laporan itu juga mengesyorkan pihak terlibat menyiasat Shahrol dan pegawai pengurusan 1MDB yang
berkaitan.

Shahrol dalam satu kenyataan media bagaimanapun menjelaskan, tiada kesalahan atau aktiviti
melanggar undang-undang berlaku dalam syarikat itu ketika di bawah pengawasannya.

Katanya, beliau telah penjelasan penuh dan secara jujur kepada PAC tentang perkara yang berlaku
ketika beliau menjadi CEO 1MDB dan bersedia untuk memberi kerjasama.
“Saya akan terus beri kerjasama penuh, yakin dengan sepenuh hati bahawa saya tidak melakukan
sebarang kesalahan dan tiada apa yang hendak disembunyikan,” kata Shahrol. (FMT)

Ezam bakal masuk PKR


semula? Biar betul ...
Sebuah portal menyiarkan spekulasi bahawa bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka
menyertai PKR dalam masa terdekat bagi membantu memperkukuhkan politik Presiden parti itu Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Memetik sumber, laman portal SuaraTV melaporkan Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan serta
perbincangan bersama bekas ketua pemuda PKR itu.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telah pun mengadakan perbincangan
bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR.

“Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu
mengukukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru
ini juga dilihat semakin ‘garang’ menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada
strategi yang diatur,” kata sumber itu dipetik sebagai berkata.

SuaraTV turut melaporkan antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan ‘check dan
balance’ di dalam PKR yang ketika ini didakwa sedang didominasi oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri
Azmin Ali.

“PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat
bahaya untuk politik Kak Wan.

“Azmin telah mengunakan kesempatan sebagai menteri besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukan
politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah” katanya lagi.

Ezam meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,
dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Pada 2010 Ezam kemudian dilantik sebagai senator. Bagaimanapun selepas tempoh beliau sebagai
senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.
Beliau juga didakwa dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15
Mac 2014. Namun sejak 1 April lalu, Ezam didakwa tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian
Kewangan walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Malaysiakini juga telah menghubungi Ezam untuk mendapatkan komen berhubung perkara ini namun
masih tidak berjaya - Malaysiakini.

Seorang penyokong PKR


dipukul, kereta dibakar
Seorang penyokong PKR mendakwa dipukul dan keretanya dibakar selepas dua penunggang motorsikal
yang tidak dikenali mengekorinya dari belakang lapor portal Suara TV.

Memetik laporan itu, mangsa dikatakan semasa melalui jalan penghulu Abu Bakar, Klang, dia ditahan
oleh dua orang lelaki yang mengugutnya kerana dilihat dalam satu laporan berita mengenai
penglibatannya dalam kes wakil rakyat PKR, Seri Andalas, Klang, Xavier Jayakumar.

Mangsa yang dibelasah teruk, memberikan keterangan kepada polis selepas berjaya melarikan diri ke
dalam kawasan semak.

Difahamkan mangsa mengalami beberapa kecederaan dan kini menjalani rawatan di hospital
berhampiran tambah laporan itu lagi. - Sozcyili.

Pelajar Perubatan Kritik Yuran Medik Mahal Di Program Zakir Naik Kena
Troll..

Babak pertama.

Saya baru balik daripada kuliah Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak. Ada
pulak pelajar perubatan tanya soalan bangang. Soalan dia, "Kenapa kerajaan tidak
menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar
penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa
pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba." Soalan si gadis itu diberi tepukan
gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).

Dr Zakir pun tanya balik, "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". Student tu pun
jawab, "RM3600 setahun". Terkejut Dr Zakir. Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan
di kebanyakan negara mencecah USD100k. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak
utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi amik
pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat
dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir
sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali. "But please dont blame
your government," katanya.

Padan muka budak tu. Nak cari kesalahan kerajaan sangat, last2 diri sendiri yang
malu. Tu la, pegi la dengar ceramah politik lagi. Elok2 otak tu cerdik, terus jadi
bangang. (rujuk)

Ianya kemudian viral di laman sosial dan dikutuk oleh mereka-mereka yang
menyokong UMNO. Pada awalnya dia berniat nak bertanyakan soalan tapi tak sangka
pula kos pendidikan di negara lain terutamanya di India lebih mahal sehingga
membuatkan soalan tersebut seperti makan dirinya semula..
Versi rakaman pula boleh ditonton kat sini. Minit ke 70:20. 

Babak kedua.

Sekarang neh tengah jadi sasaran serangan, kritikan, makian dan trolling dari mereka-
mereka yang sokong UMNO. Gambar, nama, belajar kat mana semuanya mereka
sebarkan gila-gila.. macam nak menekan student tu pun iya juga.. seolah2 dia tak
pandai bersyukur..
Kesian. Jadi mangsa serangan politik pula. Padahal pelajar tu bertanya aje kan.
Biasalah provokasi sikit-sikit tu dalam mengkritik kerajaan mesti mao ada. Yang
penting soalan asas tu kena faham. Student tu tanya kenapa kerajaan tak hargai
pelajar2 medic dengan mengenakan riba ke atas pinjaman pendidikan.

Bukan setakat yuran mahal atau murah bila dibanding dengan negara lain. Riba kan
haram tak kira la sikit ke banyak ke. Itu point utama. Bukan sahaja korang tak
nampak point utama dia bahkan p troll dia laju2 buat apa.

Satu lagi. Zakir Naik tak menjawab isu riba. Aku rasa dia tertinggal nak ulas part tu
sebab ada orang yang dok mention tentang kos yuran pendidikan yang mahal. Terus
dia tanya tentang berapa kos yang pelajar tu perlu bayar di Malaysia. Then hilang
terus bab riba. Kalau ikut point Dr. Zakir Naik kos yuran belajar medic memang
mahal. Kalau p universiti kerajaan murah sikit sebab ada subsidi. Dan bila student tu
bagitau dia belajar medic under universiti kerajaan dengan kos 3,600 setahun (bawah
USD1,000) memang pada dia nampak murah dan memang tak pelik juga kalau dia tak
faham kenapa student tersebut protes isu yuran.. itu yang Dr. Zakir Naik kata RARE..
very RARE.. dalam dunia neh dengan kos sebanyak itu.. btw, betul ke 3,600 per year?

Kesilapan student medic tu pada aku. Jangan la bertanya soalan-soalan berbaur


politik kat penceramah luar negara. Serba salah juga posisi Dr. Zakir Naik nak
menjawab. Dia tak faham geo-politik negara kita macam mana. Nak komen, kritik,
sokong apa-apa ke kena faham situasi satu-satu negara dulu. Bukan boleh main tabuh
aje. Tu pasal dia garu-garu kepala semasa nak menjawab. Macam Zakir Naik kata. Dia
tatau kenapa kerajaan tak hargai dia (pelajar tersebut) tetapi kerajaan hargai Zakir
Naik dengan bagi award Tokoh Maal Hijrah 2014 (bukan dia kejar award pun dia
kata).. point dia mudah. Dia tatau cerita politik Malaysia. Soalan bab riba betul tetapi
tanya pada Zakir Naik dengan menghiglightkan isu yuran mahal menampakkan kenapa
student tersebut seperti makan diri.. sudah-sudah la troll dia.. baik korang p troll IGP
yang ban Dr. Zakir Naik kesayangan korang tu sebab 'terhasut dengan laporan polis
dari geng2 Hindraf gabungan DAP pembangkang..

KAH KAH KAH!

Rahman Dahlan pengecut?


Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (SCC) yang menyelia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) mahu debat yang dirancang antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri
Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dibatalkan.

"SCC bimbang bahawa jika debat ini berterusan, ia akan menjejaskan siasatan SPRM," kata Pengerusinya
Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam satu kenyataan hari ini.

Zahar, yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai
Taman Manggis atau skandal melibatkan banglo kepunyaan Lim perlu mengemukakan maklumat itu
kepada SPRM dan bukan mengadakan debat.

Beliau mengulas rancangan Lim dan Rahman untuk berdebat mengenai skandal Taman Manggis.

RTM dan TV3 kedua-duanya menawarkan untuk menyiarkan debat tersebut secara langsung.

Abdul Rahman dan Lim berperang mulut di media hampir setiap hari sejak berita ketua menteri itu
membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran.

Debat itu kemudian beralih kepada isu tanah di Taman Manggis.

Perdebatan itu berkisar mengenai dakwaan jualan KLIDC, yang telah membeli tanah kerajaan negeri di
Taman Manggis.

Menteri itu mendakwa bahawa syarikat itu telah bertukar tangan, manakala ketua menteri menafikan
dakwaan itu sebagai tidak benar.
Rahman Dahlan pengecut?
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (SCC) yang menyelia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) mahu debat yang dirancang antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri
Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dibatalkan.

"SCC bimbang bahawa jika debat ini berterusan, ia akan menjejaskan siasatan SPRM," kata Pengerusinya
Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam satu kenyataan hari ini.

Zahar, yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai
Taman Manggis atau skandal melibatkan banglo kepunyaan Lim perlu mengemukakan maklumat itu
kepada SPRM dan bukan mengadakan debat.

Beliau mengulas rancangan Lim dan Rahman untuk berdebat mengenai skandal Taman Manggis.

RTM dan TV3 kedua-duanya menawarkan untuk menyiarkan debat tersebut secara langsung.

Abdul Rahman dan Lim berperang mulut di media hampir setiap hari sejak berita ketua menteri itu
membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran.

Debat itu kemudian beralih kepada isu tanah di Taman Manggis.

Perdebatan itu berkisar mengenai dakwaan jualan KLIDC, yang telah membeli tanah kerajaan negeri di
Taman Manggis.

Menteri itu mendakwa bahawa syarikat itu telah bertukar tangan, manakala ketua menteri menafikan
dakwaan itu sebagai tidak benar.

Arul Kanda Tatau Bank Statement Tu Apa - Audit Gagal Terima Penyata Bank
1MDB YG Lengkap..
Puan Farizah binti Harman [Ketua Penolong Pengarah Sektor Audit Badan
Berkanun Persekutuan (Cawangan Syarikat 2)]: Yang Berhormat, kami sudah minta
maklumat ini daripada 1MDB bermula pada bulan Mei. So ada sebahagian itu kami
tidak dapat dokumen yang lengkap berkenaan dengan pembayaran penamatan call
option
Aabar. Okey, kami telah minta maklumat daripada bulan Mei 2015 tetapi ada certain
dokumen yang kita tidak dapat lagi. Jadi jumlah yang akan kami masukkan sebagai
sumber penamatan, call option Aabar ini hanyalah berdasarkan calculation oleh pihak
kami, pihak JAN berdasarkan dokumen-dokumen yang ada dengan board minutes dan
certain information daripada penyata kewangan. Jadi total kami –kami sudah workout
tetapi tidak– kalau mengikut yang terperinci kami tidak pastilah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Saya rasa perlu dimaklumkan supaya kalau salah boleh
dibetulkan oleh Encik Arul di sini. 
Encik Arul Kanda Kandasamy: Jadi saya telah memberi jawapan tadi Yang Berhormat
Petaling Jaya Utara, USD993 million pada awal tadi apabila kita berbincang dan that
amount has been verified by Deloitte because it was part of the USD1.22 billion of
redemptions that was in subsequent account. So pihak Deloitte pun boleh memberi
confirmation mengenai amaun tersebut. 
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Ya. The question is that also the earlier 250 million
payment which was part of the USD975 million loan. So we don’t know the total sum
that was paid.
Puan Farizah binti Harman: Yang Berhormat, berdasarkan calculation oleh pihak
audit, kami mendapati berdasarkan kiraan adalah the first 250 is for the penamatan
call option Aabar. The second which is 975 whereby they have refinance the amount
of 250 also being utilize to distinguish the options and the third one is the what Mr.
Arul said on the redemption of the SPC part of it around 993 million. So in total over
all around 1.9 billion. 
Encik Arul Kanda Kandasamy: That is completely wrong. [Ketawa]
Tuan Pengerusi: I ingat very simple tadi. 
Tuan Tony Pua Kiam Wee: No I think based on your...
Tuan Pengerusi: Tidak betul itu. 250 million is event being syndicated, being
syndicated later on to pay 250 million. 
Encik Arul Kanda Kandasamy: Tuan Pengerusi, boleh saya minta izin. I think when we
get to the IPIC that for asset swap, I can give you the full picture of all the amounts
paid and the redemptions and so on. So pada masa ini kalau kita ikut garis masa ya,
timeline I think it’s better we follow that first.
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Adakah pihak audit telah pun menerima semua penyata
kewangan ataupun bank statements of 1MDB?
Puan Farizah binti Harman: Yes. Bank statements kita tidak terima, for local...
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Tidak terima?
Puan Farizah binti Harman: Tidak terima. Local bank sahaja.
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Bank statements usually if it is taken by the police...
Puan Farizah binti Harman:Localsahaja yang k ita terima.
Tuan Tony Pua Kiam Wee: ...You can get copies from the bank, right?
Encik Arul Kanda Kandasamy: Jadi Yang Berhormat di mana kita dapat, where we
can or we have been able to, we have are source and we have pass over to JAN.

Tuan Tony Pua Kiam Wee: Bank statements?


Encik Arul Kanda Kandasamy: I am speaking in general terms Yang Berhormat
because...
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Bank statements surely it can be –they have been asking
for it since May.
Encik Arul Kanda Kandasamy: As I said earlier...
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Cannot be taking six months to get from the bank, right?
Encik Arul Kanda Kandasamy: Again Yang Berhormat, I am not sure which statement
or which date or which document in particular.
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Every months. [Ketawa] I think they have ask for every
months, right?
Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang: Tuan Pengerusi, I think to be fair...
Encik Arul Kanda Kandasamy: Again Yang Berhormat, I think we have to be detail in
our questions.
Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang: I think whatever kita minta ini, we put in
writing to them. So, they know exactly what we want. Cuma ada yang kita dapat
separuh, kita tidak dapat separuh. So, that affect our works. And then now, people
come and say it is totally wrong. We want to correct it if it totally wrong.
Tuan Pengerusi: Bolehkah you updatekan semua dengan AG, all the...
Encik Arul Kanda Kandasamy: Ya, boleh Tuan Pengerusi. Saya rasa apa yang penting
ialah kami perlu apabila soalan ditanya, perlu jelas dan detail.
Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang: Tuan Pengerusi, I must put on record. Kita
sudah beberapa kali beri dateline. We have to finish our report to PAC. We put the
date even 31st October. We are now in December. We are still waiting.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan: Tuan Pengerusi, saya nampak macam ada element of
suppression of evidence
di sini. You are trying to hide something. We can assumed that.
Encik Arul Kanda Kandasamy: I think Yang Berhormat, that is not true. That is
incorrect.Saya telah mengatakan secara jelas apa dokumen yang kami ada, kami telah
serahkan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee: What is the difficulty of getting bank statements to the
Auditor General?
Encik Arul Kanda Kandasamy: So, againYang Berhormat, saya rasa soalan tersebut
terlalu broad. Kita perlu...
Tuan Tony Pua Kiam Wee: Bank statement is very specific.

Encik Arul Kanda Kandasamy: Kita perlu lebih jelas apa yang diperlukan dan apa yang
kami ada, kami akan berikan. 
Tuan William Leong Jee Keen: Saya hendak tanya kerana Auditor General telah
meminta dengan secara bertulis untuk dokumen dan maklumat. Kalau tidak ada,
sepatutnya hendaklah memberikan jawapan secara bertulis tidak dapat memberi
kerana alasannya ialah dengan sesiapa. Ini kerana kita semua kesuntukan masa dan
laporan hendak diberikan. Ketua Audit Negara hendak memberikan laporan pada 17
hari bulan dan akhirnya kalau satu keputusan diambil kerana dokumen yang tidak
ada, ini bukan kesalahan Auditor General atau PAC kalau kita minta dan dokumen
tidak diberikan. So, saya minta dengan segeranya diberikan dokumen. Kalau tidak,
berikan jawapan bertulis di
manakah dokumen itu. 
--------------
Come on Arul Kanda.
BANK STATEMENT JE PUN. Takan takut nak bagi? Kata BERANI KERANA BENAR..
KAH KAH KAH
Dapat kat mana neh?
Klik sini. Baca satu persatu laporan hansdard parlimen PAC dalam menyoalsiasat
beberapa individu penting dalam 1MDB. Ada beberapa link korang boleh download dan
baca sambil gelak-gelak dengan membayangkan ini yang KuNan kata laporan PAC
didapati Najib tak bersalah?

KAH KAH KAH

Terima kasih je la Ku Nan. Bank statement pun taknak bagi lagi mao sembang kena
fitnah konon. Silap2 kau pun tak baca laporan tu. Sembang je lebih.

KAH KAH KAH

Rosmah Di Boo Ketika Sampaikan Hadiah Kepada Lee Chong Wei.


Menang kena sorak.
Kalah kena boo.. 

Maaf pepatah neh tak terpakai lagi dah zaman sekarang. Pasai apa, Rosmah yang tak bertanding hapa
pun tetap kena boo walaupun hanya menjadi tetamu kehormat bagi menyampaikan anugerah kepada
para pemenang. Tak pepasal aje jadi isu. Ada siaran langsung dan tertunda kot. Yang tertunda kalau
ASTRO pro Najib mesti dia edit sikit kat ganguan-ganguan suara yang mengBoo Rosmah tadinya tu.

Kah Kah Kah

Rujuk rakaman ;

Datin Seri Rosmah Mansor was booed at the Malaysian Open earlier as her name was
announced as the guest of honour to present prizes to Lee Chong Wei and Chen Long.
Posted by Jay Jay Denis on Sunday, April 10, 2016

Dan macam biasa. Apa sahaja benda yang berkaitan dengan Rosmah mesti VIRAL kaw-
kaw punya. Cerita Rosmah kena boo neh laku macam goreng pisang panas. Dah masuk
berita dah pun. Dan dalam masa 2 jam bilangan yang view video perkongsian dari
Denis dah cecah 3k plus plus. 

Sabar je la mama Rosmah. Rakyat Malaysia memang tak gheti menghargai kewujudan
dan pengorbanan mu itu..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Selepas Kantoi ASWAJA Ancam Mahu Saman MAZA Dalam Isu Zakir Naik.
Kelakar la abang Zamihan kau neh. Sebelum neh dia yang beria-ria keluarkan
statement tentang isu Zakir Naik alih-alih dia tuduh MAZA yang sengaja buat
kontroversi. 

KAH KAH KAH

Apa kisah sebenarnya?

Sebelum itu ;

KENYATAAN MEDIA ASWAJA :

1. ASWAJA tidak berminat untuk mengulas atau memberi komen tentang keberadaan
Dr. Zakir Naik (DZN), pendakwah India di Malaysia kerana maklumat ASWAJA tentang
dirinya terbatas. Seseorang tidak perlu terlalu yakin atau menyibukkan diri membela
mahupun menyerang DZN jika tidak mempunyai maklumat yang cukup. Inilah
pendirian ASWAJA terhadap isu DZN kerana bukan pendirian ASWAJA untuk
mengeluarkan pembelaan, respon, kritikan dan kenyataan jika maklumat tidak
mencukupi.

2. Namun baru-baru ini seorang mufti kontroversi yang sering dikaitkan dengan
fahaman Wahhabi oleh sesetengah pihak dan secara rasmi atau tidak rasmi dilarang
berceramah agama dibeberapa negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
Sarawak, Selangor, Kedah, Melaka dan beberapa lagi negeri, bersungguh-sungguh
membela DZN hanya semata-mata dengan berbekalkan fakta beliau “belum pernah”
melihat DZN bermasalah.

3. ASWAJA menegaskan sekali lagi bahawa ASWAJA tidak berminat mengulas isu DZN
kerana keterbatasan maklumat, namun oleh kerana terdapat banyak permintaan dari
para asatizah, ahli ASWAJA dan masyarakat awam, ASWAJA hanya melampirkan sahaja
fatwa dari web rasmi dari salah satu institusi Islam yang masyhur dan diiktiraf di
seluruh dunia dari India yang telah melahirkan ramai alim ulama yang hebat iaitu
darul uloom deoband yang pastinya lebih mengetahui dan berhati-hati dalam
berkomentar tentang DZN memandangkan ia tinggal di negara yang sama dengan DZN
iaitu India. Ini bukan bermakna ia pendirian rasmi ASWAJA, namun ia sebagai panduan
kepada yang meminta respon dari ASWAJA.

4. Menurut fatwa darul uloom deoband, India, DZN BUKANLAH seorang yang boleh
diterima percakapannya dalam bab agama dan seseorang harus menjauhi
ucapannya rujuk: http://www.darulifta-deoband.com/home/en/Dawah--
Tableeg/171
5. Menurut fatwa darul uloom deoband juga, DZN merupakan seorang yang
menyimpang dari jalan Ulama Muktabar dan merupakan seorang Ghair Muqallid
rujuk: http://www.darulifta-deoband.com/home/en/Dawah--Tableeg/2415 dan
fahaman Ghair Muqallid ini menurut darul uloom, deoband merupakan fahaman
yang terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah rujuk: http://www.darulifta-
deoband.com/home/en/Deviant-Sects/44130

6. Oleh kerana fatwa yang begitu tegas dari darul uloom, deoband. ASWAJA menggesa
rakyat Malaysia supaya berfikir panjang dan rujuk ulama muktabar dan pihak berkuasa
agama masing-masing sebelum menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh DZN.
ASWAJA juga berharap pihak berkuasa agama dapat menyiasat dan memastikan DZN
ialah seseorang yang berada di landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana yang
mengeluarkan fatwa keras terhadap DZN bukanlah ASWAJA, tetapi salah satu institusi
yang tersangatlah masyhur di India iaitu darul uloom deoband. ASWAJA juga
mendapati bukan hanya darul uloom, deoband sahaja yang berpendapat sebegitu,
namun ulama-ulama India di kerala dan lain-lain tempat di India atau di Sri Lanka juga
mempunyai pendapat yang sama tentang DZN.

7. DZN juga mendakwa dalam bukunya Concept of God in major religions halaman 7:
"Brahma bermaksud Al-Khaliq iaitu Maha Pencipta...Orang Islam tidak mempunyai
sebarang halangan untuk menyeru atau menggelar Allah sebagai Brahma

8. Akhir sekali, ASWAJA berharap rakyat Malaysia tidak terikut-ikut rentak seorang
mufti kontroversi yang diharamkan berceramah agama di masjid-masjid di banyak
nnegeri di Malaysia ini yang seperti biasa sering tergopoh gapah dan populis dalam
mengeluarkan kenyataan, kerana tanda seseorang itu bertakwa ialah ia takut
untuk mengatakan sesuatu perkara itu haram atau halal kerana ia merupakan hak
Allah, bukan menggunakan platform mufti untuk mendapat jumlah “like” dan
“share” yang banyak di facebook kerana ini menjatuhkan martabat institusi mufti
di Malaysia.

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).

(rujuk)
Point no 4,5 dan 8 dah terang-terang mengambarkan pendirian rasmi ASWAJA. Woo
bab Zakir Naik kena tengok dulu macam mana kisahnya ye.

Kalau bab pemimpin menzalimi rakyat dengan buat polisi2 yang menyusahkan rakyat,
yang menyeleweng, yang songlap 100j, yang buat projek rugikan wang negara, yang
bazir, yang jahanamkan duit rakyat dalam pelbagai laporan audit, yang tak boleh
dakwa pegawai cuai dan lalai takde kisah pula kau nak buat karangan berjela-jela
kan? Lawak gila ASWAJA kau neh kan.

KAH KAH KAH

Kemudian selepas MAZA membalas kritikan tersebut, tetiba ASWAJA uturn..

Ini pula kata mereka ;

KENYATAAN MEDIA
----------------------------

PERTUBUHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MALAYSIA (ASWAJA):

1. ASWAJA berasa jelik dengan taktik dan sikap Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul
Abidin yang berterusan bukan saja mencetuskan kontroversi, malah menimbulkan
fitnah terhadap pertubuhan ini apabila ASWAJA dikatakan menjadi penentang kepada
kedatang pendakwah bebas Dr Zakir Naik ke negara ini.

2. Sebagai seorang Mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya menjaga tutur kata dan
mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan. Apatah lagi
menyamakan ASWAJA yang memperjuangkan Islam dengan HINDRAF. Di manakah
akhlak seorang Mufti yang 'suci' ini apabila menyamakan pertubuhan Islam dengan
pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam.

3. Apakah ini Islam yang diamalkan Asri? Apakah Islam mengajar umatnya berkelakuan
sebegini apatah lagi dari seorang Mufti. ASWAJA meminta Mufti Perlis mengemukakan
BUKTI berhubung sebarang bantahan ASWAJA terhadap Zakir Naik untuk masuk ke
negara ini. Jangan melontarkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan membawa
mulut tanpa menyelidiknya kerana itu adalah perbuatan orang yang fasik.

4.Kita sememangnya faham dengan permainan Mufti yang berlagak 'suci' dan 'mulia'ini.
Mengaitkan kedatangan Zakir Naik dengan ASWAJA adalah untuk mengheret orang
ramai membenci dan mengkritik ASWAJA tanpa hujung pangkal. Sedangkan apa yang
disebarkan oleh Mufti siber itu adalah sekadar tuduhan serta tohmahan tanpa
sebarang bukti dan asas kukuh. ASWAJA tidak terkesan dengan cara Asri dalam usaha
memburukkan imej ASWAJA.

5. ASWAJA sememangnya faham dengan rentak Asri yang mengambil kesempatan


terhadap populariti Zakir Naik bagi memburukkan ASWAJA yang sememangnya
pertubuhan tidak disenangi Mufti Perlis itu. Bertaubatlah Asri, malulah dengan
kedudukan anda sebagai Mufti sebelum menyebarkan fitnah dan tuduhan. Ingatlah
Allah sentiasa memerhati kita, jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang
kemurkaan.

6. Berdasarkan tuduhan Asri terhadap ASWAJA yang boleh mencalarkan imej


pertubuhan ini, kita akan merujuk kepada peguam untuk mendapatkan khidmat
nasihat seterusnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perlis ini.
Kami tidak akan membiarkan perbuatan fitnah terhadap ASWAJA berterusan dan akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini. 
SEKALI LAGI, MUFTI PERLIS DIMINTA MENGEMUKAKAN BUKTI YANG MANA ASWAJA
MEMBANTAH ZAKIR NAIK KE NEGARA INI.

Sekian terima kasih.


10 April 2016
Baik punya uturn. Siap nak saman orang lagi. ASWAJA tak perlu kata ZAKIR NAIK tu
setan ke jangan masuk ke Malaysia ke bagi nak menyatakan bantahan terhadap
kehadiran ZAKIR NAIK ke Malaysia pun. Cukup dengan point no 4,5,6 & 7 seperti
kenyataan awal ASWAJA tentang ZAKIR NAIK dah terang-terang menyatakan
persamaan pendirian ASWAJA dengan HINDRAF. 

Pelik juga aku. Apa yang susah sangat nak ban. Kenapa tak debat je depan-depan dan
buktikan ZAKIR NAIK terkeluar dari landasan Islam. Sembang-sembang. Kalau bab
menyembang neh memasing memang pakar gila.

Dan ini pula berita dari web ISMA.

“Siapapun Dr. Zakir Naik, beliau adalah penceramah asing. Jadi, kedatangannya ke
Malaysia sepatutnya memerlukan tapisan keselamatan pihak KDN, PDRM dan pihak
berkuasa agama negeri,”

kehadiran Dr Zakir tidak boleh dibuat mengikut selera peribadi atau atas kapasiti
politik semata-mata.

tapisan itu perlu bagi mengelak pelbagai isu kontroversi agama yang boleh
membingitkan umat Islam di negara ini, sekali gus menjadikan ekosistem Ahli Sunnah
Wal Jamaah di Malaysia terpelihara daripada sebarang unsur tidak diingini.
(rujuk)

Sembang bikin bimbang la lue ASWAJA.. bab kerajaan kutip cukai melalui aktiviti judi
yang diperlesenkan takyah pula tapis itu ini ek. Dalam kuasa engkorang kot. Sebab
benda neh berlaku dalam negara kau sendiri. Hal riba ke, hal penindasan ke tak amek
port pula. Bab-bab remeh macam neh..beria-ria cadang agensi penguatkuasa tapis.
Kena check akidah Zakir ke atau kena check akidah Zamihan sebenarnya ek?

Lue semua fikirlah sendiri. Apa-apa pun kantoi tetap kantoi. Uturn tetap uturn.
Hindraf dah pun tepuk tangan dengan kenyataan ASWAJA.. 

KAH KAH KAH 

Btw, kalau sebelum neh geng2 Hindraf, MIC, DAP kata program di UTeM Melaka patut
dibatalkan sebab ianya menyentuh sensitiviti penganut Hindu tetapi kalau korang nak
tahu program Zakir Naik yang mana tajuk takde kena mengena dengan agama lain pun
turut sama dibatalkan. Terbaikla KPN kau. Tue je la aku nak cakap.

KAH KAH KAH! 

MAHKAMAH BATAL SAMAN DEEPAK


Syukur kepada Tuhan....

Mahkamah Tinggi pada pagi Isnin membuat keputusan membatalkan


saman berjumlah RM1.1 bilion oleh ahli perniagaan karpet, Deepak
Jaikishan terhadap Sabbaruddin Chik dan saya berhubung penerbitan
buku "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat Dari Isi Hati
Sabbaruddin Chik" yang diterbitkan pada Mac 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman, Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu


berikutan ketidakhadiran Deepak tanpa memberikan sebarang alasan
kepada mahkamah.

Dalam perbicaraan sebelum ini yang ditetapkan pada Disember 2015


lalu, Deepak juga tidak hadir, tetapi dengan mengemukakan sijil hospital
yang mengesahkan beliau dimasukkan ke wad kerana menerima
rawatan.

Dengan batalnya saman tersebut, bukan saja kes yang  berlarutan sejak
setahun lalu itu dikira sudah berakhir, tetapi juga membolehkan buku
yang dilarang penjualannya berikutan saman itu akan dapat dijual
semula di pasaran terbuka.

Di kesempatan ini, Sabbaruddin Chik yang merupakan bekas Menteri


Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan dan saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak, rakan, saudara mara dan sesiapa jua
yang kami temui yang sentiasa memberi kata-kata semangat, doa dan
pengharapan baik berhubung saman tersebut.

Juga terima kasih kepada peguam Adnan Seman yang telah menjalankan
kerjanya dengan baik dan tidak ketinggalan juga kepada saksi, bekas
Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Mangsor Saad dan saksi yang
disapina, Naib Presiden Bank Rakyat, Abdul Razak Abu Bakar yang
sudah sedia melapangkan masa untuk memberi keterangan dalam
perbicaraan yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari sehingga
Rabu ini.

Terima kasih yang khusus juga daripada saya kepada semua dan saya
akan terus menulis lagi dan lagi,  sama ada dalam blog ini atau pun
buku-buku yang bakal diterbitkan nanti. (SH 11/04/2016).
Dari kiri - Zamri Mohamed, Mangsor Saad, Shahbudin Husin, Adnan Seman, Sabbaruddin Chik
dan Abdul Razak Abu Bakar.
Sabbaruddin, Shahbudin dan Adnan ketika di luar mahkamah.
Dengan batalnya saman tersebut, bermakna buku ini akan berada di pasaran semula dalam sehari
dua ini. 
Anda mungkin juga meminati:

Guna Dr Zakir Naik, tutup isu Najib mesti letak jawatan.


VIRUS KEAGAMAAN MULA DITABUR.

1. Kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia telah menjadi satu perbahasan hangat di media sosial khususnya
dikalangan agamawan dan anak muda.

2. Pandangan dan hujahan pastinya panas apabila dinilai dari sudut agama yang berbeza. Namun adakah
ini kebetulan atau ada agenda disebaliknya?
3. Realitinya semua penganut agama apapun mahu melihat kebaikan dan keamanan. Sudah pasti apabila
kita menyentuh isu sensitif ini akan membangkitkan kemarahan jika tidak di uruskan dengan baik.
Dengan situasi ini sudah pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menjadi jaguh
atau mengalihkan isu-isu tertentu, tambahan pula ramai yang mudah melatah dan emosi dalam
menangani isu sebegini.

4. Maka dengan ini saya mencadangkan agar semua pihak bertenang dan jaga kata-kata dari menghina
sesama kita. Bersama kita mencari jalan penyelesaian dengan perbincangan dan keterbukaan minda
serta emosi.

5. Realitinya isu ini membuatkan ramai lupa bahawa isu sebenar negara sekarang adalah Dato' Seri Najib
Razak perlu meletakkan jawatan atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

6. Kesengsaraan rakyat pada hari ini harus dibela. Strategi perkauman dan agama sentiasa digunakan
oleh pemerintah zalim untuk terus kekal berkuasa. Malangnya walaupun ramai yang sedar tapi ramai
juga terus sedia ditipu dan terpedaya dgn virus ini. Selepas ini Dr. Zakir Naik akan pulang dan
meneruskan kerjanya diluar sana. Sedangkan kita masih terus berperang dengan agenda sesama kita
mengenai Dr. Zakir Naik.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar

Nkp Amanah Nasional

Fakta Menarik Berkenaan Dr. Zakir Naik Yang Perlu Anda Tahu..
Fakta Menarik Berkenaan Dr. Zakir Naik Yang Perlu Anda Tahu. Berita kunjungan
penceramah agama tersohor dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik, telah menimbulkan pelbagai
reaksi dalam negara, dan lebih hangat dalam masa beberapa hari ini.

Sebahagian daripada masyarakat Malaysia amat ternanti-nanti akan kedatangannya malah ingin
mengikuti majlis ceramah yang mengasah ketajaman pemikiran, khususnya tentang pemahaman
dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam.

Namun, dalam masa yang sama, sebahagian lagi masyarakat menganggapnya sebagai 'ancaman',
kerana kepetahannya berdebat dilihat 'boleh mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama'.

Selepas berjaya menarik perhatian dengan kemunculan di Terengganu pada Ahad, Dr Zakir
menjadi topik hangat apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan
agar ceramahnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak diteruskan atas sebab
ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Fakta Menarik Berkenaan Dr. Zakir Naik Yang Perlu Anda Tahu

Penceramah yang melepasi usia setengah abad itu dijadual menyampaikan ceramah berjudul
‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam).

Isu Dr Zakir kini menjadi perbualan hangat di Malaysia, tetapi sejauh manakah kita mengenali
beliau?

Dr Zakir bukan saja mampu memetik ayat dan penjelasan dari al-Quran dan hadis, 
malah mengetahui intipati kitab-kitab agama lain.
Berikut adalah senarai 8 fakta ringkas tentang penceramah tersebut:

1. Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang
sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau
dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.
2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine
and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah,
dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

3. Dr. Zakir Naik merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan
memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton
selepas ceramahnya.

4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan


salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada
kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun
(sehingga tahun 2014) Dr. Zakir Naik telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh
dunia.

Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi,
Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia,
Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta
orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya
dikendalikan oleh seorang penceramah.

7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau
berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia
Putra di Kuala Lumpur.

8. Dr. Zakir Naik pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh


dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam
Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di
Putrajaya, petikan dari Awani.

Sekat Dr Zakir Naik, Pemuda Amanah pertahan kebebasan intelek.


Kenyataan Media

KECEWA LARANGAN PIHAK BERKUASA, PEMUDA SERU SYARAHAN INTELEKTUAL DIBEBASKAN

www.amanah.org.my
Pemuda AMANAH menyatakan kekecewaan yang amat mendalam terhadap larangan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter beliau berhubung syarahan umum tokoh intelektual
antarabangsa, Dr Zakir Naik. Larangan ini mencerminkan tahap kongkongan pihak berkuasa yang amat
parah terhadap 'intellectual discourse', yang seharusnya disuburkan, tidak dihalang apatah lagi
dibatalkan sewenang-wenangnya.

Atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan intelek, Pemuda AMANAH berpandangan syarahan-
syarahan ilmiah seperti ini tidak harus dimusuhi oleh sesiapa pun. Jika wujud pun pertembungan
pemikiran, perkara ini positif kerana sikap inkuiri yang sedia tertanam dalam jiwa generasi muda mampu
disuburkan dengan penggalian ilmu yang lebih luas dan pandangan ilmiah yang lebih rencam, asalkan
kesemuanya itu berteraskan ilmu dan hujah.

Pertentangan pendapat tidak sewajarnya berakhir dengan pihak berkuasa atau kerajaan memenangkan
satu pandangan sahaja. Mungkin boleh diusulkan pandangan untuk dipentaskan forum yang
menampilkan Dr Zakir Naik dengan pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Hal ini lebih
bertamadun daripada membantah atas alasan-alasan klise seperti 'ketenteraman awam dan sensitiviti
agama' yang sebenarnya tidak menganjak apa-apa pun kemajuan pemikiran rakyat bahkan lebih
menarik rakyat ke zon pembodohan.

Akhirnya, Pemuda AMANAH teguh mempertahankan kebebasan intelek sebagai elemen teras
pembinaan masa depan negara. Pemuda AMANAH juga menyeru agar seluruh parti-parti politik, NGO-
NGO, badan-badan kerajaan dan tokoh-tokoh agamawan untuk teguh mempertahankan prinsip yang
sama. Negara tidak akan mundur dengan rakyat yang dibijakkan. Negara hanya akan hancur dengan
pemimpin bodoh yang turut mahu rakyat diperbodohkan.

"Harapan Baru"

SANY HAMZAN

Ketua Pemuda AMANAH Nasional

11 April 2016
UMNO kalah, Cina perintah?
💥💥💥💥

UMNO Kalah

Cina Memerintah?

------------------

Saya telah berhenti minum pagi di R&R Temerloh pagi ini. 

Selepas minum pagi saya akan menyertai kawan2 di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang dalam siri lawatan
ke seluruh negara yang bertema 'Melayu Bermaruah' - 

Selamatkan Malaysia. 

Semasa minum pagi di R&R tersebut saya duduk bersebelahan dengan seorang anak Melayu sambil saya
makan semangkok lontong. 

Di hadapan beliau ada seorang lagi anak Melayu. 

Mengenali saya anak Melayu yang duduk sebelah saya berkata "Kalau Umno kalah nanti Cina DAP
mererentah negara". 

Dalam hati saya berkata berkesan sungguh kempen orang2 Umno bahawa jika Umno kalah Cina akan
berkuasa. 

Saya telah dapat menerangkan sedikit kepada kedua2 anak Melayu tersebut yg itu cuma helah orang2
Umno. 
Mereka takut orang Melayu beralih sokongan, lari daripada Umno dan menyokong parti2 dalam Pakatan
Harapan seperti PKR, Amanah dan DAP termasuk juga Pas. 

Saya beri tahu kedua2 mereka perkara itu tak betul. 

Di Selangor bila Barisan Nasional kalah Menteri Besar tetap orang Melayu. Setiausaha Kerajaan Negeri
Melayu, Pegawai Daerah2 Melayu, PKNS Melayu, Perangsang Melayu, MBSA Melayu, MBPJ Melayu....
malah semua kekal macam biasa ... Melayu. 

Begitu juga semasa Pakatan Rakyat memerentah di Kedah, Perak dan juga di Kelantan pemerentah
adalah di tangan Melayu. 

Cuma di Pulau Pinang Ketua Menterinya Cina. 

Tapi di Pulau Pinang memang selama2nya Ketua Menterinya Cina. 

Wong Pau Nee, Dr Lim Chong Yu, Dr Koh Su Koon dan sekarang Lim Guan Eng. 

Selain dari Pulau Pinang semuanya Melayu. Dari Perlis hingga ke Sabah. 

Saya tanya kepada mereka apa yang orang Melayu nak takut? 

Semuanya Melayu. 

Sultannya Melayu.

Perdana Menteri Melayu. Timbalan Perdana Menteri Melayu. Menteri2 ramai Melayu. Tentera Melayu.
Polis Melayu. Pegawai Kerajaan Melayu. 
Malah semuanya Melayu. 

Saya bertanya kepada mereka bagaimana Cina nak memerentah bila hampir semua jawatan penting
dipegang orang Melayu. 

Mereka tak boleh jawab. 

Mereka tak mampu jawab. Sebab alasan mereka tak kukuh. 

Sebenarnya anggapan Umno kalah Cina memerentah tak betul. Karut. 

Ini hanyalah rekaan orang2 Umno. 

Apa yang orang2 Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain2 mahu ialah mereka mahu pemimpin2
yang lebih baik, lebih amanah dan hidup secara sederhana. 

Selepas setengah jam saya memberi hujjah saya beredar menuju ke Felda Bukit Goh, Kuantan. 

Sepanjang saya berbicara dengan mereka tidak ada langsung mereka mencelah dan mengemukakan
apa2 alasan yg menguatkan hujjah 'Umno kalah Cina berkuasa'. 

Bagi saya orang2 Melayu masih confuse dan tak tahu membezakan parti dan kuasa. 

Inilah cabaran pada kita yang bergerak ke seluruh negara. 

Orang Cina bukan nak ambil alih kuasa dari orang Melayu. Orang Cina nakkan pemimpin Melayu yang
amanah, baik, sederhana dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. 
Ramai orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak serta yang lain2 berharap Pakatan Harapan terdiri
Dari PKR, Amanah, DAP serta Pas boleh melakukannya. 

Selamat berjuang. 

TS Muhammad Muhammad Taib 

Felda Bukit Goh

10 April 2016

ANTARA SIRUL DAN SHAHROL

Dalam kes pembunuhan Altantuya, nama yang paling disebut ramai


sehingga kini ialah Sirul Azhar Omar. Walaupun beliau disabitkan
bersama Azilah Hadri atas kesalahan membunuh wanita Mongolia itu,
tindakannya melarikan diri ke Australia telah menyebabkan namanya
lebih popular berbanding rakannya itu.

Dengan tujuan asal melarikan diri ke Austalia semata-mata untuk


mengelak hukuman mati keatasnya, Sirul dengan tidak semena-mena
telah menjadi rebutan antara kumpulan Najib dan mereka yang mahu
menjatuhkannya bdrikutan tindakannya itu.

Dilindungi oleh kekangan undang-undang Australia yang menolak


sebarang hukuman mati, pengakuan Sirul mengenai pembunuhan
Altantuya dan siapa yang mengarahkannya amat dinanti-nantikan serta
tidak dinafikan boleh membuka ruang kepada penyiasatan semula kes itu
dan seterusnya menjadi ancaman kepada masa depan politik Najib.
Bagaimanapun, oleh kerana Sirul masih berteka-teki, di sebalik
difahamkan sudah ramai yang menemui dan bercakap melalui telefon
dengannya, kedudukannya terus menarik perhatian ramai, sekurang-
kurangnya selagi Najib masih menjadi Perdana Menteri.

Dalam kes 1MDB yang baru saja PAC membentangkan laporannya di


Parlimen, satu nama yang hampir sama sebutannya dengan Sirul iaitu
Shahrol tiba-tiba menjadi bualan ramai.

Beliau yang nama penuhnya ialah Shahrol Azrai Ibrahim Halmi adalah
bekas CEO 1MDB yang dicadangkan oleh PAC untuk disiasat dan
dipertanggungjawabkan atas beberapa kelemahan dalam syarikat itu,
terutama dalam beberapa keputusan yang membelakangkan Lembaga
Pengarahnya.
Najib yang menubuhkan 1MDB, menjadi Pengerusi Lembaga
Penasihatnya, hadir menyaksikan pelbagai perjanjian perniagaan dan
tandatangannya wajib diturunkan sebelum perniagaan dimuktamadkan,
lalu ramai yang mempersoalkan wajarkah  hanya Shahrol dipersalahkan
apabila syarikat itu bermasalah?

Di mata ramai juga seolah-olah Shahrul adalah satu-satunya "kambing


hitam"  dalam kemelut 1MDB yang menjadikan nama Najib bukan saja
bahan perbualan ramai dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia.

Selain mengatakan tidak ada perkara salah yang dilakukannya ketika


mengetuai 1MDB, keperluan tandatangan Najib sepertimana yang
tertulis dalam Artikel 117 M & A syarikat pelaburan itu bukanlah juga
suatu rahsia lagi.

Oleh, kebingungan ramai mengapa hanya Shahrol yang dipersalahkan


tidak disangsikan memang ada asasnya.
Tetapi yang ditunggu berikutan cadangan PAC itu, jika Shahrol Azral
disiasat nanti, apakah beliau akan berkata benar dan mendedahkan
segala-galanya atau lebih rela menjadi korban untuk menyelamatkan
pihak lain?

Penangkapan, penyiasatan dan seterusnya pendakwaan Shahrol Azral di


mahkamah tentu saja boleh menjadi sesuatu yang memeningkan lagi
kepala Najib, setelah kemelut 1MDB selama ini sudah cukup mencalar-
balarkan namanya di mata umum sebagai anak Tun Razak yang
disanjung ramai.

Untuk itu, mungkinkah, sama seperti dua pengarah SRC International,


Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Arif Kamil yang sebelum ini melarikan
diri ke luar negara, Shahrol Azral juga nanti tiba-tiba didapati tidak
dapat dikesan lagi daripada negara ini?
Akhirnya, sudahlah sebutan nama hampir sama, apakah nasib Sirul dan
Shahrol juga jadi tidak banyak berbeza dengan menjadikan perkelanaan
ke luar negara sebagai pilihan kerana talian hayat Najib banyak terletak
pada kedua-duanya? (SH 11/04/2016).

Khabar angin politik yang seronok didengar

SELOKA PAGI

Berbagai-bagai khabar angin politik bertiup dan ditiupkan sehingga mengusik minda orang
politik. Orang politik yang tidak ada pengetahuan dan cetek penilaian mengenai perang saraf
politik akan mudah tersentuh dengan khabar-khabar angin politik itu. Sebaliknya bagi mereka
yang sudah masak dengan sepak terajang politik akan membiarkan sahaja khabar angin itu
berlalu atau mendengar pomimeknya dari jauh.

Ia dianggap tidak lebih daripada gimik murahan politik.

Ada macam-macam khabar angin yang tersebar dan diperkatakan saat ini. Paling baharu ialah
kononnya bekas ketua Angkatan Muda PKR, (lupa nama) akan membuat come back untuk
menyertai semula PKR. Satu perbincangan antara bekas ketua yang juga pelopor sumpah
pemuda itu, kemudian dilanggarinya, telah diadakan dengan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan
Ismail.

Mungkin bagi mereka yang tidak pernah membaca sejarah hidup bekas pegawai Anwar Ibrahim
itu akan mempercayainya dan respons kepada khabar berkenaan. Tetapi bagi orang yang
menuruti jejak politik pemaling tadah itu hanya akan tersenyum. Apa lagi bagi mereka yang
pernah mendengar ceramahnya di pinggir sungai Sarawak tahun 2011, akan menerima khabar
angin politik itu sebagai cerita lucu yang tidak ada plot sahaja.

Apa yang pernah dituturkan oleh bekas ketua pemuda terhadap Dr Wan Azizah lima tahun lalu
boleh menyebabkan Azizah akan "berdendam" dengannya lebih teruk dariapda dendam dan
kebenciannya kepada Dr Mahathir Mohamad kerana memusanahkan kerjaya politik lakinya.

Selain dari itu ada pula khabar angin politik di Kelantan, kononnya 10 orang Adun akan
meninggalkan Pas sekiranya bekas Naib Presiden Pas Husam Musa yang peta politiknya kini
tidak menentu dipecat daripada parti itu.

Itu juga khabar angin politik yang tidak ada plot yang jelas. Saya menganggap mereka yang
menjual cerita itu sebagai orang yang ingin berniaga tetapi tidak cukup modal. Maka modal
dicari untuk membuka kedai bagi menarik pelanggan. Modalnya dengan menjaja berita
kononnya ada Adun akan berpaling tadah.
Khabar angin politik yang juga hangat diperkatakan ialah kononnya MB negeri di Selatan tanah
air sedang diusahakan untuk disingkirkan. Kononya ada gerakan penyingkiran MB itu yang
dilakukan oleh seorang timbalan menteri yang digambarkan berminat unuk menjadi MB negeri
itu. Kini isu itu sudah riuh randah sehinggakan ketenangan air di selatan berhampirannya
terganggu.

Itu juga khabar atau angin politik yang disebarkan begitu rupa. Berbanding dengan dua khabar
angin politik di atas tadi, khabar angin ini ada sedikit asasnya. Tetapi statusnya tidak jauh
berbreza.

Khabar angin politik seterusnya dan ini paling menarik dan dinanti-nanti oleh setengah orang,
ialah yang melibatkan dua tokoh politik. Khabar ini lebih menarik dan merujakan perasaan orang
mendengarnya. Satu kononnya Tengku Razaleigh Hamzah akan mengganti Najib Razak dalam
beberapa bulan ini. Tempoh yang disebut secara spesifik ialah selepas Raya Aidifitri.

Asas kukuhnya tidak ada, tetapi dibina dengan persepsi tertentu demikian rupa. Ceritanya tetap
sama dengan versi cerita-cerita Tengku Razaleigh akan mejelma menjadi PM sebelum ini.
Secara ajaib?

Kononnya pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah itu atas kehendak Yang di-Pertuan Agong.
Khabar angin ini berlegaran secara senyap dari mulut ke mulut sahaja. Ketidakhadiran Tengku
Razaleigh di Kongres Rakyat dan penandatangan deklarasi Umno Kelantan sokong Najib
dijadikan alasan dan pegangan?

Kononnya Tengku Razaleigh meralatkan kehadirannya bersama Dr Mahathir untuk


mengelombangkan gerakan menyingkirkan Najib kerana ahli parlimen itu telah dibisikkan
sesuatu yang melunakkan gelinganya oleh Najib. Benarkah begitu? Masakan Tengku Razaleigh
mudah tertidur dengan bisikan itu?

Satu lagi khabar angin politik juga berhubung jawatan PM. Kali ini terbabit dengan Anwar
Ibrahim. Kononnya perundingan sedang dilakukan. Anwar akan dibebaskan awal bagi
membolehkan dia worm-up untuk mengambil alih jawatan PM. Termasuk dalam agenda itu juga
beliau akan diberi pengampunan atau pun tahanan kediaman seperti Khir Toyo.

Selepas Anwar sihat dan pulih seperti sedia kala beliau akan diberikan jawatan itu. Zahid Hamidi
yang masih keteloran Jawa bila bercakap Inggeris tidak berkeupayaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai PM. Kononnya juga perundingan telah diadakan. Isteri Anwar sudah
beberapa kali berjumpa dan berunding dengan Zahid Hamidi?

Itu pun khabar angin politik yang menarik juga. Setengah qaul dalam PKR mempercayai dan
menyakini akan berlaku proses berkenaan. Kepercayaan ini juga seperti digambarkan oleh Dr
Wan Azizah. Keengganan Dr Wan Azizah untuk tidak bersama Dr Mahathir memberi gambaran
itu bahawa beliau lebih percaya kepada Zahid daripada Mahathir. [wm.kl.10:42 am 11/04/16]
TOLAK UMNO, TOLAK DEKLARASI RAKYAT TAPI SOKONG
PAS...EHEM, EHEM...

Ini barangkali pendirian terbaru Ibrahim Ali dan NGO Perkasa yang
dipimpinnya sekarang.

Berucap di perhimpunan anti DLP di Tasik Titiwangsa semalam,


Ibrahim Ali berkata, "kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan
yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan
citarasa majoriti penduduk, kaum Bumiputera khususnya Melayu
muslim.

"Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada hari ini. Saya yakin masa
depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi terletak pada UMNO, tetapi
pada Pas."
Namun, dalam masa yang sama Ibrahim Ali juga menolak untuk
menandatangani Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir
Mohamad bersama parti-parti pembangkang.

Bermakna, sementara menolak UMNO dan tidak mempercayai lagi


kerajaan yang ada hari ini, Ibrahim Ali juga menolak untuk bersama
dengan gerakan menjatuhkan Najib Razak.

Sebaliknya yang disokong dan dipercayai oleh Ibrahim Ali ialah Pas.

Kenapa Pas jadi pilihannya?

Apakah beliau tidak sedar Pas juga mungkin akan bekerjasama dengan
UMNO berdasarkan kecenderungan Hadi Awang dan Harun Din
semenjak dua menjak ini?

Atau mungkinkah semua itu merupakan tanda-tanda awal Ibrahim Ali


sekali lagi bakal bertanding atas tiket Pas dalam pilihanraya akan datang
nanti? (SH 10/04/2016).
Anda mungkin juga meminati:

Rafizi cerita polis yang suruh dia letak tangan di belakang

KENYATAAN

Wira muda negara Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan khas berhubung "kontroversi"
kononnya beliau berlakon tangannya digari semasa diiringi sekawan pegawai polis. Beliau
dituduh cuba meraih simpati dengan perbuatan itu dan digambarkan sebagai seorang
pembohong.

Beliau juga mencabar Khalid Abu Bakar agar membuat kenyataan dia berbohong sekali lagi
membolehkan beliau mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang kepada
Ketua Polis Negara itu.

Berikut adalah adalah kenyataan penuh Rafizi yang dihantar ke email saya.

9 APRIL 2016
PEGAWAI POLIS WAJAR DIBERI KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN
MENGENDALIKAN TAHANAN TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK ATASAN ATAU PIHAK
LAIN

Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang
dilaporkan oleh Malaysiakini ( http://www.malaysiakini.com/news/337038 ) serta pelbagai
komen dan tuduhan yang dibuat kononnya saya “berlakon” digari untuk cuba meraih simpati
dari rakyat.

Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
(JSJK) yang ditugaskan menyiasat kes saya bahawa saya dikehendaki meletakkan tangan di
belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis yang mengiringi saya ketika dibawa
ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Rabu, 6 April 2016.

Perbincangan ini berlaku sekitar jam 1130 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara 238,
Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya Saudara Mohd Faizal Abdul Rahman.

Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai
polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia
pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya. Peguam
saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara
pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.

Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut
arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya.

Saya ingin melahirkan rasa kecewa apabila soal sama ada saya digari atau tidak telah
dipolitikkan lsewenang-wenangnya sedangkan isu yang lebih besar iaitu penyelewengan 1MDB,
salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan
pembayaran caruman LTAT pesara tentera cuba ditenggelamkan oleh isu ini. Malah ada yang
memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.

Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar
rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak berterusan
menekan rakyat.

Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik
rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang
ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa.

Pandangan peribadi saya ialah seorang ahli politik perlu diberi layanan yang sama seperti
rakyat biasa yang lain – tidak lebih dan tidak kurang. Malah, pegawai-pegawai polis yang
diberi tanggungjawab mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada seorang ahli politik
itu digari atau tidak, selagi budi bicara itu tidak melanggar peraturan dan undang-undang.

Saya simpati dengan pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya


selama ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan
mengundang kritikan (“damn if they do, damn if they don’t”). Jika mereka menggari saya,
penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar
kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa
mereka tidak menggari.

Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di
belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara
mereka yang adil kepada semua.

Saya telah ditahan banyak kali dan telah berurusan dengan ramai pegawai polis dari pangkat
konstabel hingga ke SACII (Senior Assistant Commissioner) sejak tahun 2012. Saya
menghormati mereka dan menghargai penghormatan dan layanan yang mereka berikan kepada
saya selama ini setiap kali saya di dalam tahanan. Saya dilayan secara professional dan
berhemah baik di lokap sehingga ke bilik soalsiasat sehingga ke lokap mahkamah.

Anggota polis adalah rakyat biasa seperti kita yang boleh menilai baik buruk seseorang
pemimpin. Mereka juga tersepit seperti rakyat biasa tetapi tertakluk kepada arahan pihak
atasan.

Oleh yang demikian, seperti mana negara kini bermasalah kerana kepimpinan tertingginya
tempang, saya juga merasakan sebarang kritikan itu perlulah disasarkan kepada kepimpinan
tertinggi polis seperti Ketua Polis Negara dan bukannya anggota biasa yang cuba sedaya upaya
melaksanakan kerja mereka secara professional.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil yang dipertanggungjawab menyiasat kes saya di bawah Akta Rahsia
Rasmi (OSA) baru-baru ini di atas sikap professional dan budi bicara mereka. Ucapan terima
kasih juga kepada semua kakitangan Lokap Bersepadu Jinjang yang professional dan berhemah
semasa mengendalikan tahanan saya di sana. Saya yakin masa depan negara adalah cerah jika
sikap professional sebegini diteruskan.

Saya juga berharap Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang
memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari yang dipolitikkan
sebelum ini. Jika beliau mengulanginya, maka saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-
peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN [wm.kl.8:20 pm 09/04/16]

Pecat Husam, Adun wanita Pas Kelantan akan sertai


Amanah?
Posted By: Pentadbiron: April 10, 2016

 Print Email

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah


mendedahkan kesemua empat wakil rakyat wanita PAS di
Kelantan dijangka akan meninggalkan PAS jika Datuk Husam
Musa dipecat oleh parti itu.
Pendedahan awal ini dibuat beliau melalui laman sosial
Facebook apabila beliau dicabar untuk mendedahkan nama-
nama wakil rakyat yang akan menyertai Husam itu.
Ia dilakukan Wan Rahim apabila seorang bekas aktivis PAS yang
kini menyertai Amanah, Asran Alias mendedahkan tiga nama
Adun dahulu yang bakal menyertai bekas naib presiden PAS
iaitu Kadok (Azami Mohd Nor), Tawang (Hassan Maahmood)
dan Bukit Panau (Datuk Abdul Fatah Mahmod).
“Datuk Wan Rahim tak payah sebut nama… izinkan ambo (saya)
sebut dan pikirkan blako deh,” kata Asran dan seterusnya
menyebut ketiga-tiga nama itu.
Namun begitu, nama-nama yang didedahkan Asran itu
dikatakan lebih kepada provokasi semata-mata kerana antara
nama yang disebut itu sukar dipercayai akan menyertai Husam.
Ekoran itu, pelbagai nama disebut oleh rakan-rakan facbook
Asran dan Wan Rahim menyampuk dengan berkata, “Mohon
jangan abaikan wanita…”.
Apabila seorang rakan facebook bernama Muhammad Iqbal
Mohamad Nor menyebut nama Dun Kijang, Tanjung Mas dan
Rantau Panjang, Wan Rahim menambah “& Demit.”
Adun Kijang adalah Wan Ubaidah Wan Omar, Rohani Ibrahim
(Tanjung Mas), dan Mumtaz Mohd Nawi (Demit) manakala Siti
Zailah Yusof (Parlimen Rantau Panjang).
Wan Rahim membuat sepak mula isu ini apabila mendakwa 10
Adun Kelantan akan meninggalkan PAS jika Husam dipecat oleh
PAS ketika jawatankuasa disiplin parti itu sedang membicarakan
Adun Salor itu.
Ekoran itu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Kelab Penyokong
Kerajaan Kelantan mencabar Wan Rahim menamakan 10 Adun
yang akan bersama-sama Husam itu.
Sebelum itu, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah
Harun berkata, kenyataan Wan Rahim itu tidak akan menjadi
kenyataan kerana kesemua Adun PAS terikat dengan baiah
mentalaqkan isteri jika mereka berbuat demikian.
Tuan Ibrahim lebong sokmo, Idris Ahmad biadab, tidak hormat Sasterawan Negara! Hari
tu bukan main angkuh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ngaku Pas kuat kerana kehadiran
rendah dalam demo Tolak GST tanpa kehadiran Pas.... Kehadiran rendah Himpunan
Aman Bantah Program Dwi Bahasa (DLP) 9 April 2016 anjuran Pas membuktikan kata-
kata Ust Tuan Ibrahim Tuan man itu tidak lebih merupakan gendang kosong yang
nyaring paluannya .... Suasana pun bukannya seperti demo, tapi hanya seperti sedang
menyambut hari keluarga. Majlis bermula pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang....satu
jam sahaja??? Kesian tengok Muslimat bercemor tengah panas... Berdemo pakai payung
lak?? Duduklah awah naungan pokok tu...alahai! Berikut ini komen dari Ipoh Mali : Allah
nak tunjuk kebenaran pada orang yg Angkuh dan Takbur..bukannya lama, Tak Sampai
Seminggu Tuan Ibrahim kata.., Demo anti GST tak ramai sebab takda penyertaan PAS..
Akhirnya Allah tunjuk kan di Depan mata Tuan Ibrahim Sendiri himpunan PAS gagal..
dalam PAS buat kerahan wajib, hanya tak sampai 1 ribu orang hadir..25% dari jumlah
Demo tolak GST... dgn makna, Kalau PAS hantar sorang wakil setiap cawangan pun tak
capai matlamat.. kalau dikira dgn jumlah pertambahan Ahli PAS di Selangor pun jauh
tersasar.. tak perlu pakai Drone, tak perlu panjat pokok untuk tangkap gambar.. cukup
lah berada di tepi tasik untuk tahu ramai ker tak himpunan tadi.. Aku dah ingatkan
minggu lepas.. korang jangan gelak sangat.. jangan cakap besar.. Minggu depa PAS akan
buat Demo kat Dataran Merdeka.. bila hampir tarikh Demo.. untuk elak rasa malu Demo
yg tak dapat sambutan.. depa tukar ke Tasik Titiwangsa.. Dalam pada semua PAS buat
Kerahan wajib, semua Kawasan dan Cawangan, FB dan Akhbar PAS sebarkan Poster
Demo DLP pun PAS tetap gagal.. Bagi aku takde masalah tak ramai orang.. tapi Jgn
perkecil kan Demo org lain.. tambah2 hangpa tu pemimpin.. Harap Tuan Ibrahim.. Haji
Hadi muhasabah la.. kami tak kata Pakatan kuat.. tapi hangpa jangan perasan kuat..
Nanti jgn ada Ostad PAS kata pulak.. " Dalam Sejarah Islam.. Golongan yg kecil bakal
mengalahkan Golongan yg besar seperti dalam perang badar.. " Ni aku nak komen pasal
Ust Idris Ahmad bersama para Wal'auta yang tidak ketahuan ....Puak-puak ni jemput
tokoh sasterawan negara, A. Samad Said sekadar untuk dimalukan dan dihina dihadapan
puak mereka? Ust Idris Ahmad telah melalak "Tolak! Tolak! ..Tolak DAP! Jahanam!
Jahanam! Jahanam DAP! Apa kaitan DAP dengan DLP ni? Adakah DLP ni angkara DAP
atau Umno/BN?? Samada Idris Ahmad ni tersasul nak sebut DLP, dia tersebut DAP??
Kalau dia sengaja nak marahkan DAP, maka samada dia ni bengong atau bangang, itulah
dia! Tindakan Idris Ahmad dan wal'auta memaki hamun DAP membuktikan Pas tidak
tahu menghormati tetamu khas mereka sendiri , iaitu Pak A.Samad Said seorang anggota
DAP adalah sangat-sangat dikesali. Apakah tujuan Pas menjemput tokoh Sasterawan
Budaya ini hadhir dalam majlis mereka itu hanya untuk dimalukan dengan kata-kata
kesat dan tidak beradap sebegitu?

Menjawab ungkapan "khadam DAP" dengan "khadam UMNO" tidak perlu


Written By Wadah Baru on Isnin, 11 April 2016 | 3:16 PTG

1.Menjawab ungkapan "khadam DAP" dengan "khadam UMNO" tidak perlu .

2. Kerjasama Amanah dan DAP serta Keadilan melalui Pakatan Harapan, baru berusia sekitar tujuh
bulan, tiada siapa menjadi khadam, yang wujud adalah usaha kearah saling kerjasama dan bantu-
membantu, bagi melawan salah guna kuasa dan rasuah, demi kebaikan rakyat Malaysia.

3. Sedangkan kerjasama PAS dengan DAP jauh lebih panjang dari itu. Sepanjang kerjasama itu PAS
tidaklah menjadi khadam sesiapa. Ianya sekadar kerjasama politik.

4. Begitu juga Amanah, mengambil pendekatan menjalin kerjasama dengan DAP dan Keadilan serta
Gerakan Selamatkan Malaysia adalah difikirkan satu pendekatan lebih baik untuk masa depan rakyat
dan negara.

5. Melawan kerajaan yang rasuah dan menindas, cukup diyakini oleh Parti Amanah Negara sebagai suatu
tuntutan Islam.

6. Terpulang kepada PAS merencana teman politik mereka dan kita harus berubah kepada politik nilai
dari politik label-melabel.

7. Moga Amanah dapat terus memacu kehadapan, kerana kita hanyalah hamba Allah yang serba
kekurangan.

Adly Zahari
Pengerusi
Amanah Melaka.

unday, April 10, 2016

Guan Eng sahut cabaran Rahman Dahlan debat di mana saja, termasuk di TV3
Berani kerana benar. Ketua Menteri Pulau
KUALA LUMPUR, 10  APRIL:

Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyahut cabaran menteri


UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, untuk berdebat tentang
tanah Taman Manggis.
“Saya terima cabaran (debat) itu. Dia yang cabar. Tarikh
terpulang pada dia. Kalau debat di TV3 pun tak apa,” kata Guan
Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi, beliau berkata,
beliau sedia menyahut cabaran Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yang menuduh Ketua
Menteri Pulau Pinang ada kaitan dengan penjualan tanah di
Taman Manggis kepada pihak ketiga.
Rahman juga mendakwa kononnya tanah itu telah dijual secara
tidak langsung melalui pegangan saham syarikat.
Bagaimanapun, dakwaan semberono Rahman dibidas Guan Eng
yang merujuk kepada dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia
yang tidak menunjukkan sebarang kewujudan pertukaran saham
kepada pihak ketiga.
“Bolehkah kita terima wang tetapi tak ditukar milik? Jika
Menteri mempunyai maklumat melibatkan penjualan tanah
tersebut, mengapa nama pembeli tidak ditunjukkan.
“Apa yang cuba beliau sembunyikan? Bila kita tanya mengapa
saham ditukar, dia pula kata bukan urusannya.
“Saya nak tegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga
dapat maklumat dari KLIDC bahawa tiada saham dijual. Ia
(tanah) milik KLIDC. Jika dia dakwa kata ada pertukaran, dia
kena beri penjelasan.
“Saya rela berdepan dan berdebat dengan menteri berdasarkan
segala maklumat mutakhir dan muktamad dari pihak berkenaan
iaitu SSM dan KLIDC sendiri sebagai pemilik geran,” tegasnya.
Guan Eng memaklumkan bahawa segara urusan melibatkan
urusan debat antara beliau dan menteri UMNO itu akan
diuruskan oleh Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew
Fook merangkap Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan.
“Saya tunggu anda, Abdul Rahman!” katanya mengakhiri sidang
media.- Roketkini.com
"Akhir jalan cerita 1MDB yang bermasalah, Najib tak salah? Pemakan dedak
takkan akui keterlibatan Najib - A Kadir Jasin

Isnin, 11 April 2016


Otai BERSIH

Like This Page · 4 hrs · 

 
Kan? So patut lah WSJ dan Sarawak Report tak
pernah kena saman oleh 1MDB.

Kan?

Otai BERSIH

Like This Page · 2 hrs · 

1MDB...
1 Malaysia di Bohongi...
1 Malaysia di Bodohkan...
-Dalam laporan PAC juga turut mengaitkan nama PM
Najib sebanyak 6 kali...
Menteri Kewangan 8 kali...-sapa lagi.. 
Diperbadankan (MKD) 5 kali..
Pengerusi 1MDB 2kali...
Pengerusi Lembaga Penasihat 8 kali..

Yang PAC duk sebut tuu bukankah yg menaung


1MDB...
Macam mana pulak PM Najib boleh tak terbabit
hinggakan nama tak disebut..
Akhir jalan cerita..1MDB yg bermasaalah...Najib tak
Salah....!!
Tak ke Harammmmm 

Pemakan dedak takkan akui keterlibatan Najib


A Kadir Jasin 

ULASAN Kita tahu dan kita akui yang pemakan dedak dan orang yang
bergantung nasib kepada Umno/BN atau terhutang budi kepada Mohd
Najib tidak akan percaya atau mengaku keterlibatan beliau dalam kes
jenayah.
Walaupun butir dan bukti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara dan
agensi penyiasat antarabangsa menjurus ke arah keterlibatan
Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak dalam salah tadbir
korporat dan pecah amanah berkaitan 1MDB, SRC International Sdn
Bhd dan “derma Arab” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

Sebaliknya mereka akan terus menuding jari dan memuncungkan


bibir ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakyat jelata yang mahu
Mohd Najib meletakkan jawatan.

Soalnya, siapakah yang dituduh melakukan perbuatan salah – Dr


Mahathir atau Mohd Najib? Lagipun Dr Mahathir telah berulang kali
mengalu-alukan siasatan ke atas beliau. Malah itulah yang sedang
dilakukan oleh polis.

Siapakah yang menjadi Perdana Menteri dan merosakkan imej


Malaysia dan kepercayaan dunia – Dr Mahathir atau Mohd Najib?

Kalau Mohd Najib cekap, bersih dan amanah, siapakah yang lebih
dipercayai oleh majoriti rakyat jelata – beliau atau Dr Mahathir?

Tetapi mengapakah seorang tua berusia 91 tahun yang sudah lebih


12 tahun bersara, yang disekat dan dicaci oleh media arus perdana
(MAP) masih mendapat sokongan kuat rakyat jelata?

Mengapa Mohd Najib dan konco-konconya dikutuk dan dibelasah


teruk setiap kali mereka menyiarkan sesuatu dalam laman Facebook
mereka atau apabila kenyataan mereka disiarkan oleh media atas
talian?
Mengapa audiens MAP yang menjadi lidah dan risalah propaganda
mereka semakin hari semakin menguncup?

Makan gaji

Untuk menang pertarungan ini, para pemakan dedak, orang yang


bergantung nasib kepada Umno/BN dan yang terhutang kepada Mohd
Najib hendaklah meyakinkan rakyat jelata bahawa Mohd Najib suci
bersih, 1MDB telus mulus, ekonomi negara berkembang pesat,
beratus ribu peluang pekerjaan diwujudkan, setiap graduan dapat
kerja, setiap pelajar yang layak diberikan biasiswa dan pinjaman,
hutang negara lebih rendah daripada zaman Tun Mahathir dan Tun
Abdullah, harga barang dan perkhidmatan pengguna stabil dan GST
tidak membebankan.

Itulah yang patut mereka diayah dan uar-uarkan bukan mencaci Dr


Mahathir dan rakyat jelata yang menandatangani Deklarasi Rakyat.

Kepada bekas anak buah saya dalam dunia kewartawanan, saya


faham dilema mereka.

Saya tahu mereka makan gaji. Tidak perlu cuba meyakinkan saya.
Malah seperti yang saya nasihatkan, jagalah kerja kerana semakin
hari semakin susah mendapat kerja dan ramai orang menganggur.
Cuma janganlah keterlaluan memaki hamun orang tua yang pernah
berjasa kepada kita semua.

Mereka wajib ingat. Di penghujungnya yang penting adalah


pengedaran akhbar mereka dan bilangan penonton saluran mereka.

Kalau kerana menyokong Mohd Najib membabi buta dan mencaci Dr


Mahathir tanpa batasan, pengedaran akhbar mereka dan penonton
stesen mereka merudum, bukan sahaja mereka tidak dapat
melindungi Mohd Najib malah periuk nasi mereka sendiri terancam.

Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia,
semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian?

DATUK A KADIR JASIN Tokoh Wartawan Negara dan bekas


Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times. ArTikel ini
pertama kali disiarkan menerusi blognya - The Scribe A Kadir
Jasin.

Malaysiakini
PANAS!! : PRESIDEN PAS KENA TEGUR.. Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan
about 4 hours ago Raja Kamarul Bahrin Shah KUALA TERENGGANU – Pemimpin
Pakatan Harapan mempersoalkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
supaya tidak mengheret istana dalam isu penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak
sebagai perdana menteri. Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk
Raja Kamarul Bahrin Shah seolah-olah tidak bersetuju dengan pandangan tersebut
berkata, perkara itu tidak seharusnya dipersalahkan kepada mana-mana pihak kerana
raja mempunyai kebijaksanaan dalam membuat penilaian berhubung kemelut melanda
negara dan mana-mana pihak tidak berhak melarang raja daripada membela hak rakyat.
Beliau berkata, jika dikaji kenyataan rasmi daripada dua Mesyuarat Raja-Raja Melayu
sebelum ini, pihak atasan itu sememangnya prihatin terhadap isu melanda negara apabila
mendakwa antara fokus Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada Oktober 2015 adalah
meminta kerajaan menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala
mesyuarat pada Februari lepas pula menggesa kerajaan memperhalusi undang-undang
Majlis Keselamatan Negara yang menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong. “Saya
sekadar memberi pandangan keadaan yang kononnya pembangkang begitu berpengaruh
dan seolah-olah raja-raja Melayu tidak berkeupayaan membuat penilaian sendiri dengan
segala kebijaksanaan dan kematangan institusi tersebut. Jangan kita begitu senang
menidakkan keupayaan sebuah institusi yang menjadi ‘payung rakyat’ terutamanya
dalam era langit terbuka hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. Beliau berkata
sebagai mengulas laporan Sinar Harian bertajuk ‘Jangan heret istana jatuhkan Najib’
pada Rabu lalu. Dalam laporan itu, Pas membantah tindakan sekumpulan anti-Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Pakatan Harapan yang mahu memberi tekanan kepada Yang di-
Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk menjatuhkan perdana menteri. Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, sebarang perubahan kepada pentadbiran
negara perlu digerakkan oleh parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak
berkepentingan sahaja. Mengulas lanjut, Raja Bahrin memberitahu bahawa faktor langit
terbuka dan dunia di hujung jari menyebabkan sebarang kemelut melanda negara tidak
dapat disembunyikan kepada raja-raja sambil memberitahu zaman pembesar negeri dan
negara yang hanya menyampaikan berita baik sementara keperitan rakyat dihalang untuk
sampai kepada raja makin berlalu. Keadaan itu katanya, membolehkan derita dan
masalah rakyat terus disampaikan tanpa perantaraan kepada raja-raja, di samping anak-
anak raja yang mempunyai pendidikan lebih tinggi memainkan peranan penting sebagai
sebaran maklumat secara tepat dan terus kepada istana. Sehubungan itu, beliau meminta
mana-mana pihak tidak seharusnya menyalahkan pihak tertentu khusus pembangkang
terhadap kesedaran istana dengan krisis yang melanda negara hari ini serta tidak
memandang ringan keprihatinan raja dalam memahami masalah rakyat. “Saya ingin
memohon semua pihak supaya tidak memperkecilkan keupayaan serta kesungguhan pihak
raja-raja Melayu mendalami masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara hari ini.
Keprihatinan raja-raja kita tentang kemelut negara hari ini patut diakui dan jangan
dinafikan,” katanya. Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
Sunday, April 10, 2016

Apabila Pakatan Harapan tambah kerusi di Sarawak, ia adalah kemenangan


rakyat Bumi Kenyalang, Malaysia

10  April 2016 oleh Fatih Hassan Nordin

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang,


PETALING JAYA, 10 APRIL:

menyeru seluruh rakyat negeri Sarawak supaya berganding bahu


dan menggembleng tenaga bersama Pakatan Harapan untuk
mencapai tiga objektif utama bagi menghadapi pilihanraya
negeri Sarawak Ke-11.
Tiga objektif utama itu adalah kemenangan untuk Pakatan
Harapan, kemenangan untuk Sarawak dan kemenangan untuk
Malaysia.
“Dengan objektif ‘kemenangan untuk Pakatan Harapan’ saya
tidak bermaksud bahawa Harapan akan menawan kerajaan
negeri Sarawak.
“Apa yang dimaksudkan adalah Pakatan Harapan berjuang
untuk PRN Sarawak dalam satu unit, dan memperbaiki prestasi
pembangkang pada PRN Sarawak yang lalu,” katanya kepada
hadirin dalam satu majlis pertemuan pemimpin DAP
bersempena PRN Sarawak Ke-11 di sini hari ini.
Walaupun Barisan Nasional dilihat mampu mengekalkan
pentadbiran di Sarawak, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen
Gelang Patah berkata, adalah penting untuk Pakatan Harapan
dan DAP khususnya, mengekalkan prestasi sedia ada serta
mendekati lebih ramai kaum Dayak di negeri itu.
“Terdapat dua bahagian dalam perjuangan untuk Sarawak,
pertama ia adalah mengenai kemampuan kita (DAP) untuk
mempertahankan 12 kerusi yang ada.
“Dan kedua, sama ada kita mampu untuk mencapai kejayaan
besar di kawasan-kawasan yang majoritinya penduduk Dayak,”
katanya.
Beliau menjelaskan, Sarawak amat memerlukan sebuah
gabungan pembangkang yang kuat sebagai satu sistem semak
dan imbang kepada pentadbiran negeri berkenaan yang
bertujuan untuk membendung sebarang masalah melibatkan
salah guna kuasa dan penyelewengan.
Justeru, menurut Kit Siang, rakyat negeri Sarawak perlu
menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional menerusi PRN
Sarawak Ke-11 akan datang bagi memberi peluang kepada
Pakatan Harapan untuk menjadi sebuah gabungan pembangkang
yang utuh serta menjaga kepentingan rakyat negeri berkenaan. –
Roketkini.com
'Dr Zakir Naik' Amacam IGP...Terbaik buat DYTM Raja Muda Perlis & Negeri
Perlis.

Isnin, 11 April 2016

Zakir Naik

Zakir Naik

Kelahiran Zakir Abdul Karim Naik

18 Oktober 1965 (50 tahun)

Mumbai, Maharashtra, India

Pendidikan Kishinchand Chellaram College

Pusat pendidikan University of Mumbai

Pekerjaan Islamic preacher, Medical doctor

Tahun aktif 1991–present

Ahli lembaga Islamic Research Foundation

Agama Islam

Pasangan Farhat Zakir Naik


Laman web

IRF.net

PeaceTV
Suara Rakyat
2 hrs · 

ALHAMDULILLAH !!!!
Kini negeri Perlis pula mengikuti jejak langkah negeri
T'ganu utk menjemput Dr Zakir Naik anjur ceramah/
forum..
Terbaik buat DYTM Raja Muda Perlis & Negeri
Perlis like emoticon..

Amacam IGP.. Klu di Melaka kamu berani nak arah


suruh batalkan, bagaimana pula di Perlis yg telah
dapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis ?? ADA
BERANIKAH ??
Atau nak tunggu lagi laporan2 polis yg dibuat MIC &
kuncu2 NGO's nya... ???
Undang2 Allah lebih hebat dari undang2 ciptaan
manusia...

Suara Rakyat
Like This Page · 2 hrs · 

BERTUAHNYA negeri Melaka..


BERTUAH NYA rakyat Melaka yg undi BN !!!

Lesen maksiat VVIP jgn dikacau kerana...

"Ratu cantik bantu promosi pelancongan Melaka.


Langkah bijak mempromosi Melaka akan membawa
limpahan rezeki..", kata Ketua Menteri Melaka, Datuk
Seri Idris Haron (10/1/2016)

Suara Rakyat
3 hrs · 

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU...


Dr Zakir Abdul Karim Naik telah dianugerahkan Tokoh
Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa bagi tahun
1435H/2013M yg disampaikan sendiri oleh Yang di-
Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Tetapi penguatkuasa 'beragama Islam' sendiri arah
batalkan ceramah/ forum Dr Zakir berikutan tindakan
Pemuda MIC membuat laporan polis.
KENAPA ularmak UMNgOK & PANGLIMA ORANG
ISLAM, NAJIB sendiri masih membisu hingga kini !!!

Suara Rakyat

Like This Page · 4 hrs · 

 
Perghh hebat penangan MIC ni dgn sekali repot polis
dlm satu hari keesokan harinya pihak polis pantas
arah penganjur batalkan ceramah Zakir Naik...

Patutler, Umno dah diperkudakan MIC... MANA DIA


PANGLIMA ORANG ISLAM, NAJIB TU !!!!

Adakah mereka BUTA SEJARAH bhw Dr Zakir Abdul


Karim Naik telah dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah
1435/2013M peringkat antarabangsa oleh Yang di-
Pertuan Agung !!!

Sebarkan...

unday, April 10, 2016

Najib, BN tak mampu bawa rakyat Malaysia ke tahap lebih tinggi

10 April 2016
SERDANG, 10 APRIL: Kerajaan pimpinan UMNO-Barisan
Nasional bukan sahaja gagal membawa perkembangan positif
kepada semua lapisan masyarakat, malah semakin membawa
Malaysia ke arah pengunduran.
Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Eddie Ng Tien Chee,
membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
bahawa kononnya BN mampu membawa semua kaum termasuk
minoriti ke tahap lebih tinggi.
“Kelemahan kerajaan BN terutamanya di bawah pentadbiran
Najib telah mengakibatkan Malaysia kehilangan daya saing di
arena antarabangsa.
“Contohnya, BN laksanakan cukai GST pada masa yang tidak
sesuai, iaitu ketika masih ramai rakyat negara ini yang
berpendapatan rendah. Ia menyebabkan ekonomi negara
semakin meleset.
“Lagipun, hutang negara yang meningkat sehingga mencecah
RM630.5 bilion sekarang membuktikan lagi kelemahan Najib
sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media
hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib
bahawa hanya BN yang mampu membawa semua kaum ke
tahap lebih tinggi dengan menyediakan platform bersesuaian
dengan kehendak mereka.
Menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai tidak berasas, Eddie
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong
mencabar Najib untuk menaikkan Pendapatan Garis Kemiskinan
(PGK) seluruh negara dari RM 720 ke RM1,500 seperti yang
dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.
“Saya yakin Najib tidak akan berani berbuat demikian kerana
jumlah keluarga yang berada di bawah paras kemiskinan akan
meningkat secara mendadak.
“Pembangkang bukan setakat cakap sahaja tetapi kami
melakukan perubahan yang jelas terbukti di Selangor dan Pulau
Pinang.
“Nampaknya PM dan BN yang banyak cakap tanpa sebarang
bukti pencapaian,” tegasnya. – Roketkini.com
1,000 JE....
Semalam, Pas mengadakan perhimpunan awam membantah Dual
Language Programme atau DLP di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala
Lumpur.

Dilaporkan hanya hampir 1,000 orang yang menyertai perhimpunan


aman tersebut.

Ehhh...1,000 saja?

Minggu lalu pula, sempena setahun perlaksanaan cukai GST, Pakatan


Harapan telah mengadakan perhimpunan anti GST di Dataran Merdeka. 

Ramai yang menyebut kehadirannya ialah antara 2,000 hingga 3,000,


tetapi Rafizi Ramli menjangkakan jumlah mencecah 5,000 orang.
Namun ketika itu, Pas mendabik dada mengatakan kehadiran yang
rendah dalam demo anti GST itu ialah disebabkan mereka tidak
menyertainya.

Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, kehadiran yang rendah itu membuktikan
Pas adalah kuat. 

Kalau Pas menyertainya, jumlah kehadiran lebih besar, kata beliau.

Tapi apa sudah jadi dengan perhimpunan anti DLP semalam?

Jika benar-benar kuat, kenapa 1,000 je?  Kenapa tidak 10,000 atau
20,000?
Tidakkah ini bermakna, jika pun Pas terlibat dalam perhimpunan anti
GST minggu lalu, pertambahan kehadiran yang akan berlaku pun hanya
1,000 juga?

Adakah mungkin bertambah 10,000 atau 20,000 jika Pas menyertai


perhimpunan anti GST minggu lalu?

Mungkinkah kemerosotan semangat berdemo ini antara bahana yang


dialami oleh Pas kerana terlalu ingin "cium mulut" dengan Najib Razak?
(SH 10/04/2016).

LEMBAGA PALING PELIK DALAM DUNIA

Jika tidak pernah bertemu, bagaimana lembaga itu membuat


keputusannya?
Untuk apa pula ia ditubuhkan atau apakah selama ini Lembaga Penasihat
1MDB hanya "patung" semata-mata?

Dalam beberapa perkara penting berkaitan pelaburan dan komitmen


kewangan misalnya, siapa yang sebenarnya membuat keputusan penting
berkaitan 1MDB?

Bukankah Artikel 117 M & A 1MDB memerlukan kebenaran bertulis


daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat
syarikat pelaburan itu?

Apakah ini bererti hanya seorang individu saja yang membuat keputusan
bagi pihak lembaga itu?

Atau agaknya mereka main SMS atau Whatsapp saja untuk mencapai
persetujuan?

Pelik? Pelik?
Yang ini juga tidak kurang juga peliknya. Kementerian Kewangan rupa-
rupanya hanya mengetahui tentang operasi dan hal ehwal korporat
1MDB semata-mata melalui akhbar saja.

Kesian...pelaburan bilion-bilion, hutang juga bilion, tapi Kementerian


Kewangan tidak tahu apa-apa sedangkan Perdana Menteri, Menteri
Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah orang yang
sama.

Adakah 1MDB ini hanya Menteri Kewangan seorang saja yang berhak
tahu mengenainya, bukan pihak-pihak lain dalam kementerian tersebut,
meskipun syarikat pelaburan itu adalah anak syarikatnya?

Dah jadi dua kali peliklah pulak!! (SH 09/04/2016).

Anda mungkin juga menyukai