Anda di halaman 1dari 10

PERSATUAN-PERSATUAN YANG MENGGUGAT

KESATUAN MAHASISWA ISLAM DI MESIR

 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t kajian ini secara umumnya


membincangkan tentang kesatuan umat islam untuk mengembalikan
khilafah islamiyyah dan syariat Allah bertapak di muka bumi ini perlu
disematkan dalam hati-hati orang beriman. Maka kesedaran ini akan
melahirkan individu muslim yang bercita-cita mengajak manusia melakukan
kebaikan, menyuruh amar, mencegah kemungkaran dan mengajak
manusia kepada perlaksanaan Islam yang menyeluruh. Oleh itu, ia
memerlukan kepada sebuah organisasi yang dalamnya terdapat
pergabungan tenaga-tenaga Islam dan seluruhnya dalam
menggerakkannya. Tetapi, kini terdapat fenomena taadud jemaah dalam
sedar atau tidak yang akan memberi kesan negatif kepada masyarakat pada
masa yang akan datang. Fenomena ini berpuncakan oleh masalah-masalah
khilaf, furu dan sebagainya. Berdasarkan tajuk diatas, tajuk khususnya
berkisar tentang masalah kepelbagaian persatuan-persatuan mahasiswa
Islam di Mesir dan ia menggugat kesatuan mahasiswa disini. Antaranya
ialah:

 IKRAM

1. Persatuan ini menggugat kesatuan disini terutamanya ketika adik-adik


USMB mahu ke Mesir. Mereka akan menyebarkan fikrah tentang IKRAM
sebelum dan sesudah sampai Mesir dengan mengajak untuk menyertai
usrah dan makan bersama-sama. Selain itu, mereka akan mengata dan
menfitnah tentang BKAN. Ketidakupayaan memahami dan bertindak
melulu akan terperangkap dakam pemikiran itu.

2. Mengadakan program Pertandingan Futsal bagi Muslimat di Mesir. Seperti


dalam status ustazah Sofia Alwani mengatakan Islam mencela wanita
berkelakuan seperti lelaki. Islam menggalakkan wanita sihat tubuh badan
seperti dalam 10 muwassafat tarbiyah namun seharusnya bijak memilih
aktiviti yang bersesuaian dengan fitrah mereka. Dalam artikel seorang
ulama mengatakan, sukan Futsal tidak sesuai bagi kesihatan dan
kewanitaan wanita itu. Ini antara contoh yang berlaku di Mesir.

3. Kalau bertanya kepada mereka, apakah pembawaan mereka dalam


persatuan, mereka akan menjawab; biah solehah dan mutabaah amal.
Tetapi, mereka tidak mengamalkan apa yang dibawa itu. Contohnya, ikhtilat
tidak syarie, mengutuk BKAN, keluar di waktu malam tanpa menggunakan
perkhidmatan musyrif dan banyak lagi yang kita boleh kaji.

4. Seperti yang diketahui, faktor daripada tidak kepuasan hati terhadap


organisasi atau kepimpinan, maka individu ini akan membuat persatuan
yang lain dan seterusnya menyebarkan kefahaman mereka dan terbentuk
taadud jamaah. Danpersatuan ini sudah lama terjadi di Malaysia, seterusnya
membentuk dan menggugat kesatuan di Mesir pula.

5. Contoh yang lain berlaku di Mesir, persoalan tentang mauqif IKRAM Mesir
terhadap keterbilatan ahli dengan DAP. IKRAM mendakwa menyokong IM
dan Gerakan Islam tetapi menghulurkan kerjasama bersama DAP. Ini
membuktikan bahawa IKRAM menyimpang kepada pemikiran Liberalisme
dengan dibuktikan penglibatan mereka dalam politik toksik dan pelbagai
lagi kerjasama bersama DAP di Malaysia. Ini contoh di Malaysia.
6. Antara persatuan dibawah IKRAM: MedicMesir

 SINERGI

1. Berdasarkan kajian, pada awalnya, SINERGI tubuhkan untuk memastikan


kebajikan mahasiswa di Mesir dan tidak suka berintima dan melibatkan diri
dalam persatuan. Tetapi dalam tak sedar, mereka sebenarnya membuat
persatuan kerana tidak puas hati dan parah lagi, menyebarkan fikrah dan
kefahaman mereka.

2. Sama seperti persatuan yang lain, mempromosikan dengan mutabaah amal


dan biah solehah tetapi dengan penglihatan dan percakapan
melambangkan tidak mengamalkan ilmu tersebut. Contohnya yang pernah
saya tanya, ikhtilat tidak syarie apabila berurusan dalam sesuatu program
tanpa adab.

3. Antara persatuan bawah SINERGI ialah Kelab Yayasan Dana Kebajikan


Muslim Malaysia Mesir (YDKMM Mesir).

 ABIM

1. Berdasarkan kefahaman, ketika dahulu, ABIM merupakan sayap kiri


perjuangan PAS. Akibat faktor menerima kefahaman ideologi, maka PAS
mengeluarkan persatuan ini dari perjuangan PAS.
2. Isu bekas YDP ABIM menulis status mengecam YDP Agong. Sejurus
kemudian berlaku perbalahan antara NGO tersebut mengatakan salah diri
individu tersebut bukan persatuan dan memberi persepsi yang buruk
terhadap ABIM Mesir sendiri.

3. Pertubuhan ini sama seperti persatuan yang lain, menular di setiap negara.

 ISMA

1. Setiap tahun, pasti akan terdengar daripada mulut ustaz, akak-akak lama,
musyrifah dan ahli jawatankuasa USMB tentang proksi ISMA datang ke
wisma untuk menjual, menziarah kawan-kawan di sekolah dulu. Agenda
tersebut, melainkan untuk menyebarkan fikrah dan menyertai usrah
mereka.

2. Persatuan ini sama seperti persatuan-persatuan yang lain. Tertubuh sejak


berada di Malaysia, dan kemudian menular di setiap negara.

3. Antara persatuan yang berada dalam ISMA Mesir: I-Medik, Aman Palestin,
Tarbiah Sentap

 RUWAQ JAWI
1. Sejarah pertubuhan RJ pada awalnya untuk membuka Homestay untuk
kepentingan persatuan Bkan Kedah itu sendiri. Tetapi, berlaku apabila
seorang individu ditaklifkan untuk mengurus, tidak mendengar arahan
jemaah dan bersikap membuat arahan sendiri, dimana, dia membuat kelas
pembacaah hadis di homestay pada waktu petang dan seterusnya
membuat keputusan sendiri tanpa merujuk dan berbincang bersama-sama
dan dalam tidak sedar berlaku perpechan kesatuan mahasiswa disini .
Seterusnya, terdapat kes tentang membayar hutang dalam tempoh yang
sangat lama kepada Kedah.

2. Kalau kita lihat di status Syeikh Ruwaq Jawi setiap masa akan membuat iklan
sumbangan. Persoalannya, kemana duit itu disalurkan, kerana pelik selalu
tidak mencukupi dan selalu berhutang, sedangkan banyak sumbangan
yang diberikan dari individu Malaysia dan Kedai Makan Ruwaq. Boleh
fikir-fikirkan. Baru-baru ini, RJ telah membeli seduah kerusi khas untuk
tempat duduk syeikh.

3. Seterusnya, ia melibatkan politik di Mesir ini. Contohya, isu pembantaian


ahli IM di Rabaah. Terdapat khilaf antara syeikh-syeikh Azhar tentang
sokongan, menentang dan ada yang diam membisu tentang isu tersebut
dan banyak lagi. Isu ini perlu dikaji lagi untuk bekalan diri dengan merujuk
sumber yang betul dan orang yang lebih pengalaman serta alim. Dan
sebenarnya,kita perlu berhati-hati dengan jerat musuh takut-takut
dipergunakan oleh musuh umat islam sendiri iaitu ORANG-ORANG KAFIR
untuk memecah belahkan kesatuan umat islam itu sendiri.

4. Agenda mereka ialah menyebarkan kefahaman talaqqi, ilmu dan


memberikan kekeliruan kepada mahaiswa USMB disamping dalam
pengajian mengutuk dan memburukkan BKAN. Persoalannya, Syeikh RJ
dulu merupakan ahli tertinggi dalam organisasi PMRAM, tetapi
percakapannya membuat fitnah dan memecahkan kesatuan disini. Pada
awalnya, mauqif jemaah boleh pergi tapi ambil ilmu sahaja, kemudian
memberi arahan seterusnya tak boleh ikut serta. Contoh lain mengutuk
BKAN, ialah buat program pada waktu kuliah sedangkan mereka membuat
kelas pada waktu yang sama.

5. Ada berkaitan kritikan Syeikh RJ terhadap manhaj IM dan tafsir Fil Zilalil
Quran oleh Syed Qutb. Memberi kritikan kepada ulama-ulama terdahulu
tanpa adab-adab akibat daripada sikap riak, takabbur dalam diri dan taksub
kepada guru. Dalil: usul isyrin yang ke-6.

 MP3M

1. Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir merupakan salah satu


agenda KBMK dalam menggugat kesatuan mahasiswa pengajian Islam
mahupun perubatan terutamanya PMRAM dan BKAN.

2. Makluman untuk persatuan-persatuan yang dinaungi bawahnya KELAB


UMNO, ISMA, IKRAM, YDKMM, RUWAQ JAWI, ABIM dan banyak lagi. Boleh
rujuk page rasmi mereka.

3. Bertanya pada orang yang lebih lama, mengapa PERUBATAN tidak duduk
bersama dibawah MP3M, kerana terdapat unsur dan berbau politik, maka,
Presiden ketika itu mengambil keputusan hasil perbincangan tidak mahu
bersama kerana bebas.

4. Hasil dari rujukan orang lama, bahawa ahli-ahli MP3M hanya beragenda
ingin mempromosikan ataupun mendapat kepentingan persatuan
masing-masing. Kalau dilihat, ahli MP3M tidaklah banyak menganjurkan
program-program, tetapi berlumba-lumba promosikan persatuan.

 KELAB UMNO LUAR NEGARA

1. Mengadakan aktiviti-aktiviti tanpa mengamalkan ikhtilat syarie. Bercampur


pergaulan lelaki dan perempuan tanpa perasaan malu. Contohnya yang
pernah berlaku di Mesir, mengadakan konsert bercampur lelaki dan
perempuan. Tetapi, pihak KBMK diam membisu untuk menegur akan tetapi
HISBAH dan JAKSI sentiasa menghidupkan amar makruf nahi munkar.

2. Pihak KBMK dan ATASE Negeri bersama dengan KELAB UMNO LUAR
NEGARA bertemu dan memberi sumbangan kepada program tetapi tiidak
kepada BKAN. Ia berlaku ketidakadilan terhadap mahasiswa disini. Contoh:

 Pegawai Atase Pendidikan Negeri Pahang menghadiri dalam The

Apprentice.

 Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka dan Pegawai Atase

Pendidikan Negeri Perakdalam Piala Melayu Bersatu.

 Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka bertemu KULN Kaherah dan

memberi sumbangan terhadap mereka, sedangkan penempatan Rumah

Melaka kepada ahli BKAN Melaka terutamanya mahasiswa pengajian Islam

tidak dihiraukan.
 Dan banyak lagi. Dan berkata ulama, “Nasionalisme ialah fahaman yang
menjadikan ikatan bangsa, keturunan, bahasa atau kawasan sebagai tempat
perjuangan bagi menegakkan kepentingannya. Ia tidak mengira batas-batas
keadilan menurut Islam dalam politik, ekonomi dan lain-lain. Ia juga fahaman
yang memisahkan agama dengan dunia. Al- Quran, Hadis dan dasar Islam
tidak dijadikan panduan dalam kepentingan ekonomi, politik dan sebagainya.
Dan ia cenderung kepada semangat kebangsaan.”

 Atase Negeri

1. Setiap daripada Atase Negeri pasti mempunyai agenda masing-masing di


setiap ahli BKAN yang ingin dicapai kerana ingin menjaga KPI diri
masing-masing. Mereka menggugat kesatuan disini kerana contohnya,
apabila mahasiswa mengalami masalah-masalah tertentu antara orang
lama dan USMB, mereka akan bermuka dan berkata manis dan seterusnya
di belakang mengutuk dan mengeluarkan kata-kata yang tidak senang. Ini
akan membuat persepsi yang buruk antara satu sama lain.

2. Sentiasa membuat ugutan kepada mahasiswa USMB tentang zakat atau


penempatan jika tidak menghadiri program-program yang KBMK anjurkan.

3. Berbau unsur politik

4. Berkerjasama bersama KBMK untuk menggugat kesatuan disini. Antaranya:


 Pendaftaran PMRAM dibekukan. Kalau membaca dan mengkaji

kronologi persatuan ini, kita akan mengetahui isu ini bermain-main dengan

pendaftaran.

 Isu mahasiswa Melaka, Pahang dan Johor tidak selesai sehingga

sekarang.

 Masalah sosial, merokok dan sebagainya semakin berleluasa sehingga

sekarang.

 Kelab UMNO dan persatuan yang lain semakin aktif, dan tiada apa-apa

tindakan untuk masalah ini.

 Mengugut persatuan untuk menjadikan KBMK dan EME sebagai

penaung dan penasihat setiap persatuan seperti mahu menguasai dan

memegang setiap persatuan.

Kesimpulannya, kajian ini bukanlah bertujuan untuk mengutuk


persatuan-persatuan ini tetapi untuk memberi kesedaran kepada setiap
mahasiswa yang cintakan Islam haruslah berfikir dengan ikhlasnya dan usaha
untuk memahamkannya untuk kesedaran kita menentukan mauqif mengikut
satu-satu persatuan yang mana jelas pembawaanya, tertubuh sekian lama dan
ahlinya ramai seperti dalam perbahasan ulama. Selain itu, kita sewajarnya
bersatu di atas talian akidah untuk menentang musuh kita yang nyata daripada
dipergunakan bukan berbalah dan bermusuh antara sesama kita. Dan yang
paling penting, kita sebagai hamba berusaha dan bersusah payah untuk
mencari keredhaan Allah dengan menggunakan wasilah kesatuan
mengerahkan tenaga untuk memartabatkan Syariat Allah tertegak di muka
bumi. Tajuk ini boleh dikaji lagi secara berterusan dengan sumber yang sahih
dan bertanya pada yang lebih mengetahui. Maaf atas segala kekurangan diri.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai