Anda di halaman 1dari 15

Masyarakat Agraria

1.2.1  Masyarakat Agraria Belanda

Soalan 7: Terangkan perkembangan masyarakat agraria yang diamalkan di

Belanda.

Pengenalan

Ekonomi negara Belanda mula berlaku perkembangan terutama selepas Belanda berjaya
bebas daripada cengkaman kuasa Sepanyol pada tahun 1585.

Taraf hidup masyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku revolusi pertanian
dan revolusi perkapalan telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di
Eropah serta menjadikan pelabuhan Amsterdam sebagai pelabuhan yang sibuk pada
abad ke-16 dan 17.

Isi – isi penting

1. Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah
mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil kecilan dan secara
sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran
tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja. Dalam sistem ini, tanah
pertanian dibahagi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi
kepada beberapa lajur tanah secara memanjang untuk diusahakan oleh
petani. Petani hanya akan mengusahakan beberapa bidang tanah sahaja dan
sebidang lagi akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk
mengembalikan kesuburan tanah bagi musim akan datang. Masyarakat
agraria Belanda menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-
ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan
tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Tumpuan utama
masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat
yang menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan
ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan
dieksport keluar negara.
2.   Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan kegiatan
penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk pengeluaran hasil
tenusu. Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu ini. Lembu-lembu
daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara
tahun 1500 hingga tahun 1660. Masyarakat agraria Belanda di desa
turut mengusahakan industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant. Mereka
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula,
menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan
sehingga tahun 1568. Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden semakin berkembang
terutama dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets. Perkara
ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130
ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluran kain
linen utama untuk dipasarkan ke Eropah.

3. Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah

mengusahakan kegiatan menangkap ikan terutama di kawasan Holland
dan Zealand merupakan perairan yang kaya dengan ikan herring berkualiti
tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara
hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga
menjangkau 30 tan beratnya. Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk
menguasai pasaran ikan di kawasan Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu
dengan anak kapal antara 10 hingga 15 orang.

4.    Masyarakat agraria Belanda juga terkenal dalam industri pembinaan kapal

yang terbaik di Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan boleh
memuatkan muatan yang lebih. Industri ini telah mendapat kepercayaan
masyarakat pedagang di Eropah pada abad ke-17. Perkembangan industri perkapalan ini
telah mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada tahun 1648.
Kapal-kapal Belanda telah digunakan untuk mengangkut gandum dan barli dari Poland
dan Timur Prusia, seterusnya ke Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapal-kapal ini
juga turut digunakan untuk mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan
dari Rusia, Timur HIndia, Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat Afrika.
Perkembangan ini membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada abad
ke-16.

5.     Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan
pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke
tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan
Amsterdam dan telah muncul sebagai pusat perdagangan yang baru. Akibat
pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II
menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki
pelabuhan Lisbon. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Belanda
mencari sendiri barangan mereka sehingga mendorong Belanda menawan Kepulauan
Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai
perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul
kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat
perdagangan Portugal di Timur. Mereka telah mengadakan perjanjian dengan
pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara dengan memberi
perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau Ambon (1600) dan
Pulau Banda (1602).

6. Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di Kepulauan

Rempah ini, maka pada tahun 1602, parlimen Belanda bersetuju
menubuhkan Syarikat HIndia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische
Compagine (VOC). Dengan bermodal sebanyak 6½ juta guilder. Pengusaaan ini telah
membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti lada hitam,
bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun
1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman
rempah. Pada awal abad ke-17, usahawan atau pemodal Belanda yang berjaya telah
menceburi perniagaan insuran dan perdagangan mata wang asing serta turut memberi
pinjaman kepada negara Denmark, Austria dan Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan
atau pemodal Nouis de Geer telah mengusahakan kilang senjata di Sweden dan ada
usahawan Belanda memonopoli perdagangan eksport di Rusia.

7.  Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya di Eropah iaitu antara

tahun 1611 hingga tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat daripada
1 juta florin kepada 16 juta florin. Perkembangan perdagangan luar negara,
industri dan pertanian di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar dan tempat
ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan pengukuhan perdagangan dan
mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di Amsterdam.  Penubuhan
bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan urusan perdagangan seperti
Bank Amsterdam. Penubuhan bank ini telah memudahkan lagi pemindahan wang dan
pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah
meningkatkan keupayaan pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa
                 
         Penutup

 Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluangan pekerjaan kepada

masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangannya
pada abad ke-17. Kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda
menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun. 
 Apabila peperangan berlaku anatara England dan perancis pada tahun 1672,
Belanda masih boleh menjual  bijirin dalam pasaran di Eropah. Namun, awal abad
18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat
saingan daripada negara Eropah yang lain seperti England .
Soalan 8:  Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di
Belanda.

Pendahuluan
 Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan
pertaniaan sebagai sumber kehidupan mereka.  Masyarakat ini member keutamaan
kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi
mereka. Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur
dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian.
 Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju
berbanding dengan Negara-negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil
pertanian dan produk tenusu ke Negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke-17
lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan
muncul masyarakat agrarian di Belanda.
Isi-isi Penting:

1        Kegiatan ekonomi

   Pertanian menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat

terutama di kawasan Bandar di Belanda.  Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti
pertanian dapat di jalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankan
termasuk penanaman sayur-sayuran, bijirin, dan tanaman dagangan. Antara sayur-
sayuran yang di tanam ialah bebawang, bijirin, biji cole, ketumbar, lobak, dan teasel.
Menurut  K.H.D. Halley, massyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling
banyak makan sayur-sayuran di Eropah.

    Industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah linen, pakaian, dan

minuman keras. Penanaman madder merangsang pertumbuhan industri tekstil. Akar
tanaman ini di jadikan serbuk pewarna dalam industri tekstil. Belanda mengeksport
madder ke England untuk kegunaan industri tekstil.  Pada peringkat awal, industri
tekstil berpusat di Wilayah Brabant dan Flanders. Penanaman madder menyebabkan
kilang-kilang tekstil didirikan di Leiden. Selain madder, tanaman teasel juga digunakan
dalam industri tekstil. La digunakan dalam menenun kain.

   Aktiviti penternakan juga dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda.

Kegiatan penternakan juga dijalankan di sekitar Bandar seperti Hertogenbosch, Lier,
dan Diest. Perkambangan sektor penternakan didorong oleh pertambahn penduduk
yang berlaku di Belanda sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Petani dan Penternak di
Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing.

2        Petempatan

     Petempatan masyarakat agrarian di Beland terletak di kawasan pinggir pantai yang

amat subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di
Belanda berada di bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda menjalan kan usaha
menebus guna tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah
seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.

     Petempatan masyarakat agrarian yang terletak di Pinggir pantai merupakan tanah

yng telah ditebus guna. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang di tebus guna
ialah Pulau Zuid-beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Selain itu,
petempatan masyarakat agraria terletak di Kawasan Friesland, Zeeland, Flanders, dan
Utrect.

3        Sistem pengairan

   Masyarakat agrarian di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi

dalam pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah
yang di tebus guna bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana
sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut.

     Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna
tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara
Sungai Middelzee ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut   untuk tujuan
pertanian. Menjelang pertengahan  abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah
Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian.

      Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna meningkat kepada 49% iaitu
daripada 85000 hektar kpada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha
penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-beijerland (1582)
menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.

4        Peningkatan teknologi

     Menjelang abad ke-16 dan ke-17 , berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah
pertanian di Belanda. Pengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali
yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan yang
dicapai oleh masyarakat Belanda. Menurut mereka, kegiatan pertanian di Belanda amat
maju berbanding dengan Negara-negara Eropah yang lain.

     Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di Belanda telah di sebarkan ke Negara-

negara lain. Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini
adalah Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda dan Sistem pinggiliran Tanaman.

5        Pembinaan sistem pengairan

     Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air

dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran
menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.
  Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan
diusahakan secara insentif.

    masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air
daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

6        Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah

    Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah
pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.

    Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang  ternakan yang diperoleh
daripada kawasan ternakan.

7         Pengenalan kaedah pertanian baru

    Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah
pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tengala baru telah dicipta dan
digunakandi Gelderland. 

    Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke16 dan 17 bagi
mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam
tanaman sengkuan dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini
dipraktikkan dengan meluas di wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini terus
diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800

8        Penambakan laut untuk kawasan pertanian 

    Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian.

kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya
meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian

Penutup

Usaha kerajaan Belanda ini telah member peluang pekerjaan kepada masyarakat
tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangan pada abad ke-17. 

Pada abad ke-17, kejayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan
bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun. Apabila peperangan berlaku antara
England dan Prancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual bijirin dalam
pasaran di Eropah.

Namun, awal abad ke-18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa
apabila mendapat saingan daripada Negara Eropah yang lain seperti England.
1.2 Masyarakat Agraria

1.2.2  Masyarakat Agraria China

Soalan 9: Terangkan  ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di negara
China

Pendahuluan:

§  Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada kegiatan

pertanian. Antara ciri masyarakat agraria adalah seperti yang berikut iaitu, menjalankan
aktiviti pertanian, penternakan, memungut hasil hutan, mempunyai kemahiran
membina sistem pengairan, petempatan terletak di sekitar lembah sungai yang subur,
mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah, dan mencipta peralatan-
peralatan pertanian baru.

§  Negara China juga merupakan sebuah negara yang menjalankan kegiatan bercucuk
tanam untuk sara diri.

Isi-isi penting:

1.   Kegiatan sistem ekonomi feudal

Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat  saradiri. 
Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakan
petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya. Tanaman utama
masyarakat agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi
sawah utama ialah di lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.

Sebahagian besar daripada penduduk negara China terlibat dalam aktiviti bercucuk
tanam. Antara tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah padi,
gandum, barli dan oat. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, kegiatan ekonomi kapitalisme
mula bertapak di China. Perkembangan ini berlaku kerana sistem penanaman komersial
mula diperkenalkan. Antara tanaman komersial yang diusahakan adalah tembakau,
kapas dan tebu. Tanaman kapas merupakan tanaman yang mempunyai permintaan yang
tinggi di pasaran.

2.   Petempatan

Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah

sungai. Antara kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di
China ialah Lembah Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini
mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti
pertanian.

Petani yang menetap di lembah sungai terlibat dengan aktiviti penanaman padi secara
meluas. Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak
di bahagian selatan China. Masyarakat agraria juga turut mendirikan petempatan di
kawasan dataran tinggi yang terletak di utara China.

3.  Sistem pengairan

    Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan.

Petani mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai.
Selain itu, mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng
bukit bagi penanaman padi.
  Pam yang digerakkan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia untuk
mengepam air ke  kawasan pengairan juga digunakan. Empangan di bina untuk
membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian. Projek
pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian.

4.   Kesuburan tanah

Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah

pertanian. Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara
kesuburan tanah pertanian.

Sistem penanaman bergilir ini diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Di samping itu,
petani menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.

5.   Peningkatan teknologi

Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Pelbagai

jenis peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk
memanjang di permukaan tanah.

Selain itu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan
kolar kuda. Kereta sorong beroda dua juga turut dicipta untuk memudahkan barang-
barang diangkut. Kaedah pertanian juga diperkenalkan iaitu sistem penanaman bergilir,
tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian.

6.  Pemilikan tanah pertanian

   Tanah  adalah  milik kerabat diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan
Ming, tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik
keluarga diraja telah meningkat kepada 20 juta mu pada tahun 1522

   Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah pentadabiran Jabatan

Hal Ehwal Kerabat Diraja. Pada masa pemerintahan Maharaja Jiaqing jabatan ini
menguruskan tanah seluas 4 juta mu

7      Pengkhususan pengeluaran pertanian

  Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan

mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien
dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan
selatan Kingsu; kapas di Kiangsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan;
perusahaan kain kapas, kain sutera, dan  pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan,
dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

8      Sistem cukai

   Petani yang tidak  memiliki tanah menyewa tanah dengan tuan-tuan tanah
(bangsawan) dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman
Ming-Qing petani-petani membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian.
  Petani dikehendaki menyerahkan antara 50 – 60% daripada hasil pertanian yang
diperoleh sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa
kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali
sebagai ‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu
jenis cukai sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.

9      Sistem pengairan

  Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai.
Terusan dibina untuk menyalurkan  air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banjir.
Terusan juga digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar. Petani di
China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.

10  Pegkhususan pengeluaran barangan

  Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan

mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan  di daerah Kwangtung, Fukien
dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang
danselatanKingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan;
perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan,
dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

Penutup:

Kesimpulannya, masyarakat agraria di China merupakan tulang belakang kepada

perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut
PERBEZAAN MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL DAN DI JEPUN

1. Masyarakat maritim Portugal

a. Portugal memiliki pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang - padagang tujuan Eropah iaitu
Pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat
pengeksportan dan pengeluaran barangan daganagn Portugal.

b. Menjelang abad ke - 16, kapal - kapal Portugis senantiasa berlayar ke Timur Jauh mengguanakan
Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera, dan batu permata.

c. Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina
lebih kecil daripada kapal buatan Cina.

Masyarakat marItim Jepun

a. Masyarakat maritim Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan.

b. Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama
dan menetap di kawasan - kawasan bandar - bandar pelabuhan seperti Nagasaki, Nagoya, Hiroshima,
dan lain - lain bandar pelabuhan.

c. Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka berlayar hingga ke Australia, Asia
Tenggara, Amerika Selatan, Korea, dan Cina, mereka mampu membina kapal besar meredah lautan.

d. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan
kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan
Nanban)

Anda mungkin juga menyukai