Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1

MATAPELAJARAN : BAHASA MALAYSIA


TAHUN : 4J
HARI / TARIKH : 22 JANUARI 2021
MASA : 8:00 PAGI HINGGA 8:30 PAGI
BILANGAN MURID : 22 ORANG
TEMA : TEMA 1: HARMONI SENTIASA
UNIT 1: TIGA SAHABAT
TAJUK : BERLATIH BERSAMA-SAMA
KEMAHIRAN
FOKUS UTAMA : 2.1 Asas membaca dan memahami.
(Standard Kandungan)

FOKUS SAMPINGAN : 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan


(Standard Pembelajaran)
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran, murid boleh:


1. membaca 1 perenggan petikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul.

2. menjawab 2 soalan pemahaman berdasarkan


petikan yang dibaca dengan betul.
HASIL PEMBELAJARAN : 1. Murid dapat membaca 1 perenggan petikan dengan
sebutan yang betul.

2.Murid dapat menjawab 2 soalan pemahaman


berdasarkan petikan yang dibaca dengan betul.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Pelajar pernah menjawab soalan pemahaman


berdasarkan petikan yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM : Nilai : Kerjasama
KBT : KB - Menganalisis
BCB - Bacaan Mekanis
EMK : Bahasa
SISTEM BAHASA : Tatabahasa: Jenis Ayat
MEDIA : 1.Komputer
(Bahan Bantu Mengajar)
2.Google Meet
3. Power Point
4.Buku Teks
5.Lembaran kerja
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGISIAN BAHAN BANTU
LANGKAH / ISI PELAJARAN AKTIVITI KURIKULUM MENGAJAR &
MASA CATATAN
GURU MURID
1. Meneliti gambar 1.Memaparkan gambar 1.Menyatakan sahabat mereka. KBT : 1.Komputer
SET INDUKSI sahabat sahabat. KB – Menganalisis 2.Google
(2 MINIT) Meet
2.Bersoal jawab dengan murid EMK : 3.Power Point
tentang sahabat mereka. Bahasa

3.Menyatakan topik yang


hendak diajar pada  hari ini.

1.Membaca 1.Membimbing murid 1.Membaca satu perenggan demi Nilai: 1.Komputer


LANGKAH 1 petikan membaca satu perenggan satu perenggan dengan sebutan Kerjasama 2.Google
(10 MINIT) demi satu perenggan dengan yang betul. Meet
sebutan yang betul. KBT : 3.Power Point
KB – Menganalisis
2. Menegaskan sebutan setiap
perkataan.
3. Menerangkan maksud BCB – Bacaan
perkataan. Mekanis
4.Guru menegaskan EMK :
Kepentingan mengamalkan Bahasa
nilai kerjasama.

1.Membaca 1.Membimbing murid 1.Membaca satu perenggan KBT : 1.Komputer


LANGKAH 2 petikan membaca satu perenggan demi satu perenggan dengan KB – Menganalisis 2.Google
(8 MINIT) demi satu perenggan dengan sebutan yang betul secara Meet
sebutan yang betul. berkumpulan. BCB –Bacaan 3.Power Point
Mekanis
2.Membetulkan sebutan murid. 2. Membaca satu perenggan
demi satu perenggan dengan EMK :
sebutan yang betul secara Bahasa
berseorangan.
1.Lembaran 1.Memaparkan lembaran kerja. 1.Membaca soalan pemahaman. KBT : 1.Komputer
PENILAIAN kerja KB –Menganalisis 2.Google
(7 MINIT) 2.Meminta murid membaca 2.Bulatkan kata tanya yang terdapat Meet
soalan pemahaman. dalam buku teks. EMK : 3.Power Point
Bahasa 4.Lembaran
3. Meminta murid bulatkan 3.Berbincang dalam kumpulan. kerja
kata tanya yang terdapat
dalam buku teks. 4.Wakil setiap kumpulan
menyatakan jawapan serta menaip
4. Menerangkan soalan jawapan mereka di Jam Board
pemahaman. Google Meet.

5.Meminta wakil kumpulan 5.Bernincang jawapan soalan


membentangkan jawapan. pemahaman dengan guru.

6.Bernincang jawapan soalan


pemahaman dengan murid.
1.Membuat 1.Meminta murid membaca 1.Membaca petikan dengan sebutan KB – Menganalisis 1.Komputer
PENUTUP kesimpulan semula petikan. yang betul. 2.Google
(3 MINIT) BCB – Bacaan Meet
2.Membetulkan sebutan murid. Mekanis 3.Power Point

3.Membuat rumusan. EMK :


Bahasa
REFLEKSI:
a) Kekuatan:

Penggunaan ICT diutamakan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan supaya


pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dijalankan dan murid tidak tertinggal pelajaran
mereka. Dengan menggunakan Google Meet, murid-murid dapat menumpukan perhatian
semasa belajar. Saya mendapati murid-murid lebih memberi perhatian apabila aktiviti
pengajaran saya melibatkan penggunaan ICT seperti PowerPoint dan Jam Board. Oleh itu,
keadaan ini telah mendorong saya ingin terus merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan bahan-bahan ICT.

Selain itu, saya juga dapat melatih sikap kepimpinan para murid ketika meminta
mereka berbincang dalam kumpulan serta meminta wakil kumpulan membentang jawapan.
Terdapat beberapa orang murid yang menunjukkan daya kepimpinan yang kuat. Oleh itu,
saya akan memilih mereka sebagai “Guru Kecil” bagi tujuan membimbing murid yang
lemah dalam pelajaran. Tambahan pula, murid dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam
proses pembelajaran melalui sesi perbincangan.

b) Kelemahan:

Disebabkan sesi pengajaran ini hanya dirancang selama 30 minit, maka saya tidak
dapat memastikan sebutan semua murid adalah betul. Oleh itu, saya akan mengadakan sesi
pengajaran dan pembelajaran tambahan untuk memastikan sebutan semua murid adalah
betul dan tepat.

Selain itu, saya tidak dapat memantau murid seperti yang dilakukan di sekolah
kerana saya hanya boleh memerhati mereka melalui skrin komputer. Oleh itu, ada
sesetengah murid yang tidak membaca dengan sebutan yang betul kerana talian internet
yang kurang baik.

Di samping itu, terdapat 2 orang murid tidak dapat menghadiri kelas atas talian ini
dengan sepenuh masa kerana gangguan internet, jadi mereka terlepas sebahagian
pembelajaran kali ini.
SENARAI LAMPIRAN:

a) Slaid Power Point


b) Lembaran Kerja

Baca petikan dahulu, kemudian menjawab soalan pemahaman di bawah.


Nama:____________________ Tarikh:__________

1. Nyatakan persediaan yang dilakukan oleh Chun Han dan rakan-rakannya.

_________________________________________________________________________

2. Bagaimanakah mereka dapat meningkatkan mutu persembahan? Berikan cadangan.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai