FAKTOR Vandalisme
FAKTOR Vandalisme
Vandalisme bukanlah satu isu baru di negara ini malah ianya diperbincangkan hangat
melalui media massa. Kamus Oxford Advanced Learner’s mentakrifkan vandalisme
sebagai “willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai‘person who willfully
destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature,
etc’ (dalam Nurain, 2007). Gejala sosial ini menimbulkan keresahan banyak pihak di mana
golongan remaja dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat ini. Permasalahan ini berlaku di banyak
tempat awam, reakreasi, sekolah, pusat membeli belah dan sebagainya.
Tingkah laku vandalisme dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor. Namun, faktor
yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan keluarga,
pengaruh media massa, dan sikap apati (tidak peduli) individualistik dan materialistik
masyarakat. Oleh itu, pengaruh yang paling dominan perlu diketengahkan untuk mencari
penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Ini kerana golongan remaja khasnya adalah
harapan masyarakat dalam mewarisi kepimpinan dan pembangunan negara pada masa depan.
Cohen (1968) & Bowles (1982) membahagikan perbuatan vandalisme kepada enam kategori,
iaitu vandalisme berbentuk keinginan; dirancang; ideological; sifat balas dendam; suka-suka;
dan bersifat merosak.
Faktor pertama ialah berpunca daripada sikap diri remaja itu sendiri. Remaja melakukan
vandalisme kerana mereka tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Remaja juga tidak memikirkan masalah yang dihadapi oleh orang ramai dan kerugian yang
terpaksa ditanggung oleh kerajaan kesan daripada perbuatan vandalisme yang mereka lakukan.
Antara kemudahan awam yang sering dirosakkan oleh remaja ialah telefon awam, peralatan
permainan di taman permainan dan dinding perhentian bas.
PENGARUH RAKAN SEBAYA.
Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja
tersebut, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah dalam institusi keluarga
mereka. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme ini merupakan remaja
dalam kumpulan. Ini kerana,golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh
dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku
remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaanya,
golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja yang mempunyai kumpulan
tersendiri. Mengikut Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan golongan yang merosakkan harta
benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka
tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan
rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.
SIKAP NEGATIF DARI KELUARGA.
Sikap negatif keluarga juga turut menjadi faktor penyebab remaja melakukan vandalisme.
Kebiasaannya ibu bapa tidak menegur sikap anak yang selalu merosakkan harta benda keluarga.
Jika ibu bapa tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan sikap negatif
anak-anak yang merosakkan harta benda di rumah, pasti tabiat ini akan terbawa-bawa apabila
mereka berada di luar rumah. Oleh itu, sewajarnya ibu bapa memberi pendidikan agama dan
moral kepada anak-anak sejak kecil agar mereka tidak bersikap negatif. Tanpa kita sedari,ibu
bapa mampu mendorong kepada sifat vandalisme dalam kalanganremaja melalui tindakan
mereka sewaktu bersama anak-anak mereka. Sebagai contoh , tindakan ibubapa membuang
sampah di merata-rata tempat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling mengajar anak-anak
mencontohi tindakan mereka. Menurut kajian,kebanyakan remaja yang terlibat dengangejala
vandalisme lahir dalam keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlibat dengan masalah
penceraian misalnya membuatkan anak mereka berasa tertekan.Tekanan yang dialami
membuatkan remaja mencari medium untuk melepaskan kemarahan dan salah satu cara untuk
melepaskan tekanan tersebut adalah melalui tingkah laku fizikal iaitu vandalisme. Contohnya,
ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan
limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.
Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga
bermasalah atau keluarga yangmengamalkan budaya hidup negatif. Selain itu, kurangnya
kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong
remaja terjebak dalam gejala negatif ini. Kajian Sulaiman Alias (1994) menyatakan golongan
remaja yang melakukan vandalisme merosakkan harta benda tanpa ada sebarang sebab serta
tidak memperolehi apa-apa keuntungan dari perbuatannya itu. Salah laku begini selalunya
menunjukkan bangkangan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada keluarga,
masyarakat dan sekolah. Mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan memperkenalkan
dirinya secara negatif. Institusi keluarga kini kurang memberi perhatian dalam pembentukan
sahsiah keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya konflik keluarga akan timbul dan
anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hal ini disokong oleh Galamus dan Maggs (1991) yang
menyatakan tahap konflik keluarga yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah
laku bermasalah, khasnya vandalisme. Alim Muntu (1988) pula menambah salah laku dalam
kalangan pelajar terjadi kerana pelajar-pelajar kurang merasai kemesraan dalam keluarga.
Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ternyata
tingkah laku vandalisme dalam kalangan remaja meningkat dari setahun ke setahun.
Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalisme. Pada tahun 1994 pula
meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat kepada 2,736 pelajar.
Walaupun bilangan kes tingkah laku vandalisme di kalangan 1.2 juta pelajar menengah
jumlahnya mungkin kecil, namun perbuatan kesalahan yang dilakukan memerlukan tindakan
serius dari pihak berkaitan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong peningkatan
aktiviti-aktiviti vandalisme dalam kalangan pelajar di negara kita.
Sebagai contoh, Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan seorang
pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah Menengah
Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap kaca pecah dan
beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut. Akhbar Metro 19 Jun 1996
melaporkan pelajar sebuah sekolah di Tampoi bertindak menconteng nama seorang guru lelaki
disiplin pada dinding bangunan bilik air sekolah berkenaan dengan kata-kata lucah
menggunakan penyembur cat. Malah pelajar terbabit bertindak keterlaluan menconteng kata-
kata memalukan iaitu guru itu mempunyai hubungan sulit dan merogol seorang guru wanita.
Kes lain yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 19 Jun 2000, sebuah bilik darjah Sekolah
Kebangsaan Rawang telah musnah dalam satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.
Dalam kejadian tersebut sebuah almari berisi beratus-ratus buku rujukan, buku tamabahan
serta soalan peperiksaan untuk pelajar tahun 6 telah musnah. Pihak polis telah mengesahkan
terdapat unsur-unsur jenayah berdasarkan penemuan puntung-puntung mancis di kawasan
berkenaan. Pihak polis tidak menolak kemungkinan besar perbuatan ini dilakukan oleh pelajar
sekolah. Nampaknya gejala vandalisme dan salah laku pelajar semakin hari semakin meruncing
sehingga membawa kepada perlakuan jenayah yang lebih berat lagi. Pelajar begitu berani
bertindak liar dan ganas tanpa rasa perikemanusiaan langsung. Justeru, langkah-langkah drastik
perlu diambil oleh pihak-pihak terbabit untuk mencegah serta membanteras tingkah laku
negatif pelajar-pelajar sekolah
SIKAP TIDAK PENDULI MASYARAKAT.
Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini
tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam. Sikap apati atau tidak
peduli, juga boleh dikatakan sebagai individualistik dan materialistik masyarakat.Sikap
sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil peduli
terhadap isu-isu sosial menyebabkan masalah tersebut berlaku. Kajian Anidah Ithnin (1991)
yang mendapati pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, sebaliknya pelajar-pelajar
tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif. Maka, golongan pelajar nakal banyak
melakukan vandalisme di tempat-tempat awam.
KAWASAN PERSEKITARAN DAN TEMPAT KEDIAMAN YANG TIDAK KONDUSIF.
Kawasan kediaman yang sesak tidak teratur dan tidak selesa untuk pembesaran dan
perkembangan diri remaja mudah menimbulkan perasaan tidak selamat. Hal ini menyebabkan
segelintir remaja lebih suka menghabiskan sebahagian besar masanya di luar rumah. Tempat
kediaman seperti rumah pangsa, perkampungan dan penempatan terancang seperti FELDA,
didapati terdapat pembabitan remaja dalam aktiviti gangsterisme yang timbul dari pergaulan
sesame sendiri.
Didapati bawaha pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempunyai risiko yang tinggi
untuk menyertai kumplan gangster. Sesetengah pelajar tersebut cuba untuk mendapatkan
perhatian, pengiktirafan, status dan mempunyai “kuasa”. Mereka menggabung diri dengan
kumpulan gangster untuk membolehkan diri mereka berasa mempunyai identiti yang
tersendiri.
Ajaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak sekolah tetapi ibubapa juga
harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji tentang vandalisme,mereka mendapati
bahawa remaja-remaja ini tidak diberi ajaran yang betul dan mereka beranggapan bahawa
vandalisme adalah perkara yang remeh-temeh sahaja.Sebagai cara untuk meluahkan
ketidakpuasan.Mereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan
vandalisme sebagai satu cara untuk melegakan perasaan mereka.Golongan ini akan
menconteng di kemudahan awam dan dinding-dinding di jalanraya.
TEKANAN DALAM KERJAYA DAN AKADEMIK.
Seterusnya,tekanan dalam kerjaya dan akademik juga merupakan punca kelunturan patriotism
dan nasionalisme.Dalam zaman yang kompetitif ini,prestasi dalam kerjaya dan gred akademik
amat diitikberatkan.Golongan yang makan gaji mahupun golongan pelajar yang masih
menuntut pelajaran juga menghadapi tekanan hidup yang tinggi.Mereka terpaksa bersaing
hebat dan bertungkus lumut dalam mengejar kejayaan dalam hidup.Bagi mereka yang tidak
mampu menangani tekanan yang begitu besar,vandalisme merupakan saluran melepaskan
geram dan segala tekanan yang dihadapi.
Remaja sekarang kurang kasih sayang dan ajaran agama daripada ibu bapa. Ibu bapa sekarang
sibuk mencari nafkah seharian.Mereka telah mengabaikan anak-anak mereka yang masih kecil
dan kurang matang.Kekurangan perhatian terhadap anak-anak kemungkinan besar
menyebabkan mereka mengenali kawan yang jahat dan terlibat dalam jenayah.Mereka akan
terikut-ikut dengan rakan-rakan sebaya dalam kegiatan vandalisme kerana tidak ingin
diabaikan.Mereka juga ingin mengambil perhatian daripada ibu bapa mereka.Mereka berharap
ibu bapa dapat meluangkan masa yang secukupnya dengan mereka.