Anda di halaman 1dari 24

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

33700 PADANG RENGAS, PERAK

FOLIO
HFD 1022
PAKAIAN TRADISIONAL 1 (BAJU KURUNG)

NAMA PELAJAR MUHAMAD IRFAN HAKIMI BIN MUHAMAD NIZAN


NO.KAD PENGENALAN 030408-08-0495
NAMA PROGRAM SENI REKA FESYEN
NAMA PENSYARAH PUAN SHUHANA BT ISMAIL
TARIKH HANTAR
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 Penghargaan 1
2 Definisi Pakaian Hamil (Maternity wear) 2-3
a) Definisi
b) Sejarah
3 Maksud dan contoh bergambar bentuk badan pakaian hamil 4-7
a) A line
b) Shift
c) Asymmentrical
d) Empire line
e) Tent
f) Hour glass
4 Mempamerkan pelbagai jenis gambar pakaian hamil 8-10
a) Loose maxi
b) maternity pants
c) gaun
d) jubah
e) blouse
f) skirt
5 Melabel ciri stail pakaian hamil (5 jenis pakaian) 11-15
6 6.1 Jenis fabrik yang sesuai untuk pakaian hamil 16-17
a) Natural fiber (cotton,Linen,silk)
b) Manmade fiber(polyster,lycra,spandex)
6.2 Mempamerkan contoh fabrik dan ciri fabrik 18-19
a) cotton
b) spandex
c) polyster
d) linen
e) silk
7 Melakar dan melabelciri stail loose maxi dan maternity pants 20
a) Lakaran (croquis dan flat drawing)
8 Langkah kerja menghasilkan pakaian hami 21
a) Loose maxi
b) Maternity pants
9 Penutup 22
10 Rujukan 23
1. Penghargaan

Syukur Alhamdullilah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya,
maka saya telah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pakaaian tidur dengan jayanya.
Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari
segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya, Muhamad Irfan Hakimi Bin Muhamad Nizan ingin mengucapkan ribuan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Shuhana Bt Ismail, guru subjek fesyen
kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar cara-cara membuat
kerja kursus mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak
data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
iaitu ayahanda Encik Muhamad Nizan Bin Zol Kernel dan bonda Normahizan Bt. Anwar
yang turut membantu saya untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini hanya Allah sahaja
dapat membalas budi kalian.
2. Definisi Pakaian Hamil (Maternity wear)

a) Definisi

Pakaian wanita hamil dipakai oleh wanita / ibu hamil sebagai satu adaptasi kepada
perubahan yang berlaku ke atas saiz tubuh semasa tempoh kehamilan. Ianya direka untuk
ibu-ibu hamil dengan mengambil kira stail yang mempunyai penghilang gelembung di
bahagian hadapan badan. Secara amnya, stail pakaian wanita hamil adalah longgar,
terutamanya pada bahagian perut untuk keselesaan.

b) Sejarah

Pada tahun 1952, Lucille Ball membuat sejarah sebagai wanita yang pertama
mempamerkan perut hamilnya di televisyen dalam rancangan “I Love Lucy”. Ini adalah
permulaan sebuah tahun di mana kehamilan menjadi sesuatu yang diraikan dan dipamerkan
pada kalangan masyarakat.

Pada zaman dahulu, apron telah dianggap sebagai pakaian hamil kerana ia longgar serta
boleh melindungi perut ibu mengandung. Malah, wanita hamil selalu menjahit pakaian hamil
mereka sendiri. Pada abad ke-13, pakaian wanita tidak mengikut bentuk badan seseorang,
jadi pakaian yang dihasilkan adalah tidak ketat dan longgar sehingga ibu mengandung
masih boleh memakai pakaian tersebut. Pada zaman Baroque(1600-1750), baju wanita
hamil yang pertama telah direkodkan adalah sejenis pakaian Adrienna yang bercirikan gaun
dengan kain yang mengembang dari bahagian perut.

Selain itu, pada zaman ini wanita hamil juga memakai waist coat lelaki yang mempunyai
laced vents pada bahagian belakang badan yang membolehkan seseorang itu melaraskan
bajunya mengikut kehendak mereka. Pada zaman Georgian(1714-1811), pakaian ibu
mengandung menjadi lebih praktikal di mana pakaian jenis Adrienna ini telah mempunyai
bibs pada bahagian dada bagi tujuan penyusuan.

Namun begitu, 50 tahun kemudian, fesyen pakaian hamil telah mengikut bentuk badan
wanita hamil. Oleh itu, pakaian hamil telah dicetuskan secara berleluasa. Beberapa model
dan pelakon terkenal juga tidak segan untuk memakai pakaian hamil ketika mereka
mengandung. Sepanjang tahun 50-an, pinafores yang elegan dan cantik selalu dijual di
kedai-kedai nursery yang popular dalam kalangan wanita hamil. Pada tahun 1960-an, mini
dress berkancing dan rompi lebar elegan menjadi pilihan kalangan wanita.
Pakaian dari fabrik polyester kemudian menjadi rakan terbaik wanita hamil pada tahun 1970-
an, kerana kainnya yang selesa untuk dipakai. Antara pakaian yang diperbuat dari fabrik
polyester adalah, seluar bersalin melar,seluar pendek, dan tunik telah menjadi popular
ketika itu Pada tahun 1982,ketika Permaisuri Diana sedang mengandung Putera
William,seluruh dunia menyaksikan dan mencatat bagaimana Permaisuri berpakaian dalam
shirtdresses yang besar dan longgar sepanjang betis.

Pada tahun 1990-an, minat pihak media pada kehamilan artis semakin berkembang dan
pasaran pakaian hamil pun semakin berkembang. Kebanyakan artis hamil nampak lebih
bergaya dalam pakaian hamil. Mereka memakai pakaian dan seluar ketat yang
menampakkan benjolan bayi mereka dan bentuk badan mereka. Pada tahun 2006, bekas
head of clothing di Marks & Spencer, Kate Bostock menjelaskan kepada Guardian,”padfa
masa kini, wanita yang bekerja sepanjang kehamilan mereka dan melakukan perjalanan
yang lama, serta pergi ke gym sehingga keperluan pakaian mereka lebih banyak dan lebih
ciri stail”. Dan fabrik berteknologi tinggi, seperti fabrik elastane yang membolehkan pakaian
menyesuaikan diri pada perut wanita hamil.
3. Maksud dan contoh bergambar bentuk badan pakaian hamil

Maksud Contoh gambar


a) A line
Maksud; bentuk yang mempunyai
huruf , sempit di bahagian atas
dan melebar ke bahagian bawah.

b) Shift
Maksud: Pakaian bergerak pendek,
pakaian tanpa lengan tergantung dari
bahu. Ia sesuai untuk semua jenis
badan dan saiz.
c)Asymmentrical
Maksud: Pemotongan corak asimetri
adalah reka bentuk yang mewakili
keinginan manusia untuk
membebaskan diri dari garis
traditional yang merayap seperti
monotoni ke dalam kehidupan kita.

d)Empire line
Maksud: Gaun model atau blaus
berjalur pinggang hingga ke
bahagian bawah dada. Pakaian ini
mempunyai kelebihan di bawah dada
untuk memberikan ilusi garis
pinggang yang langsing. Sesuai
untuk menutup pinggul yang besar
kerana selepas garisan
empayar,potongan kain dilebar luas
ke bahagian bawah.
f) Tent
Maksud: Adalah pakaian
yang longgar dari bahu ke
bawah pinggul dan tidak
mempunyai garis pinggang.
Ia dipakai tanpa tali.

f) Hourglass (Jam Pasir)


Maksud:
 .Bentuk badan
seseorang dapat
dilihat dengan
jelas kerana
pakaian seolah-
olah melekat
kepada badan.
 Pakaian yang
membentuk
natural yang
memberi seperti
leotard,pakaian
mandi,body
hugging dan
pakaian
sukan.Pakaian
seperti ini
memberi
penekanan pada
garis
dada,pinggang
dan
pinggul.Garisan
mendatar perlu
dibuat pada
pakaian seperti ini
member efek lebih
besar pada
pemakai.
4. Mempamerkan pelbagai jenis gambar pakaian hamil

Jenis Pakaian Gambar


a) Loose maxi
b) Maternity
pants
c) Gaun

d) Jubah
e) Blouse

f) Skirt
5. Melabel ciri stail pakaian hamil (5 jenis pakaian)

Ikatan pinggang

Kocek separa
tersembunyi

Kelepet
Lengan padanan
rata

Penghilangan
gelembung

Kelepet
Kolar lurus
(Nehru)

Butang dan
lubang butang
Lengan
padanan rata

Kelepet
Kocek separa Ikatan pinggang
tersembunyi

kancing
Empire line

Lengan
padanan rata

Kelepet jahit
mesin

6.1 Jenis fabrik yang sesuai untuk pakaian hamil


Jenis Fabrik Contoh Fabrik
a) Natural fiber i) Cotton

ii) Linen

iii) Silk

b) Manmade i) Polyster
fiber

ii) Lycra
iii) Spandex

6.2 Mempamerkan contoh fabrik dan ciri fabrik

Contoh Fabrik Ciri Fabrik


a) Cotton
 Teguh dalam keadaan basah atau kering.
 Penyerap lembapan yang baik.Tahan tindakan asid
lemah dan alkali.
 Merupakan pengalir haba yang baik.
 Tahan cahaya matahari.
 Licin, sejuk dan selesa dipakai.
 Mudah renyuk.
 Tahan pada suhu yang tinggi.
 Mudah bertahi lalat jika tidak dikeringkan dengan
sempurna.
 Mudah mengecut jika tidak diberi kemasan yang
sempurna.
b)Spandex  Ketahanan bentuk yang kuat.
 Melantur kembali kepada struktur asal walaupun
selepas regangan.
 Tahan lama.
 Tahan haba kering dan minyak.

c) Polyster  Cepat kering.


 Penebat haba yang baik
 Tahan lama.
 Kenyal dan tidak mudah renyuk
 Tahan pada cahaya matahari dan sensitif pada haba.
 Lemah pada alkali

d) Linen  Tahan lasak dan lebih teguh daripada kapas.


 Merupakan pengalir haba yang baik.
 Tahan pada cahaya matahari.
 Tahan tindakan asid lemah dan alkali.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Tahan pada suhu tinggi.
 Mudah renyuk dan berbulu.
 Sejuk dan selesa apabila dipakai dalam cuaca panas.
 Mudah bertahi lalat apabila tidak dikeringkan dengan
sempurna.
e) Silk  Kain semulajadi paling kuat di dunia.
 Lembut, berkilau dan cantik.
 Memberikan keselesaan.

7. Melakar dan melabel ciri stail loose maxi dan maternity pants Lakaran(croquis
dan flat drawing)
8. Langkah kerja menghasilkan pakaian hamil

a) Langkah menjahit loose Maxi


I. Menyediakan penghilang gelembung (lisu terbalik) pada badan hadapan bawah
II. Menyedia dan menjahit belah kelepet sama lebar pada badan hadapan
mendatang.
III. Menyedia dan menjahit badan mendatang dengan badan hadapan bawah
IV. Menjahit kelim bahu hadapan dan belakang
V. Menyedia dan menjahit garis leher berbentuk sampan
VI. Menjahit kelim sisi kiri dan kanan
VII. Menyedia dan menjahit lengan kedut di kepala lengan
VIII. Menjahit kelepet pada pakaian

b) Maternity pants
I. Menyedia penghilang gelembung (kedut lepas) pada seluar mendatang
II. Menjahit kelengkang hadapan
III. Menyedia dan menjahit seluar mendatang hadapan dengan seluar hadapan
bawah
IV. Menjahit kelangkang seluar belakang
V. Mencantum kelim sisi luar kiri dan kanan
VI. Mencantum kelim sisi kelengkang hadapan dan belakang
VII. Menyedia ikatan pinggang
VIII. Menyedia kasing dan rulo
IX. Menyedia lubang rulo
X. Menyedia dan menjahit ikatan pinggang berkasing
XI. Menjahit kelepet

9. Penutup

Melalui peluang keemasan ini saya, Muhamad Irfan Hakimi Bin Muhamad Nizan ingin
merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru bimbingan
saya juga merangkap guru kursus Maternity Wear iaitu Norfishah Binti Che Murat kerana
telah banyak memberikan saya tunjuk ajar sehingga tersiapnya folio ini.

Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan pada ahli keluarga saya yang
banyak membantu saya dalam hal kewangan dan tenaga untuk membantu saya
menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga teman-teman yang banyak membantu dan tidak
jemu memberi tunjuk ajar.

Folio ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi saya, dan saya
berharap pencapaian saya kursus ini akan bertambah baik. Semoga kerja folio seperti ini
akan terus dijalankan untuk masa yang akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan
lagi pengetahuan pelajar-pelajar.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekali lagi ucapan setinggi-tinggi terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan folio ini. Saya juga ingin menyusun
sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak
disengajakan di dalam folio ini. Sekian, terima kasih.

10. Rujukan
a) Ahmad Hudlori. Cara Jahit Pakaian. Diperolehi pada 3 April 2019 daripada
http://caramenjahitpakaian.blogspot.com/.

b) Madam Azra. Baju mengandung Mizan. Diperokehi pada 3 April 2019 daraipada
https://azrafesyen.blogspot.com/2011/09/baju-mengandung-mizan.html.

c) Mesin jahit. Cara menjahit baju hamil. Diperoleh daripada 29 mac 2019 daripada
https://strukturjahit.blogspot.com/2018/06/cara-membuat-baju-hamil.html.

d) Norzi Beautilicious House. Koleksi Baju Mengandung. Diperoleh pada 20 mac 2019
daripada http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/p/koleksi-pakaian-ibu-
mengandung-baju.html.

Anda mungkin juga menyukai