Anda di halaman 1dari 2

Pernah berasa cemburu melihat pasangan suami

isteri yang telah bertahun hidup bersama masih


kelihatan romantik?  Ke mana-mana sahaja selalu
bersama. Kalah pengantin baharu, melekat macam
belangkas.
Ya, bagi pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih  sayang dan saling
melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia dan harmoni. Tetapi apa
rahsia rumah tangga bahagia hingga ke syurga? Pasti ramai ingin tahu, bukan. Baik, ini
7 rahsia rumah tangga bahagia hingga ke Syurga yang boleh diamalkan bersama.

Bagaimana caranya supaya cinta kekal membara dalam hati


anda dan pasangan? Ini 7 rahsia cinta kekal awet muda
hingga ke Syurga abadi.
1. Secara fizikalnya, ciuman, dakapan atau hanya sekadar berpegangan tangan
boleh mengeratkan hubungan hubungan. Dari segi emosi, memberi pujian pada
waktu tertentu akan membuat seseorang itu berasa diperlukan dan dihargai.

Pujian yang tepat pada waktunya adalah satu daripada dorongan kepada
seseorang untuk memberikan yang terbaik. Misalnya, lebih menyayangi dan
menghormati.

Jadi, sebagai suami isteri, melakukan semua perkara di atas adalah antara cara
sedehana yang boleh diamalkan dalam kehidupan berumahtangga supaya cinta
tetap segar dan bahagia hingga ke hujung usia.

Mengapa perlu malu dan segan? Dia adalah pasangan anda yang halal. Kalian
bebas untuk membelai, memberi kucupan, dakapan (pastinya tanpa dilihat
anak-anak, ya) atau senyuman ketika bersama. 
Ciuman yang diberi suami mahupun isteri ketika hendak keluar atau pulang ke
rumah kesannya boleh melegakan hati. Pelakukan ini memberi tanda kerelaan,
penerimaan, doa dan isyarat kesetiaan.

2. Membantu pasangan melakukan rutin dan tanggungjawab hariannya boleh


mengeratkan hubungan suami isteri. Ini sekali gus membuat anda lebih
memahami tugas pasangan,  selain mampu mewujudkan perasaan empati yang
lebih baik. Misalnya, “Barulah Abang tahu, bukan senang nak masak Kari Ayam
dan Sambal Belacan. Selama ni cuma tahu makan saja.”    Percayalah, pasti isteri
anda akan senyum lebar dan senang hati.

Cinta kekal awet muda. Baca: Cabaran 30 Hari Eratkan Hubungan


Suami Isteri

3. Berilah kejutan istimewa. Misalnya menghadiahi isteri sejambak bunga atau


dompet idaman kepada suami. Cara ini mempunyai pengaruh cukup besar
untuk menyemai rasa cinta dan sayang. Apatah lagi jika diberi pada waktu tepat
dan hadiah yang sesuai (diperlukan). Saiz atau harga bukan ukuran. Paling
utama dapat menzahirkan kasih juga cinta anda sebagai pasangan suami isteri.

Teruskan bacaan anda lebih lanjut. Ini 7 rahsia rumah tangga bahagia
hingga ke Syurga .

Anda mungkin juga menyukai