Anda di halaman 1dari 1

1.

Konsep asas perkembangan kanak-kanak

Perkembangan adalah satu proses berterusan di mana perubahan bersifat kuantitatif


iaitu perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai
kematangan individu. Perubahan tersebut dapat dilihat secara nyata atau dapat
diukur berdasarkan peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik. Menurut
Mok Soong Sang (2009) pula, perkembangan adalah proses berterusan yang
bermula dari peringkat lahir sehingga mencapai peringkat kematangan. Berdasarkan
kajian ahli psikologi, kajian manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi,
sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan
faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya
merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep perkembangan pada
asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.

2. Prinsip asas perkembangan kanak-kanak

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam Perkembangan Kanak-kanak


Edisi kedua, terdapat 5 jenis prinsip asas perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang
pertama ialah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh,
Seorang bayi pada awalnya dalam permulaan adalah boleh duduk dengan sokongan
lain, kemudian merangkak dan seterusnya diikuti dengan keupayaan berdiri dan
akhirnya berjalan tanpa dibantu serta perkembangan fikiran yang matang seseorang.
Selain itu, prinsip yang kedua ialah perubahan dalam pertumbuhan dan
perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada lebih spesifik iaitu
berlakunya pertumbuhan dari otot-otot besar dahulu sebelum berlakunya
perkembangan ke otot-otot halus. Seterusnya, prinsip ketiga ialah pertumbuhan dan
perkembangan merupakan proses yang berlaku berterusan di mana ia bermakna
perkembangan kanak-kanak adalah berterusan selagi masih hidup bagi
kelangsungan hidup. Di samping itu, perkembangan kanak-kanak ialah corak dan
aturan perkembangan adalah lebih kurang sama tetapi kadar perkembangan
manusia adalah berlainan bagi setiap individu.Sebagai contoh, setiap bayi adalah
mengambil masa yang berlainan untuk merangkak atas faktor baka dan persekitaran
kanak-kanak tersebut. Akhir sekali, prinsip terakhir ialah perkembangan adalah hasil
interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah dipengaruhi
oleh faktor-faktor genetik yang merujuk kepada kemunculan potensi yang sedia ada
dalam seseorang individu. Pembelajaran pula adalah hasil daripada latihan, proses
peniruan atau identifikasi dan perlukan usaha.

Anda mungkin juga menyukai