Anda di halaman 1dari 10

[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

1. PENYAKIT BERJANGKIT

Pengenalan

Jangkitan Seksual adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual.


Terdapat juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum
secara rambang. Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan.
Penyakit ini boleh disebabkan oleh virus, bakteria, fungus dan pelbagai jenis kuman
mikro. Penyakit kelamin lebih senang tersebar dalam kalangan remaja. Hal ini
kerana remaja kurang memiliki pengetahuan mengenai penyakit kelamin, salah
faham terhadap penyakit kelamin, tidak menggunakan kondom kerana kesukaran
mendapatkan bekalan, fikiran cetek, tidak tahu kesan buruk jangka panjang

Cara Jangkitan

Penyakit berjangkit biasanya akan berjangkit melalui aktiviti berikut:

i. Perhubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah-langkah berjaga-jaga.


ii. Melalui ciuman
iii. Menyentuh kawasan yang dijangkiti
iv. Berkongsi jarum contohnya AIDS

Petanda dan Gejala Jangkitan Penyakit Seks

Terdapat beberapa gejala jangkitan yang lebih kerap dan teruk berlaku kepada
penghidap antaranya ialah:

 Bendalir yang berbau busuk


 Sakit semasa kencing
 Ulser di mulut atau alat kelamin
 Gatal pada kawasan kelamin
 Sakit di bahagian bawah abdomen
 Bengkak pada pengkal paha
 Kulit yang berkutil dan ketuat

Page 1
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

Namun demikian, tidak semua jangkitan di bahagian alat kelamin disebabkan oleh
jangkitan penyakit berjangkit sebagai contoh penyakit kudis buta dan jangkitan kulat
Candidiasis di vagina.

Pemulihan Daripada Penyakit Berjangkit

Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat penyakit berjangkit yang


berkaitan dengan seks ini. Hanya penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria
yang boleh dirawat dan dipuluhkan sepenuhnya. Penyakit seks yang akibat jangkitan
virus kadangkala berada di dalam badan selamanya sebagai contoh HIV/AIDS,
Herpes, Human Papilloma Viruses. Mereka yang aktif melakukan hubungan seks
perlu sentiasa bertemu dengan doktor secara berkala dan teratur supaya penyakit
yang berkaitan dengan penyakit jangkitan seks ini akan dapat dikesan dan dirawat
lebih awal. Sekiranya seseorang menghidap penyakit berjangki ini, adalah penting
baginya untuk memberitahu pasangannya bahawa anda menghidapinya dan ia
dapat membuat rawatan lebih awal.

2. JENIS-JENIS PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SEKS

a) Sifilis

Pengenalan

Sifilis adalah suatu penyakit yang berkaitan dan disebabkan oleh satu
organisma yang dinamakan oleh spirochete. Sifilis ini disebarkan melalui
hubungan seks yang dilakukan secara oral, dubur dan vagina. Selain dari
pada itu, sifilis juga dapat disebarkan melalui seorang ibu kepada bayinya
semasa kehamilan.

Simptom sifilis

Secara kasarnya sifilis akan berlaku pada empat peringkat.

Peringkat 1

 User yang tidak sakit dan kemerahan pada:

Page 2
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

o Vagina

o Dubur

o Penis

o Mulut

 Ulser ini dipanggil primary chance dan akan hilang selepas beberapa
minggu

 Kelenjar limfa mungkin akan membengkak pada masa yang sama

 Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan


kehadiran chancre yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan
kemudian.

Peringkat Kedua

 Ruam selepas 4 hingga 10 minggu chancre wujud.

 Wujud sekeliling badan termasuk tapak tangan dan kaki.

 Coklat kemerahan, kecil, keras, tidak timbul dari kulit.

 Luka kecil wujud yang dipanggil condylomalata.

 Untuk yang berkulit gelap, warna luka lebih cerah dar kulit.

 Ruam sembuh 2 hingga 12 minggu secara sendirinya.

 Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin akan


berlaku

gambar 1: Ruam yang timbul di badan.

Page 3
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

Peringkat ketiga

 Sekiranya seseorang itu tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang


itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda/gejala.
Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.

 Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.

Peringkat keempat.

 Sekiranya ia masih tidak dirawat, ia akan melarat sampai ke peringkat


yang lebih teruk iaitu Tertiary Syphilis

 Kuman spiroches telah merebak ke seluruh badan dan akan


melibatkan

o Otak

o Jantung

o Saraf tunjang

o Tulang

 Gejala-gejala berikut akan muncul. Di antara gejala-gejalanya adalah :

o Kesukaran untuk berjalan

o Kebas

o Buta secara beransur

o Kematian

Faktor yang berisiko

 Aktiviti seksual yang berisiko tinggi akan meletakkan anda berisiko


untuk mendapat penyakit berjangkit.

 Seseorang yang melakukan seks yang tidak selamat merupakan


berisiko untuk menghidap dan hampir setengah lelaki yang didiagnos
menghidapai penyakit sifilis dan penyakit berjangkit yang lain

Page 4
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

 Dewasa muda antara umur 15 hingga 25 tahun muncul sebagai


golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapai sifilis.

 Walaupun anda telah sembuh dari penyakit sifilis namun anda juga
berisiko untuk menghidapinya semula.

Komplikasi sifilis

 Sifilis sangat berbahaya jika ianya tidak dirawat dengan segera

 Sekiranya berlaku kerosakan pada otak dan masalah kesihatan lain


yang lebih serius, ianya tidak dapat dirawat lagi

 Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya dan akan menyebabkan bayi
tersebut cacat yang teruk sejak lahir.

 Bayi yang lahir dan membawa penyakit sifilis bersamanya akan


menyebabkan beberapa komplikasi sekiranya tidak dirawat, antaranya

 Tulang yang tidak normal dan menyakitkan

 Bengkak sendi

 Masalah penglihatan dan pendengaran

 Gigi yang tajam dan runcing

 Kematian

Pencegahan

Untuk mengurangkan risiko sifilis dan penyakit berjangkit yang lain


mengamalkan seks yang selamat adalah penting:

 Elakkan seks atau membataskan hubungan seks dengan hanya


seorang yang tidak dijangkiti.

 Sekiranya anda tidak mengetahui status penyakit berjangkit pasangan


anda, gunakan kondom lateks bagi setiap hubungan seks yang
dilakukan.

Page 5
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

 Elakkan menggunakan alkohol dan dadah berlebihan yang boleh


mengganggu pertimbangan dan membawa kepada amalan hubungan
seks yang tidak selamat.

Rawatan

 Doktor biasanya akan membuat diagnosis selepas membuat


pemeriksaan darah dan didapati positif sifilis.

 Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan


antibiotik

 Menurut statistik, rawatan dengan pil kurang efektif dibandingkan


dengan rawatan lain kerana biasanya pesakit tidak menghabiskan
tempoh rawatan terhadapnya.

 Cara lama dan masih efektif adalah dengan menyuntik procaine


penisilin ke setiap punggung (procaine disertakan bagi mengurangi
rasa sakit)

 Dos diberikan separuh kerana jika diberikan satu dos akan


memnyebabkan kesakitan.

 Cara lain adalah dengan memberikan kapsul azithromycin melalui


mulut.

 Namun demikian, cara ini kurang berkesan kerana terdapat beberapa


jenis sifilis yang kebal terhadap azithromycin. Rawatan ini juga kurang
berkesan kerana pesakit perlu memakan pil beberapa kali sehari.

 Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama.

 Malangnya kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak


dapat dirawat lagi.

 Rawatan sihat yang terbaik mengusulkan seks aman yang dilakukan


dengan menggunakan condom semasa melakukan seks, tetapi masih
tidak menjamin sebagai pelindung yang selamat.

Page 6
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

 Usul yang terbaik adalah mengelak daripada melakukan seks dengan


orang yang menghidap penyakit kelamin atau tidak melakukan
langsung seks selain pasangan kita.

Pencegahan.

Untuk mencegah penyakit berjangkit ini, kita digalakkan untuk


mengamalkan slogan “4 Slogan” ini.

1) Jangan Melakukan : Jangan melakukan seks dengan


berganti-ganti pasangan

2) Jangan Lupa : Gunakanlah condom apabila harus


melakukan hubungan seks dengan seseorang yang meragukan.

3) Jangan menerima : Kontak/pemindahan darah tanpa


melalui screening (penyaringan) darah.

4) Jangan Mahu : Memakai jarum suntikan secara


bergantian.

Page 7
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

Isu-isu berkaitan seks

Seks di luar tabii?

Perlakuan seks yang secara umumnya tidak boleh diterima secara sosial dan
juga tidak diterima oleh kebanyakan agama dan budaya. Perlakuan seks
yang tidak diterima sebagai biasa, seperti :

 Sumbang mahram

 Seks dikhalayak ramai

 Seks berkumpulan

 Gay / Lesbian / hubungan seks dwi jantina

 Paraphillias - Kepuasan seks secara luar biasa, seperti :

o Eksibisionisme

o Fetisyisme

o Frotteurisme

o Fidiofilia

o Transvestisme

o Voyeurisme

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan?

Anda memerlukan bantuan jika anda:

 Menjadi mangsa perlakuan seks diluar tabii

 Mempunyai kecenderungan kearah perlakuan seks yang tidak normal

 Mengetahui seseorang memerlukan bantuan

 Diganggu oleh seseorang yang mempunyai kecenderungan ini

Page 8
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

Bagaimana dan siapa yang boleh membantu

Langkah pertama adalah untuk meluahkannya dan memberitahu orang yang


anda percayai

 Keluarga

 Rakan yang boleh dipercayai

 Pembimbing Rakan Sekerja/Pembimbing Rakan Sebaya

 Guru / kaunselor

 Doktor

 Organisasi yang boleh membantu adalah :

o Agensi Kerajaan

 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :


http://www.myhealth.gov.my/(Perkhidmatan Tanya Pakar) &
http://www.moh.gov.my/

 Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara


(LPPKN) : http://www.lppkn.gov.my/

 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://www.jkm.gov.my/

 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) :


http://www.moe.gov.my/

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :


http://www.islam.gov.my/

Page 9
[PENDIDIKAN KEKELUARGAAN (PENDIDIKAN SEKSUALITI)] PJM 3101

o Pertubuhan bukan kerajaan

 The Befrienders Kuala Lumpur : http://www.befrienders.org.my/

 Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu


dan Sikh : http://www.mccbchs.bobjots.org%20/

 Persatuan Perubatan Islam Malaysia : http://www.ppim.org.my/

 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga


Malaysia : http://www.ffpam.org.my/

 Persatuan Perubatan Malaysia : http://www.mma.org.my/

 Persatuan Psikiatri : http://www.psychiatry-malaysia.org/

Page
10

Anda mungkin juga menyukai