Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 ISI KANDUNGAN

2 PENGENALAN

3 PENCARIAN LITERATURE

4 ETIKA PEMBANTU PERUBATAN

5 AKTA PEMBANTU PERUBATAN


(PENDAFTARAN) 1977

6 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI


PENOLONG PEMBANTU PERUBATAN

7 PENUTUP

8 RUJUKAN

1
AKTA/PERATURAN / ETIKA PEMBANTU PERUBATAN DAN ASPEK PERUNDANGAN
BERKENAAN DENGAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

PENGENALAN

Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia dan ia kini
menjangkau lebih daripada 120 tahun. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang
diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang. Dibawah pemerintahan British Malaya
Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Dalam abad ke 19,
profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang
bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963),
Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini Penolong Pegawai Perubatan
(mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasminya di
Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan seterusnya 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di
Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf
kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.

Selain dari kolej latihan yang dikendalikan oleh KKM terdapat beberapa kolej swasta yang
menawarkan latihan Diploma Pembantu Perubatan dengan mendapat kelulusan dan dipantau
oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan. Selari dengan
perkembangan semasa, skop pekerjaan PPP telah diperluaskan dengan peranannya di klinik-
klinik kesihatan dan di unit pengkhususan atau kepakaran di hospital-hospital, institusi latihan,
penyelidikan, penguatkuasaan dan lain-lain. Terdapat profesion yang hampir sama dengan
Penolong Pegawai Perubatan di luar negara. Perbezaan hanya pada nama dimana di Amerika
Syarikat ia dikenali sebagai Physician Assistant, Barefoot Doctor di Australia, Kanada, Rusia,
China serta di beberapa negara membangun seperti Filipina dan sebagainya.

Di samping itu juga, pembantu perubatan menjalankan tugas klinikal dan pentadbiran rutin
di bawah pengawasan langsung pakar perubatan atau profesional penjagaan kesihatan yang lain.
Pembantu perubatan melakukan banyak tugas pentadbiran, termasuk menjawab telefon, memberi
salam kepada pesakit, mengemas kini dan memfailkan rekod perubatan pesakit, mengisi borang
insurans, menangani surat-menyurat, menjadualkan janji temu, mengatur kemasukan ke hospital
dan perkhidmatan makmal, dan menangani bil dan penyimpanan kira-kira.

2
Pembantu perubatan juga menjalani tugas berbeza mengikut undang-undang bidang kuasa
dan mungkin termasuk mengambil sejarah perubatan dan mencatat tanda-tanda penting,
menjelaskan prosedur rawatan kepada pesakit, mempersiapkan pesakit untuk pemeriksaan, dan
membantu selama pemeriksaan diagnostik. Pembantu perubatan mengumpulkan dan
menyediakan spesimen makmal atau melakukan ujian makmal asas di tempat, membuang
bekalan yang tercemar, dan mensterilkan alat perubatan. Mereka menginstruksikan pesakit
tentang ubat-ubatan dan diet khas, menyiapkan dan memberikan ubat sesuai petunjuk, memberi
izin untuk mengisi ubat seperti yang diarahkan, memberi preskripsi telefon ke farmasi, mengambil
darah, mempersiapkan pesakit untuk sinar-X, mengambil elektrokardiogram, mengeluarkan
jahitan, dan mengubah pakaian. Mereka juga memudahkan komunikasi antara pesakit dan
profesional penjagaan kesihatan yang lain.

Seterusnya, beberapa bidang kuasa membenarkan pembantu perubatan melakukan


prosedur yang lebih maju, seperti memberi suntikan atau mengambil sinar-X, setelah lulus ujian
atau mengikuti kursus. Menurut Klasifikasi Piawaian Pekerjaan Antarabangsa, pembantu
perubatan biasanya memerlukan latihan formal dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan untuk
prestasi yang kompeten dalam pekerjaan mereka. Pendidikan formal biasanya berlaku di institusi
pasca menengah seperti sekolah vokasional, institut teknikal, kolej komuniti, kolej proprietari,
program pendidikan dalam talian atau kolej junior. Program latihan pembantu perubatan biasanya
membawa kepada sijil atau diploma, yang memerlukan masa sekitar satu tahun untuk
diselesaikan, atau ijazah bersekutu, yang memakan masa sekitar dua tahun. Topik kajian
merangkumi terminologi perubatan, anatomi dan fisiologi, dan program boleh merangkumi latihan
amali klinikal, kadang-kadang disebut sebagai "externship", di mana pelajar itu bekerja sebagai
pembantu perubatan di klinik perubatan

3
PENCARIAN LITERATURE

Menurut Mohd Zamri Bin Ab Wahid, 43 tahun yang telah berkhidmat selama 21 tahun sebagai
PPP di hospital Kepala Batas, memberitahu setiap profesion ada cabarannya tersendiri. Menurut
beliau sebagai frontliner terutama di Jabatan Kecemasan selalunya penyaringan pesakit akan
dilakukan mengikut keadaan kes. Bagi kes yang tidak kritikal rawatan awal perlu dilakukan oleh
mereka sebelum sebelum merujuk kepada Pegawai Perubatan.

Selain itu, adalah isu berkaitan kader Penolong Pegawai Perubatan di Jabatan Imigresen. Jabatan
Imigresen menjangkakan akan memperoleh satu lagi perjawatan kader Penolong Pegawai
Perubatan Gred U29 untuk bertugas di 13 Depoh Tahanan Imigresen di Semenanjung dan
Sarawak menjelang akhir tahun ini 2018. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata,
pihaknya mendapati keperluan mewujudkan satu lagi perjawatan Kader Penolong Pegawai
Perubatan Gred U29 di setiap Depoh Tahanan Imigresen untuk bertugas di luar waktu pejabat.
Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sudah
mengemukakan cadangan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas melawat
Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih, Selangor baru-baru ini. Jabatan Imigresen memerlukan
sekurang-kurangnya 13 jawatan kader itu untuk ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen
selepas waktu pejabat bagi mengendalikan kes kecemasan yang berlaku dalam tempoh itu di
mana 24 jam sentiasa ada pegawai yang bertugas (Datuk Seri Mustafar Ali, 2018)

4
ETIKA PEMBANTU PERUBATAN

Apabila berada di alam pekerjaan ini, kita kadangkala kurang memberikan perhatian keatas
perkara kecil yang mungkin saja terlepas pandang ketika kita sedang bertugas di klinik ataupun
hospital. Jika diberikan perhatian sewajarnya, perkara tersebut sangat berguna dan memberikan
kesan positif dalam kerjaya kita. Berikut adalah merupakan beberapa etika yang dapat
diaplikasikan dalam pekerjaan sebagai penolong pegawai perubatan.

Pertama ialah, menerbitkan rasa percaya dengan kemampuan diri sendiri. Sebagai seorang
penolong pembantu perubatan, kita mestilah yakin dengan diri sendiri agar pesakit turut berasa
yakin dengan kita. Kedua ialah mendisiplinkan diri. Sebagai contoh, datang ke tempat kerja
sebelum atau tepat waktu mengikut jadual yang telah ditetapkan dan tidak meninggalkan
pekerjaan atau prosedur tanpa izin dan pengetahuan pihak atasan. Sebagai PPP kita juga perlu
mengelakkan daripada menggunakan waktu bekerja untuk perkara-perkara yang tiada kaitan
seperti keluar membeli barang keperluan ketika bekerja. Yang ketiga ialah etika ketika masuk ke
kawasan kerja. Sebagai contoh, mempamerkan wajah yang ceria dan senyum ketika berselisih
dengan orang lain. Menyapa kakitangan yang bekerja disitu dan tanya khabar untuk menwujudkan
keadaan yang mesra diantara satu sama lain. Selain itu, sematkan rasa positif didalam diri
sebelum pergi bekerja dan elakkan emosi mengawal diri ketika melakukan pekerjaan.

Seterusnya, etika berpakaian. Sebagai contoh, memakai pakaian dengan ukuran yang
sesuai, bersih, kemas dan selesa dapat memudahkan anda ketika melakukan prosedur. Selain itu,
etika berbicara dan etika penampilan juga perlu dititikberatkan. Hal ini kerana, tatabahasa, intonasi
suara yang jelas, baik, serta mudah difahami perlu diamalkan untuk mengelakkan daripada
berlakunya salah faham. Penampilan ketika bekerja seperti menjaga bau badan, bau mulut,
rambut yang kemas, dan muka yang bersih juga perlu dititikberatkan kerana ia boleh menganggu
orang disekeliling terutamanya ketika berjumpa dengan pesakit.

Etika yang seterusnya ialah etika berkenaan hubungan dengan pihak atasan, rakan sekerja
dan pekerja lain. Kita perlulah mengetahui bahawa setiap hari kita akan berjumpa dan berinteraksi
dengan pelbagai jenis orang. Jadi kita perlulah menjaga hubungan sesama pekerja yang lain. Kita
perlulah menghormati pihak atasan dan harus berusaha sehabis baik untuk memenuhi tuntutan
kerja yang telah diberikan oleh pihak atasan. Tidak dilupakan juga, hubungan dengan rakan
sekerja. Elakkan daripada bermasam muka dan sama-samalah membantu dan mengingatkan satu
sama lain untuk melancarkan proses pekerjaan. Elakkan daripada mencampur masalah peribadi
ketika bekerja dan elakkan juga daripada memburukkan rakan sekerja kepada pihak atasan
kerana ini sekaligus boleh menjejaskan reputasi pihak atasan kepada kita.

5
AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977

Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, dibuat adalah bertujuan untuk mengadakan
peruntukan bagi penubuhan suatu Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran), pendaftaran
Pembantu Perubatan dan perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini dinamakan sebagai Akta
Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977. Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh-
tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh
menetapkan tarikh yang berlainan bagi bahagian Malaysia yang berlainan. Akta ini terpakai di
seluruh Malaysia. Akta 180, AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977 ditubuhkan
di bawah seksyen 3, Bahagian II, Akta Pembantu Perubatan 1977. Akta ini diwartakan pada 10
Mac 1977 dan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 14 Februari 1980 manakala Negeri
Sabah & Sarawak pada 1 November 1980.

Dalam Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, terbahagi kepada beberapa


bahagian iaitu sebanyak enam bahagian keseluruhannya. Perkara yang dibincangkan dalam
Bahagian І ialah berkaitan dengan Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian serta
menerangkan sekali Taksiran makna perkataan dalam akta. Manakala Bahagian ІІ pula berkaitan
dengan penubuhan dan keanggotaan Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran), Mesyuarat
Lembaga dan perbuatan Lembaga hendaklah sah walaupun kecacatan dalam pelantikan atau
walaupun ada kekosongan. Seterusnya, Bahagian ІІІ membincangkan mengenai Daftar Pembantu
Perubatan, Hanya orang berdaftar sahaja boleh diambil kerja sebagai Pembantu Perubatan,
Peruntukan kecualian mengenai orang yang telah diambil kerja sebagai Pembantu Perubatan,
Orang yang berhak didaftarkan, Mencatatkan nama dalam daftar dan mengeluarkan perakuan
pendaftaran, Tamat tempoh perakuan pendaftarn dan pembaharuannya dan yang terakhir ialah
Catatan dalam daftar dan perakuan hendaklah ditandatangani oleh pendaftar.

Seterusnya, Bahagian ІV membincangkan mengenai Menyiarkan daftar dan anggapan,


Pemotongan nama daripada daftar dan Menyiarkan kemasukan semula nama dalam daftar. Untuk
Bahagian V, perkara yang disebutkan ialah berkaitan denagn rayuan iaitu Rayuan kepada Menteri
terhadap keputusan Lembaga adalah muktamad dan Rayuan berkuat kuasa sebagai
Penggantungan hanya berkenaan dengan pembaharuan perakuan pendaftaran.

6
Akhir sekali, didalam bahagian terakhir iaitu Bahagian VІ, perkara yang disebut ialah
berkenaan dengan Lembaga boleh menghendaki maklumat, Menghendaki atau memberikan butir-
butir atau maklumat melalui surat berdaftar adalah memadai, Penalti kerana menggunakan
gelaran pembantu perubatan secara tidak sah kerana memalsukan daftar dan pelanggaran am
terhadap Akta dan yang terakhir ialah berkaitan dengan Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-
peraturan. Semua yang tertulis diatas ialah kesemua perkara dan butir-butir yang termaktub di
dalam Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977. Semuanya penting bagi melancarkan
urusan dan menjadi panduan kepada Penolong Pegawai Perubatan.

7
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENOLONG PEMBANTU PERUBATAN

Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan


merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan
rehabilitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program kesihatan awam dan
perubatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat
adalah seperti berikut.

1. Penjagaan kesihatan primer (Primer)


 Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Klinik 1
Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik- klinik khas di Penjara Malaysia,
Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusat Tahanan Imigresin, Institusi Pengajian
Tinggi Awam, perkhidmatan kesihatan komuniti, kem-kem kesihatan dan
sebagainya.
 Membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan.
 Memeriksa, mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan keatas penyakit ringan.
 Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat
setempat.
 Memberikan rawatan awal bagi kes-kes kecemasan.

2. Perkhidmatan pengkhususan dan kepakaran (Sekunder)

Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan awam serta di unit-unit


kepakaran dan sub-kepakaran di bawahprogram perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut:

 Perkhidmatan Pengkhususan
o Program Wellness seperti mengadakan program Kesihatan Remaja,
Kesihatan Dewasa, Kesihatan Warga Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya,
Kesihatan Mental,Kesihatan Sekolah, Warga Sihat dan lain-lain.
o Program Non-Communicable Disease. Sebagai contoh mengadakan program
mengenai diabetes, Penyakit Kardiovaskular, program berhenti merokok,
program mengenai darah tinggi, Asma, Routine Medical Examination dan lain-
lain.

8
o Program Communicable Disease iaitu program mengenai pendedahan
kepada penyakit berjangkit seperti penyakit Tuberculosis, Leprosi, Denggi,
HIV, H1N1 dan lain-lain.

 Perkhidmatan Kepakaran (Program Perubatan)


o Meliputi mengenai kecemasan, perubatan am, pembedahan, orthopedik,
Ofthalmologi, Otorinolaringologi, Nefrologi, Kardiologi & Koronari, Respiratori,
Kardiotoraksik, Dermatologi, Obstetrik & Ginekologi, Urologi, Pediatrik,
Anestesiologi, Unit Rawatan Rapi, Hemodialisis, Unit Forensik, Unit Organ
Transplant, Unit Psikiatri dan bahagian unit-unit lain.

 Perkhidmatan Sub-Kepakaran
o Neurofisiologi, Pembedahan Plastik, Pembedahan MikroTangan, Perubatan
Nuklear, Pembedahan Spinal dan sebagainya.

 Latihan Profesional dan Latihan Dalam Perkhidmatan


 Penyelidikan dan Kualiti Amalan
 Kawal Selia Amalan dan Penguatkuasaan

3. Aspek Promotif (promosi)


 Mendidik pesakit mengenai penjagaan kesihatan yang berhubung kait dengan
penyakit mereka seperti diabetes, hipertensi, obesiti dan sebagainya.
 Melibatkan diri dalam program seperti PROSTAR, kem kesihatan, kempen-kempen
kesihatan peringkat nasional/ negeri seperti Sambutan Hari Kesihatan Sedunia, Hari
Kesihatan Mental Sedunia, Hari Tibi Sedunia, Minggu Tanpa Tembakau dan lain-lain
dari semasa ke semasa.
 Melaksanakan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pesakit dan perawatan
mengikut piawaian yang ditetapkan.
 Menentukan dokumentasi dan pengumpulan data dijalankan dengan tepat dan
mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan.
 Mengikuti kursus/ seminar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
amalan penjagaan kesihatan termasuk bidang pengkhususan yang diiktiraf.

9
4. Aspek Preventif (pencegahan)
 Memastikan alat-alat perubatan dalam keadaan baik dan berfungsi sebelum dan
selepas digunakan.
 Memastikan perawatan yang diberi tepat, selamat dan mengikut prosedur, protokol
dam mematuhi akta serta peraturan.
 Mematuhi kaedah pengawalan jangkitan dan teknik pengasingan diamalkan dengan
cara yang betul seperti Standard Precaution
 Ubat-ubatan/ suntikan mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan.

5. Aspek Kuratif (perawatan)


 Melaksanakan tugas memeriksa dan merawat pesakit mengikut Standard Operating
Procedure (SOP) dan Clinical Practice Guideline (CPG).
 Memberi ubat-ubatan dan suntikan mengikut protokol yang dibenarkan.
 Memantau kemajuan rawatan dan laporan tentang perkara luar biasa/ kesan
sampingan.
 Memberi perhatian kepada keperluan khas yang dan orientasi kepada pesakit.
 Menentukan jenis-jenis makanan dan keperluan khas makanan pesakit ditepati dan
perlu dicatat dalam carta imbangan pesakit.
 Memastikan setiap pesakit yang menerima aliran intravena perlu menepati rigime
mengikut arahan.
 Merekod carta imbangan dan membuat pemerhatian bagi mengenal pasti keadaan
luar biasa.
 Melaksanakan tugas rawatan awal asas dan segera bagi memulih dan mengekalkan
fungsi utama di zon merah, kuning dan hijau di jabatan kecemasan.
 Memberi rawatan kepada pesakit asma mengikut garis panduan yang ditetapkan.
 Mengambil, mencatat dan menaksir pemerhatian penting termasuk vital signs dan
melaporkan dengan segera jika terdapat keadaan luar biasa.
 Menyediakan pesakit untuk prosedur rawatan tertentu.
 Mengambil dan mengumpul contoh ujian makmal mengikut prosedur yang
ditetapkan dan melaporkan kepada Pegawai Perubatan jika ada keadaan luar biasa.

10
6. Aspek Rehabilitatif (pemulihan)
 Pemulihan pesakit supaya kembali semula seperti sedia kala dalam aspek fizikal,
mental dan sosial seperti kaunseling pesakit HIV/ AIDS, penagih dadah,
psychoeducation/ Psychotherapy untuk pesakit mental dan melibatkan diri dalam
dietary conseling kepada pesakit seperti diabetis, hipertensi, renal failure dan lain-
lain

11
PENUTUP

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dengan
teknologi terkini bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat adalah yang
terbaik dan selamat. Seiring dengan perkembangan semasa, peranan dan skop tugas Penolong
Pegawai Perubatan yang semakin berkembang memerlukan kemahiran yang tinggi serta
pengetahuan yang luas disamping penguasaan teknologi perubatan dalam melaksanakan
peranannya. Penolong Pegawai Perubatan merupakan anggota yang cukup terlatih, komited,
dinamik, cekap, beretika dan sedia berkhidmat tanpa mengira masa atau tempat. Sehubungan itu,
Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan profesion Penolong Pegawai
Perubatan seiring dengan keperluan dan kehendak semasa.

12
RUJUKAN

 AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977, Akta 180, pindaan hingga


1 Januari 2006.
 Wikipedia, Pembantu Perubatan
 Muhammad Nasrullah, Etika dan Moral Dalam Bekerja Sebagai Penolong Pegawai
Perubatan
 Zar Zarizi, 22 December 2012, Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan(MA).

13

Anda mungkin juga menyukai