Anda di halaman 1dari 15

BPMM 1013

PENGHANTAR PEMASARAN

PENGENALAN

Kami memilih jenama ASUS dan HP kerana kedua-dua jenama ini merupakan pesaing yang
paling hampir dalam pengeluar komputer riba. Selain itu, kedua-dua jenama ini merupakan
jenama yang menjadi pilihan ramai pelanggan di seluruh dunia ekoran fungsi komputer riba
mereka hampir sama. Tambahan lagi, tujuan kami memilih jenama ini kerana kami ingin
mengkaji perlakuan pelanggan yang mendorong merekan untuk memilih produk dari jenama ini.
Seterusnya kami ingin mengkaji objektif yang telah ditetapkan oleh kedua-dua jenama ini dalam
mempromosikan produk baru dari kilang mereka. Kami ingin mengkaji kandungan meseg yang
ingin disampaikan oleh jenama ini dalam mempromosikan produk mereka.

OBJEKTIF PENGIKLANAN

Dalam objektif pengiklanan menerangkan objektif sesuatu iklan itu untuk dipromosikan atau
diperkenalkan kepada pelanggan atau pembaca terhadap sesuatu produk itu. Setiap organisasi
mempunyai identiti tersendiri dalam mempersembahkan produk-produk mereka supaya produk
mereka itu lebih nampak menarik dengan penampilan yang ingin ditunjukkan kepada orang
ramai dengan tambahan produk-produk baru yang akan lain dari produk dari organisasi lain.

Oleh itu, terdapat empat objektif pengiklanan iaitu

 Beritahu,
 Mengingat,
 Memujuk dan
 Membuat perbandingan.

Tapi antara iklan yang terdapat pada iklan laptop ASUS – Eee PC X 101 H dan HP Pavilion g
series banyak menggunakan objektif pengiklanan beritahu.

1
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

MEMBERITAHU

Memberitahu adalah antara objektif pengiklanan yang menerangkan mengenai produk itu sampai
kepada pelanggan dengan kaedah memberitahu. Dengan cara inilah pihak organisasi mendapat
menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan memberitahu pelbagai kelebihan yang ada
pada produk yang diiklankan. Sebagai contoh objektif iklan beritahu ialah memberitahu ciri-ciri
yang ada pada produk iklan tersebut.

ASUS – Eee PC X 101 H

 Berdasarkan iklan laptop ini menerangkan objektif pengiklanan dengan memberitahu


bahawa laptop ini menawarkan ciri-ciri unik yang mempunyai pelbagai warna yang
berwarna-warni seperti hitam, putih, merah dan silver. Ini menunjukkan bahawa iklan ini
telah menerangkan objektif iklan itu sendiri dengan memberitahu info mengenai laptop
ini kepada pelanggan. Selain itu, iklan ini juga memberitahu mengenai laptop ini adalah
ringan. Ini jelas menunjukkan iklan ini ingin memberitahu objektifnya dengan
menawarkan ciri-ciri unik dan eksklusif. Iklan ini juga menerangkan mengenai
kemudahan yang ada dengan pelbagai rekabentuknya yang unik iaitu inspirasi bentuk
sayap. Setiap iklan mempunyai kelainan yang ingin ditonjolkan kepada pengguna
berbanding produk yang sedia ada. Laptop ini turut memberitahu cirinya yang nipis serta
ringan yang bersaiz <22mm. Objektifnya ingin memudahkan pengguna membawa
dimana sahaja untuk penggunaannya.

Tambahan lagi, iklan ini cuba menyampaikan kepada pengguna bahawa laptop ini
menyediakan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang dapat diakses dengan
mudah dan tangkas. Dengan pembelian laptop Eee PC X 101 H ini turut disertakan
Meego. MeeGo OS adalah satu perkhidmatan dan penggunaan untuk memudahkan
netbook dan penggunaanya. Antaranya ialah ASUS For Meego, ASUS Appstore, Instant
Messaging dan British Council English Language Learning.

2
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

Iklan laptop ASUS ini turut memberitahu temanya iaitu di hujung jari anda. Ini jelas
menerangkan cara atau promosikan produk kepada orang ramai melalui iklan untuk
menarik pengguna untuk membelinya barangan mereka. Setiap iklan akan menerangkan
setiap keunikan, perbezaan dengan produk yang lain.

HP Pavilion g series

 Dalam iklan laptop HP ini pula berbeza dengan iklan laptop ASUS di atas. Setiap iklan
mempunyai cara dan ciri yang berlainan untuk menunjukkan kelainan di setiap produk
baru yang dikeluarkan itu. Dengan iklan laptop ini memberitahu para pembaca atau
pengguna mengenai kemudahan yang disediakan pada produk laptopnya. Antara yang
diiklankan memberitahu dengan pembelian laptop ini, pengguna atau pembeli dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai kemudahan seperti pengguna dapat akses laman
sesawang dengan pantas. Oleh itu, pengguna mudah mengemas kini status, dapat
membalas berates-ratus emel serentak dan dapat berkongsi pendapat di dalam laman
sosial seperti Twitter.
Selain itu juga, iklan laptop HP ini memberitahu pengguna dapat menonton semua jenis
video dan dapat memudahkan pengguna melakukan kerja iaitu mudah untuk menyusun,
mengedit dan berkongsi gambar. Ianya sangat bersesuaian dengan citarasa pengguna di
zaman ini. Ini menunjukkan iklan ini beritahu kepada pembaca atau pengguna tidak akan
ketinggalan dengan penggunaan produk ini kerana ianya mengikuti peredaran zaman
terkini yang sesuai. Produk ini memprkenalkan bahawa kehidupan pengguna akan
berubah dan memberitahu HP merupakan pasport ke dunia baru serta organisasi ini ada
segala-galanya untuk memenuhi kehendak computer riba serta minat penggunanya.

Ini jelas menyatakan objektif pengiklanan bukan sahaja saluran komunikasi terhadap
produk yang disampaikan malah menawarkan suatu produk yang ditujukan kepada
masyarakat melalui pelbagai media yang mengandungi pelbagai informasi yang dibuat
agar dapat menarik minat pengguna.

3
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

KANDUNGAN MESEG IKLAN

KOMPUTER RIBA KELUARAN PRODUK ASUS

Gaya Hidup

Mesej yang terkandung dalam iklan komputer riba jenama ASUS ialah iklan tersebut
mempunyai kaitan dengan gaya hidup seharian. Mesej ini menunjukkan bagaimana
produk tersebut sesuai dengan gaya hidup tertentu. Misalnya, melalui contoh keratan
akhbar, iklan tersebut menyatakan ‘Rangkaian Sosial’. ‘Facebook dan Twitter dapat
diakses dengan mudah dan tangkas’. Sejajar dengan fenomena dunia kini, masyarakat
yang gemar untuk mengakses facebook dan twitter, komputer riba keluaran baru ASUS
telah direka khas bagi memudahkan internet diakses.

Fantasi atau Khayalan

Iklan dari media cetak direka adalah untuk mencipta khayalan tentang sesuatu produk
ataupun cara penggunaanya. Rekabentuk komputer riba terbaru jenama ASUS telah
direka berdasarkan inspirasi bentuk sayap. Ketebalan sisi komputer riba ini adalah kurang
daripada 22mm. Fantasi atau khayalan yang ditunjukkan dalam iklan produk ini adalah
melalui gambar komputer riba tersebut yang dari sisinya kelihatan nipis dan terdapat
rama-rama yang seolah-olah sedang membawa komputer riba tersebut terbang untuk
menunjukkan produk ini nipis dan ringan.

Mood atau Imej

4
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

Setiap iklan yang direka dan dibentuk adalah untuk membina mood atau suasana terhadap
sesuatu produk. Sebagai contoh, iklan komputer riba yang dikeluarkan oleh produk
ASUS mempunyai imej gambaran komputer riba dalam iklan tersebut. Berdasarkan imej
tersebut, pengguna tahu dan sedar bahawa ia adalah iklan mengenai komputer riba
keluaran jenama ASUS. Selain itu, komputer riba keluaran ASUS ini juga direka dengan
pelbagai warna. Ia telah dinyatakna di dalam iklan tersebut, ‘Ringan dan berwarna-
warni’. Iklan seperti ini akan meningkatkan mood dan menarik minat pengguna untuk
membeli dan mencuba produk yang diiklankan tersebut.

Simbol Personaliti

Simbol personaliti yang dipaparkan dalam iklan adalah mencipta watak sama ada animasi
atau sebenar yang mewakili ataupun melambangkan produk tersebut. Berdasarkan
petikan iklan komputer riba keluaran ASUS, gambar komputer riba yang sebenar
dipamerkan di dalam iklan. Ia menunjukkan rupa sebenar computer riba tersebut untuk
memberitahu pengguna bagaimana rupa bentuk sebenar komputer riba tersebut. Selain
itu, animasi rama-rama yang terdapat di dalam iklan adalah sebagai gambaran bahawa
komputer riba ini adalah ringan.

Cebisan Kehidupan

Cebisan kehidupan yang dipaparkan di dalam iklan adalah untuk menunjukkan seorang
atau beberapa orang yang menggunakan produk tersebut dalam keadaan biasa ataupun di
dalam kehidupan seharian. Berdasarkan iklan yang diperolehi, pengguna yang
menggunakan komputer riba keluaran ASUS ini dianggap akan minat dan suka dengan
produk ini berdasarkan slogan ‘Senang Bermula, Payah Berhenti’. Ini menunjukkan
bahawa kebanyakan pengguna sasaran dianggap akan terus menggemari produk ini.
Fungsi MeeGo OS yang terdapat pelbagai aplikasi seperti ASUS Appstore, Instant
Messaging dan banyak lagi yang ditawarkan dalam produk ini juga merupakan perkara
yang biasa digunakan oleh pengguna sasaran dalam kehidupan seharian.

5
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

KOMPUTER RIBA KELUARAN PRODUK HP

Gaya Hidup

Berdasarkan cebisan iklan komputer riba keluran HP, ia menunjukkan prodok tersebut
sesuai dengan gaya hidup yang kini semuanya bergerak pantas. Penggunaan komputer
riba kini lebih tertumpu kepada gaya hidup masyarakat sekarang yang gemar kepada
laman social dan pelbagai perkara yang berkaitan alam maya. Kini, dengan adanya
keluran terbaru HP tersebut, ia memudahkan pengguna untuk mengakses laman web bagi
mengemas kini status dan membalas emel-emel, menonton video secara ‘online’ dan
pelbagai aktiviti lain dengan menggunakan komputer riba keluaran produk HP.

Fantasi atau Khayalan

Iklan mengenai komputer riba terbaru HP hanya menggunakan imej asal komputer riba
terbarunya. Ayat-ayat yang ditaip di dalam iklan tersebut seperti ‘Dalam era dunia sosial,
kehidupan berubah dan HP merupakan pasport ke dunia baru ini. Kami ada segala-
galanya untuk memenuhi kehendak komputer serta minat anda’. Berdasarkan ayat
tersebut, iklan ini adalah untuk menarik minat dan perhatian pengguna sasaran dan
memberikan khayalan dan gambaran bahawa komputer keluaran HP mempunyai pelbagai
aplikasi dan segala-galanya yang lengkap untuk memnuhi segala kemahuan para
pengguna.

Mood atau Imej

Untuk membina mood atau imej terhadap produk terbaru komputer riba keluaran HP,
iklan ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai aksesori seperti ‘headphone’,
‘bluetooth’ dan sebagainya boleh dipasang atau disambungkan kepada komputer riba ini.

6
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

Selain itu, senarai sebut harga yang berpatutan juga diletakkan di dalam iklan tersebut
bagi membolehkan pengguna sasaran mengetahui harga sebenar produk tersebut. Semua
ciri-ciri computer riba diletakkan di dalam iklan untuk menarik perhatian pengguna.
Selain itu, slogan ‘Inspirasi On bermula di sini’ menunjukkan imej terhadap komputer
riba HP yang terbaru.

Simbol Personaliti

Watak yang dicipta dalam iklan komputer riba keluaran HP adalah berdasarkan gambaran
sebenar rupa bentuk komputer riba tersebut. Warna dan bentuk juga adalah jelas
berdasarkan gambar rajah di dalam iklan tersebut.

Cebisan Kehidupan

Sasaran pengguna bagi komputer riba HP yang terbaru adalah kepada semua lapisan
masyarakat. Berdasrkan iklan yang dipetik daripada akhbar, produk ini, menawarkan
‘Program Pelajar daripada HP’. Program yang ditawarkan ini sah kepada para pelajar dan
pelajar tersebut layak untuk menerima rebat sebanyak RM300 dengan syarat,
menunjukkan ID pelajar semasa membeli komputer riba tersebut.

Endosmen atau Sokongan

Di dalam iklan produk komputer riba keluaran HP ini menyenaraikan semua senarai
kedai penjual HP yang sah di samping nombor talian perkhidmatan pelanggan khas untuk
para pengguna sasaran sebagai rujukan mengenai produk tersebut. Selain itu, laman web
yang tertera juga adalah untuk membantu para pengguna bagi mendapatkan maklumat
yang lebih lanjut mengenai produk tersebut.

7
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

PANDANGAN ANDA TENTANG KEBERKESANAN IKLAN TERSEBUT

KOMPUTER RIBA ASUS

Memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Seperti yang kita tahu, komputer riba pada hari ini sudah menjadi satu barang keperluan
kepada manusia di dunia ini. Boleh dikatakan hampir seluruh pekerjaan yang ada di
muka bumi ini memerlukan komuter riba bagi menyelesaikan pekerjaan dalam konteks
cepat, mudah dan berkualiti. Oleh itu komputer riba perlu dibawa kemana sahaja untuk
memudahkan kerja manusia. Oleh itu, jenama ASUS mengambil inisiatif ini untuk
memperkenalkan komputer riba baru yang memudahkan pelanggannya membawa
kemana sahaja. Berdasarkan iklan yang dilampirkan, ASUS menggunakan serangga
rama-rama sebagai simbolik yang menunjukkan komputer riba jenama ini ringan dan
mudah di bawa kemana-mana sahaja. Bakal pelanggan akan terpengaruh dengan
simbolik yang digunaka kerana membayangkan komputer riba ini sangat ringan. Ekoran
kesibukan kerjaya pelanggan pada hari ini, kadar kebarangkalian bakal pelanggan
memilih produk ini sangat tinggi kerana ia memenuhi kehendak dan keperluan bakal
pelanggan dalam memudahkan pekerjaan mereka sehari-harian.

Informasi Produk Yang Disampaikan Jelas.

Jenama ASUS menggunakan iklan ini untuk memperkenalkan produk terbaru daripada
syarikat mereka. Oleh itu, segala maklumat dan keistimewaan produk baru harus
diketengahkan supaya bakal pelanggan mengetahui kelebihan produk baru ini berbanding
produk pesaing dan produk-produk ASUS yang terdahulu. Berdasarkan lampiran, iklan
ini menggunakan tagline ‘ Ringan Dan Berwarna-Warni Di Hujung Jari Anda’,
tagline ini jelas menunjukkan kelebihan komputer riba terbaru dari ASUS adalah lebih
ringan dan mempunyai pelbagai aplikasi terkini seperti rangkaian sosial Facebook dan

8
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

Twitter dapat diakses dengan mudah dan tangkas. Selain itu, produk baru ini juga
menyediakan aplikasi terbaru untuk netbook iaitu MeeGo. Bakal pelanggan akan
sentiasa tertarik dengan aplikasi terbaru yang memudahkan urusan mereka. Jenama
ASUS menggunakan pendekatan ini untuk menarik lebih ramai bakal pelanggan dan
mengekalkan pelanggan sedia ada.

Perkhidmatan Lain.

Bagi manambahkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama ASUS, syarikat ini


menggunakan pendekatan iklan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang belum pernah
ditawarkan oleh pihak pesaing iaitu perkhidmatan ‘pick up & return’ (servis
penghantaran dan pengambilan). Perkhidmatan ini bertujuan untuk memudahkan
pelanggan untuk menghantar sebarang produk ASUS sekiranya mengalami sebarang
kerosakan terhadap produk mereka dan pihak mereka juga akan memulangkan kembali
produk kepada pelanggan selepas dibaiki. Perkhidmatan ini akan manarik perhatian
pelanggan untuk membeli produk daripada ASUS kerana perkhidmatan yang ditawarkan,
pelanggan akan merasakan bahawa perkhidmatan ini mampu memudahkan urusan
mereka sekiranya terjadi sebarang risiko terhadap produk yang mereka telah beli daripada
syarikat ASUS.

Pelbagai Pilihan

Pelbagai pilihan mampu untuk memenuhi utiliti pelanggan. ASUS menyediakan


pelbagai warna pada satu produk bagi memperluaskan pilihan pelanggan. Bakal
pelanggan boleh memilih warna kegemaran mereka untuk memiliki produk yang
diperkenalkan. ASUS menyediakan 4 warna untuk produk yang dipromosikan iaitu
putih, hitam, merah dan kelabu. Selain itu, ASUS juga mengunakan pendekatan asas
segmentasi demografi iaitu berdasarkan pendapatan. ASUS menyediakan produk
komputer riba pada harga yang mengikut kemampuan bakal pelanggan. Sebagai contoh,
pelanggan yang mempunyai modal yang sedikit untuk membeli komputer riba boleh

9
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

memilih Eee PC X101H MeeGo pada harga RM 699. Seterusnya bagi pelanggan yang
mementingkan kualiti dan aplikasi yang terkini dan mempunyai pendapatan yang tinggi
boleh memilih N55SF-SX047V pada harga RM 3 699. Oleh itu, jenama ASUS
mensasarkan pelanggan daripada palbagai tahap pendapatan untuk memilih produk
mereka pada pelbagai tahap harga yang bersesuaian dengan pendapatan pelanggan.

KOMPUTER RIBA HP

Menonjolkan Kelebihan Produk

HP memilih untuk menonjolkan kelebihan produk baru mereka di dalam iklan yang telah
dilampirkan. Kelebihan produk mereka dinyatakan dengan jelas iaitu kini segalanya
bergerak pantas. Produk mereka mampu mengemaskini status pelanggan walau dimana
juan anda berada. Selain itu, komputer mereka mampu untuk membalas beratus-ratus
emel secara serentak dan pelbagai lagi. Dengan menyatakan kelebihan produk mereka,
pelanggan mampu untuk membuat pilihan dan perbandingan antara produk jenama HP
dan jenama pesaing mereka. Pelanggan akan menentukan sendiri produk yang mana
lebih bagus untuk dijadikan sebagai pilihan mereka. Kelebihan produk yang dinyatakan
akan memberikan maklumat yang penting perihal produk baru kepada bakal pelanggan.
Selain itu, pelanggan sedia ada juga boleh membandingkan kelebihan yang terdapat pada
produk baru dengan produk yang sedia ada.

Maklumat Yang Dinyatakan Jelas

Maklumat sesuatu produk itu amat penting kepada pelanggan kerana melalui maklumat
mengenai ciri-ciri yang terdapat pada produk akan membantu pelanggan untuk menilai
tahap kualiti sesuatu produk itu. Iklan yang dipaparkan oleh jenama HP ini
menyenaraikan ciri-ciri penting yang perlu ada pada setiap komputer riba walaupun
berlainan jenama. Kerana setiap produk pesaing dan produk HP mempunyai ciri-ciri

10
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

penting yang hampir sama. Oleh itu, jenama HP menyediakan ciri-ciri produk mereka
secara jelas untuk memudahkan pelanggan membuat perbandingan dengan produk
pesaing. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada sesuatu iklan ialah harga produk di
pasaran. Jenama HP mengiklankan produk bersama harga untuk memudahkan pelanggan
menyediakan bajet yang mencukupi bagi memperolehi produk mereka. Selain itu bagi
memudah

Kemudahan Untuk Pelanggan

Kadangkala maklumat yang disisipkan di ikaln belum tentu mencukupi bagi pelanggan.
Iklan di surat khabar merupakan ruangan yang sangat limit bagi mempromosikan produk
baru. Jenama HP menggunakan ruangan yang terhad ini dengan melampirkan talian
perkhidmatan pelanggan bagi memudahkan pelanggan untuk mengutarakan persoalan
mengenai produk yang dipromosikan secara terus kepada khidmat pelanggan syarikat
HP. Perkhidmatan ini memudahkan pelanggan untuk menambahkan maklumat yang
tidak dinyatakan di dalam iklan. Hal ini secara tidak langsung menjadi salah satu
medium pengantara syarikat HP dan pelanggan seterusnya kaedah ini juga dapat
menambahkan keyakinan pelanggan untuk memilih jenama HP sebagai jenama pilihan
mereka.

Pelbagai Pilihan

Kelbagaian pilihan produk memberikan kelebihan kepada pelanggan dalam memilih


produk yang memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Jenama HP mempromosikan 3
produk baru yang mempunyai cirri-ciri dan harga yang berbeza. Jenama HP juga
menggunakan kaedah segmentasi demogarafi iaitu berdasarkan tahap pendapatan
pelangganya. Sebagai contoh, pelanggan yang mempunyai pendapatan yang sederhana
boleh memilih untuk memiliki HP Pavillion g4-1112TX Notebook PC pada harga RM 1
999. Jenama HP mementingkan kualiti produk dan memastikan harga yang ditawarkan
berpadanan dengan fungsi-fungsi terkini produk mereka. Selain itu, jenama HP juga

11
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

merawarkan promosi kepada pelajar, iaitu dengan menunjukkan ID pelajar semasa


membeli produk mereka pelajar berpeluang menerima rebat sebanyak RM 300. Hal ini
dapat menambahkan jumlah sasaran pelanggan untuk produk mereka. Tambahan lagi,
rebat yang diberikan mampu memberikan keriangan kepada pelajar yang tidak
mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki produk mereka.

PENAMBAHBAIKAN KOMUNIKASI IKLAN

Komunikasi iklan adalah penyampaian atau tujuan untuk mempromosikan sesuatu


produk yang baru atau yang sudah sedia ada di pasaran kepada khalayak ramai iaitu bakal
pembeli melalui media massa atau media elektronik untuk mempengaruhi bakal
pengguna sehingga menggunakan produk mereka yang telah ditawarkan. Antara
penambahbaikan komunikasi iklan yang boleh dilakukan ialah :-

1. Menambah Gambar Produk Baru.

Berdasarkan lampiran iklan yang telah diberikan, kami dapati bahawa kedua-dua iklan
mempunyai kekurangan gambar bagi mempromosikan produk baru. Hal ini akan
menyebabkan pelanggan tidak dapat melihat secara menyeluruh mengenai produk yang
dipromosikan oleh kedua-dua iklan. Gambar produk baru amat penting untuk menarik
lebih ramai pengguna untuk membeli produk terbabit kerana daripada gambar produk
pengguna akan menilai reka bentuk produk yang dipromosikan samaada memenuhi
kehendak mereka atau tidak. Selain itu, pelanggan lebih mudah untuk membuat
perbandingan dengan produk persaing dengan bantuan imej produk baru mereka.

12
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

2. Menambahkan Lagi Medium Pengiklanan.

Seperti yang kita ketahui bahawa medium pengiklanan terdiri dari media cetak dan media
elektronik. Lampiran iklan yang kami sertakan merupakan salah satu contoh media
cetak. Bagi mempromosikan produk baru, kedua-dua jenama ini perlu meluaskan
medium pengiklananya supaya semua bakal pelanggan akan memperolehi maklumat
mengenai produk baru ini. Oleh itu, selain daripada media catak kita juga boleh
menggunakan media elektronik sebagai contoh membina satu laman sesawang untuk
mempermosikan produk ini. Selain itu juga, menyebarkan maklumat produk baru ini di
lama sosial seperti facebook dan friendster, cara ini lebih mudah ekorang pengguna dari
golongan remaja ramai yang mempunyai laman sosial ini. Tambahan lagi, jenama ini
juga boleh mempromosikan produk mereka dengan menyertai pameran-pameran IT
seperti Pc Fair, IT Fair dan lain-lain. Medium ini lebih berkesan kerana pengguna dapat
memperolehi maklumat secara langsung daripada pihak jenama yang menjual produk.

3. Melakukan Analisis Perniagaan Yang Lebih Terperinci

Analisis perniagaan menekankan kepada penilaian pelanggan terhadap sesuatu produk.


Faktor-faktor seperti permintaan pelanggan, kos pengeluaran, kos pemasaran dan lain-
lain merupakan faktor yang perlu diambil berat. Dengan menggunakan analisis
perniagaan ini pihak pengurusan dapat mengetahui keperluan dan kehendak pelanggan.
Hal ini kerana produk dihasilkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan.
Kaedah ini mampu mendekatkan pihak pengurusan dengan citarasa pelanggan seterusnya
mengahsilkan satu produk yang akan memudahkan dan mampu meringankan bebanan
pelanggan. Selain itu, melalaui kaedah ini juga kita dapat mengetahui pendapatan
pelanggan kita supaya harga yang dikenakan terhadap produk yang ingin dihasilkan
berpatutan dengan kualit produk yang ingin dipasarkan. Seterusnya merancang iklan
yang bersesuai supaya pelanggan dapat memahami fungsi-fungsi produk yang dipasarkan
samada produk terbabit memenuhi citarasa mereka atau tidak.

13
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

Promosi merupakan strategi dan taktik, termasuk alat-alat promosi seperti iklan, promosi
jualan, publisiti, dibangunkan oleh ahli saluran untuk membantu syarikat pengeluar.

‘Kandungan’ bermaksud apa jua dan kesemua bahan, maklumat, grafik, teks, imej, link,
iklan dan data yang dipaparkan atau yang terkandung dalam mana-mana bahan media
sama ada media massa, media elektronik mahupun media cetak.

PENUTUP

Melalui pengkajian kami dalam mengenalpasti audien sasaran, objektif pengiklanan dan
kandungan meseg yang disampaikan melalui lampiran media cetak kami dapat
mengenalpasti tetanng kelemahan dan kelebihan iklan daripada kedua-dua jenama ini.
Selain itu, melalui pemerhatian kami juga kami dpat lihat bahawa kedua-dua jenama ini
menggunaka pendekatan yang sangat baik dalam menarik pelanggan baru untuk membeli
produk mereka dan mengekalkan pelanggan setia mereka untuk terus melanggan produk
mereka. Tambahan lagi, kami memberikan beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi
penambahbaikan komunikaso iklan lereka supaya dapat memenuhi kehendak dan
keperluan pelanggan

14
BPMM 1013
PENGHANTAR PEMASARAN

RUJUKAN

1. Fairol Halim. Hasnizam Shaari. Shahrin Saad. Maria Abdul Rahman. Hasnizam
Hasan. Zolkifli Hussin. Intan Shafinaz Ahmad. Mormalisa Md Isa. Azanin Ahmad.
Selvan Perumal. Salniza Md Salleh. Romle Hassan. (2011). Person. Prinsip
Pemasaran.
2. Muhammad Badri. (2010). Ruang Kontemplasi Dan Berbagi. Iklan dan Komunikasi
Pemasaran. Diambil daripada http://ruangdosen.wordpress.com/2010/04/04/iklan-
dan-komunikasi-pemasaran/
3. Acer. (2010). Diambil daripada www.indulgewithacer.com.my .
4.

15

Anda mungkin juga menyukai